Wednesday, December 23, 2009

new laptop ke??

My so-called new laptop has been repaired. It looks new. That's a good news. Bad news is, it costs me rm300. there goes my salary. Haish. And some more, I've spent over hundreds for the preparation to NZ, I mean, items like jeans, watch, Audrey (do guys know what is Audrey? Haha)

I went shopping every Sunday since I started to work over 3 weeks ago. First it was Mines, then Alamanda, Times Square, Jusco Taman Equine, Midvalley and the list continues. And each time, I ended up buying things I wasn't planning to at the first place. Tengok wayang pun dah 35+. Makan over 40+. Gila betul. Luggage yang penting tu tak beli lagi. Pening. Dahlah I couldn't shop till drop like any other girls coz nanti I jadi moody sebab tak larat jalan lama- lama. I shop till I broke je. Haha..

Ohh, sebenarnya nak cerita pasal kerja. Saya pun tak tahu kerja sorang-sorang atau beramai yang lagi bagus. Bila kerja sorang, kau dapat buat hal sendiri. Bosan je lah, tak ada kawan nak berborak. Bila kerja ramai pula, banyak sangat pula nak diborak sampai ada sesi menganyam ketupat. Kes "kau kutuk aku, aku kutuk kau baliklah". Macam biasa. Lagi- lagi perempuan. Sampai si A nak berhenti kerja sebab tak tahan B ni kutuk dia. Emm, malas nak diheret sama dalam pergaduhan yang tak matang. Jadi orang tengah pun tak guna. Depan, semua orang berlakon baik. Belakang, A kutuk B depan saya, B kutuk A PUN depan saya. Saya rasa diorang pun kutuk saya juga tu haha...

Since saya selalu tercongok depan kedai pukul 9.30am, dan yang lain pukul 10 kadang-kadang baru nampak batang hidung, bos decide nak bagi kunci kedai kat saya. Ouh, best duh. Bolehlah pecah masuk kedai dia malam- malam, curi- curi fotostat. Haha..asal saya banyak ketawa ni??

Saya ada lagi satu good news tapi lain kalilah. macam dah panjang sangat. Eh, mr daha tutup contest bile eh? Nak join juga.nak, nak, nak..haha

Tuesday, December 8, 2009

perihal kerja

ingat lagi tak post saya kerja SATU hari je kat kedai gambar tahun lepas? Kali ni, dengan tak senonohnya saya pergi apply balik kerja kat tempat tu..Haha, sumpah lawak. Bila bos datang, saya tutup- tutup muka dah, takut dia kenal.. Fuh, nasib baik dia dah lupa. Tapi, kali ni saya nak kerja 2 bulan. Gaji memang lumayanlah. Jadi orang kaya I lepas ni.

Bila bekerja ni, saya belajar jadi sabar sikit. Customer memanglah macam- macam ragam. siap demand itu- ini. Fotostat pun nak kasi lawa- lawa. Prinsip "customers are always right" je yang tahan saya dari sound orang. Nak laser- laser pun, kita kuli je. Jangan biadap kat pelanggan. Moto kita "cekap, amanah, mesra".

Bila buat kerja, tak boleh lembab- lembap beb. Kesian customers tunggu. kalau kita lambat, biasakan minta maaf, lepas tu senyum. Sejuk hati dia. takpayahlah kau bagi diskaun siap, itu bukan kedai bapak kau ye..Haha..Lepas tu kena amanah. satu hari, sale boleh dapat beribu- ribu, tapi jangan tamak. Duit orang, kau ambil, maksudnya kau makan duit haram. Kau guna duit tu buat topup pun, HARAM..

Mesra paling penting. Tapi, janganlah sampai menggatal ye. Ada seorang pak cik ni, dahlah tua, bila saya tanya, "ye cik, nak apa?" Dia boleh jawab,"saja datang nak tengok awak". Orang tua gatal. Janganlah kita melayan semua lelaki yang tegur kita pula, kadang- kadang dia nak beramah mesra je, kita pula perasan dia suka kita.

Amanah pun maksudnya, kalau kerja start pukul 9.30 pagi, kau datanglah tepat pada waktunya. janganlah masuk pukul 11am, bila bos tanya masuk pukul berapa, kau kelentong dia, kata datang 9.30. nanti kantoi kalau bos tengok CCTV. Hah, kan dah menggelabah sorang- sorang.

Bila buat salah, mengaku itu salah kau. Janganlah sebab aku budak baru, bila duit shot sikit, aku kena. Bila topup tak masuk, aku juga kena. Bila kena mop, pun aku je yang kena. Haha, bab mop saya suka. Pleaselah, saya anti lah orang yang suka menjaja- jaja nama orang lain ni. tunggu saya kerja lama sikit je, nanti confirm kau tuduh aku lagi, aku sound je.. Hishhh. Marah I ni. Ingat gaji je, yang I cool down. Redha.

Waktu kerja saya 12 jam. So, saya TERsangatlah sibuk. Jadi bila kamu call atau msg, saya tak reply atau angkat, janganlah ingat saya pergi melancong pula. Saya kat Putrajaya je. Cuma bila bos cakap, "lu orang suka pakai handphone ka?", saya malas arr nak tunjuk hp baru, tak berapa mahal tu. Bos lagi kaya tau!!

Laptop pula pergi repair balik. Dia memang suka orang manja- manjakan dia. kali ni, kena bayar rm200. baru ingat nak buat shopping. I belum shopping ni, so siapa nak turun KL, msg je. tapi hari Ahad je lah free. Jom, jom, saya ajak semua ni.

Saturday, November 28, 2009

result exam


saja I highlight grade I. Tak banyak A pun, huhu..
Mood tengah excited, itu yang rasa nak menulis. Dah tak sawang blog ni kan..
Penantian result kali ni taklah mendebarkan sangat. Macam final foundation or mid year. Nak tahu, click SINI. Semua sebab pengarah dah bagitahu hari tu yang semua orang lulus. Just that, berdebar tunggu dapat grade berapa je. Better la this time, mdm tak call. Kalau tak, memang psycho habis. Satu hari tak mahu pandang pun hp tu. Menggelatar tak senang duduk. Nasib baik hp dah canggih haha..Ye la, bila pernah duduk kat zone at risk, kenalah alert juga dengan pencapaian sendiri. 
Hari- hari saya log in MyVictoria tu. alih- alih, Apih yang inform result dah keluar. Semua sebab saya terlepas pandang yang kita ni still under 2009 academic years. Thanks to Apih then. Alhamdulillah..Syukur sangat- sangat. walaupun dissapointed sikit dengan result CRM, tapi layan je la. Mana boleh down pasal result exam. Lainlah kalau teruk. Ni pun dah ok, kenalah grateful.
Paling gembira sebab LTL lah. Banyak kena fikir sendiri, nasib baik dapat jawab. Selalu berfikir kan. haha, Bak kata Melissa, boleh goreng.. 
Congrats to all my friends..Pada yang dapat result cemerlang, (saya tahu ramai ni haha), I tak jealous ok dengan grade you. I ada banyak lagi benda nak buat. Korang memang deserve dapat yang terbaik. so I'm happy that your hard work have been paid off. Kita jumpa kat NZ. Eh, silap kat Bangi bulan 1. I excited nak shopping ni haha..
P/S: Ceh, baru 3 hari rupanya tak update blog, rasa macam dah 3 bulan.

Wednesday, November 25, 2009

it's a bye-bye for now

ayah saya jarang bercakap. Jadi, bila dia cakap, dia betul- betul cakap. Hari tu pula, dia cakap something yang buat saya fikir pasal 3 perkara : 1) saya patut tutup blog or 2) saya patut private kan je blog or 3) saya patut biarkan je blog bersawang, maybe tulis sebulan sekali

sebab cadangan no 1) tak berapa nak berkesan (pernah try berkali- kali tak dapat juga) jadi saya pilih no.3. Anyway, ayah saya tak cakap apa- apa pasal blog saya pun, just menyentuh pasal peribadi saya. Lagipun, sekarang ni tak tahu nak menulis apa. saya tak nak mengarut tak tentu pasal dalam blog, jadi daripada orang bosan, baik saya diam..

Siapalah yang nak rindu saya pun? haha.. 

p/s: saya lupa nak mention, saya tak jumpa ketenangan tu lagi..

Monday, November 23, 2009

balik.

ok saya dah balik putrajaya. bakal duduk rumah selama 3 bulan. biar adik- adik termuntah tengok muka saya hari- hari. saya tak rasa nak update blog dalam masa terdekat. Sebab ada banyak benda nak settle. ada banyak benda happen. saya perlu cari ketenangan perhaps..

Sunday, November 15, 2009

ketahanan..

group yang memang gila- gila dan penuh "kesengalan"

entah apa nak tulis kali ni pasal BTN. seriously i hate camp kan. Tapi kem ni terbaiklah. Walaupun tazkirah yang sepatutnya cakap pasal agama pun ditambah dengan unsur politik, takpelah kita layan je. Nasib bertambah baik bila dapat ustaz politik sebagai fasilitator kumpulan.  Annoyed jugalah tapi bak kata Imam Besar di BTN, apa yang tak elok kita tinggallah di tepi jalan. 

Gembira betul kali ni dapat make new friends. Compared to English camp last year, satu kawan pun tak dapat kot. group saya ada 3 orang je dari ipsah. 7 dari ipti, 1 dari uniten. takut juga at first, tak dapat get along, tapi lepas kenal diorang, aih rasa macam dah kenal lama. memang unite betul, terutama waktu makan..Haha..Diorang tak layan blog je hehe.. tapi mari kita menambah kenalan di facebook lepas ni ye..

Ouh, saya banyak belajar pasal ketahanan kat kem ni. Ketahanan untuk tak tersengguk- sengguk dengar ceramah 2 jam, ketahanan bangun awal pagi nak dengar ceramah subuh, ketahanan berlari 2km semata- mata nak kurus, eh silap, sebab nak lepas ujian kecergasan, walaupun umur fisiologi saya 35-39 tahun. Redha je lah hehe. Ketahanan supaya tak tergoda untuk makan 6 kali sehari. sumpah banyak gila makan kat sini.

soal kenegaraan, memang proud betul jadi warganegara malaysia. sampai terharu bila dia buka slide pasal the struggle to gain independence. Slide pasal parents pula, first time saya tak menangis. Tulis surat pun ala kadar je "Saya sayang umi dan ayah. semoga panjang umur. Datanglah melawat kat NZ". Tak jadi nak nangis, sebab ayah dah datang melawat kat kem hari selasa, umi pula datang last day bawa beef stick. Gembira lah..

Ouh ye, lucky betul sebab ustaz politik kata, kem kat KLIA ni much better than Meru. memang pun, meru tu ulu kot. jauh pula dari putrajaya. hehe. point dia senanglah parents nak melawat..bilik pun 2 orang je, besar, selesa. Jurulatih baik- baik, fasi pun. Tak strict mana pun, tak brainwash orang teruk- teruk pun. Semua relax je. 

LDK last pula, fasilitator ajak saya teman diorang makan. Haha, nak cerita juga bab ni. Tu lah, sepatutntya semua orang kena susun kerusi lepas habis aktiviti, saya pula dah keluar awal. malas nak patah balik. bila abang fasi ajak, laju je. dengan bangga pula boleh cakap "saya memang malas susun-susun kerusi ni"..hehe.. dan berlakulah satu situasi yang cukup kekok di mana saya, satu-satunya perempuan yang ada di kalangan fasilitator yang semuanya lelaki, (dah tengah malam pula tu), dan diorang minta macam- macam dari Nz seperti lembu dan jersi all black.

Bersyukur tak pergi kem ni? Hah, semua yang pergi kena jawab..

Wednesday, November 4, 2009

the exam..

ok..so let's get straight to the point that exam is over. what a relief. 2 papers- awesome papers. But this time, I started the revision quite early. 1 week before the examination. Not so early, I know. The earliest for me, haha. Exam mid year 2-3 hari sebelum test, baru ternganga- ngaga buka buku. Ended up tidur dengan buku- buku je.

Kali ni pun for the first time I think I buat group study. Dengan housemates. Sebelum ni saya prefer study sorang- sorang. Tapi dah duduk satu rumah, macam best pula kongsi- kongsi info. Padanlah orang suka study in group. Lessen topics to be read. LOL..

24 hours sebelum exam, memanglah saya tengok orang bersungguh- sungguh study. Yang saya pula duk layan movie. Supernatural Season 4 sampai habis semua episod lah. either I have misplaced my brain or the screw is loosen..

Well then, next Monday, going to BTN. duh, I seriously hate camp. Ni nak pakai uniform sekolah waktu form 6 lagi. Takpelah, berkorban sikit untuk ke NZ..ouh speaking bout NZ, saya dapat Stafford House. Happy gilerlah, walaupun 2nd choice, tapi memang at first nak duduk stafford. Ada gym kan, boleh kita exercise selalu! Tarikh fly pula 16 Feb. 

I think i've to go now. Nak isi borang visa, medical health, and banyak lagi lah. Giler tebal. Ok, wish me luck for the upcoming result of the exam..and good day..

p/s: Ouh, i miss the blog so much nowadays. wonder what is happening to my restaurant eh

Wednesday, October 21, 2009

buat business

dulu waktu sekolah menengah, cita- cita saya nak jadi businesswoman. entah apa bestnya, saya ingat nak buka ladang lembu. Jual lembu, susu lembu, anak lembu. weirdo betul. siap dah fikir pasal business partner lagi. 

abang saya pula suka sangat cerita pasal MLM. siap ajak masuk, konon- konon nanti kaya. tapi, sampai sekarang still minta duit parents juga. tak ada kayanya. kalau saya rasa nak jadi jahat, saya perli lah tanya mana duit beribu- ribu hasil bisnes dia tu haha..

saya tak pernah tahu pun bisnes ni susah sebenarnya. dalam setahun lebih ni, saya ada usahakan something. saya start pakai modal kecil je, around 300. Bisnes makanan. Pening juga nak hire orang, nak fikir menu, nak beli decoration, semua sebab nak tarik costumers. 

Nak gaji oranglah paling susah. sekarang semua pakai duit. nak ambil Indon pun pakai duit juga. nak bagi diorang makan lagi. Customer pula, pantang lambat sikit, mulalah mengamuk, main blah je walaupun dah order. agaknyalah, saya kan boss. tapi kadang- kadang saya bantu juga. cara ambil hati pekerja hehe..tapi kalau bab kasi cuti, adalah sampai berminggu- minggu diorang tak kerja. business pun jadi lembap. sampah bersepah- sepah..aih..

kalau business baik, pun boleh pening kepala. makin galak pula renovate kedai. bagi besar, bagi lawa. upah cleaner pula. tapi baru- baru ni, bisnes memang slow. yelah, bila internet tak ada. nak naik level pun makin susah. sekarang kedai makan saya ranking ke-3. tapi ramai orang pun dah buka kedai makan. kenalah jadi lagi creative kan..

ok, itulah cerita kedai makan yang diberi nama "Att Ashburn". Restaurant city juga yang saya pilih buat bisnes kan. 

p/s: janganlah marah ye. saya memang sengal sikit. macam tak ada benda lain nak cerita haha. siapa tak faham cerita ni saya ada letak pic ok :P


Monday, October 19, 2009

lawak berbaur sengal

tahu tak time paling best nak buat lawak sengal? waktu stuck dalam traffic jam, confirm banyak je idea kau nak menyakat orang. Apa- apa pun, nak melawak pun biarlah bertempat, kat orang yang betul. Ni kau gurau pasal gigi kat orang yang gigi dia memang tak lawa, tak pasal- pasal ended up kena lempang huhu..


Lawak 1

Adik: adik dah hafal lagu Because You Live. 

Saya: Surah dalam Quran kau hafal tak? setakat yang pendek, semua orang pun boleh. 

Adik 2: Edad dah hafal Surah Al- Baqarah.

Saya: Ui..Surah al- baqarah ada 45++ muka suratlah. 

Adik 2: ohh, eh?..edad hafal sampai ayat 300 je. tapi edad tak tahu susunan ayat. Surah Yassin pun dah hafal. Tapi kena baca ramai- ramailah. 


Lawak 2- waktu heavy traffic

Adik: apa lagi ayah, kereta kita kan "angsa" (Unser). Bukalah sayap.

Adik 2: Angsa tak boleh terbang la...

Saya: (terguling- guling ketawa sebab dua- dua pun sengal)


Lawak 3

adik: Kalau perempuan kita panggil "mak"nusia kan (manusia)? kalau lelaki kita panggil apa?

Semua orang diam tak tahu.

Adik: "pak"nusia lah...


Lawak 4

Saya: Kakngah nak beli Suzuki Swift nanti. 

Adik 2: eee, tak lawalah. Bontot dia GEBU.


Lawak terbaru

Adik: Nak tomyam satu

Waitress: Tomyam apa? Seafood, ayam, ke campur?

Adik: Tomyam KETAM...

haha, sumpah saya malu..dah kelas sungguh restoran tu..

p/s: Ok, tak lawak pun. SENGAL je.tak tahulah kenapa bila tulis, tak rasa kelakar sangat..hehe

Saturday, October 17, 2009

untuk orang yang "sayangkan" saya part II


susah betul nak mulakan post pasal yang "seorang-L"ni. Saya kira, saya banyak betul rancangan in da future dengan L. Nak pergi tasmania sekali, nak celebrate her 20th birthday in a way she'll never forget, nak travel kt nz sama- sama. paling penting, saya nak dia tahu i'll always be with her no matter what. tapi tulah, kita rancang, Tuhan yang tentukan.

emotional breakdown betul bila tiba- tiba tahu selama ni kamu main talam dua muka je depan saya. 2 tahun together, kamu tak rasa kebaikan saya langsung ke? Manalah tahu, you would back stab me. That was harsh. I knew people talked bout you, but I never gave a damn care. Why should I doubt our friendship? I thought I knew you better than everyone else, and I accepted you of who you are. Silly me. I said things won't change between us no matter what happen. That's crap. What goes around comes around, that's why now you are paying for the damages you've done to others. for the pain, misery you caused.

you spread rumours about others coz you can't stand seeing them any happier than you. At one point, I feel that I need to show my support by also disliking this one girl you envied of. Even when everybody left you, people can see that I'm the one staying, apart from that other person. Who knows behind my back, you pointed the finger on me. Though at that time, i was willing to take half of the blame and said to you, "it's ok, we're in this together".

I fought with my own feeling, convincing myself that you won't do that to me. You WON'T. I calmed myself down, fikirkan kebaikan kamu. But I just can't coz now I'm not really sure whether you're really being nice towards me or you're just acting. Then, I browsed through your blog, and I still fought with the thought, did you really love me? That post, was it sincere? Or you just afraid of losing another "kambing hitam" of yours. At the end of it, I wasn't even sure of who you really were.
You judge people, when you yourself ain't better than everyone else. I knew the story you made up about me being jealous of your result. Gosh..like I have nothing to do than being jealous at your marks. My grades ain't lower than you. Kalau ada pun, wouldn't I be happy for you? Get a life la..

I took pride in being one of your so-called beloved friend. I considered myself one, even when every sem you keep changing your friends. Not a sin, but when it comes to you, you know yourself why people left you. or should I mention that? This one friend of mine said to me "kamu kot orang paling baik kat dia, pun dia boleh buat macam tu, ini lagi orang lain". 
kan saya pernah cakap, fate is a weird thing. It brought me to those who've left you before, and I had to confront with the ugly truths in a terrible way. I've cried long enough for you, and when second chance didn't come often, you have more than 3. But each time, you let me down. I don't really mind if people want to badmouth me.What I mind is, perangai talam dua muka. Depan baik, belakang nauzubillah. I asked you if you have prob with my attitude, and you could just say one, if you have. but then there goes another stories about me, being emotional, mean towards you, cold and so on, out from your mouth.

If you want to clarify yourself after reading this, please do so. nak tengok apa lagi alasan yang kamu nak bagi. Perangai buruk saya banyak. Impatient, clumsy, easily get emotional, cepat menggelabah. Tapi orang nampak, and at least adalah effort saya nak berubah. dan siapa yang kenal saya, tahu siapa saya yang sebenar. Salah seorang housemate saya sampai takut nak satu bilik waktu kitorang mula- mula pindah. Sekarang ni, saya tanya dia macamana, dia jawab "ingatkan att serius, rupanya kelakar". There u have it. dengan kau je aku malas nak buat lawak. pasal kau pun sama emo, tapi perasan lagi bagus. You are. Good at being good in people's eyes.

Apa lagilah cerita pasal kamu yang bakal saya dengar lagi..entah- entah esok- esok entry ni pun, kamu manipulate, jadi cerita konon saya JAHAT, hentam kamu dalam blog. all this while, I didn't mess up with your life, so u better don't mess up mine. Saya bukan perempuan sopan kan. ohhh, rahsia kamu yang satu tu, saya masih jaga. I'm not like you, and I refuse to be one. Tapi saya tahu, kamu pun dah beritahu kat orang lain juga..wee..Sharing is caring, eh??

p/s: thanks for those 2 years. I had no clue that it meant nothing to you. lagi satu, stop buat drama lagi. plastik betul. ohh sory Hajar tak ada post best kali ni. Next time eyh..huhu

Thursday, October 15, 2009

mabuk

bas fav saya

internet punya pasal, sanggup balik awal. makin nak exam, makin galak pula skip class. dah skip class mr tan yang baik hati tu. sampai rumah, terus on9. update anti virus dulu..huhu. lepas tu buka blog, update seciput, buka facebook, buka ym, skype. tengok tv juga..

saya bertolak balik pukul 1.45pm. walaupun dah niat tak mahu naik bas lagi, tapi sebab financial prob kita gagah jugalah naik. paling penting, teruk mana pun financial, belum lagi saya naik train. harga rm18+- seat paling murahlah. itu lagi nak duduk 12 jam. gila boring nanti. tapi sebelum saya graduate, insyaallah akan saya try sekali. ambil yang ada katil perhaps. selesa sikit.

Saya memanglah bermasalah bab travel jauh- jauh ni. mabuk laut, mabuk udara, mabuk darat semua ada. saya tak gemar naik bas sebab nanti saya kena makan ubat tahan muntah. umi dengan ayah pula selalu kata jangan depend sangat kat ubat. tak elok..jadi, adalah 2-3 times saya tak makan ubat tu. ended up, boleh guling- guling kat seat tu. kalau nasib tak baik, berhenti rehat je terus cari tandas nak muntah. eww...satu masa tu tak jumpa tandas, surau jadi mangsa. kesian makcik cleaner..huhu. kalau nasib baik sikit, 4 jam dalam bas, tak tidurlah saya, sebab angin plus sakit perut pening kepala. aihh susah..jalan pusing- pusing macam cameron highland tu tak payah cakaplah. saya rasa ayah pun tak mahu bawa saya pergi CH dah. 

yang semalam, saya tak makan ubat tu. nak beli, sayang pula, lagi satu kali je kena naik bas. confident kali ni tak jadi apa- apa. 2 jam pertama, lepas. 2 jam terakhir, sengsara. kamu pun dah dapat gambaran dia, so tak perlu cerita panjanglah ye. selalu turun kat pudu, tak tahan pening punya pasal, tunggu jelah kat Duta. 

sebab mabuk jugalah, saya jadi malas nak mandi laut. last time, mandi kat pangkor. itupun paksaan sebab part of the course. saya pantang air beroleng sikit. kalau kat water theme park pun, serupa. paling tinggi boleh mandi 2 jam je. tapi biasa saya naik menatang alah, gelongsor tinggi tu. segala permainan, including kids area pun saya try! 

kalau mabuk udara, setakat ni alhamdulillah belum lagi. tapi yelah dah flight pun 45 minit je, tak ada apa sangatlah. sebab tu saya suka naik flight. tak perlu makan ubat. tak perlu go through heavy traffic jam kat kl tu. tak perlu bersesak cam sardin kat puduraya. anyway, i bet kalau fly ke nz nanti, (amin ramai- ramai ye), mesti kena telan jugalah ubat pahit tu. kalau tak, 10 jam + fligh tu tu confirm sengsara. 

so, itulah. pernahlah orang tegur saya, kata benda tu mainan minda je. sekali dia tengok saya muntah, terus tak jadi sound. hah, padan muka kau. hehe.. 

back..

ohh i'm back at home..cheers 4 that...haha, saje intro kasi pendek. nak tidur, esok sambung blogging

Monday, September 28, 2009

the age of 20

obviously I get the feeling that this year, my birthday is somehow more happening than previous years. Well, everybody is excited to say how you're so not teenager anymore, considering that you're now 20 years old. and yeah people do joke about getting married and so on..When I was small, I hate the thought that I'm about to grow up and even reach the age of 20. I want to stay small, lovable by others, no prejudice, no judgment made upon you. and everything seemed so perfect in your little own world..

But time still passed by. Every year when your birthday comes, you grow older, wiser. The old, new friends, even unknown give their wishes. The important thing is to have your loved ones besides you on this day, hoping that they would light up your day just by smiling at you, and you know you don't need any gifts in this world anymore because you have their prayers, their wishes with you. Then, suddenly when someone close to you, who wishes you the best for each of your birthdays, is thousand miles away from you, what are you supposed to feel?

I don't want to fret on this day. It is wrong to be moody and gloomy on your birthday. But, as usual I never failed to show my emotion. Tapi, takpelah kalau dah jauh nak buat macamana. Yang saya kesalkan, bila ada satu masa tu saya rasa saya akan stick dengan a particular person, tapi now orang tu tak bersama saya pun. Fate is a weird thing. 

Well, thanks to all for the birthday wishes, thanks for cheering me up, thanks for the gift, thanks for hiding it in your bag lol, thanks for staying up late until 12 am, thanks for your secret messages in my facebook inbox, thanks for the cake, thanks for the candle which I failed to blow though I've tried like thousand times hehe, thanks for the 7 days free call, and thanks for everything. 

p/s: still waiting for the call. Perhaps it's time to install streamyx..who knows

Thursday, September 24, 2009

benda best vs benda tak best pasal raya

Benda paling best tentang raya ialah bila kau boleh baring siap terlentang- lentang tengah jalan lagi sebab tak ada kereta. Kalau balik lambat, memang terasa sunyilah KL dan Putrajaya. Orang nak datang merompak pun senang. Dah rumah tak ada pagar. Tahun ni balik malam raya pertama. Lambat, sebab? Jemur baju dulu, tunggu kering. Mengarut betul..

Benda yang paling tak best tentang raya pula ialah diarrhea, atau bahasa melayunya, cirit birit. Ok, i said it. Tak kiralah makan banyak atau tak, mesti kena. Renjatan masakan pedas negeri sembilan. Belah ayah dan umi. Umi untung sikit, belah Seremban tak kuat sangat semangat orang N9. Tapi ayah yang kat Rembau ni, pergi rumah makcik pakcik saudara, semua hidang makanan pedas giler. Mana tak meluha (meluha= bunyi yang dikeluarkan kalau pedas).. Macammana pun, kena stay cool. Darah orang N9, kalau tak makan pedas, malu beb..huhu..Pagi- pagi je, dah terjengul muka kat depan pintu tandas. Nasiblah tak ada orang guna. Kalau tak, mahu juga terkinja- kinja melompat suruh cepat keluar..Huhu..

Lepas tu, bayangkan kalau pergi rumah saudara- saudara, and kau tak kenal pun diorang. Pak Long saya ada dua, yang Pak Long pertama tu, anak atuk dengan bekas isteri dia. Hah, yang tu lah yang tak kenal. Several years ago, barulah dapat tahu yang saya ni ada Pak Long lagi. Kira kes jejak kasihlah ni. Menangis- nangis umi saya dapat jumpa abang dia yang dah lama terpisah tu. Saya pula jadi hairan. Tiba- tiba dah ada anak saudara. apa kes anak saudara umur lagi tua dari saya..huhu..Terkilan mestilah ada sikit bila tak dapat kenal cousins dari kecil. Sebab saya family besar saya pun memang agak rapat. But, at least now dah dapat jumpa oklah.

Tahun ni je, raya banyak masuk Felda. Haih, jalan dia tak payah cakaplah. Pusing- pusing, dengan traffic jam, tambah lagi jalan rosak. Drive 2 jam, baru sampai. Lotih, sosek semua ada. Haha, banyak sangat pengaruh dialek N9 ni. Saya pula pandai sangat, tak masukkan baju yang dah lipat untuk bawa balik kampung dalam beg. Beg PLASTIK je pun!! Baju kurung sepasang, baju jalan sepasang. Bila malam nak pergi raya, tak ada baju dah. Kenalah pula pakai baju saiz XL, haih..

Duit raya, seperti biasa dah tak banyak. Bila dah besar, dapat duit raya pun rasa segan. Tapi, kalau orang bagi tak adalah bengong sampai nak tolak. Rezeki kan :P  Tak sabar- sabar pula saya nak kerja, nak bagi duit raya kat orang pula. Ouh, tahun ni tak meriah sangat raya bagi saya. Bila cuti pun ada assignment, macam nilah jadinya. Tapi, this year ada kamera digital, so camwhoring la kerja kitorang. Huhu..

saya nak bertolak ke Penangi ni. Alhamdulillah, tak payah saya naik bas. Saya dah pasang niat tak mahu naik bas dah after this. Dan kalau dah balik maktab tu, eh rumah sewa, bererti saya pun makin jaranglah update blog. Janganlah lupakan saya pula eh :)

Sunday, September 20, 2009

cerita pasal raya

seperti tahun- tahun sebelumnya, saya still hantar kad raya pada orang. Dan seperti biasalah, saya tak main pos- pos ni. Bagi hand to hand lagi bermakna kot..Selalunya, saya bagi pada kawan- kawan je. Tak ada maknanya bagi kat family huhu. Last- last end up dalam kotak "paper to be recycled". Hampeh betul...

Saya pun taklah rajin nak bagi kat semua kawan- kawan. Yang rapat, saya bagi.Yang tak rapat tapi dah banyak tolong saya, saya bagi juga. Pada yang tak dapat kad, saya wish atau sms je lah ye. Geng sendiri pun saya tak bagi kad tahun ni. Gila la nak tulis untuk semua orang, kos beli kad raya lagi..hehe..Tahun ni saya bagi kad raya lambat sikit. Orang sibuk buat micro teaching kat depan, saya sibuk tulis kad raya. Bila mood raya dah datang, macamni lah. Sibuk tak ingat dunia. Pada coursemate saya, saya tulis "Happy Last Raya in Malaysia". Sweet kan :P 

Sebut baju raya, semua coursemates pun tahu saya dah start pakai baju raya 2 minggu sebelum lagi. Punyalah tak tahan, asyik ulang pakai baju kurung sama untuk kuliah kan. Tapi, jangan risau. Saya ada lagi satu pasang, baju ayah beli dari Padang hari tu. So, tahun ni 3 baju raya. Paling banyaklah setakat ni. 

Family saya tak pernah ada tema warna baju raya. Umi cakap, beli je la warna apa- apa pun. Jaranglah nak ada semangat berpasukan. Nanti kena gelak pula kalau nampak macam boria. Saya pun jenis tak kisah, as long as RAYA!!

Persiapan tahun ni, of course lambat sikit. Assignment berlambak- lambak. Tapi, sempat lagi beli satu wedges dan tudung kat Penang. Dah kat rumah ni, tak tau nak beli apa. Macam semua pun dah lengkap. Tapi, ada ura- ura ayah nak beli oven baru. Umi pula, tengah cari alasan nak guna kad kredit baru, buat beli tv plasma. Haha, sumpah tak lepas kalau ayah tahu. Soal biskut, kuih raya janganlah suruh saya buat. Nasi impit, rendang pun semua umi yang sediakan. Nak anyam ketupat pun tak reti. Malas dan tak tahu. So, malam raya saya dengar takbir dan tengok tv je la. Ohh, saya rajin cat rumah je. Tapi tahun ni, Perbadanan Putrajaya dah hantar pekerja cat rumah. So, warna barulah rumah tahun ni. Jemputlah datang ye..

After solat sunat raya, barulah balik Seremban. Kalau nak balik cepat, kenalah tolong ayah lipat sejadah after sembahyang. Selalunya lepas khutbah, terus lari. Semua style pemalas, ingat nasi impit kat rumah, terus tak jadi tolong :) Balik makan dulu..

Sebelum saya lupa, Selamat Hari Raya. Maaf zahir batin atas segala salah dan silap. Nak DUIT RAYA!! Lagi satu, saya harap raya ni saya tak makan banyak sangat. Nanti sia- sia diet dan exercise saya. Ouh, bilalah saya nak kurus ni..hehe..

Friday, September 18, 2009

i'm home

waktu entry ni ditulis, seperti biasalah dah di rumah. Internet laju, taklah sakit hati macam internet maktab..Haram betul. Assignment micro teaching dah siap. Lega rasanya. Pagi- pagi bangun, muka ceria. Nak balik kan..huhu..siap pasang lagu raya lagi..

sekarang penat giler, still nak update juga. Mana tak penat, bersardin dalam bas. Sesak sangat. Nasib baik flight dapat tempat duduk sorang satu. Nak menapak ambil baggage tu yang tak larat. Siap buka puasa kat stesen ERL lagi..huhu..

Balik- balik je punyalah panas, semua orang dah balik. Bukan panas apa. Apa pasal esok budak- budak ni tak pergi sekolah pula? Cuti diorang cakap. Gila arr, siap balik awal lagi.Maksudnya diorang dapat cuti raya extra.

Dan, entri ni tak perlulah comment. Saya pun tak tau saya tulis pasal apa. Check facebook dulu..

Thursday, September 10, 2009

cakap pasal Melayu

saya baru perasan yang saya ada satu habit sengal setiap kali nak siapkan assignment. Kalau esok due date nya, malam tu jugalah saya terkial- kial tengok movie dalam laptop ni. Kan ada saya cakap, saya suka distraction, sebab barulah otak boleh nak buat kerja. 

But nowadays, saya stay up petang-petang.LOL. Siap assignment, malam tu bolehlah layan movie marathon..wah..act, bukan nak cakap pasal style buat assignment. Semalam, ada tugasan report pasal role of Bahasa Malaysia in the context of education and ethnic relationship.. Saya ni memanglah tak setuju nak guna satu bahasa je kat Malaysia ni. Come on man, diversity is what makes us unique. Kita kenalah bangga ada bahasa ibunda, and at the same time boleh cakap Mandarin, English and so on. 

saya rasa orang Melayu ni sensitif. sebab kita rasa Malaysia ni kita yang punya. Tanah Melayu kan. Patut kita ada bahasa kebangsaan, agama rasmi. PATUT. Tapi, tak bolehlah sekat hak kaum lain pun. Ustaz Zuki pun cakap, semua benda kat muka bumi ni milik Allah. Tak payah duk bergaduh sana sini semata- mata pasal isu geran tanah bagi kat kaum Cina.

Kalau cakap pasal hak, orang Melayu nombor satu. Semua pun kita punya. kita sukalah bila senang masuk universiti sebab ada kuota untuk orang Melayu. but I've seen my Chinese friend who got 9A1 in SPM, yet she can't enter matrix or university. How pathetic. Macamana nak jadi 1Malaysia kalau kita nafikan hak kaum lain.. Ouh, maybe saya lupa point yang orang kita ni masih perlu dibantu, tak berapa nak berdikari, tunggu kerajaan laksanakan dasar- dasar bantu Bumiputera. Itupun ada lagi yang tak reti nak bersyukur. Duk merempit malam- malam, hisap ganja, ponteng sekolah. See, kita Melayu mudah lupa...

Ironi nya, report tentang kepentingan BM dalam pendidikan tu kena tulis dalam Bahasa Inggeris. Seris ironi. Oh, yelah Jonathan nak baca kan. So, kita pun tahu releven guna English as language of knowledge. Kita nak angkat martabat bangsa kita, first dengan ilmu kita. Ilmu- ilmu sekarang ni banyak dalam English. Tak salah pun belajar bahasa asing. Macam Reverie cakap, tak hilang pun identiti Melayu tu. Saya bukan cakap pasal PPSMI eh. Since semua orang pun suka Math dan Sains dalam BM, so now apa kita kena buat, enhance our English language. Jadi bilingual, multilingual. 

Dalam buku rujukan untuk buat report tu, saya terbaca pasal Cambridge exam yang kena abolish at year 1970. Waktu tu juga saya cakap "bodoh". Terlepas sudah. Elok- elok orang nak pandai English, terus generasi sekarang ni dengar English pun dah takut.Saya rasa ni masalah mentalititi. Kalau cakap English je, berlagak. Tak munasabah langsung. Saya quote ayat Dr Mahathir, "sayang bahasa jangan melebihi sayang pada bangsa". Boleh tak bayangkan, kalau negara ni lagi ramai orang Cina dari Melayu, lepas tu diorang nak guna Bahasa Cina as the sole language in the nation, what would Malay feel then? Macam tu jugalah yang diorang rasa bila kita ni duk sibuk nak implement Satu Bahasa je kat Malaysia. Increase our unity, yet retain our diversity. 

Janganlah kata saya ni tak suka Melayu. Saya bangga jadi Melayu. Saya cintakan Malaysia. Dan saya suka bila ada kawan Cina, India, Kadazan- Dusun, belajar bahasa diorang. 

p/s: tak berniat nak menyinggung hati mana- mana Melayu. Cuma perlu ada ada orang untuk sedarkan kita tentang realiti yang berlaku sekarang. 

Sunday, September 6, 2009

untuk orang yang "sayangkan" saya Part I

Lama betul tak update blog. Masalah internet lah ni..aih..promise, saya still baca blog korang semua, ada masa saya komen ok..ini entry dalam draft..hari ni baru publish..hehe

Saya jenis yang susah nak ada affection kat orang lain selain family. I mean, to love someone more than a friend. Sebab tu saya tak layan adik, kakak angkat atau boyfriend ni.

Dari dulu lagi, saya suka take things for granted. Dalam kes ni, relationship dengan someone. Saya boleh suka orang kejap je, katalah saya nak si D jadi adik angkat saya, lepas dia setuju, saya terus buat layan tak layan. Ni cerita waktu sek men dulu. Kesian si D, kakak angkat lain selalu tanya khabar, saya pula setiap kali nampak dia mesti saya lari jauh- jauh. Sampai dia minta putus, dia yang menangis. Saya muka selamba, hati happy Tuhan je tahu. Mungkin sebab saya tak cukup affection kat dia..haha.. 

Samalah halnya dengan bf. Saya memang jenis yang tak boleh cintakan orang in a blink of an eye. Orang yang rapat dengan saya tahulah, saya tak boleh suka classmates or coursemates sendiri. Tapi, saya tahu ada je yang boleh layan ada bf/ gf satu course. Tengok contoh ex roommate saya pun ok, kan? huhu...

Tapi, kalau saya dah suka someone tu, saya suka betul. Bab relationship ni, kalau untuk saya, tak perlulah nak tanya status bagai. Macam kai mui saya sekarang (Ching Ting) dan Kai Ma (ah Lan), kitorang tak ada sibuk- sibuk pun nak tanya, do u want to be my kai mui (adik angkat)? Bila dah rasa rapat tu, automatiklah saya rasa diorang part of my life. Saya pun tak perlu declare kat diorang berdua yang saya ni Jie Jie and Kai Lui diorang. Cukup dalam hati. 

ada 2 lelaki je yang saya pernah betul- betul suka. Tapi, dua- dua pun dah saya jauhkan diri. Entahlah, rasa bila jodoh tu tiada, saya pun malas nak try. Relationship tak ke mana. Saya redhalah, takkan nak salahkan Tuhan pula.. 

Saya rasa, waktu betul- betul orang nak kahwin dengan saya, barulah tanya pasal status relationship kitorang, either saya nak dengan dia ke tak. Dibuatnya tiba- tiba datang mengejut bawa rombongan Cik Kiah ke rumah, kan dah kelam kabut. Alasan, "kata tahu feeling masing- masing"..Haha.. Dan saya rasa, sekarang ni bolehlah cakap tak boleh suka coursemates sendiri. Esok- esok Tuhan nak uji hati saya, saya tersuka pula, kan dah susah. Jadi, susah saya nak cakap. Jodoh kan di tangan Tuhan..

Masalahnya bila saya dah suka someone, saya akan "butakan" mata saya. Buatlah jahat macamana pun, sakitkan hati saya. Saya mesti boleh maafkan juga. Susah bila ada feeling ni. Sebab ada orang pernah ambil kesempatan dah. Dia tahu saya still akan baik dengan dia despite everything yang dia buat, sebab tu dia tak pernah appreciate saya pun. Cari saya bila dia perlukan saya je. Aduh, malas nak bercerita pasal dia lagi. Kita sambung lain kalilah..bye.

Tuesday, September 1, 2009

there's a butterfly in my stomach

Pernah rasa nervous, sakit perut semacam tak bila kena buat presentation atau public speaking? Saya memang jenis macam ni. Tak kisahlah dah ready atau tak. Sejam sebelum, boleh gelak- gelak. Bila dah nak sampai turn, janganlah ada yang kacau. Stress, depression semua datang. Kawan- kawan semua memang tahulah saya cepat menggelabah. Kalau teruk, sampai kena panic attack. Tangan sejuk, kaki shaking..aih..

Waktu kat sek, saya memang benci buat presentation. Kalau kena juga, saya datang depan dan cover muka dengan buku. Classmates pun tegur, tapi saya buat selamba je. Kalau ada group work, lagilah saya mengelat. Waktu tu juga nak pergi tandas. Duduk lama- lama, agak-agak presentation dah habis, baru masuk kelas. 

sebab low self-esteem lah.Tapi, kalau bab English, saya sanggup volunteer. Salah satu benda yang buat saya confident. Jadi, bila saya masuk maktab, automatik saya punya self- confidence naik. Course English kan. Nervous tu kejap je. Bila saya dah selesa nak present, saya buat all out. Saya jarang nak rasa kecewa dengan presentation saya. coz I knew what I wanted to say and how to convey the messages to the audience. Bila habis je turn, alhamdulillah, saya dah tak fikir. Saya tahu saya dah buat yang terbaik. Oklah..

Lagi- lagi saya ni gila bercakap. Itu membantu jugalah bila ada kat depan orang ramai. Tu yang semua pun risau tengok saya sedih pasal ayah saya. Bila saya tak bercakap, sunyi kot..huhu...

Saturday, August 29, 2009

hari malang saya

saya try untuk tak update blog lagi. tapi saya nak cerita pasal semalam, hari malang saya. hmm, when things couldn't get any worse..

first, saya stuck dalam traffic jam. first time stuck teruk macam tu. sampai adik saya yang nak ke stesen ERL pun bengang and turun jalan kaki pergi sana. Saya pula dah menggelabah, nak cepat sebab umi nak guna kereta. 

Ambil kawan baik saya dulu. Dia lambat. terpaksalah saya tunggu. Sampai rumah, saya dah takut kena marah sebab lambat. Alhamdulillah tak kena. Umi suruh beli mee. Ayah tak makan spaghetti yang saya masak, lidah orang Melayu pure kan. Tapi sedaplah, sebab kucing pun layan :P 

Jezmine yang syok makan spaghetti

Saya pun kelam- kabutlah bawa kereta, pecut laju satu macam coz dah almost 7pm. Fikir makan je :P Sampai kat selekoh, saya terlanggar divider bunga. Apa benda ntah nama benda tu. Dahlah tak pakai cermin mata. Teruk gila accident tu. Kereta jadi tak stabil. Ke kiri, ke kanan. Yang peliknya, memang kaki saya tak boleh tekan brek. 

Sekali parking, tengok rim dah keluar dari tayar. teruk betul conditions tayar tu. Saya naik fobia nak bawa kereta dah. aih..beli pizza 2, buat sejuk hati ayah. haha..gila kaki bodek, taklah act memang dah lama nak belanja family makan pun. lepas tu bila malam, kemas- kemas after makan, boleh pula terpecahkan pinggan. Sorok- sorok je buang kaca tu. Takut lagi..

Paling teruk, research article yang saya duk cari 2 hari kat UKM tu satu apa pun saya tak faham. terpaksa saya cari article lain dalam internet. Ini tak tidur dari semalam ni. Lepas solat subuh, saya nak tidur sampai tengahari. Puas hati..

Tiket balik SP 12 mlm Sabtu. Gila ar maktab. Kalau dah cuti hari Isnin, bagilah cuti terus hari Ahad tu. Habis satu hari guna untuk travel. Saya tak pernahlah rasa best cuti hari Jumaat and pergi kuliah hari Ahad. Tak faham apa relevannya. Kalau dah faham pun still tak nak faham. Saya harap nanti tak kena posting kat Kedah, Kelantan and Terengganu. Saya bukan tak suka negeri ni, saya tak boleh adapt dengan sistem cuti dia je. Itu je. 

Thursday, August 27, 2009

Jadi bijak??

senarai favourite webpage saya, cuba tengok blog kat no berapa..DUA
Makin lama, makin banyak pula benda saya nak cerita. Ada kawan saya pernah tanya, blog ni orang cerita pasal hal peribadi dia je kan? Waktu tu, saya cakap "mana ada". Beriya- iya pula tu cakap tak. Tapi, bila fikir balik, betul pun huhu.. Ok, ok so saya dah decide nak buat post baru selang 2 hari, bergantung pada internet. Saya taip banyak- banyak dulu, simpan dalam draft. Bijak, bijak..
Ada orang tegur, entry saya panjang- panjang. Hmm, saya tak tahulah nak pendekkan macamana dah. Kadang kadang betullah, ikut suka hati kitalah nak buat apa, tapi in life, things don't work that way. Kita kena juga dengar cakap orang lain. Sebab tu, saya buka poll, undilah sama ada nak saya pendekkan atau kekalkan kepanjangan entries saya. Dan undilah dengan bijak..
Sekarang ni serius rasa gian nak menulis. Macam drug pula. Saya ingat, nak samakan nisbah saya bercakap dan menulis. Kalau dulu, katalah 5:1, sekarang nak 5:4. Math is life, life involves Math. Damn, I hate Math!! Nak kira baki duit pun terkial- kial..Ini tak bijak :(

Wednesday, August 26, 2009

Populariti + jealousy + krisis identiti

Ada 3 benda yang memakan diri. Populariti, cemburu dan krisis identiti. 

Waktu sek ren, saya popular. Anak teacher. hehe..tak ada yang berani cari pasal, sebab umi tu ibarat "kabel" di sek. Kamu buli saya, siaplah..

Waktu sek men, saya popular sebab abang saya, dan status sebagai wakil syarahan bahasa inggeris. Semua senior kenal. Bonus, senior lelaki. Senior perempuan pula jadi jealous. Ini tak bagus. Over jealous, padahal sumpah saya tak pernah menggedik pun dengan lelaki kat sek tu. Sek agama beb. dahlah waktu tu social skill tak bagus sangat. Normallah abang- abang ni suka kacau budak- budak form 1, form 2. still cute what :P  saya rasa diorang bukan jealous sebab saya popular pun, tapi the fact that saya ni dahlah tembam, pendek, gigi tak lawa, pun boleh popular. Mesti diorang rasa dunia dah terbalik, yang lawa, erk, bajet lawa pun ada yang tak kenal.. 

saya keluar dari sek tu waktu Form 3. Bila dah terbiasa jadi popular, saya terbawa- bawa perasaan tu kat sek baru. Jadi, samada saya buat benda yang boleh buat saya popular, atau fit in dalam group yang memang dah popular. Populariti yang memakan diri.Kamu tahu, peer pressure tu benda yang serius. Lagi serius, kalau kamu tak ada jati diri sendiri. Tapi, kamu still nak dikenali. Jadi, saya ikut diorang. Trend diorang. Trend popular zaman sek men, sentengkan kain. Pakai tudung, rambut tak masuk dalam scarf. Kalau rambut panjang, lelaki dapatlah tengok. Tak buat homework. Malu nak mengaku inilah saya dulu..Aih..

Zaman remaja bukanlah benda yang saya banggakan pun. Krisis identiti. saya rasa waktu tu kawanlah paling memahami. Parents tak. Sepatah diorang cakap, sepuluh patah saya lawan. Masuk form 4, saya dapat group yang agak nerd, sekarang tak dah..huhu..Saya nak jadi popular, tapi Tuhan tak bagi. Ada hikmahnya. saya jumpa friends for life. Sebetulnya, geng. Macam group Zack la, my Darlings. saya refer, kawan dunia akhirat. Sikit- sikit, saya jumpa identiti diri sendiri. saya tahu soal agama, tapi diorang yang banyak bimbing saya. Kalau saya tak jumpa diorang, maybe saya ended up jadi orang yang entah apa- apa sekarang. 

Bila saya fikir balik, saya bukan kisah pun soal populariti. soal nak dikenali ramai. Cuma, saya nak DITERIMA. Semua orang pun nak diterima. Now, saya selesa jadi low- profile. Kalau orang kenal, oklah. tak kenal pun, tak apa. Tak ada ruginya. 

Sunday, August 23, 2009

puasa, tarawih, baru raya lah..

ok semua orang pun tahu kita dah start berpuasa. Puasa tak hari ni? Kalau ye alhamdulillah. Bagi kaum lelaki, anda tak ada MC. So, tahanlah nafsu nak merokok tu ye.. ujian Tuhan, kena lah sabar :P

as usual, sembahyang tarawih mesti ramai orang. Budak- budak kecil pun join. Yang tak bestnya, diorang buat bising. Lari- lari waktu orang sembahyang. Haih, yang maknya pun, kalau tahu anak jenis hyperactive semacam, tinggalkanlah dengan sesiapa kat rumah. Kalau tak ada orang kat rumah, suruh dia duduk diam- diam kat sebelah. Saya sembahyang pula tak khusyuk. Dah jenis tak sabar, kejap lagi saya pula yang kejar diorang sebab dah geram sangat. 

Saya cukup hairanlah dengar lagu raya dah duk main kat shopping complex. Apa cerita ni? puasa baru 2 hari, gaya macam nak raya esok. Sabar- sabarlah. Kita bukan nak kejar yang raya tu, ye raya memang best. Tapi, ambillah kesempatan ramadhan ni dulu, tingkatkan ibadah, iman kita daripada duduk layan lagu- lagu raya tu. Aihh...

Ada satu benda yang saya tak pernah buat sepanjang ramadhan dalam hidup saya. Tolong umi masak sahur. Masa saya dengar ada kawan- kawan yang bangun tolong mak masak, saya terkejut. Serius terkejut. Entahlah, umi tak pernah kejut saya minta tolong pun. So, saya layanlah tidur sampai dia bangunkan. Bangun- bangun best je, semua dah siap. Dari lauk sampailah ke air teh. Huhu..Tinggal makan je. Simple. 

Hari ni, nak keluar sama geng sek men saya. Ouh, Liyana dah balik dari Mesir. syok betul. First time ada kat rumah, and pergi berbuka puasa ramadhan kat luar dengan kawan. FIRST time. sebetulnya, nikmat berbuka tu masih lagi dengan family..ouh, boleh survive ke saya di NZ? huhu..

p/s: ok, siapkan assignment cepat att..ada 6 kan..pe kejadah pen pun tak bawa balik.

perkara anda tak tahu tentang saya

tag dr anis..
Alangkah baik sekiranya anda menulis 25 perkara yang orang tak tahu semasa kecil anda. Dihujung entri, anda harus memilih 5 orang untuk ditag. Aku boleh tulis 12 perkara je beb..huhu..

1. Aku suka kutip kapur (chalk) waktu sekolah rendah dulu dan kulum sampai habis. Aku stop habit buruk ni bila kantoi sakit perut dengan umi.
2. Sebab teringin sangat nak tau rasa alkali, balik rumah aku ambil dynamo dan rasa. Aku rasa sabun juga.
3. Aku suka bau cat. Aku rasa tenang. sebab tu hobi aku pun mengecat.
4. Aku tahu bila hari nak hujan. Hidung aku mesti berair.
5. Aku ada masalah kedip- kedip mata waktu kecil. Jadi aku kena pakai cermin mata style orang tua, ada tali kat belakang.
6. Aku suka dengan jiran aku. aku rasa dia lelaki paling cute dalam dunia. Sekarang, dia dah besar, dan aku dah tak suka dia. sebab dia bukan lelaki paling cute lagi. Owen is. 
7. Aku tak suka mandian fragrance buah- buahan. nanti ada tendency untuk makan syampu atau sabun tu. Serius ni. 
8. Aku suka main masak- masak. Bukan kahwin- kahwin, reason tak ada calon lelaki. Aku ada 3 jiran je. 
9. Aku tak pernah masuk pawagam waktu kecil- kecil.
10. Aku jual apam kat sekolah agama dulu. Laku sungguh, umi saya pembuat apam terbaik di dunia..huhu
11. waktu darjah 5, ada lipas pernah kencing atas tangan aku. kencing dia warna hitam, bau dia tahan sampai 2 hari. bagi losyen paling wangi pun tak mahu hilang..

12. aku tak layan cerita teletubbies and barney..aku lagi suka tengok Sailormoon and Dragon Ball

Seperti biasa, tag pada yang rajin :P

dan ini award untuk saya, dari Anirda. Tq ya :)


Thursday, August 20, 2009

Kenapa aku tulis Blog

ini entri ke 101. sebetulnya entri ke 96. ada 5 posts dalam draft..baru ingat nak celebrate entri ke 100 dengan cerita- cerita yang gempak, tapi ended up tulis pasal ayah. itu cerita sedih. Hari ni aku bangun dan senyum. Mujur Tuhan ada.  

Dah lebih setahun aku jadi penulis blog. Ah, tipulah kalau aku kata aku tulis untuk self- pleasure. memang aku nak orang baca. Tapi, memang ada self-pleasure tu. Kadang- kadang kita tulis untuk buat orang terasa. Fact is, kau tahu kau boleh aim entri kau kat sesiapa je, dan kalau ada yang terasa, takkan dia nak fire kita balik. Kot- kotlah kita cakap pasal orang lain, tak pasal- pasal dah malu sebab sensitif sangat. Kita suka dapat komen banyak- banyak. Cuma lately, aku rasa aku dah tahu sebab aku mula- mula tulis blog dulu.

Aku menulis sebab aku suka reflect hidup aku yang dulu. Aku suka baca entri- entri yang lepas, sebab aku nak tengok sejauh mana hidup aku dah berubah. Ada satu masa kau tulis pasal kegembiraan kau dapat si B sebagai kawan, tapi sekarang kau tahu B pun bukannya baik sangat. Ataupun dulu kau cakap kau ni suka berkira (ini entri lepas aku), tapi sekarang sikit- sikit kau belajar untuk berkongsi. Ataupun dulu kau rasa si dia la cinta hati kau, and now dengar nama dia pun kau jijik. Pelik macamana masa boleh ubah kita. 

Aku cukup suka baca blog yang buat aku fikir tentang hidup. macam Silent Melody, Harajuku, Colours and Magenta. Sekadar menyebut beberapa nama. I've been through a lot in my life, the same as yours, just that our experiences weren't the same. Aku tahu erti kawan, bila aku jumpa kawan yang tikam belakang. Aku tahu erti sayangkan family, bila Tuhan duga aku hidup 24 jam tanpa ayah. Dan aku tahu erti kecantikan, sebab aku pernah lalui saat paling sukar bila orang ejek my physical appearance. Tak, tak. hidup aku bukannya semua pahit. cuma aku suka ambil yang pahit sebagai renungan. 

Kadang- kadang, dalam hidup kau dapat apa yang kau nak. Sometimes, you didn't. Contohnya aku selalu doa, Allah tambahkanlah ketinggian aku..tak lawak ok. And my kai mui said, thank God for what He didn't give you. Aku senang bila tahu Tuhan ada dengan aku. Kai mui pernah tanya, apa benda paling gembirakan hati aku? Aku tahu jawapan yang ni, aku cukup pasti. "Knowing that God is always there for you, and you have faith in Him, that's what enlighten my heart the most. Pious or not, each of us, needs God in life, and a religion, as for me Islam. I have both. It is enough. It has to be". 

p/s: selamat menyambut ramadhan..mari kita sama-sama tambahkan ibadat tahun ni ok..

Tuesday, August 18, 2009

Impian sama ayah

Kau nak ayah kau ada waktu hari graduasi, waktu kau kahwin, waktu kau nak pergi overseas. Kau still nak borak- borak pasal wrestling, pasal Liverpool, pasal F1 dengan ayah kau. Jadi, macamana harus aku khabarkan perasaan bila diberitahu Tuhan mahu tarik "impian sama ayah" tu.

"Testing, ayah kat mana ni? jangan lupa beli keychain and souvenir ok". Msg aku pada ayah. msg yang tak sampai pun. Umi call, suruh aku sabar. Gempa bumi kat Padang. Signifikannya, ayah aku kat situ.

Yesterday was one of the toughest day in my life. Hari yang aku rasa nak mati. Hari yang buat aku separuh gila. Tuhan betul- betul uji iman aku. Aku tahu, aku kena sabar. Aku tahu aku dah minta banyak sangat pada Allah. Tapi, aku perlu minta yang ni. Minta Allah panjangkan umur dia. Kalau umur dia sampai situ, aku mohon Tuhan ambil separuh nyawa aku dan beri pada dia.

They told you everything's going to be okay. But I know,it's not okay. You wanted so much to tell people that, easier said than done. Ijan asked me to pray for the best, yet prepare for the worst. I could not stop thinking about him. I cried myself to sleep. I tried to be strong, but when friends asked me how's my father doing, I stumbled. What should I answer them? That we lost contact with him, no phone call, no news, no info on which hotel he was staying at, where he went to. You simply couldn't reach to him. And all you could do was hoping. That's the worst part. Hoping for something you're not even sure of. 

Kau tahu, dalam hidup, kau akan ada satu ayah je. Aku fikir siapalah yang nak kemas rumah bila ayah tiada? nak lipat baju, pergi pasar? Tangan siapa kau nak cium waktu raya? Itu bonus jadi anak ayah. Walaupun ayah aku bukan jenis yang cakap dia sayang anak- anak, I knew he does love us. I can talk to him like a son. Aku rasa affection tu dalam hati. 

Aku tak sempat call ayah sebelum dia fly ke Indon. Tertidur. Itu yang paling aku kesal. Umi cakap ayah balik hari ni. Dan aku cakap,he must come back. I need to see him. Pukul 8 tadi, ayah call. Aku tahan air mata aku. Aku tahu susah nak sembunyikan perasaan takut hilang orang yang kau sayang. Ayah tahu aku risau, jadi dia betul- betul yakinkan aku yang dia selamat. Hari ni, aku puasa untuk ayah. Untuk keselamatan dia. Aku buat nazar. Aku tahu, Tuhan dengar. He listened to my prayer, and brought back my dad. 

Thanks pada semua yang tolong doakan untuk ayah saya. 

p/s: Waktu tidur tadi, umi call, cakap ayah tak dapat call ke Msia sebab tak ada kredit. Lepas tu umi gelak- gelak. Bawa berjuta- juta rupiah pun, tak boleh beli kredit. Lepas tu, aku sambung tidur, tapi kali ni aku senyum. 

Friday, August 14, 2009

style kita buat assignment kan berbeza

bila lecturers cakap jangan procrastinate, kau janganlah procrastinate. bahaya nanti. jangan jadi macam aku, terketar- ketar tak tidur almost 36 jam siapkan assignment. last- last report SBE for 2 weeks aku tak hantar. Dah siap hantar portfolio, malam tu boleh pula pergi karaoke. Esok penat sumpah nak tidur atas lantai dah. sebab aku nak jadi sopan je aku tahankan perangai tu sikit haha..

oklah, bab kerja memang aku agak perfectionist. Lagi- lagi kalau dalam english. nak bagi grammar habis betullah. tip top punya language. Orang pun jadi malas nak buat peer editing dengan aku. kalau kau suruh aku check draft yang 100% kau tulis, by the time aku bagi balik,boleh tinggal 30% je. itu yang aku buat kat kai mui aku lah. Kesian juga lah kat dia. Tapi style aku kerja macam tu lah. Kadang- kadang aku kesiankan diri sendiri, kalau ada yang minta tolong edit, aku boleh habis berjam untuk assigment dia je. 

Tak tahulah bab- bab writing ni memang aku concern sikit. Sebab tu kalau tak ada benda nak tulis kat blog, aku tak tulis. kalau benda merapu lagilah aku tak layan. Ingatkan aku pada satu perkara, lepas ni aku dah tak mahu follow blog orang tak tentu pasal. Kalau kau suka blog aku, follow dan tak perlulah suruh aku follow kau balik (exception untuk kawan- kawan je) Kalau aku suka blog kau, aku follow. Tak larat aku nak baca benda fluffy ni. Zaman nak jadi blogger popular dah beraKhir. 

setiap kali aku dah habis menulis, aku suka check banyak- banyak kali. even dah publish, aku still check. tengok part mana kena delete, kena betulkan bahasa. Demanding, yes I am. But that's how I work. Sebab tu aku tak hantar overall report SBE tu. Kerja last minute, takkan perfect punya. Prinsip aku, daripada aku rendahkan ability aku untuk hasilkan benda yang berkualiti (kualiti lah sangat), baik lagi aku tak hantar terus. ok, aku suka buat kerja elok- elok. Tak mahu cincai- cincai. minta maaf nak cakap, daripada dapat partner yang tak contribute apa- apa untuk group work, baik buat sendiri- sendiri. Aku tak sakit hati, kau pun tak sakit hati. Dahlah aku suka cakap lepas. 

Sem lepas, subject linguistics,partner aku, melissa and me myself antara presenter terbaik untuk oral presentation. ini miss sim yang bagi tahulah, bukan nak bangga. cuma nak kata, memang berkat kalau kerja dapat partner yang tak malas dan sanggup tolong satu sama lain. Peer editing tu perlu. itu assignment waktu time cuti. Aku jenis tak kisah ada assignment waktu cuti, sebab aku style tak berjalan. So, a little sacrifise won't hurt, as for me. Style kita berbeza. 

sebenarnya, sekarang ada report nak kena siapkan. Masih leka update blog. Chow!!

Thursday, August 13, 2009

jadi sopan?

dari kecil lagi aku memang bukan jenis yang lemah lembut dan sopan santun. kalau nak sopan pun jadi kejap je. lepas tu balik perangai asal. susahlah. agaknya sebab banyak sangat tengok wrestling kot kecil- kecil dulu. ah salahkan tv show pula haha..

aku sukalah dulu tidur dalam kelas, bersila atas kerusi. gila relax. lepas tu kena tegur. tak adalah nak tidur macam tu. Kena maniskan muka, senyum sikit. pakaian kena iron. tak boleh grumble, complain selalu sangat. uii, penat dowh jadi perempuan sopan. cakap kena nada lembut, tak boleh tinggikan suara. bolehlah aku ikut lagi. bab pakai kain batik, haram. kau suruh orang lain. pe kejadah baru nak belajar pakai kain batik sekarang haha..

bab masak aku pandailah. sebab jadi kakak sulung kot. nak kata rajin, duduk rumah sewa baru terserlah kerajinan. housemates aku panggil aku "ibu" sebab aku suka suruh diorang kemas- kemas rumah macam mak kot haha..hari tu sebab rajin sangat, aku buang plastik isi ayam percik Ijan, buang telur ayam Dya nak guna buat facial mask. Gila rajin kan..

tapi, sebenar walaupun tak sopan, aku susah nak bahasakan diri "aku" "kau" dengan orang, especially yang tak kenal. dalam blog bolehlah. waktu mula- mula datang maktab, aku susah hati betul, sebab tak tahu nak bahasakan diri apa dengan coursemates lelaki. I You macam haram. Kita awak lagi lah. Saya awak nanti orang kata romantik pula. Last- last aku tunggu orang lain panggil, barulah aku bahasakan diri "aku"..kekoklah waktu tu, tapi lama- lama oklah. 

macam selalu aku cakaplah, aku tak pandai nak mencarut. paling tinggi pun "bengong". "bodoh" pun jarang. jujurlah, kalau orang cakap bodoh kat aku, walaupun sekadar gurauan aku terasa sikitlah, tapi pasal kawan takpelah, halal je. nak sebut F**k lagilah..nak tulis "wt*" tu pun tak reti. sebab tu agaknya aku selesa marah orang terus je dari mencarut tak tentu pasal. kalau mak aku dengar pun kitorang cakap kasar kat rumah, habislah. kena bebel.

korang rasa, patut tak aku jadi lagi sopan? haha..

happy birthday wani


 semalam birthday wani yang ke-21. Lagi tua dari abang saya..huhu.. so, hepy birthday wani..may Allah bless you, strengthen our friendship. Teringat mula- mula kenal wani. speaking english dengan dia kat padang waktu orientasi..kejadah apa?? haha..lepas tu rasa dia macam kembar farah..haha..tak tipu ni. dalam seminggu baru boleh beza. Wani antara kawan first saya kat sini, jadi thanks. kawan yang boleh kongsi suka duka sama- sama. Dan orang yang sangat sopan, sampai saya teringin nak jadi sopan macam dia juga..thank you for being my friend. you are like a sister to me. so, farah make sure wani baca ni ye! hehe

p/s: wani suka kalau pergi karaoke ambil lagu yang high pitch, nak serak suara saya kalau nyanyi sama dia hihi

Sunday, August 2, 2009

kecewa+tawar hati+ marah

2 entries yang lepas, saya buat auto publish. Takut- takut internet tak ada. at least tak bersawang blog. Thanks pada Zack yang bagi tunjuk ajar. Love you la!!

hari ni nak cakap pasal feeling. Antara feeling yang saya tak pandai nak kawal sampai sekarang ialah kecewa. Sebab kecewa boleh bawa pada sedih, tawar hati dan marah. dan saya tak suka berperasaan negatif, sebab nanti semua serba tak kena. Saya jaranglah nak kecewa ataupun tawar hati. Ini peringkat paling teruk. Sedih tu dah biasa. walaupun saya agak suka marah- marah, tapi rasanya belum ramai lagi yang nampak time saya betul- betul marah.

Bila saya complain sana- sini, tak bermaksud saya marah. Cuma saya selesa jadi outspoken. Kalau orang tak suka, saya pun tak boleh buat apa. Bila saya betul- betul kecewa, saya senang untuk diamkan dalam hati je. Tak ada nak pergi tampar orang, atau pecahkan kaca, ataupun makan banyak- banyak. Senang je nak tahu kalau saya kecewa dengan someone. Saya tak bercakap dengan dia sampailah hati saya dah bersedia nak maafkan orang tu. Itu saya. Bila marah, saya tak pandai hipokrit. Bukan style depan kemain baik, belakang perangai buruk. Sikit- sikit tu normallah, manusia, mana ada yang perfect. 

Sebab saya tak pandai nak handle rasa kecewa, sebab tu saya buat tak layan orang yang saya marah tu.. Boleh tahan tak bercakap dengan dia seminggu, sebulan..Takut nanti kalau saya try nak maniskan muka juga, yang keluar hanyalah ayat- ayat pedas. Jadi, diam lebih baik. ada yang pernah rasa, kan? Minta maaflah ye. Only some significant events and people yang boleh buat aku kecewa. Contohnya, tak dapat pergi oversea, minta- minta dapat pergilah. ataupun kawan baik rampas suami kau. kecewa habislah. Jadi orang yang tak berapa nak rapat tu safe lah. Tak ada masa nak layan rasa kecewa kat semua orang, kan? 

konsep forgive dan forget ni memang saya tak berapa nak berkenan. betul, sampai satu masa, kita kena maafkan orang. Tapi bukan lupakan. sebab penting untuk kita reflect diri sendiri. Kenapa orang buat kita macam tu.. Time will heal all wounds, but the scars will remain. That's all :)

Friday, July 31, 2009

beza kereta auto dan manual

kamu tahu tak beza kereta auto & manual? 

ini toyota unser manual. Not exactly my dad's car, google pic ni je tadi. Dari kecil lagi, ayah aku suka pakai kereta manual. Tak pernah beli auto. So, ini jugalah kereta yang aku drive lepas dapat lesen. walaupun kaki shaking satu macam kalau berhenti kat bukit, tapi so far oklah. Boleh bawa, no problem. Cuma orang banyak pandanglah. Pelik kot, tak nampak driver..Tapi bangga je, sebab boleh bawa kereta besar. Haha..

Dulu, ayah guna toyota corolla. Nak turunkan tingkap dia, kena guna tangan, pusing lawan jam. So, aku pun mati- mati ingat inilah kereta manual. Kereta auto tu, yang tingkap dia boleh buka tutup automatic. Tekan butang je. Tak lenguh tangan pun. Pelik juga, one day bila mak aku balik, dia kata dia tak boleh drive kereta auto. Aku jeleslah dengan kereta ayah budak- budak lain. Setiap kali nak buka tingkap kereta corolla tu, pusing satu macam laju. kasi nampak macam kereta auto. Canggihlah kiranya..walaupun tak dinafikan, kereta tu memang old style..

Sampai form 5 kot, aku ingat itulah konsep auto and manual. Maklumlah, naik kereta auto pun tak pernah, ada sekali waktu form 4 tu lah, tapi tak perasan langsung beza gear dia.  So, bila ayah aku beli kereta unser ni, aku syoklah. Bragging habislah kereta aku kereta auto. Jakun betul tekan- tekan butang bagi tingkap turun naik automatik. Apa- apapun, bila ambil lesen barulah aku betul- betul  tahu konsep kereta auto. Naik kereta, tekan minyak, control brek. Senanglah. Memang gila ketinggalanlah aku. Buat malu diri sendiri je.

Sekarang, hari- hari naik kereta auto. Ijan punya. 

semalam first time drive kereta ni lah. Kagum, sebab tak tekan minyak pun still jalan. Tapi, susahlah sebab asyik nak tekan brek. Dah biasa sangat bawa manual, kaki asyik cari clutch je. Aku dah selalu cakap dengan ayah, esok- esok nak beli kereta manual. Lepas semalam, lagi confident nak beli kereta manual, dengan tingkap auto..haha.. Tak ada feel lah drive auto. Mak aku selalu cakap, tak challenging bawa auto..agaknyalah, mungkin sebab senang. whatever pun, ni nak kasi tribute kat BEE, sebab jadi kereta auto pertama saya drive. 

To Someone called "enemy"

To enemy, I saw that you have left some comment in my shoutout box. let me tell you one thing. I didn't know you and I didn't think that I was picking a fight with anybody. If my blog was the reason you feel offended, I can't do much about it. I wasn't talking about anyone either. It was just an opinion. If you dare, face me and let me know who you are. 

You can burst out your dissatisfaction towards me in front of my face. I can handle critics well. I've learnt that critics are the best way to improve myself. So, please, stop being anonymous.  Don't test my patience by shouting things like " nape kau nak cari gaduh ke"..come on, grew up man. You can still be an anonymous, trying to mess up with my life. But words can't put me down. I've been in tougher scrapes than this, so your pieces of words meant nothing. Try picking up a fight with me, and I'll fight back with dignity. Go ahead, I'm pretty good at it.I might be the last person you want to mess up with. 

Anyway, if it's just a prank, then forgive me for being so sensitive. 

p/s: please don't misuse the chatbox, ok..

Thursday, July 30, 2009

award coming!!

Nyatakan 5 Fakta Menarik Pemberi Award Ini?

# Silent Melody

i) rasanya dia suka superman

ii) Dia suka eja nama dia dengan macam- macam ejaan. Dialah Ami, Emiey, Amiey, Emi, Amih, Emy..haha

iii) Dia respect pendidik??? :

iv) dia senyap kot..

v) dia suke menulis..maybe..

Setiap Blogger Harus Menyatakan 10 Fakta Atau Hobi Diri Sendiri Sebelum Memilih Penerima Blog Seterusnya.

Semua fakta ni aku akan jadikan tajuk entri yang seterusnya..kalau internet adalah..hehe+

Aku claustrophobia agaknya. Susah nak bernafas dalam bilik kecil..

+ Takut pada 2 benda, rejection and failure...

+ Determination aku tinggi.

+ Tak pernah buat decision sorang- sorang. Mesti nak kena dengar pendapat orang lain

+ Aku obses dengan bike macam kawasaki, suzuki...

+ Suka bercakap..bercakap...

+ Mempunyai cara marah yang sangat unik..hehe

+ tak suka window shopping

+ susah hidup tanpa internet, tapi alhamdulillah masih hidup

+ boleh maafkan orang, tapi bukan lupakan. Tak setuju dengan konsep "forgive and forget"..

Anda Perlu Memilih 8 Penerima Award Seterusnya Dan Describe Tentang Mereka:

Aku nak bagi kat semua orang yang rajin..haha..

Tuesday, July 28, 2009

haih..penat!!

Sekarang ni tengah SBE di Sek Bakar Arang. sambil online, curi- curi masa update blog. Entry sebelum ni auto publish lah Kema. hehe.. Tak mampu nak beli broadband dah, sebab dah guna almost rm700 beli something..buat surpise bila masuk kuliah balik...

Oklah SBE ni..walaupun teringin sangat nak ganti kelas atau jaga exam, cikgu- cikgu sini semua memahami. tak kacau kitorang langsung. Paling pun minta ajar dikir barat. Gila lah..

Tiba- tiba je terasa macam nak contact balik dengan someone..Sunyi betul rasa sekarang. Agaklah. Macam kita duduk dengan ramai orang, tapi still rasa macam we're alone. Macam tulah perasaan sekarang. Kawan- kawan ramai, tapi macam hidup ni susah sangat bila dia tiada. As i quoted from Twilight, "death seems peaceful, easy. Life is harder". Although aku still nak hidup lagi, terasa susah sangat nak bernafas lately. 

Emm baru- baru ni selalu mimpi pasal that someone. Mungkin dah nak terasa kehilangan dia..padahal cume further study je..Yang tak boleh blah, mimpi mak dia suruh aku stay away from him. Kalau katalah aku buat solat istikharah minta petunjuk nak teruskan relationship dengan kau atau tak, confirm dah lama aku stay away. Tapi mimpi jelah kan. Hmmm...

P/s: mungkin ada someone yang salah faham dengan previous entry..

Monday, July 27, 2009

kesusahan berjogging

hari tu kat rumah, balik- balik je terus telan air liur tengok trench coat hugo buscati milano yang umi belikan tahun lepas. warna hitam, tambah elegan la..Bulan- bulan lepas agak ketatlah..nak butang pun rasa nak tercekik. Renung kejap coat tu. Ambil feel dulu. Lepas mandi try pakai. Fit, muat elok. Confirm, bawa pergi nz tahun depan. tak sabarnya, hehe. umi lagi tak sabar, dah beli sweater, coat semua awal- awal. Tapi, bukan nak cerita pasal coat tu. Nak cerita macamana boleh muat.

So, kan aku jogging hari- hari, kan? Now,dah dapat idea weight. cuma nak lagi kurus je. Harap- harap 4 bulan lagi bolehlah. 4 bulan yang crucial sebelum ke Nz. Sokongan tak berapa penuh oleh housemates yang selalu ajak makan malam- malam..haha..mentang- mentang dah ada fridge kat rumah, semua sumbat. Aiskrim, otak- otak, tempoyak. semua lah..Tapi, aku sabar. Aku jenis semangat tinggi. kalau aku determine nak something, aku akan try dapatkan. Boleh ikat perut nak beli hp, boleh tak shopping sebab nak buat braces. Tak ada hal. hehe..

So, semangat jitu nak kurus kena ada. Ada satu hal yang membimbangkan. Aku selalu jogging ditemani mata- mata liar, memerhati seolah-olah ingin menerkam. Uih, puitis pula. Aku maksudkan anjing. Pantang nampak orang sikit, mulalah nak menyalak. Kalau tak sebab aku takut nanti kena gigit, dahlah lari tak laju, mahu je aku sumbat mulut diorang dengan kasut. atau bagi pelempang satu. Anjing, anjing. Padanlah kucing pun tak suka kau...

aku takdelah nak pusing lake puteri jaya tu walaupun lawa. ada banyak budak- budak lelaki melepak. Budak zaman sekarang, sekolah rendah pun dah pandai mengurat perempuan. "kak, dia ni suka kakak" atau "lari, pusing, lari lagi, eh dah berhenti"..antara ayat- ayat power diorang. Tak layanlah..esok aku jadi cikgu korang tahulah..

belakang rumah sewa tu, ada tadika. cikgu kemain garang. Menjerit tak kira masa..pekak telinga..kesian budak- budak tu..kalau tak suka diorang janganlah kerja tu. Tapi kalau cakap telefon dengan parents, kemain lembut. Hipokrit betul. Aku dah buat plan nak kasi diorang sedar sikit. Dengan sedikit pertolongan housemates, insyaallah, kita tunggu dan lihat..

rumah sewa tu ada pagar. tension betul hari- hari nak buka. Ikut hati tak mahu kunci langsung. Maybe dah terbiasa duduk kat putrajaya, tak ada satu rumah pun berpagar. Tu yang kucing jiran boleh berak merata kat porch rumah tu. Bila tak ada pagar kan senang salesman nak jual barang. Tambah rezeki dia. Ni tak..senang cakap susah ada rumah berpagar. Haha..for me..

Aku cukup kekok bila jumpa dengan jiran- jiran yang berkumpul petang- petang. sebab tak pandailah nak beramah mesra ni. Kawasan kejiranan kat pjaya ni, style tak kisah langsung. Aku sampai tak kenal jiran langsung. Punya best duduk rumah layan tv sorang- sorang. So, memang kekok kat sini. tengah rajinkan diri bagi senyuman. tapi nak ajak borak- borak, mungkin belum lagi. tak bersedia..haha.. 

Friday, July 24, 2009

on being judgmental

perasan tak yang manusia ni judgemental? Pantang tengok orang lain sikit dari dia, ada je benda nak mengata. Semualah, aku pun. Macam kita je baik. Orang tu pakai seksi, kita cop dia tak senonoh. Orang tu pakai tudung labuh, kita cop mulut dia jahat. Budak tu anak orang kaya, mesti berlagak. Budak tu anak orang miskin, tak mau kawanlah,tak ada standard. Soalannya sekarang, kau suka kalau orang judge kau? 

Ye, dulu aku pun judgmental. sekarang nak bertaubat sikit- sikit hehe..Tapi aku simpan seorang- seorang dalam hati lah. Tak macam setengah orang, dahlah kau duk judge orang tu bukan- bukan, kau sebar pula kat orang lain. Bila dah kantoi, kau jadikan orang lain "kambing hitam" supaya nama kau sentiasa bersih. Dah 2 dosa kau dapat. Sebar gosip dan salahkan orang lain. Jadi, bawa bertaubat. Kalau- kalau dulu aku ada perangai tu, aku nak minta maaf. Tegur aku kalau ada buat silap. Kritikan dari kawan- kawan selama ni lah yang membantu kita untuk jadi lebih baik. 

Aku rasa sikap judmental perlu. Kadang kadang. Tapi ada satu perangai ni aku tak suka. Lelaki judge perempuan. Hari tu abang aku hantarkan gitar aku yang rosak untuk repair. Dia kata orang kedai tu dah siap tune. Tadi aku balik, aku try main kejap, tune lari. Abang aku beriya cakap dah tune. Dia ingat aku yang salah.  Penat kan, aku nak terangkan kat dia yang memang gitar tu dia tak tune pun? Just sebab lelaki lebih pandai main gitar.

Paling tak tahan bila cakap pasal bola. Sorang kawan lelaki aku cakap perempuan tak elok tengok live match bola pagi- pagi. Stay up, tidur lewat, terjerit- jerit. Nak je aku selotep mulut dia. Apa kaitan stay up dengan jantina? lelaki je ke yang boleh stay up? nampak sangatlah bila aku try nak borak pasal bola, takde kawan lelaki yang nak layan. Aku bagi info lebih sikit, ada yang kata aku bluffing je. Just sebab lelaki lebih sinonim dengan "BOLA"..tak salah pun kau respect pandangan orang lain. mana tau boleh tambah sikit kepandaian kau..kan..

perempuan naik motor, macam bohsia. Kau boleh cakap macam tu kalau aku naik harley davidson atau kawasaki? judging lagi. Merokok...perempuan tak elok smoking.  helo, smoking tu tak pernah nak elok untuk mana- mana jantina pun. Dah fatwa haram pun. Tapi aku bukan nak buat kempen berehenti merokok. Ikut suka korang, janji jangan hembus asap rokok tu depan muka aku. Memang pantang. Gf aku ada seorang merokok. Kawan lelaki dia pula cop dia ni wild, social, tak senonoh. Padahal dia merokok je. Takdelah kalau pergi clubbing teguk air haram tu. Dia baik je, dan memang dia try nak berhenti smoking. dahlah orang tak bagi motivation, nak pandang slack pula kat dia. tapi kalau lelaki smoking diorang rasa ok je..macho, cool.. Lagi sekali, sebab rokok lebih sinonim dengan lelaki..

Ada benda yang lelaki memang lagi hebat dari perempuan. Tapi kenapa nak kena ada limitation dalam sesetengah hal yang mungkin je perempuan boleh lagi berjaya dari lelaki tu sendiri? Pilot, engineer, doctor..profession yang didominasi lelaki. Equal opportunity, as what I always believed. Dah- dahla pandang diri sendiri bagus. Sama- sama kita reflect diri kita juga..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin