Friday, July 31, 2009

beza kereta auto dan manual

kamu tahu tak beza kereta auto & manual? 

ini toyota unser manual. Not exactly my dad's car, google pic ni je tadi. Dari kecil lagi, ayah aku suka pakai kereta manual. Tak pernah beli auto. So, ini jugalah kereta yang aku drive lepas dapat lesen. walaupun kaki shaking satu macam kalau berhenti kat bukit, tapi so far oklah. Boleh bawa, no problem. Cuma orang banyak pandanglah. Pelik kot, tak nampak driver..Tapi bangga je, sebab boleh bawa kereta besar. Haha..

Dulu, ayah guna toyota corolla. Nak turunkan tingkap dia, kena guna tangan, pusing lawan jam. So, aku pun mati- mati ingat inilah kereta manual. Kereta auto tu, yang tingkap dia boleh buka tutup automatic. Tekan butang je. Tak lenguh tangan pun. Pelik juga, one day bila mak aku balik, dia kata dia tak boleh drive kereta auto. Aku jeleslah dengan kereta ayah budak- budak lain. Setiap kali nak buka tingkap kereta corolla tu, pusing satu macam laju. kasi nampak macam kereta auto. Canggihlah kiranya..walaupun tak dinafikan, kereta tu memang old style..

Sampai form 5 kot, aku ingat itulah konsep auto and manual. Maklumlah, naik kereta auto pun tak pernah, ada sekali waktu form 4 tu lah, tapi tak perasan langsung beza gear dia.  So, bila ayah aku beli kereta unser ni, aku syoklah. Bragging habislah kereta aku kereta auto. Jakun betul tekan- tekan butang bagi tingkap turun naik automatik. Apa- apapun, bila ambil lesen barulah aku betul- betul  tahu konsep kereta auto. Naik kereta, tekan minyak, control brek. Senanglah. Memang gila ketinggalanlah aku. Buat malu diri sendiri je.

Sekarang, hari- hari naik kereta auto. Ijan punya. 

semalam first time drive kereta ni lah. Kagum, sebab tak tekan minyak pun still jalan. Tapi, susahlah sebab asyik nak tekan brek. Dah biasa sangat bawa manual, kaki asyik cari clutch je. Aku dah selalu cakap dengan ayah, esok- esok nak beli kereta manual. Lepas semalam, lagi confident nak beli kereta manual, dengan tingkap auto..haha.. Tak ada feel lah drive auto. Mak aku selalu cakap, tak challenging bawa auto..agaknyalah, mungkin sebab senang. whatever pun, ni nak kasi tribute kat BEE, sebab jadi kereta auto pertama saya drive. 

To Someone called "enemy"

To enemy, I saw that you have left some comment in my shoutout box. let me tell you one thing. I didn't know you and I didn't think that I was picking a fight with anybody. If my blog was the reason you feel offended, I can't do much about it. I wasn't talking about anyone either. It was just an opinion. If you dare, face me and let me know who you are. 

You can burst out your dissatisfaction towards me in front of my face. I can handle critics well. I've learnt that critics are the best way to improve myself. So, please, stop being anonymous.  Don't test my patience by shouting things like " nape kau nak cari gaduh ke"..come on, grew up man. You can still be an anonymous, trying to mess up with my life. But words can't put me down. I've been in tougher scrapes than this, so your pieces of words meant nothing. Try picking up a fight with me, and I'll fight back with dignity. Go ahead, I'm pretty good at it.I might be the last person you want to mess up with. 

Anyway, if it's just a prank, then forgive me for being so sensitive. 

p/s: please don't misuse the chatbox, ok..

Thursday, July 30, 2009

award coming!!

Nyatakan 5 Fakta Menarik Pemberi Award Ini?

# Silent Melody

i) rasanya dia suka superman

ii) Dia suka eja nama dia dengan macam- macam ejaan. Dialah Ami, Emiey, Amiey, Emi, Amih, Emy..haha

iii) Dia respect pendidik??? :

iv) dia senyap kot..

v) dia suke menulis..maybe..

Setiap Blogger Harus Menyatakan 10 Fakta Atau Hobi Diri Sendiri Sebelum Memilih Penerima Blog Seterusnya.

Semua fakta ni aku akan jadikan tajuk entri yang seterusnya..kalau internet adalah..hehe+

Aku claustrophobia agaknya. Susah nak bernafas dalam bilik kecil..

+ Takut pada 2 benda, rejection and failure...

+ Determination aku tinggi.

+ Tak pernah buat decision sorang- sorang. Mesti nak kena dengar pendapat orang lain

+ Aku obses dengan bike macam kawasaki, suzuki...

+ Suka bercakap..bercakap...

+ Mempunyai cara marah yang sangat unik..hehe

+ tak suka window shopping

+ susah hidup tanpa internet, tapi alhamdulillah masih hidup

+ boleh maafkan orang, tapi bukan lupakan. Tak setuju dengan konsep "forgive and forget"..

Anda Perlu Memilih 8 Penerima Award Seterusnya Dan Describe Tentang Mereka:

Aku nak bagi kat semua orang yang rajin..haha..

Tuesday, July 28, 2009

haih..penat!!

Sekarang ni tengah SBE di Sek Bakar Arang. sambil online, curi- curi masa update blog. Entry sebelum ni auto publish lah Kema. hehe.. Tak mampu nak beli broadband dah, sebab dah guna almost rm700 beli something..buat surpise bila masuk kuliah balik...

Oklah SBE ni..walaupun teringin sangat nak ganti kelas atau jaga exam, cikgu- cikgu sini semua memahami. tak kacau kitorang langsung. Paling pun minta ajar dikir barat. Gila lah..

Tiba- tiba je terasa macam nak contact balik dengan someone..Sunyi betul rasa sekarang. Agaklah. Macam kita duduk dengan ramai orang, tapi still rasa macam we're alone. Macam tulah perasaan sekarang. Kawan- kawan ramai, tapi macam hidup ni susah sangat bila dia tiada. As i quoted from Twilight, "death seems peaceful, easy. Life is harder". Although aku still nak hidup lagi, terasa susah sangat nak bernafas lately. 

Emm baru- baru ni selalu mimpi pasal that someone. Mungkin dah nak terasa kehilangan dia..padahal cume further study je..Yang tak boleh blah, mimpi mak dia suruh aku stay away from him. Kalau katalah aku buat solat istikharah minta petunjuk nak teruskan relationship dengan kau atau tak, confirm dah lama aku stay away. Tapi mimpi jelah kan. Hmmm...

P/s: mungkin ada someone yang salah faham dengan previous entry..

Monday, July 27, 2009

kesusahan berjogging

hari tu kat rumah, balik- balik je terus telan air liur tengok trench coat hugo buscati milano yang umi belikan tahun lepas. warna hitam, tambah elegan la..Bulan- bulan lepas agak ketatlah..nak butang pun rasa nak tercekik. Renung kejap coat tu. Ambil feel dulu. Lepas mandi try pakai. Fit, muat elok. Confirm, bawa pergi nz tahun depan. tak sabarnya, hehe. umi lagi tak sabar, dah beli sweater, coat semua awal- awal. Tapi, bukan nak cerita pasal coat tu. Nak cerita macamana boleh muat.

So, kan aku jogging hari- hari, kan? Now,dah dapat idea weight. cuma nak lagi kurus je. Harap- harap 4 bulan lagi bolehlah. 4 bulan yang crucial sebelum ke Nz. Sokongan tak berapa penuh oleh housemates yang selalu ajak makan malam- malam..haha..mentang- mentang dah ada fridge kat rumah, semua sumbat. Aiskrim, otak- otak, tempoyak. semua lah..Tapi, aku sabar. Aku jenis semangat tinggi. kalau aku determine nak something, aku akan try dapatkan. Boleh ikat perut nak beli hp, boleh tak shopping sebab nak buat braces. Tak ada hal. hehe..

So, semangat jitu nak kurus kena ada. Ada satu hal yang membimbangkan. Aku selalu jogging ditemani mata- mata liar, memerhati seolah-olah ingin menerkam. Uih, puitis pula. Aku maksudkan anjing. Pantang nampak orang sikit, mulalah nak menyalak. Kalau tak sebab aku takut nanti kena gigit, dahlah lari tak laju, mahu je aku sumbat mulut diorang dengan kasut. atau bagi pelempang satu. Anjing, anjing. Padanlah kucing pun tak suka kau...

aku takdelah nak pusing lake puteri jaya tu walaupun lawa. ada banyak budak- budak lelaki melepak. Budak zaman sekarang, sekolah rendah pun dah pandai mengurat perempuan. "kak, dia ni suka kakak" atau "lari, pusing, lari lagi, eh dah berhenti"..antara ayat- ayat power diorang. Tak layanlah..esok aku jadi cikgu korang tahulah..

belakang rumah sewa tu, ada tadika. cikgu kemain garang. Menjerit tak kira masa..pekak telinga..kesian budak- budak tu..kalau tak suka diorang janganlah kerja tu. Tapi kalau cakap telefon dengan parents, kemain lembut. Hipokrit betul. Aku dah buat plan nak kasi diorang sedar sikit. Dengan sedikit pertolongan housemates, insyaallah, kita tunggu dan lihat..

rumah sewa tu ada pagar. tension betul hari- hari nak buka. Ikut hati tak mahu kunci langsung. Maybe dah terbiasa duduk kat putrajaya, tak ada satu rumah pun berpagar. Tu yang kucing jiran boleh berak merata kat porch rumah tu. Bila tak ada pagar kan senang salesman nak jual barang. Tambah rezeki dia. Ni tak..senang cakap susah ada rumah berpagar. Haha..for me..

Aku cukup kekok bila jumpa dengan jiran- jiran yang berkumpul petang- petang. sebab tak pandailah nak beramah mesra ni. Kawasan kejiranan kat pjaya ni, style tak kisah langsung. Aku sampai tak kenal jiran langsung. Punya best duduk rumah layan tv sorang- sorang. So, memang kekok kat sini. tengah rajinkan diri bagi senyuman. tapi nak ajak borak- borak, mungkin belum lagi. tak bersedia..haha.. 

Friday, July 24, 2009

on being judgmental

perasan tak yang manusia ni judgemental? Pantang tengok orang lain sikit dari dia, ada je benda nak mengata. Semualah, aku pun. Macam kita je baik. Orang tu pakai seksi, kita cop dia tak senonoh. Orang tu pakai tudung labuh, kita cop mulut dia jahat. Budak tu anak orang kaya, mesti berlagak. Budak tu anak orang miskin, tak mau kawanlah,tak ada standard. Soalannya sekarang, kau suka kalau orang judge kau? 

Ye, dulu aku pun judgmental. sekarang nak bertaubat sikit- sikit hehe..Tapi aku simpan seorang- seorang dalam hati lah. Tak macam setengah orang, dahlah kau duk judge orang tu bukan- bukan, kau sebar pula kat orang lain. Bila dah kantoi, kau jadikan orang lain "kambing hitam" supaya nama kau sentiasa bersih. Dah 2 dosa kau dapat. Sebar gosip dan salahkan orang lain. Jadi, bawa bertaubat. Kalau- kalau dulu aku ada perangai tu, aku nak minta maaf. Tegur aku kalau ada buat silap. Kritikan dari kawan- kawan selama ni lah yang membantu kita untuk jadi lebih baik. 

Aku rasa sikap judmental perlu. Kadang kadang. Tapi ada satu perangai ni aku tak suka. Lelaki judge perempuan. Hari tu abang aku hantarkan gitar aku yang rosak untuk repair. Dia kata orang kedai tu dah siap tune. Tadi aku balik, aku try main kejap, tune lari. Abang aku beriya cakap dah tune. Dia ingat aku yang salah.  Penat kan, aku nak terangkan kat dia yang memang gitar tu dia tak tune pun? Just sebab lelaki lebih pandai main gitar.

Paling tak tahan bila cakap pasal bola. Sorang kawan lelaki aku cakap perempuan tak elok tengok live match bola pagi- pagi. Stay up, tidur lewat, terjerit- jerit. Nak je aku selotep mulut dia. Apa kaitan stay up dengan jantina? lelaki je ke yang boleh stay up? nampak sangatlah bila aku try nak borak pasal bola, takde kawan lelaki yang nak layan. Aku bagi info lebih sikit, ada yang kata aku bluffing je. Just sebab lelaki lebih sinonim dengan "BOLA"..tak salah pun kau respect pandangan orang lain. mana tau boleh tambah sikit kepandaian kau..kan..

perempuan naik motor, macam bohsia. Kau boleh cakap macam tu kalau aku naik harley davidson atau kawasaki? judging lagi. Merokok...perempuan tak elok smoking.  helo, smoking tu tak pernah nak elok untuk mana- mana jantina pun. Dah fatwa haram pun. Tapi aku bukan nak buat kempen berehenti merokok. Ikut suka korang, janji jangan hembus asap rokok tu depan muka aku. Memang pantang. Gf aku ada seorang merokok. Kawan lelaki dia pula cop dia ni wild, social, tak senonoh. Padahal dia merokok je. Takdelah kalau pergi clubbing teguk air haram tu. Dia baik je, dan memang dia try nak berhenti smoking. dahlah orang tak bagi motivation, nak pandang slack pula kat dia. tapi kalau lelaki smoking diorang rasa ok je..macho, cool.. Lagi sekali, sebab rokok lebih sinonim dengan lelaki..

Ada benda yang lelaki memang lagi hebat dari perempuan. Tapi kenapa nak kena ada limitation dalam sesetengah hal yang mungkin je perempuan boleh lagi berjaya dari lelaki tu sendiri? Pilot, engineer, doctor..profession yang didominasi lelaki. Equal opportunity, as what I always believed. Dah- dahla pandang diri sendiri bagus. Sama- sama kita reflect diri kita juga..

Monday, July 13, 2009

ke Penang lagi..

semalam syok habislah pergi Gurney Plaza. Minggu sebelum tu, tak dapat shopping. Kecewa. Lagi- lagi tengah mega sale ni. Lagilah kecewa kalau tak beli apa- apa. Sebat 4 pasang baju, slack satu, make-up elianto. Barangan make-up tak ada kena mengena dengan Jonathan nak datang eh.. Haha..Inilah akibatnya bila berlagak tak mahu bershopping dah, alih- alih aku yang bawa banyak beg balik. 

Pergi naik bas lagi. redha je la. Sebab Izatul and Najwa nak buat surprise sangat, hah padan muka tak dapat naik kereta..Haha..Kali ni memang termuntah- muntah naik feri. Tobat nasuha lain kali naik kereta je. Sampai kat jeti, ambil RapidPenang pergi Gurney Plaza..Uih, yang ni best.

Aku memang bajet nak aplikasikan kempen berbudi bahasa ni. dah target dah, kalau ada makcik tua je, aku nak bagi tempat duduk. memang sengallah siapa yang boleh duduk senang lenang padahal depan dia makcik tua dengan perempuan mengandung berdiri. mesti dulu tak belajar sivik. So,dalam perjalanan adalah makcik ni. aku offer tempat aku, dah siap berdiri ni. Bajet paling sopan arr...haha..sekali auntie tu tolak, dia cakap takpe. Aku punyalah panas, dah minggu lepas pun ada seorang uncle tua ni refuse juga. Orang nak tolong, tapi perasan dia still macam orang muda. Ni aku start nak sumpah seranah. Ah ting cakap, mostly chinese memang arrogant. Aku diam je lah. Takpe, sabar separuh daripada iman. 

Sampai gurney, pergi GSC. Ramai gila, tak jadi nak tengok Transformers. LAGI!! Malas aku nak layan dah, ada jodoh tiada pertemuan lah tu :P Sebab tu boleh shopping sakan. Jalan dengan Mona lagilah. Tawaf satu mall. Berbaloi lah, sebab jumpa Dolly. Suka sangat- sangat. Kalau setakat window shopping tak payah ajak aku lah. Baik aku tidur. Aku tak pernah nak faham konsep "window shopping" ni. Buang masa. Sebab tu kalau aku pergi mall, paling kurang pun kena beli something bawa balik. Harga cikai- cikai pun takpe. Jadi, sekarang aku tahulah kenapa aku tak suka jalan- jalan kat mall..

Lepas tu balik. Taxi driver pun sengal. Malas cakap pasal dia, buat sakit hati je. Sampai rumah (bukan bilik kecil kat maktab hehe) mandi pastu tak sabar- sabar try baju baru. Lawa. Baju tu lah, bukan aku :) Itu jelah cerita dia..

Friday, July 10, 2009

teknology savvy??


bab- bab teknologi ni memang family aku hancur. memang tak up-to-date langsung. Hp selagi tak rosak atau tak hilang, takkan bertukarlah..Jangan harap..Siap boleh pass hp tu turun temurun.  Tapi aku malaslah nak kisah, sebab aku pun satu fesyen perangai sama. selagi boleh guna, gunalah. Orang dah lama guna digi cam, mak aku baru nak beli. Yang tak boleh blah, baru nak start guna DVD player. 

Tapi ada satu teknologi ni memang boleh buat aku bangga. Dari zaman desktop sampai ke laptop, mak aku tak pernah ketinggalan. Aku pun tak ingat darjah berapa aku start pandai guna komputer, sebab itulah mainan hari- hari aku dari kecil. Waktu tu guna Windows 95. Bayangkanlah betapa dah tua comp tu. Tapi of course aku paling sayang yang tu. Takde internet lagi pun takpe, game die best- best. sayang, dah rosak, gara- gara jatuh ke tangan tukang repair yang buduh.  

Bila pindah Putrajaya, aku tak kena kejutan teknologi langsung. Taip laju satu macam. Haha.. Budak darjah 5 tu (start unsur bangga diri pula) Dah start chat kat Yahoo room. Dah biasa dengan mat- mat saleh yang asyik cakap pasal benda tak senonoh tu. memang aku tak pernah layan. dah pandai beza pervert ataupun tak. Dapat banyak penpal serata dunia, tapi satu pun tak boleh diharap. Kau hantar satu dua email, lepas tu diorang pun tak layan dah..hehe..penpals aku lah.

Kawasan kejiranan aku antara yang first guna tmnet. Waktu tu tmnet takde streamyx lagi. Kau dail lah 1515. Waktu tu cikgu aku, Sir Meor pelanggan pertama Tmnet. dia dapat tv percuma siap. Cikgu- cikgu lain pun dapat habuan, satu tahun langganan free. hah, habis syoklah layan internet. Semua adik beradik dapat satu akaun khas siap. Tak menyesallah pindah sini. ohh, tempat aku kalau tak guna streamyx pun still laju. Mengalahkan streamyx kadang- kadang. tu yang aku kena kejutan bila orang kata tmnet 1515 tu lembap. 

Desktop tu tak perlu cakaplah. Berapa banyak kali evolve pun, mak aku beli. Tak tahan lama pun, kalau jatuh ke tangan kitorang. Sekarang, kat rumah lagi banyak meja desktop je. Tapi sekarang layan laptoplah kan. Hah, waktu mula- mula keluar laptop pun, mak aku pun sibuk nak beli. Bukan sibuk, keperluan *wink*. Laptop zaman tu sumpah buruk. Tebal dan besar. Tambah berat lagi, memang boleh sakit bahu. Dulu mana ada mini- mini ni. Wide screen, sekali tengok macam rupa desktop juga. Harga pun tak macam sekarang, mahal. Tapi tahan sampai sekarang. laptop Acer aku ni pun baru guna 2 tahun dah macam 20 tahun tuanya. Macam- macam hal. 

Sebenarnya, my mum ada pengkhususan dalam comp ni. Ohh, mak aku ada blog, tagged, facebook, YM, skype. sebab tu tak berani nak tayang alamat blog dalam skype. takut nanti kena banned..hehe..Jadi marilah sama- sama kita celik IT.. 

p/s: post yang buat aku bangga. sorilah nampak sangat bangga diri, tapi at least naklah juga berbangga sikit hehe.

tag from Orang Senyap

Ini tag dari Orang Senyap..Harus buat, kata dia, sebab jarang dia nak nominasi orang..hehe..

Do you have secrets?
+ Ada..big secret. Tapi satu jelah. Bestfriend je tahu..hehe...

Would you fall in love with a guy/gurl younger than you?
+ Nope..Never think bout that before. Prefer the same age..tak tahu kenapa.

What is your favourite animal?
+ Kucing juga. Dulu bela sampai 14 ekor. then sekor-sekor lari..hehe..sekarang 3 je, jezmine al-ibtisam, jez kecik and nikki..

What would you do with a billion dollars?
+ Travelling..travelling..travelling across the globe

Will you fall in love with your friend?
+ Not yet. Orang yang rapat tahu aku takkan bercinta dengan coursemates atau classmates sendiri. Tak tahu kenapa, selesa jadi kawan maybe. ataupun takut boring hari-hari menghadap muka dia.

Which is more blessed, loving someone or being loved by someone?
+ being loved by someone..

List your favourite movie.
+ standing ovation utk X-men origins: wolverina. cukup suka

If the person you secretly like is already attached, what would you do?
+ go on with my own life..why bothers anyway if you decide to leave??

Do you have any regrets?
+ haih..banyaklah..

Would you be the person that you are if you were to be reborn?
+ Kalau boleh lagi tinggi and kurus, oklah.

What do you want the most at the moment?
+ internet janganlah asyik on off..penat tau...

What kind of person do you think the person tagged you is?
+ Rasanya dia jenis yang senyap. Dia yang cakap..hehe..tak kenal pun, tapi tak miss baca blog dia

Would you rather be single and rich or married but poor?
+ married and rich..baru blessed..

What is your favourite colour?
+ merah ubi= violet? hehe..definitely purple...

Would you give all in for a relationship?
+ orang kata cinta itu buta. Enough said.

If you fall in love with two persons simultaneously, which one would you choose?
+ Yang paling kaya..haha, materialistik sungguh..

You prefer being single or in a relationship?
+ ouh, single. Senang bila tak perlu minta permission untuk buat itu ini, tapi of course kahwin itu penting :P

List of people to tag.
- lemah betul bab- bab bagi orang tag ni..siapa nak jawab, jawablah..

Wednesday, July 8, 2009

rumah sewa

sebab lama tak boleh buka internet, jadi hari ni aku nak post 2 entries. entry pertama kat maktab tadi. Yang ni, kat rumah sewa. terkejut gila la. Buka- buka ada wireless..Huhu..Menjerit sakan tak ingat dunia dah..

Ini betul- betul rasa kat rumah. A sense of belonging. Of course, there's no other home like our own. But then, at least duduk kat rumah. Gembira sangat. Tuan rumah pun baik gila. Tak berkira soal duit. Semalam dia belanja makan. Dya malu- malu, last- last dia yang order mahal..

Masalah paling besar kat sini memang internet la. Coursemates lelaki yang duduk luar pun dah pasang streamyx. Sini broadband teruk. lembap cam siput. Ulu sangat kot tempat ni. Aku dah kira- kira tadi nak pasang streamyx.. Sekali balik, ada internet. wireless siapa entah.. Dya & Balqis yang nak tidur pun tak jadi tidur, layan internet..Bob, ammar, Syamil, Joel, Aaron, jangan jealous eh..hehe..

Betullah, everything happens for a reason. Banyak benda aku risau sebelum pindah keluar. Risau transport, alhamdulillah ada. Risau makan, tuan rumah siap belikan kabinet dapur and dapur baru sekali. Gas pun dia sediakan. Memang baiklah..Risau internet, dah dapat wireless free..Risau banyak belanja duduk luar, taklah sangat. Sebab aku jenis yang detail pasal kewangan sendiri. Dan Allah bagi pula 3 housemates yang baik- baik. Rasa macam my own sanctuary. Harap- harap kekallah feeling ni. Bila dah duduk luar ni, betul rasanya belajar berdikari. Belajar tak berkira sangat. Belajar hormati hak orang lain. Belajar untuk BERSENAM..

serius ni. Sejak dah pindah, hari- hari keluar jogging. Sebab Bob Harper la. Betul- betul inspired aku. Nak je aku hug dia. ehehe..Sekarang plan nak turun berat badan. nak dapat berat badan IDEAL. taklah nak jadi skinny. Dulu aku nak turun berat sebab nak nampak kurus. Tapi, sekarang apa salahnya jadi kurus dan sihat at the same time? I used not to like seeing myself in the mirror. Still, rasa tak suka lagi. tapi, aku nak usaha supaya dapat tengok cermin dan senyum lebar- lebar. Sebab apa gunanya kita cakap kat orang, "i accept you of who you are, but ended up being ashamed of ourselves, right?"

p/s:btw, i've lost 15lbs, that is around 7 kg..hehe..wish me luck

rasa berjimat

Elaun dah masuk..alhamdulillah. Tapi, kecewa sikit, sebab elaun sem lepas dapat simpan rm500 je. aih, sikit betul. Duit visa pun tak lepas kot.Sem ni dapat rm3500+ je. Simpan rm800 dah. Harap- harap dapat stay dalam bank je duit tu. Praying hard. 

Semalam ada briefing pasal passport and visa. Dah start cuak. Macam- macam benda nak beli. Gila lah. Dulu taknak menabung, nak pergi oversea je. Sekarang, baru terasa berat nak beli sweater lagi, camera lagi, etc. Tak larat nak list down. aku bajet banyaklah duit PARENTS terbang melayang. Sem lepas ada aku cakap dengan ayah, tak sure lagi fly ke tak. Ayah jawab, "oklah study sini je, taklah banyak duit melayang"..haha..tengok, sama je fikiran kitorang..

Elaun pun dah aku divide kan untuk setiap bulan. Nak berjimat. Tak ada "kononnya". Setengah orang tak perlu simpan pun takpe, parents banyak duit. Bukan aku. Aku susahkan parents kat Msia je cukuplah. Taknak sampai ke NZ kena minta duit. Walaupun agak susah sebab kena hidup berjimat, tapi nanti puas. Kat NZ, kalau ada saving, bolehlah pergi melancong ke tasmania. Rasa jealous tengok orang lain belanja beli itu ini, aku tolak tepi dulu. Bersusah- susah dahulu, bersenang- senang kemudian.

Tapi taklah maksudnya aku tak belanja langsung. Dah put aside duit nak shopping. Huhu. 2 times in a row gi Penang pula. Haih, nak insaf. Mari menabung!!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin