Monday, June 29, 2009

plan nak kahwin..

Tag dari azu..walaupun aku tak rajin, tapi takpe boleh buat. huhu..

1. How old are you?
19 going to 20

2. Are you single?
ouh..sentiasa huhu 

3. At what age do you think you'll get married?
seriously no idea.. tapi sebelum kahwin nak gi melancong dulu :P

4. Do you think you'll be marrying the person you are with now?
the person who is with me now is Azu..so, hell no..

5. if not, who do you want to marry?
a real guy :P

6. Who will be your bridesmaid & best man?
umie my bestfriend..best man biar pihak lelaki pilih...erk..tak tahu lah aku jawab apa ni

7. Do you want a garden/beach or traditional wedding?
garden please..dah tahu tempat..ok, mari menabung :P

8. Where do you plan to go on honeymoon?
sebab tu kena pergi melancong dulu..survey tempat..kan??

9. How many guests do you think you'll invite?
ouh ramai..aku bab jemput orang memang fail. semua orang nak jemput..

10. Will that include your exes?
entahlah..kalau dia ok, jemput je lah. Jangan jadi cerita hindustan macam veer zaara sudah.. menangis mak aku nanti hehe

11. How many layers of cake do you want?
kalau guna kek lapis, nak beribu- ribu layer. Huhu..

12. When do you want to get married, morning or evening?
akad nikah pagi..bersanding malam..hah, tak kena panas..so i dont have to sweat like a pig (hyperbole betul)..hehe

13. Name the song/tune you'd like to play at your wedding.
Only One, Kenangan Terindah, I don't want to miss a thing, Please don't leave me..haih :P

14. Do you prefer fine dining or just normal spoon,fork and knife?
prefer fine dining

15. Champagne or red wine?
bukan yang warna purple please...

16. Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?
tengoklah dapat cuti ke tak.. 

17. Money or household items?
duit penting dulu. tak ada duit macamana nak beli household items..kan..

18. How many kids would you like to have?
4-5..nak twins juga..eh baru aku teringat aku ada cousin twins..

19. Will you record your honeymoon in DVD/CD?
yup..alang- alang berjalan jauh, takkan tak record..

20. Whose wedding plan would you like to know next?

kau rajin buatlah...

P/s: nak kahwin, ingat- ingatlah nak menabung..jangan sakan nak kahwin je, duit tak ada..nanti menyusahkan mak bapak pula..

Pirated CD

gila ah..kata minat Transformers.. The biggest fan la..tapi sampai sekarang tak pergi- pergi tengok juga. Jeles aku tengok blog orang lain review pasal cerita ni. Hari tu dah gatal sangat nak tengok Transformers, tapi sebab punyalah taknak tengok kat wayang CS, aku beli cetak rompak..Haha..puas hati..

harga murah je, rm4..waktu balik, aku gelak setan dah. Tak sabar- sabar nak tengok. Sekali buka CD kosong. Haih, hangin betul..Moral of the story, jangan beli cetak rompak langsung..Padan muka!!

Aku dah lama tak beli pirated cd ni. Original la sekarang beb. Kesedaran melampau- lampau lepas kerajaan gian tangkap penjual pirated cd kat pasar malam tu. aku pun tak mahulah masuk penjara sekali. 

Takpe, nanti kita pergi penang. tengok transformers sampai termuntah- muntah...

p/s: Optimus prime, I love you la!! Dan aku sebagai the biggest fan of transformers rasa malu sangat sebab belum pergi tengok.. sob..sob..

Sunday, June 28, 2009

kau suka nak kena sound eh??

semalam baru je insaf..tak mahu susahkan parents lagi..hari ni dah pau mak aku balik, minta rm50 hehe..Mak aku bank in kan double siap..tq umi, love you muah muah muah..

hari ni birthday najwa..so birthday girl, happy 20th birthday. Semua wish dah I tulis kad kad birthday tu, jadi malas nak tulis lagi dalam blog ni..

ouh, kita semua makan pizza tadi..yang baru, mediterranean apa entah. Oklah, aku suka. Pizza banyak- banyak cheese yang aku tak suka. Semua aku tolak kat Azu..Happy sungguh tadi, walaupun berhabis rm50+ (padahal CS je pun), sebab dah lama tak keluar dengan roommate aku ni..Tapi, sebelum makan tu, aku hangin la dengan waitress sorang ni. Ada ke nak taknak je layan customers, padahal kitorang berdiri macam tunggul kat situ. Ah, kau siap garang- garang lagi, padahal orang tanya baik- baik.

Aku memang pantang workers rude kat customers ni. Aku dulu kerja juga, tak adalah nak ikut perasaan aku je, walaupun tengah moody ke apa ke. Dah memang kerja kita nak maniskan muka bila jumpa customers, kan? Aku sound habislah, pusing kat kakak tu cakap, " Apa yang garang sangat ni?" Lepas tu, terus dia jadi baik satu macam, siap tanya pasal lampu kat pizza hut tu malap sangat ke tak..Aku pun tak faham point dia, tapi aku pun cool down la pastu. Huhu..birthday najwa kan..

Sebelum tu pergi beli sandal yang Kema ceritakan sebelum ni. Kat kedai gelap, kata dia. Apa lagi, semua kedai gelap aku masuk..Haha..Punyalah nak tengok cantik sangat ke macam Kema cakap..ouh, lawa ok..kalau aku tak pakai stokin, mahu je aku beli juga huhu.. LAst- last Azu ambil warna merah, Izatul ambil warna purple..Syok habis!!

Itu je la..sekarang SonicWall berleluas balik. eh, kau ingat kau terror sangat ke nak stopkan aku dari berblogging, huh, internet maktab? Aku lagi pandai dari kau. tengok, kau buat sonicwall pun, aku still dapat post new entry.. wek!!

Friday, June 26, 2009

Sory..

Sebulan ni aku dengar berita kematian yang lebih banyak dari sebelumnya. Ada setengah tak rapat, tapi somehow they were connected to me. Macam kes Michael Jackson, walaupun tak pernah minat dia, tapi still scream like "say what?" waktu dengar dia meninggal. 

Aku tak pernah fikir macamana nak deal with the loss of someone I loved. But I knew it hurts. Baca post kawan- kawan pasal hilang parents. Life taught me to be stronger,tapi belum beri aku kekuatan macam yang diorang ada. Aku belum hilang orang yang aku sayang. Dan aku tak bersedia. Dah duduk jauh sikit kat Kedah pun terasa kehilangan. Tak ada parents yang nak tegur sana- sini. 2 tahun setengah, masih homesick. 

Pernah terfikir tak, kalau korang tau bila korang akan mati, apa yang korang nak buat sebelum korang pergi? Aku takut kalau pergi tanpa sempat minta maaf..Aku nak orang yang aku sayang tahu aku sayang diorang. 

Aku nak minta maaf kat parents dan siblings. Banyak betul buat salah. I thought I've tried hard enough to be a good daughter and sister, but I guess it wasn't enough. Selalu merungut bila kena buat kerja, padahal parents lagi susah payah untuk kita. Pandai je nak cakap parents hutang duit dengan kita, padahal selama ni duit yang diorang keluarkan, tak pernah pula minta. Tak pernah sekali pun. Kalau sakit, nak diorang jaga. Tapi, kalau ayah sakit sikit, nak minta urut pun susah. Tak pernah nak belikan apa- apa untuk adik beradik. Berkira semua benda. Ikut sangat emosi, kalau dah marah, sampai sanggup tinggikan suara. Weh, shikin ingatkan eh nak belikan korang KFC ke Big apple balik nanti. Yang ni, kira halal. Takyah bayar balik..huhu..

Aku nak minta maaf pada roommate, because I chose to leave you. Selfish, yes I am. But you were the best roommate ever. and I didn't lie when I said this.2 years of living together, even though there were ups and downs, I was glad we're roommate once. It's not about u, u know. and i'm so sorry for letting u down..

Nak minta maaf kat cohort aku. Aku tak pernah duduk dalam batch yang besar sebelum ni. To be tied in a group. Sebab tu aku tak pandai mix dengan orang. Kalau Tuhan bagi kesempatan esok untuk aku bangun lagi, aku nak try untuk jadi orang yang baik. 

Nak minta maaf pada H (bukan nama sebenar). I know, I've owed you a lot. I hurt u..I cared about my feeling solely. Said that you're being selfish, padahal I was the one. Asked u to let go of me, but I never let u do the same thing to me. From onwards, I want to be sincere. I wish you all the best in your life. I want you to have the best person besides you. But, spare some space for me in your heart, okay. You will always be my good friend.The best guy in my life.

Umie, sory. Aku tau kau tak baca pun blog ni. Aku tau, jadi bestfriend aku kekadang memenatkan. Kalau kau ajak keluar je, aku banyak je alasan. Tapi kau tak pernah tolak pun kalau aku yang ajak. Selama ni, kau antara orang yang boleh tahan perangai aku. Dan aku grateful sangat- sangat kau jadi bestfriend aku. I can't be any happier.

Dan aku nak minta maaf pada Tuhan. Banyak dosa aku. apa yang aku minta sebelum ni Tuhan bagi. Nak dapat SPM baik, dapat. Nak lulus foundation, dapat. Nak buat braces, dapat. Mostly everything. Still, merungut. Bila doa tak makbul sikit, nak marah. Lepaskan geram kat orang. Dah buat dosa kat Tuhan, tambah dosa kat orang. 

Tuhan, sebelum aku pergi, beri sikit masa untuk aku minta maaf. aku bukan type yang cakap I love you all the time. But now, I'm going to say out loud that I love my parents,my siblings,my roommates, Umie, my friends, my cohort, my lecturers, and those who've touched my heart. 

Pelik, Tuhan bagi pula kekuatan untuk tulis dalam blog..Pelik, sebab aku menulis ni lepas Michael Jackson meninggal. 

p/s: Ada satu benda lagi aku lupa nak cakap. Thanks for everything. It was fate that brought you into my life. Rasa tenang sikit sekarang. Dah dibelenggu perasaan bersalah cukup lama..sob..sob..

Wednesday, June 24, 2009

a twist of fate

aku rasa entries sebelum- sebelum ni memang banyak yang aku tulis berdasarkan emosi. Kan? Angguklah..tak kisah pun, sebab lepas ni nak menulis pasal emosi semata- mata, tak mahu tulis pakai otak langsung..ah, gila apa..aku masih manusia. Masih LAGI boleh jaga perasaan orang lain. 

Ada satu kejadian betul- betul menganggu hidup aku. Pelik tak kalau korang berkawan dengan someone cukup lama, sampai kau anggap dia kira kawan kau yang baik, and at the end, kau rasa kau tak cukup baik untuk jadi kawan dia? dan pelik tak kalau kamu tak perlukan masa yang lama langsung untuk kenal seseorang, yet they can touch your heart in a blink of an eye.

Betullah, a twist of fate. Masa mula- mula masuk maktab, tak expect langsung boleh rapat dengan non- malays. Bukan tak expect, sebab waktu kat sek men pun one of my group member pun chinese. Dan, aku pun bukan racist. Just, tak expect rapat sampai mereka boleh jadi part of my life, my kai mui, kai ma. And even one of this girls said she had a little prayer that we will become friends. Pelik, sebab waktu tu I thought was going to be, say A's friend, and suddenly I ended up being B's friend. Lagi pelik, coz I didn't even have to try to be B's friend like I used to do with A. 

Kadang- kadang perasan tak, orang cakap jangan benci orang sangat? Nanti last- last kita suka dia. Betullah tu. dulu aku mana suka best friend aku, taklah tahap benci. Cuma,tak berapa berkenan, sebab aku rasa dia nak rampas kawan aku daripada aku. Haih, tengok- tengok, dia pula yang jadi bestfriend. Kawan lagi satu tu, 2 tahun sekali baru menjenguk. Pelik, kan??

Dulu aku benci betul cerita Avatar. Sekarang ni 24/7, aku nak tengok je cerita tu. Season 1 sampai finale. lengkap semua..gila betul! (sekadar iklan) 

Dah 20 tahun..Baru aku betul- betul buka mata luas- luas kat dunia ni. Yelah, dulu takut. Duduk pun dengan parents. Dah dapat tinggal asrama, lari. Sekarang, terpaksa terima pahit manis dunia. Aku menulis ni pun bukan sebab nak ungkit masa lepas. Let bygone be bygone. Just nak ingatkan diri sendiri, yang bukan semua benda yang kita expect kita akan dapat. As simple as that. Jadi, taklah nanti kecewa sangat bila Tuhan tak bagi apa yang aku minta, macam dulu- dulu. Kalau Allah bagi, alhamdulillah. Kalau tak, buang yang keruh, ambil yang jernih. Memanglah bercakap senang, nak apply susah. Tapi, kenalah try. Aku pun tengah cuba ni. Nak fikir positif. Everything happens for a reason. Never doubt fate. Tuhan lebih mengetahui.

P/s: dan "pelik" di sini taklah bermaksud betul "pelik". Macam satu expression je, ok? Nanti kau komen cakap tak pelik langsung pula..

Tuesday, June 23, 2009

Beza Internet rumah dan maktab

Nak tau beza berblogging kat rumah dan maktab tak? Kat rumah tak selalu update sebab nanti tak ada yang baca. Al maklumlah kawan- kawan bloggers pun kalangan budak maktab juga. Dan kalau kat maktab, tak update blog sebab internet cam hampeh..Ok, dah tahu beza dia kan??

Tapi, sekarang syok gila habislah. Internet maktab kembali normal. Kejap je kot.. Ahh, sementara ada nak enjoy..Sem baru dah bermula. Wee...Tak sabar nak pindah ke rumah baru..excited pula sebab dah almost 2 and half years stucked dalam bilik yang sempit..Diorang kata claustrophobia..haha..

Ok, so this sem memang rasa akan haven la..sebab assignment banyak sungguh.Lalala..relax arr, kata nak pergi NZ beb? huhu..Tambah lagi pening kepala sebab kat rumah sewa tak ada internet. Tengah praying hard ada wireless..Praying hard...

Pointer pun nak keluar. Harap- harap oklah. Susah betul bila moral down

Saturday, June 20, 2009

Bruneian sudah balik..

salam. Hari ni keluar lagi, walaupun tidak berduit. Manakan tidak, dah pau emak saya sebanyak rm200..huhu..tq umi..muah, muah muah!!

Konon- kononnya ke Alamanda sebab nak beli barang- barang balik ke maktab. Padahal cume beli ubat gigi dan rexona je..Huh, exaggerate sungguh..Tengok wayang sebenarnya. Blood The last Vampire. Siapa suka cerita action- packed, baik tak payah tengok cerita ni. Vampire tak real langsung. Cerita pun simple. Aku rasa aku boleh direct lagi hebat.huhu!! Sebenarnya tension nak tengok 17 again, tapi sebab gian nak tengok cerita seram, tu yang tertengok Blood tu. 

After that, ke Alam Shah. Lama sungguh tak pergi. Gila gatal nak juga pergi sana. Nak tengok hot guys. Tapi, macam biasalah, tak jumpa pun. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Maksudnya di sini, segelintir je budak SSAS tu handsome. Yang lain, rupa manusia juga..hehe..weh, budak SSAS jangan marah tau. Apa-apapun korang memang rock.

Lepas tu, pergi bank. Keluarkan duit.. LAGI. Tension sungguh!! Kemudian ke LCCT, nak tengok Bruneian tu for the last time. Aku bet adik aku nak menangis..hehe..Diorang pergi Times Square 4 kali dah. Gila rajin, semata- mata nak beli barang Korea tu. Haih..

Lepas tu balik ke rumah layan internet la..Apa lagi...

Wednesday, June 17, 2009

Brunei oh Brunei

semalam Bruneian tu pergi ke KL jumpa dengan abang saudara diorang. Aku harap diorang tak sesat di area Bukit Bintang tu. Ok, setelah 1 minggu berada bersama Bruneian tu, aku pun dapat belajar something about their country..Mari kita share ok:

1. McDonald jarang dilihat di Brunei dan Burger King tak ada langsung. itu yang gian diorang beli BK kat Alamanda.

2. Cukup suka menonton filem Melayu, sampaikan diorang beli DVD Sifu dan Tongga, dan tonton filem Jangan pandang Belakang Congkak. Padahal aku tak pernah tengok filem Melayu pun kat wayang. 

3. Mereka tidak pernah cross road yang sesak dengan kereta seperti di Kuala Lumpur.

4. Mereka makan tengahari dalam lingkungan pukul 12 tengahari. Gila awal!!

5. Ada 2 stesen tv percuma saja di Brunei, RTV1 dan RTV2. Gila bosanlah kau kalau tak ada Astro.

6. Tiada pub di Brunei. Penekanan terhadap Islam dilihat agak strict. Kesianlah kalau kau kaki clubbing.

7. Ada 2 line hp je. DST dan B-Mobile. Harga simcard, 30 atau 50 dolar brunei (rm60 atau 100). Paling sakit hati, tak ada kredit pun dalam tu. DST milik anak Sultan Brunei, dan B- Mobile milik anak buah Sultan. Monopoli sungguh. Itu yang masing- masing beli Hotlink tu, terkejut tengok harga simcard baru rm10. 

8. Kat Brunei kalau tak ada kredit, tak dapat call, even worst tak dapat receive call pun. Kagum diorang bila aku cakap kat sini kalau kredit tak ada pun, masih dapat terima call. 

9. Tak ada carefour pun kat sana. Giant pun baru dibuka oleh isteri kedua Sultan tu, Azharinaz.

10. Mereka belajar di sekolah menggunakan English sebagai bahasa pengantar. Semua subjek, kecuali Bahasa melayu. Agama Islam pun dalam English. Tak kecoh pun. Kita, PPSMI pun dah nak buat demonstrasi jalanan. 

11. Tapi aku kagum, sebab waktu interview untuk biasiswa, WAJIB guna bahasa Melayu standard. Tak ada nak speaking waktu ni la. Maksudnya, kau tak rugi apa pun kalau fasih English dan BM.

12. Follow the British education system. Ada O- Level dan A- Level. Paper exam diimport dari England. Wah, aku nak pindah Brunei..haha..

13. Tak banyak shopping mall kat sana. Negara diorang kan kecil. Tapi hotel, (diorang panggil empayar) bertaraf sampai 6 bintang.. syok habis..

14. ni semua orang dah tahu. Sultan diorang Sultan paling kaya kat dunia dan Istana dia besar sungguh!

12. Diorang kata Alif Aziz couple dengan penyanyi Brunei, Putri Nur Izzah. Haha..Nasib aku tak suka dia. 

Info ni diorang yang cakap waktu kita borak- borak kosong. Kalau salah tak tahulah kan. Kalau rasa tak percaya, pergilah google pasal Brunei. Happy day :) 

Tuesday, June 16, 2009

Tag dari Kema, akhirnya

1) APAKAH NAMA BLOG ANDA DAN KENAPA ANDA MEMILIH NAMA ITU ?

nama sekarang Woe is Me. Sejenis proverb. Maksudnya, "The act of feeling sorry for yourself for no particular reason, save for the fact you have nothing to keep your mind off your past". Nama ni dijumpai di dalam dictionary, dan rasa macam sedap. Jadi oklah. Sebelum ni guna nama "My own personal Insane Asylum". 


2) APAKAH LINK BLOG ANDA SEKARANG DAN BAGAIMANA BOLEH TIMBUL IDEA UNTUK MENAMAKANNYA SEPERTI ITU?


http://estranged89.blogspot.com/ waktu buat link ni, terasa macam estranged. Post first pun macam sedih je..Rasanya ada influence dari kumpulan estranged jugalah. Suka andy, drummer dia tu. woa sangat cute...ok, mari hug saya sikit..haha..


3) APAKAH 'METHOD' PENULISAN DALAM BLOG ANDA?

Penulisan standard Bahasa Melayu. Dieja penuh. Bercerita tentang diri sendiri dan isu- isu berkaitan saya. Suka juga tulis pasal orang lain. Seorang yang observant, jadi kalau ada benda yang capture my attention, aku akan tulis. Blog mix BM dan BI. sory can't help it. Tak reti nak mencarut dalam blog. Setakat marah je. Sudah. Dan setiap entri berlabel. Lebih info, klik SINI.

4) PERNAH TERASA NAK HAPUSKAN BLOG ANDA? SEBABNYA?

Pernah. Sebab banyak sangat halangan dalam meluahkan pendapat. Pernah nak private kan blog. pernah ada 3 blog lain. Semua pun dah dihapuskan. last- last first blog juga yang kekal. Memang benda first ni susah dilupakan. Macam first love, kan?

5) ORANG SETERUSNYA UNTUK DI TAG?

Adik farahanah..umur muda dah ada blog, kagum. Budak zaman sekarang, huhu. Dan Emy. Pemilik blog silent melody, dan aku cukup suka dengan blog ni. Siapa lagi ya? ohh Shikin, sebelum berangkat ke India, silalah langsaikan hutang tag ni ye. Dan Shasha yang baru habis final exam di Mesir. Bakal balik ke Malaysia Julai ni. Aku rindu kau lah..haha..Rajinkan diri lah ya.

_________________________________________________________

Ini tag lagi satu dari kema. Gila sakan tag aku..memang GILA. dia tau aku tak suka buat tag kot, tu yang dia bantai bagi 2 tag sekaligus, haha...Ok, jom sambung

1) APA PERASAAN ANDA SEKARANG?

Gembira. Baru habis main pingpong. never get tired of it! Main sampai pagi pun tak ada hal. Tadi, aku kalahkan abang aku 2 set. Dulu tak hebat sangat macam sekarang. ah, gila bangga dirilah haha. Tengah rajin workout ni, dapat inspirasi dari The Biggest Loser dan Bob Harper. mesti bergenang air mata kalau tengok tv show tu. Sedihla, dah gemuk, kau pergi diskriminasi pula orang tu. SEDIH!!

2) SAYA NAK MAKAN

sekarang tak mahu apa- apa makanan. Tengah malam ni, lagilah bertambah- tambah berat. Gila pengsan nanti kalau naik penimbang. Nanti dah kurus nak hantar gambar kat Bob Harper. ok, nak hug juga...huhu.. Tapi, kalau boleh nak makan kerang sambal lah..

3) SAYA TAK SUKA

orang yang berkawan ikut rupa. Sumpah aku tak suka. Aku nak emo lah ni. apa kau ingat kau handsome, lawa sangat, kaya sangat ke sampai kau kena pilih- pilih dari kelas kau je? Boleh baliklah, aku tak hairan orang lawa- lawa ni..cute- cute atau kaya- kaya ni. Tengok sekali dua bolehlah. Kalau perangai buruk, jangan haraplah aku pun tergedik nak kawan dengan kau. Macam seorang kawan aku ni cakap, 'even if you're super duper rich, you are nothing without your parents". Duh, puas hati aku bila dia cakap macam tu. BTW, aku ada kawan yang lawa, kaya, dan tak sombong langsung. Lebih KAYA dari kau. Jadi, tolong ya. ok Att, sila diam sekarang!

4) IMPIAN SAYA

TAk perlu nak hipokrit di sini. Aku nak improve english aku. Nak lebih fasih. Kalau ada jodoh dengan Mat salleh aku terima je. Haha, mak aku bagi green light dah. GILA! nak raise my kids di rumah pakai Bahasa Inggeris. Sebab kat sekolah, gerentilah diorang pandai cakap melayu. Nak melancong satu europe insyaallah. pergi mesir lawat shasha, pergi india lawat shikin. Pergi mekah juga. Nak saving banyak- banyak, sebab nak beli satu motor besar. Kawan- kawan memang tau aku obses kat motor besar. Ouh, tak mahu stuck sebagai guru sahaja, ada rezeki kita improve diri kita jadi lecturer.

5) HAIWAN YANG SAYA TAK SUKA

bukan tak suka, cukup FOBIA. memang boleh menangis kalau orang takutkan dengan LIPAS. pernah kena asthma attack dan masuk hospital siap. Semua gara- gara adik lelaki aku yang sengal. Aku bukan takut tau, aku FOBIA. Fobia lebih teruk dari ketakutan. Believe me!

6) JIKA BOLEH PUTARKAN MASA

Masa tak boleh diputar. Kalau boleh banyak benda saya nak betulkan. Tapi sebab tak boleh, saya nak face the future saje. cukup

7) HANDPHONE SAYA ADALAH

hp yang tak canggih pun. Tapi aku proud dengan dia. at least boleh call dan sms. tapi kadang- kadang dia meragam, jadi kena pujuk dia elok- elok.

8) SAYA PERNAH BERCINTA SEBANYAK

hanya sekali. Belum terbuka hati untuk suka sangat kat someone yang lain.Dan dah 4 tahun lebih kenal dia, tapi tiada jodoh kan. TIADA. ouh, dan janganlah sebab saya tak ada bf sekarang, semua benda pasal percintaan pun kau rasa aku tak tahu. Kau tak tahu pun apa yang aku korbankan untuk orang yang aku sayang tu. Duh, jiwang gila. Bukan korban HARGA DIRI. Kau nampaklah aku naif, tapi aku faham kalau kau rasa hati hancur pasal bf/gf curang ke, apa ke, aku faham. Serius aku faham..Jadi, tak perlu explain panjang lebar dan treat aku macam orang BODOH yang tak reti apa- apa soal hati dan perasaan. BULLSHIT!!

9) KAWAN- KAWAN SAYA

the one who will accept me for who i am. Takkan try nak ubah diri aku semata- mata untuk fit dalam golongan mereka. Berubah ke arah kebaikan, boleh. Dan, dalam kehidupan sebenar, aku agak penyegan orangnya. Susah nak tegur orang dahulu :P

910 PERNAH DIKHIANATI?

pernah. dan ada tulis di blog ni dulu. Kalau rajin, carilah.

10) APA YANG HENDAK ANDA LAKUKAN PADA ORANG YANG MENGKHIANATI ANDA?

Dulu rasa nak tumbuk- tumbuk je dia. 3 tahun alami tekanan perasaan setiap kali exam bila terkenangkan insiden dikhianati oleh kawan baik. oh, ex best friend. Tapi sekarang rasa nak maafkan dia je. Hidup lebih tenang.

11) NAK TAG SIAPA?

tag ni siapa rajin buatlah.

Monday, June 15, 2009

ouh sehari di Times Square

gian dowh nak berblogging balik..tengok, sekarang aku gian cakap "dowh"..bukan singkatan dari perkataan Bodoh, cuma sekadar menyedapkan ayat, dowh!! Hahaha...

Hari ini, aku bawa 4 orang Brunei berjalan- jalan. Katanya, nak beli barang- barang group dari Korea macam DBSK, Super Junior, yang memang haram aku tak kenal. Plan pertama, ke MidValley. Ok, naiklah komuter walaupun terpaksa bersardin. Redha. Sampai je, kawan aku beritahu yang kedai barang Korea tu sebenarnya di Berjaya Times Square..Redha lagi, pergi KL Sentral. Jalan kaki banyak, naik monorail.

Sampai Times Square. Yeah..lama sungguh tak ke sini..Brunei-an tu makin excited. Terus ke tingkat 5, kedai tak buka lagi. Takpe, diorang sanggup tunggu. bershopping gila sakan dalam sejam lebih, dan habiskan dalam Rm200+. ala duit Brunei kali 2 duit kita, jadi aku rasa pada diorang tak mahal pun..huhula fanatik betul mereka. Aku pun jadi kagum..

Dalam sejam diorang shopping, aku sempat melelapkan mata di bangku times square bersebelahan escalator laluan orang ramai. jadi, ramai orang awam telah berkesempatan mengambil gambar- gambar saya secara percuma. wah..takdelah, bukan artis pun kan. first time tertidur di shopping mall, jadi sila tepuk tangan..woa!!

Kemudian, berpecah. Aku dan bestie decide nak tengok filem Drag me to hell. Heroin dia mati at the end. eh, kau jangan marah aku tulis ending dia, blog aku ikut akulah nak tulis apa, kan? Tapi syok jugalah..Walaupun agak tak scary cerita tu (padahal bestfren aku duk menjerit je), masih ada yang mampu ketawa sampai kering gusi. Ada..Tapi, kalau kau tengok kat GSC Central Square SP, aku tak tahulah. Aku malas nak kutuk wayang situ lagi. cukup malas..

Pergi berbekalkan rm60 sahaja..dan berjaya membawa balik baki rm5+..woa..pencapaian yang bagus..huhu..amatlah berjimat, kan? Balik jalan kaki juga untuk ke LRT Hang Tuah. melalui penjara pudu yang menakutkan, yet the Bruneian sempat ambil pic lagi di situ. Oh my gosh, so scary!! Then, naik ERL ke Putrajaya, dalam pukul 8pm sampai.

ouh, di dalam ERL sangat selesa tak macam LRT dan komuter. Sebab tu aku sayang Putrajaya walaupun tempat ni boring dan aku akan ketawakan orang yang buat lawatan ke Alamanda. aku pernah buat lawatan dowh, dan aku sedang gelakkan diri sendiri. Lagi lawak, lawatan sambil belajar, pakai baju sekolah, naik bas sekolah. Tapi, at last, komuter pun, aku sampai di destinasi. Alhamdulillah.

Thursday, June 11, 2009

Paranoid

paranoid sangat sekarang. tersangat- sangat risau. Sedih pun ada. Sekarang main snap pics je banyak. fokus kat gigi. Terasa yang gigi sudah sedikit bergerak. risau. tak mahu gigi lama tu lagi. Aih..nak tidur pun tak boleh. Tutup mata, celik, pergi cermin, buka webcam, snap pics.. Adakah gigi memang bergerak atau aku yang paranoid? wa, takut..

Tak mahu buat braces dah. cukup- cukuplah dulu. Nak fikir duit lagi. Ini semua salah Yahoo Answers. Doc dah kata pakai 24/7. Ada orang cakap kat YA, kena soak retainer 1-2 jam. Aku ikut cakap dia. Bullshit betul. Padahal boleh tanggal bila nak makan atau swimming je. Retainer pun dah ketat. Sah, dia dah gerak sikit..wargh...takut sangat.

heart tu bukan hati


meeting you was a fate, 

becoming your friend was a choice,

but falling in love with you was beyond my control

~unknown author~


sebab aku malas nak menulis, kalau kau rajin membaca, click sini. Malacca trip. Awesome..

Monday, June 8, 2009

Hari Rajin Sedunia

Good afternoon. Saja nak beritahu yang seorang cousin saya dah bertunang. Abang Ngah. Tunang dia lawa. Nama dia Diana kot. Tak sure pun. Tunggu dia jadi kakak ipar dulu ye :P

Sebenarnya tak tau nak tulis apa pun. Jadi mari mengarut..


saya dah activate balik akaun facebook. Yang saya dah ada lama, tapi tak digunakan pun. sebab MALAS nak update. sekarang tengah rajin. gila RAJIN. Jangan bising- bising saya ada facebook, nanti mak aku pun nak add as friend..haha...

saya dah ada surname. Bukan surname cipta sendiri, yang betul- betul. Tau surname apa tak? Google sendiri. kalau malas nak google juga, sila masuk sekolah rendah balik. So, apakah surname saya? ASHBURN. dah google dalam internet, surname ni sah. Diterjemahkan direct dari nama ayah saya. 

Ohh, movie baru sangat banyak sekarang. Credit untuk cousin saya, Azim yang dah hampir berapa tahun saya tak pernah bercakap dengan pun. Sebab movie, SANGGUP. ada cerita twilight lagi. Audio lawa, siap subtitle english. Dah KEMA, kau jangan excited sangat. Nanti aku delete cerita tu..Haha, aku tahu kau nak cerita tu, kita jumpa kat maktab nanti ye :)

Juga, setelah saya berguru dengan YouTube untuk memperkemaskan lagi skill bermain gitar dan belajar main lagu baru, saya decide YouTube tu bukan guru yang baik. Maka, saya nak cari cikgu yang betul. saya malas nak main lagu "Happy Birthday" je. Nampak benar kebodohan tu nanti..Suara memang dah out!!

Sudahlah, tidak larat untuk mengarut lagi. Mari explore facebook yeah :P

Sunday, June 7, 2009

identiti aku sudah terbongkar OMG!!

Tagged by Wani..hutang lama. Nasib kaulah hari ni baca tag aku je..haha..ok sudah- sudah meng"tag" aku.. Tapi Kema, kau tak pernah tag aku pun. haha!!

You are not required to think critically for the questions coz it's very simple....ok, here's the rules:

1) Copy the text
2) Create a new note 
3) Replace my answers with yours

4) Send back and add more friends (^_^) 

Tapi rules dia ni aku tukar ikut suka-suki aku. 

Three names I go by:
1. Att
2. Atia 
3. Tia 

Three Jobs I've never had in my life 
1. cleaner at shopping mall..
2. millionaire
3. pencuri hati *wink*

Three Places I've never lived at:
1. UK
2. Toilet 
3. celah semak- samun

Three non- Favorite drinks: 
1. Ribena (sangat- sangat tak suka)
2. Kordial Pegaga 
3. Air warna ungu

Three TV Shows that I watch (currently): 
1. The biggest Loser (oh Bob Harper I love you)
2. Keliwon (cerita seram kat tv3 hari khamis tu) 
3. Upik Abu dan Laura 

Three places I have been: 
1. Toilet again
2. Bus station 
2. Airport 

People that don't e-mail me regularly: 
1. Budak Satu cohort
2. Emak aku
3. Chenta hati, masih Bob Harper *wink*

Three of my non-favorite foods: 
1. Cheese
2. Kari dan kurma
3. Tak halal punya

Three friends I don't think will respond: 
1. Bob cohort aku  
2. Adha senior cohort 5 
3. sesiapa yang tengah baca ni

Three Things I 'm not looking forward to: 
1.  gain weight..OMG, Bob Harper will be so mad at me :(
2. membunuh diri akibat depresi menjawab tag yang melampau 
3. stop listening to Jonas Brothers (sangat cintakan kamu)

Saturday, June 6, 2009

~Untuk Sahabat

entry ni khas untuk kawan yang satu ni. tak mahu baca, jangan teruskan baca.ini bukan gosip. aku tulis pun waktu nak tidur. Jadi sedikit emotional pula...

Dear friend, i am glad we are so okay now. never felt this better, like you said. Glad that I have that faith again. Glad to know that you can forgive me. Glad to know that my heart can forgive you. It was just a minor thing..how could I break my friendship like that?

kamu ada waktu saya paling perlukan kawan. perlukan sokongan. saya paling terharu bila saya decide nak berubah. hati saya goyah. bayak sangat persoalan. Takut orang tak dapat terima. Satu hari kamu datang. Saya ingat waktu kamu datang, kamu hulurkan satu beg plastik hitam. kamu bagi tudung rupanya. Cantik. Belum ada warna tu pun. Lepas tu hati saya tak goyah dah. Saya jadi yakin. mungkin Tuhan beri hidayah pada saya melalui kamu. I will never forget that moment. Never..

Mula- mula kita berkawan, saya tak pernah sangka kita boleh jadi rapat macam ni. betul dalam hati saya kamu tu kawan yang rapat. Kalau tak, saya takkan marah sangat kan. Saya cuma nak tinggal sama kamu. Tapi saya jadi lupa, nak jadi rapat tak semestinya kena duduk sekali. Cukup kat hati kan. berbekas selamanya :)

Saya memang tak pandai berkawan. Saya banyak cakap je. CAKAP je...tak mahu berhenti. Tapi kamu boleh tahan dengan mulut saya, okay la tu..hehe..boleh tahan masak tak sedap..dan boleh terima saya walaupun waktu tu gigi masih tak cantik. pakaian masih selebet. badan masih chubby. Masih pun..haha..

 ok, yang penting saya gembira sekarang. Sebab kita dah berkawan semula. Sebab saya dah berjaya maafkan orang. Kamu dah ajar saya banyak perkara tentang dunia. Tentang saya. Tentang Tuhan. Ya Allah, kau kekalkanlah hubungan kami ini. berilah keredhaan agar kami kekal sebagai kawan di waktu susah dan senang. Berilah aku kekuatan supaya aku dapat kekal menyokong dia. Amin..

"Aku kasihi sahabatku dengan segenap jiwaku. Sahabat yang baik adalah seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas mati. Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang. Semakin ramai sahabat, semakin aku percaya diri. Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur baiknya dalam suka dan duka. Jika dapat, aku ingin setia padanya.." ~(Imam Shafie) dari sahabat untuk sahabat.

Msg kamu yang paling saya suka. Yang saya masih simpan. Selagi kamu itu sahabat, selagi itulah saya akan pegang msg ini. Ohh, saya lupa untuk minta maaf. Sahabat, maafkan saya ya :P

Thursday, June 4, 2009

Penantian Result

semalam hari yang cukup mendebarkan. salah satu hari yang buat jantung aku nak jatuh dan buat aku tak lalu memandang hp. Kesian hp tu, dahlah tak canggih. Khabar angin hari ini, 4 Jun result samada kena repeat paper akan keluar. Tapi rumour, tau je la kan. mana pernah nak betul. Semalam petang dapat msg dari KK Z1A, madam tengah gian call mereka yang kena repeat.

Aku jadi takut. Sumpah takut sampai menggigil- gigil. Pukul 5 msg sampai, tak sembahyang Asar lagi ni. nak sembahyang pun takut..haha..lepas habis sembahyang, doa banyak- banyak. Siap nazar nak puasa sunat lagi kalau lulus.

Msg azu, tanya info terkini. Madam masih menelefon. dah serius jadi takut. Tak senang duduk. Skype Wan, Tajul, Melissa. Semua pun tak tahu apa- apa. Msg Mes juga, cakap result dah keluar. Tiba- tiba ada orang call. Kamu tahu hp flip kan? Boleh tengok siapa caller bila di"flip"kan je. Berdoa bukan Madam. BERDOA. rupanya Mes. First thing aku cakap, Bengong betul, asal call? Aku tengah menggigil ni tau, msg sudah" . Dengar dia gelak- gelak. 

Pukul 6, still menunggu. Nak call ke taknak. Sekali ayah cakap, "call je lah, result tetap sama whether call ke tak". Bermulalah sesi menelefon. Mulakan dengan perkenalan diri.

Aku: "helo madam, I'm At*****. I just wanted to know my result, whether I failed or not. Madam cakap result tak keluar lagi. Cuma dia call siapa yang kena repeat. Aku pun duk mumble seorang, lepas tu dia cakap saya tak call awak, maksudnya awak just fine. Sebelum aku letak hp, dia cakap ENJOY YOUR HOLIDAY.

Letak je hp, aku menjerit satu rumah. YEAH, TAK FAIL...TAK FAIL...hehe.. ok, bolehlah buat kenduri penuh kesyukuran. Nanti aku beritahu alamat. Aku jemput semua budak cohort aku ni, dan kawan kat putrajaya. 

Decide nak buat prank kat orang pula. Call Shud, dia memang blur. tak jadi nak kenakan dia. Call Ah Lan. Yang ni best.

Aku: "helo, I'm calling regarding your result. Have you received any call within this 24 hours?

Ah Lan: Nope.

Aku: "well, I'm sorry to say that you have to....I'm sory....You have to pack your things..I'm sory...Hello...

Ah Lan: Yup, I'm listening (nada macam nak menangis)

Aku: I'm sory.. I just wanted to tell you that you have passed..

Ah Lan: waaaaaaaaaaaa....( gelak yang sgt kuat)

Aku: Ah lan, this is Att..hehe..sory about the prank..hahaha

And then..kitorg pun laugh hysterically. Betul lawak..sory ye Lan..

P/s: buat yang kena repeat, jangan patah semangat ye.Good luck.. 

Tuesday, June 2, 2009

Angels & Demons vs Hannah Montana

walaupun semalam diserang selsema yang teruk dan batuk sampai rasa nak muntah, aku gagahkan diri juga pergi ke Alamanda. Semata- mata nak tunjuk gigi baru pada my BFF..haha..juga nak mengisi masa kebosanan di rumah. intenet pun semakin bosan, ditambah pula cerita di tv yang asyik diulang tayang. memang bosan..

Lokasi pertama, wayang. 8 skrin, cukup bangga dengan Alam. at least tak macam GSC central square. sumpah aku tak suka, kau jangan ajak aku pergi kecuali cerita tu best sangat dan aku boleh terguling- guling nak mati kalau tak tengok, contohnya X-Men Origin: wolverine. 

Decide nak tengok Angels & Demons. ramai kawan- kawan dah syorkan. Kecewa betul cermin mata tertinggal kat rumah, terpaksalah ambil seat depan. Tengok..tengok..ah, apa cerita ni? bosan melalut je. ni nak tidur..dah agak dah, cerita pasal artifak, history, arkeologi ni memang aku tak pernah nak faham pun. kejap, aku faham tapi cerita tu bosan gila. Dari awal lagi aku dah agak carmelengo (tak tau eja) tu jahat. terbukti betul. tak best betul tengok cerita yang dah boleh agak penjahat dia. Baik aku tengok Hannah Montana kan?

Balik je makan panadol. Tidur pukul 9 malam. diserang batuk yang kuat sampai ke pagi. Malas nak layan batuk, aku bangun dan sediakan sarapan. Baik tak saya? ohh...sedang cuak menanti result, wish me luck..

P/S: kamu yang tak suka tengok cerita history aku syorkan kamu tengok hannah montana je. lagi berbaloi..haha..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin