Thursday, December 16, 2010

it's time to reward myself

Orait. first thing first. tak update sebab internet takde. Paling pathetic sebab telefon pun takde kat rumah. Inilah akibatnya bila kau pergi potong line internet. tapi puas hati aku. cekik darah betul. lepas tu ingat nak guna line vodafone. dah siap subscribe, kena pula 2 minggu tunggu. main tarik tali company ni. sekejap seminggu, pastu ubah lagi tarikh. jenuh menunggu. tambah pula aku memang jenis kurang sabar, habis kena marah semua consultants vodafone tu.

Jobs keep coming in. Alhamdulillah. bos siap recommend kat kawan- kawan lagi. penat sikit, but worth the pain. huhu. duit masuk, siapa tak suka. as for me, money does matter. it's the fourth thing on my priority list. And, sebab hari tu dah habis duit beli tiket flight untuk umi ayah, lepas tu bayar ganti rugi kereta, bulan ni dah janji dengan diri sendiri, I'm going to reward myself. so, kita shopping sakan haha. ah, cant wait for Boxing Day. SALE. 

Beli hp baru sebab senang tak payah tukar simkad dah. Beli digital photo frame sebab jakun nak tengok pics gerak- gerak huhu. paling tak boleh blah, siap beli exercise machine tunjuk dalam tv lagi. memang giler. malas nak jogging punya pasal. ah, muka makin tembam. that's why haha.

lepas ni busy cari rumah pula. nasiblah duduk welly. kalau balik msia, jawabnya tak berumah la tahun depan. kena fikir pasal parking. harga minyak dah naik. die. die. die. haih. banyak betul benda nak difikir bulan ni. tapi, kena selalu fikir positif. tak ada internet pun, tv at least ada. tak boring sangat. duit, insyallah boleh cari. sekali sekala penat kerja, kena juga beli something untuk diri sendiri kan. Lepas tu ingat ada duit lebih nak bawa adik- adik pula datang nz. bila lagi. ahaha.



  



 

Wednesday, November 24, 2010

honesty does not kill you

ye, semalam dah nangis teruk- teruk sebab duit gaji setengah bulan habis untuk bayar ganti rugi langgar kereta orang. hari ni, alhamdulillah, masih boleh senyum. betul, apa yang jadi ada hikmahnya. betul, aku ni cepat sangat putus asa. padahal, rahmatTuhan tu cukup banyak. 

I've learnt a huge lesson yesterday. Soal sejauh mana kau mampu jadi jujur dengan diri sendiri, dengan orang lain. aku mengaku, lepas aku langgar kereta dia, aku lari dulu. dan aku penat fikirkan alasan kenapa aku boleh patah balik, padahal kalau aku just lari, tak ada orang akan tahu pun. and today, I get to know why. Honesty does not kill you, guilt did.  dan aku, aku mengaku kat owner kereta tu, not for his sake, but for mine. I chose not to live by regretting my past.

I've given him some money for the repair. it feels good now. and there is yet to come. He fixed my car's bumper, and that saved me a huge amount of money. see? a stranger's kindness. Strangers, to be exact. kau pernah jumpa kan dengan orang macam ni? 3 kali, aku ingat 3 kali tu. Yang pertamanya, ada orang tumpangkan kereta dia nak pergi bandar, yang keduanya bila retainer aku hilang kat KFC dan ketiganya, yang ni. 

Thing might not be the same had I hit other person's car. I might have to pay up to thousand dollars. I might have to deal with police and insurance company, I might get cursed. But really, my conscience would eventually tell me to just admit my fault. and especially when you, yourself know what goes around comes around. in the future, someone might as well hit your car and run away. Tell me, won't you feel bad about it? 

Tuesday, November 23, 2010

kau pernah tak susah- susah nak dapat something, and at the end, apa pun benda yang kau usahakan tu, lesap macam tu je. kau pernah tak rasa sakit sangat bila kau kena sacrifise untuk someone, untuk something, sampai kau betul rasa kau takkan larat kalau benda tu jadi untuk kali kedua dalam hidup kau? 

aku betul, betul tak larat menangis dah. aku cuma nak bawa parents aku datang nz je. aku tahan nafsu shopping, beli ipod, semua yang aku nak, sebab aku nak, aku nak sangat diorang datang. aku kerja keras untuk parents, salah ke? aku kerja keras sebab nak balas budi diorang, salah ke? 

aku kerja keras sampai tak ada life macam orang lain, aku tak complain. aku penat, aku tanggung sorang- sorang selama ni. jadi, kau bagitahu aku, part mana lagi kena aku sabar bila semua duit gaji aku tu, aku terpaksa bayar untuk satu jenis oren, ni tambah lagi pasal langgar kereta orang.

kenapa, jenis ujian berat- berat ni, aku yang kena? kau jangan cakap, semua benda yang jadi ada hikmahnya. aku tahu tu. you know, I can just run away straight after  I hit his car.  Should I choose to run away, I'll resent myself for a lifetime. God will resent me too. And how would I live with that feeling of guilty? it eventually kills me, and so I turned. aku betul rasa waktu tu, my honesty is the thing that kills me. I didnt even feel noble doing so. I just feel as if it's the right thing to do.

dan macam biasa, gaji 1 bulan, 2 bulan kau... hilang macam tu je. kalaulah aku boleh senyum dan kata aku redha. tapi, yang kali ni, betul sakit. kau tahu, dalam hidup aku ni, aku tak pernah berhenti rasa diri aku ni loser? dan betullah, betullah selama ni memang aku loser. 

Monday, November 22, 2010

Woe Is Me

being at home while doing nothing would not be on top of my list of  what-to-do-when-you-have-3months-of-holidays. I mean, it sucks. It really is. I eventually choked myself out of this boredom. Ahaha, kidding, who does not love oneself??

Ah, I really miss my friends and family back in Malaysia. But, it actually feels good when you don’t have to bump into familiar faces every day. I mean, come on, it’s a totally different environment, and I am so loving it. Haha.

few days ago, one of my friends said to me of how sad it will be to go our separate ways after 5 years of being together. And so I said, no matter how close you are to somebody, you’ll eventually want your own life, with your own family, your own private zone. It’s not about being selfish, it’s about being a human.

I’ve been through lots of things in life, but that does not mean I do not need someone to teach me how to live. Experience, mistakes, make you stronger, but really, if there is one thing I’ve learnt all this while,  it is first and foremost about making the right choice.
And, unsurprisingly, I suck in making the right one. I’ve hurt people that I love, I throw hellacious tantrum to whoever people I’m pleased to do so,  I judge people and I…will walk away from the conversation the very moment you make me angry. But I, I hurt people because I don’t want to get hurt first. you know this thing about bullying? you bully others because you don’t want to be bullied? It’s totally the same thing, just in a different situation.

I didn’t write this for the sake of having someone to symphatize me or to understand my attitudes.  I despise the way I’ve been acting too.  But seriously, I’m not here to please everyone. You can say anything you want, as you please, but I am what I am and that is something you can never be. Your approval isn't needed. <--- I must be kidding about this one. I care a lot about what people think of me. Hahaha. No wonder “Woe is Me” fits me nicely! Open-mouthed smile

Ah, did I go astray from the topic once again? I’ll get back to the very first paragraph next time. See ya!

And I do not acquit myself. Indeed, the soul is a persistent enjoiner of evil, except those upon which my Lord has mercy. Indeed, my Lord is Forgiving and Merciful- Yusuf: 53

Saturday, November 13, 2010

kau pergi

berat rasa hati bila tengok satu- satu kawan kau balik malaysia. bukan aku menyesal pun pilih untuk duduk welly untuk summer ni, cumanya…kau tahu perasaan bila ahli keluarga kau nak fly atau nak pergi jauh ke? macam tu lah. sakit. sebab cohort1 ni dah macam family, part of who I am. but worry not, I am still holding on.

seboleh- bolehnya memang nak cari banyak lagi kerja. sebab bila dah duduk sorang- sorang dalam bilik, mulalah rasa bosan. terbayang makanan sedap- sedap kat msia tu yang nak meleleh air mata tu. ahaha. *takkan pernahlah nak menangis sebab makanan*

tapi nanti parah pula tahun depan bila uni dah start. nak berkejarkan kerja, assignment semua. die die die. haha. oh, well, point aku ada 2. satunya, memang bosan duduk welly ni tanpa kawan- kawan. yang keduanya, ye, aku cleaner. kau ada masalah ke, nak pandang rendah kat kerja aku? aku tahu orang akan rasa kerja cleaner ni kerja kotor. tapi seriously, aku bukan cakap pasal bersihkan rumah orang malaysia. ini mat salleh, bukan nak cakap apalah, tapi rumah tahap paling kotor pun bersih macam motel ok.

oh ye, tak ada niat nak membangga, tapi kalau betullah kerja aku ni hina sangat pun, gaji aku cukup untuk buat beli kereta sebijik. enough said. ah, btw, memang tak marah pun. rasa macam nak sarkastik sikit je Open-mouthed smile

untuk kawan- kawan yang balik Msia tu, take care of yourself. makan jangan lupa niat untuk aku haha. pastu rajin-rajinlah bersenam. kat nz pun badan dah dipam- pam, apatah lagi kat malaysia yang memang syurga makanan tu haha. Till then

p/s: post ni guna windows live. sangat awesome ok. siap ada emoticon lagi. I like Smile

Sunday, November 7, 2010

u share, i pun nak share jugaklah!

aku ni bukan suka sangat sebenarnya nak tulis benda- benda kontroversi ni. yelah, karang terkena kat batang hidung kawan kau sendiri, mahu tak kecil hati orang tu, even kau tulis general pun. tapi, sebab benda ni dah mula nak jadi tabiat kita-kita yang takde kerja dan suka buang masa ni, so aku pun nak cakaplah sikit. supaya esok bila aku nak buat benda yang sama, aku pun akan fikir 2-3 kali.

aku hairanlah apa pasal lah orang duk suka sangat share benda- benda yang tak masuk akal kat facebook ni. lesson no 1, kalau nak share pun, tolong check source, ok. ni kau main percaya je. mengandungkan tikuslah, nampak malaikatlah. haih. 

ni yang pasal bab agama aku jadi lagi tension. tak salah share benda yang tentu- tentu betul, macam kisah Rasulullah ke, tazkirah ke, ini yang duk sibuk tu pasal iluminati. Habis semua benda pun nak relate dengan iluminati. upin dan ipin? apa jadah bai. tak payah dengki sangat boleh tak, yang maju tu orang melayu juga. and, daripada kita fikir pasal iluminati tu, bukan ke lagi baik kalau kita prepare diri kita nak face benda tu semua, when the time comes? yang lelaki pergi start sembahyang subuh kat masjid ke, yang perempuan start ajar anak- anak pasal islam yang sebenarnya. Ni takut, takut, tapi kejap jelah. 

kalau korang memang tak de kerja sangat, aku suggest better lagi lah kau main games kat facebook tu, macam restaurant city ke, daripada duk menyebar benda- benda tak berfaedah tu. jangan  esok lusa benda tu jadi fitnah sudahlah. 



  

Wednesday, November 3, 2010

surprise, surprise

I have a tendency to surprise myself. macam waktu beli DSLR hari tu. dulu beriya kata apalah sangat beza kamera biasa dengan DSLR. tup tup, siap bagi nama lagi kat kamera. itu yang tak boleh blah haha. Ok, aku memang ada masalah, kalau boleh semua harta benda nak kena ada nama. Gitar, teddy bear. siap bagi jantina lagi tau. Hahaha.

balik pada cerita surprise. sebab hari tu aku ada tulis "beruntunglah orang yang baca blog aku", so here it goes. aku beli kereta. ahahaha. nama dia Reid Iris.maksud dia, "mata yang memandang pada yang merah". memandai je aku ni,tapi takpelah :) dan macam biasalah, excited tu tahan sehari dua je. lagi- lagi bila kena fikir pasal parking. wellington CBD ni memang kurang tempat parking. yang ada pun, kena bayar. sebab duit elaun dah pun dibazirkan untuk beli Reid, makanya haruslah berjimat. Ouh, aku kongsi beli kereta tu sebenarnya. larat pula kan nak bayar sorang- sorang hehe. 

  
ok, what else. surprise no 2. aku volunteer kerja kat tempat perlindungan kucing. aku memang obses kucing, aku tahu. kalau ikut hati, mahu je aku bela sekor kat sini. tapi, housemates punya pasal, takpelah aku sacrifise sikit. hehe. tak susah pun kerja dia. bagi makan kucing, basuh pinggan dia, bersihkan cage. part baling best mestilah bila nak main dengan diorang. ada yang pemalu lah, ada yang agresif tak ingat dunia, semua ada. ouh, ada kucing parsi sekali. bulu dia uih, sedap buat tidur haha. tapi, ada juga yang garang, habis kena cakar tangan. bad cat, bad cat!!

p/s: banyak sangat nak tulis sampai tak tertulis.  

Sunday, October 24, 2010

jadi degil, jadi keras kepala, jadi orang yang determined


I pride myself for not having a plan and live life as it is, and 21 years later, I arrived at a point where I stood in front of the mirror and said " this is just how my life should be". Realize it or not, I planned my life. Aku tahu aku akan pakai braces, jadi kurus, pergi overseas, belajar kat nz, dengan izin Allah lah kan. Sebab aku ada determination. apa translation dalam BM, aku pun tak tau. haha. 

kalau aku dah tekad nak buat something, betul aku akan usaha sampai dapat. yes, I'm suck in making decisions. tapi, sekali aku tahu apa aku nak dalam hidup, that's just it. kau boleh berbuih- buih mulut bagi nasihat, boleh sejam bagi tazkirah, tapi at the end, kau tahu aku type yang walk the talk. ouh, btw, tahu tak, aku dari darjah 5 duk google how nz looks like. punyalah suka nz kan :D

sebab tu lah, aku pilih untuk tak balik msia this summer. I know, I know. dah banyak kali cakap pasal benda ni. aku bersyukur lah aku ni jenis keras kepala, degil, sebab kalau tak, time tengok kawan- kawan packing barang nak balik ni lah yang nak rasa sedih, emo, nak mengungkit kenapa gatal sangat tak beli tiket balik 2-3 bulan lepas. tapi, tak. aku gembira je. masih boleh senyum. alhamdulillah. aku ni kaki travel, aku ni pencinta alam, eceh, itu je masalahnya.

bukan aku tak risau nak tinggalkan family 2 tahun ni. banyak benda boleh jadi. Si jezmine tu dah hilang. I missed seeing my niece growing up. I missed my parents' 49th birthday. but, I've made a promise to myself. aku nak didik hati jadi sabar. aku nak jadi independent. alhamdulillah. alhamdulillah. dipermudahkan. 


Wednesday, October 13, 2010

conclusion of trimester 2

Serius, kadang- kadang rasa macam tak layak untuk dapat this kind of grade. assignment I mean. dah 2 kali jadi benda ni. Bukan tak bersyukur. Grateful I am. Sangat. Assignment EPSY244 hari tu betul aku rasa macam sampah je. Bila pergi ambil result, tu dia. siap belek 2-3 kali paper, kot- kot bukan paper aku. Memang Allah nak bagi rezeki macamni. 


Aku tak put effort betul- betul this trimester sebab busy kerja. Ok, let me clarify one thing. Aku kerja, betul, untuk duit. tapi bukan untuk diri sendiri. bukan untuk beli gadget cool macam DSLR atau Ipad. itu guna duit elaun. Like I said, my parents will be coming to nz. When? I can't tell for sure. Tapi, aku betul nak bila diorang datang sendiri, diorang tak perlu keluarkan sesen pun duit. Nak bayar accomodation, kereta pakai senyuman je ke? tak lepas. tak lepas. sebab tu kena kerja kuat.  aku harap orang faham. It' just that orang nampak aku banyak kerja sebab kat tempat berbeza. truth is, sama je dengan orang yang kerja kat satu tempat, tapi dia buat hari- hari. What differs us is that I get to see some of the coolest scenery ever along the way. believe me, there are hell lots of places you haven't seen in wellington, tak rugi beli DSLR. haha..






I've achieved some of the goals I set early of trimester. Being nice to john, oh yes. He's not that bad. I even asked for his autograph. Janet Holmes is next on my list. And then, EPSY paper. Well, what can I say?  I despised it too much that I skipped the class several times. thing is, aku suka this course sebab lecturer and tutor dia ada high knowledge about things they talked about. sebab aku memang suka tanya soalan dalam kelas, kalau kau tak dapat jawab, shame on you. Haha. Aku suka juga kalau orang ajak aku argue about an issue, sebab aku pantang orang bangkang pendapat aku. So, basahlah benang tu macamana sekali pun, akan ku tegakkan juga. My bad ;p

Friday, October 8, 2010

Been there, done that.

I've done a lot of stupid things before. some hasty decisions. People often said that you could always learn from your mistakes. But honestly, you could just learn from watching others. You don't necessarily have to be there.

See, life is not just about finding Mr Right or Prince Charming. It's not even close to buying a mansion or a penthouse, or driving a ferrari just to gain people's approval. Having a nice bunch of friends who can ask you out for window shopping and watch scary movies together? Nahh. I'll pass that one. Apparently, a classy Louis Vitton Handbag, matched with a pair of Jimmy Choo's high hells (heels oopsie) would not make you the happiest person on earth either.

A temporary excitement, I would say. Like when you bought yourself a new DSLR, brought it here and there, and woke up 2 days later just to realize that you didn't even care where you have been putting it. You get bored, you move on to other things that bring smile to your face again. Love, cars, handphone, outfits. Ahh, don't make me start with this lovey dovey thing. How could you say you're in love with Mr A when few weeks after that I saw you holding hand with Mr B? Not to say that holding hand is prohibited in Islam. Call me old- fashioned, I like being one :)

How I wish I didn't have to go through this situation. Juggling between studies and multiple jobs at the same time. 1 major assignment and 2 upcoming test before the trimester ends. And still sittting in front of the laptop, doing nothing except than constantly switching the tab back to facebook. and for that reason, I'm deactivating it for a while. Let's see how long it's gonna last, aye?

Lots of plans for this coming holiday. It's 3 months, people. Haaaven. Travel. work. travel. work. find the accomodation for next year. help the juniors settle down once they arrive. work. study. work. study. then it's holiday again. Well, as for now, I'm gonna speed things up a little bit, finishing my assignment in 2 days time, revising the 200+ pages of Janet Holmes' book, and spending my evening at the beaches. Till then, take care people :)

Saturday, October 2, 2010

Food Sick

pernah tak rasa boring dengan masakan sendiri? haih. It's not about being ungrateful. it's just that..I miss eating ikan keli sambal, kerang rebus, sotong masak sambal, gulai nangka, ikan bawal sweet sour, burung puyuh, pisang goreng, cempedak goreng, yong tau foo, rojak buah, kerepok lekor, murtabak, charkuey teow, kuey teow kungfu, ABC, laksa, mee hailam, tomyam, nasi goreng pataya,  ayam percik, karipap sardin, taufufa, apam balik, mee goreng mamak, telur bungkus...

Kalau rezeki murah sikit, dapatlah merasa air tangan kawan- kawan. masak roti jala lah, mee kari lah. tapi, haih....ini belum homesick, baru foodsick, dah down betul. tu yang duk ligan semalam cari ketam, seafood, popia. borong habis barang kat Pak n' Save tu. 

Memanglah bagus duduk sini. At least, dapat improve skill memasak. katalah tak datang nz, sampai ke tua kot tak reti masak rendang, kuah kacang, sagu, kek batik semua. Depend sangat kat umi. bukan kat msia tak pernah masak. Asal balik dari maktab je, inilah muka yang kena masak untuk adik beradik semua. tapi simple je lah. setakat ayam sambal, kicap lepaslah. Ni, first time buat kubis masak lemak pun, ayah yang ajar. Punyalah tak pernah pegang santan pun sebelum tu haha. 

Tapi.. tu lah, rindu makan masakan mak, makanan kenduri, restaurant, warung tepi jalan, kedai burger depan rumah, kedai Ahsan Sani depan maktab, makcik jerit "nasi lemak" pagi- pagi buta, haih. rindu. rindu. tak boleh terbawa- bawa perasaan ni. karang sume kerja tak jadi. 

Sebab tu lah, aku rajin pergi makan free kat open house, birthday party orang. at least, adalah variety sikit. senang ceritalah, hari- hari kat sini kalau tak makan ayam, mesti seafood, telur, kentang. Tak ada nak jumpanya kerang, ikan bagai. Nevertheless, alhamdulillah. At least adalah nak dimakan. selalu rasa makanan tak cukup, padahal yang duduk Palestin, Pakistan sume tu. Lagilah. Haih Att. 

Dan sebab tu lah, hari ni aku decide nak buat kuih sagu. Esok, ketam lemak cili api. Lusa, tomyam daging. Next, ayam paprik. Next lagi, nasi lemak. Penuhlah inbox umi minggu ni, aku duk minta resipi je haha. *Hari- hari selepas tu, baliklah rutin asal. Ayam, telur, kentang, seafood. Haihhh...... *

p/s: yang juniors, selagi ada masa kat msia tu, makan jangan tak makan. balun kasi puas sebelum fly. untuk orang yang hati kuat tak balik selama 2 tahun ni, haha (that's me), telan- telan air liur je lah nampaknya. nasib baik ada air liur lagi :)

bilalah agaknya dapat makan ni lagi eh?


 

Tuesday, September 28, 2010

becoming 21

A day to remember. Alhamdulillah. Dah 21 tahun rupanya. masih muda, ye. Terasa muda lagi, mind you. haha. Secara sahnya, dah boleh mengundi. dah boleh memandu kat NZ. bak kata Chris, you become an adult at the age of 21. Tapi, nikmat hidup bukan pada dapat mengundi, dapat driving sana sini. bukan.

pertama- tamanya. Alhamdulillah untuk nikmat nyawa yang Allah bagi. Moga dapat terus perbaiki diri untuk tahun- tahun akan datang. Keduanya, terima kasih untuk parents yang dah lahirkan dan besarkan sampai sekarang. Untuk semua jenis didikan, dan segala bentuk rotan, alhamdulillah, jadi juga orang.Ketiganya, untuk family di NZ ni, Cohort 3.1, makin hari makin sayang. Keempatnya, untuk semua jenis kawan, dari sek rendah sampai maktab, thanks for the wish. Kelimanya, thanks pada kawan- kawan dari australia, brunei, walaupun kejap je jumpa, tapi berbekas kat hati. sayang kerana Allah. terima kasih untuk hari ni. ♥♥

For the past 21 years, Allah has granted me everything that I wished for. It took time, but at the end, I have a beautiful family, a beautiful friendship, beautiful friends. And a beautiful life. Yg ada waktu jatuh bangunnya aku tu, masih Allah. What more could I ask for? *I was lifeless and He brought me into life, and to Him I will be returned* 

 a cake, from my sis. how aweful. yet, I'm loving it =)

Monday, September 27, 2010

she's coming =)

I received a major news today. Good one. Miss Sim and Madam Ng are coming to town. Do you know who Miss Sim is? She's one of my beloved lecturers from Ipsah. Love.love.love =)

Terus call Miss Sim lepas dapat berita tu. Terkejut, excited. Tak sangka. Hari tu memang doa- doa pun Miss Sim yang akan datang jenguk kitorang kat Welly ni. Niat kat hati ni memang banyaklah. Nak bawa dia jalan- jalan, masakkan rendang ayam, buat kek batik. Nak jamu habislah. Minta-mintalah dia duduk Stafford. Hari- hari akan ku ketuk pintu bilik dia haha..

Ouh, bukan setakat excited sebab lecturers nak datang je. Sebab.... dah beli DSLR. Yahoo. like, finally, kan. Dah dekat 4 bulan kot duk bising nak DSLR. ini walk the talk namanya. Bukanlah beli sebab nak nampak cool pun. seriously, teringin nak dapat high quality pictures je. Tak lebih, tak kurang. So, there you go. Peduli apa duit gaji habis beli dslr. haha, yang penting, PUAS!! *tunggu kena makan maggi barulah menyesal kot ahaha*

Ahh, assignment dah submit semua. how wonderful the feeling is. Walaupun rasa macam sampah je assignment kali ni, takpelah. salah sendiri. orang lain buat research bertahun- tahun, berbulan, aku? 2 hari je. Haha.  Dah pujuk diri sendiri awal- awal, jangan merungut kalau grade tak bagus this time..

Contest raya sakan? ah, 2 hari lagi. tak tau nak tulis apa sebenarnya. tapi semangat nak dapat chocolate. minta yg milky bar punya boleh tak zack? haha. dan dan je, macamlah menang =) ouh, lupa nak cakap. Alhamdulillah. ada dapat lagi 2 kerja. haha. tamak, yes I am. lagi-lagi bila tengah miskin ni (^_~)

 My very first DSLR, named Drew. This is how Drew should look like *please jangan tanya asal nama dia Drew* :)

Thursday, September 23, 2010

how I celebrated my eid


Macam biasalah, kalau ada assignment je, mesti rasa miserable giler hidup sekarang. Tapi, takpelah, at least, I've got something to keep my feet on the ground. The open house was a success. Ouh, it should be open houses. One was organised by Staffordians Cohort 1, and another was cohort 3.1 alltogether. Well, let's talk about staffordian open house. It was my first time organising such event. Banyaklah yang aku risau. Takut makanan tak cukup, takut tak dapat accomodate 80 orang at a time, takut open house tu fail lah. Alhamdulillah, dipermudahkan. Kawan- kawan, housemates, flatmates pun semua supportive betul. Sanggup keluarkan budget masing- masing even though elaun dah tak berapa nak ada kan sekarang :)

I feel much closer to umi when we're far apart. As if she's here to guide me, to console me, like she always did back in Msia. Especially when it comes to cooking. Resipi umi memang tak pernah mengecewakan. Let them be rendang ayam, nasi impit, kuah kacang, nasi pilau, semuanya aku tak pernah- pernah buat kat msia. so, bila raya hari tu memang menggelabah habislah sebab coursemates lain semua makan mewah- mewah waktu raya. Aku ni ha? Raya pertama tu lah yang pergi kerja. Ouh, lupa pulak. tak jadi, kan? sebab dah kena pecat dulu haha.

Rendang ayam semua tu, memang my first trial. Tak sangka dapat compliment. dari Bob pula haha. Berbaloilah penat 2 malam masak benda- benda untuk open house tu :) Tapi, part yang paling terharu tu sebab almost semua datang. rasa macam, ahhh. Aku sebenar pernah jadi orang paling berkira nak keluarkan duit sendiri, if it wasn't for my benefit. Alhamdulillah, Allah kurniakan coursemates yang macam ni baik, sampai aku rasa nak sangat berjiran kat syurga nanti. Apalah sangat duit berbanding friendship yang ni?   Apalah sangat? 

 
Ni nasi impit manual. tak ada nye instant kat sini. Penat menumbuk kasi hancur nasi tu tau :) ok, taklah sampai hancur pun. exaggerate je

Ouh, ada juga buat 2 jenis kuih raya. yang cikai je la. Almond london memang tak kuasalah haha. So, there you go. Cornflakes madu dan kuih, I called it sarang semut, tapi sebenar bukan pun,tak taulah nak bagi nama apa haha.


 Minta maaf pada yang tak dijemput. maklumlah, stafford tu kecik. nak ajak satu welly, memanglah tak muat. lagi- lagi kalau kau dapat work room tu ah. like caron said, the room can accomodate 20 people at a time only. Fire rules must not be broken. Ok, aku langgar je rules tu. takkanlah nak halau coursemates sendiri balik kot? kan? haha.

 picture of the day. thanks semua. jzkk

Friday, September 17, 2010

jadi patriotik


upon being patriotic. Aku tak malu mengaku Wellington ni rumah aku. Second home. Kalau orang tanya dari mana, aku jawab, dari Welly, tapi origin Malaysia. Bukan poyo. Bukan bangga diri. Home is where your heart at. Tempat yang kau ada sense of belonging. Aku boleh cakap, Welly tak ada apa best pun. Auckland la banyak tempat menarik, kedai halal. Tapi, cuba govt letak aku kat auckland, kat melbourne ke. mungkin susah untuk aku fit in. Dah Allah tahu yang terbaik untuk aku. I belong to this place. I really am. Dan aku grateful sangat sebab Allah ajar aku banyak perkara sepanjang aku duduk kat sini *itu cerita kat post lain*

Ouh, dan aku tak rasa satu kesalahan untuk tahu lagu kebangsaan NZ. untuk kata yang NZ ni, ada certain things lagi better dari Msia. ada orang choose untuk tunjuk sense of patriotism in public, ada simpan dalam hati je. Bukannya aku tak cintakan Malaysia pun. berderau juga darah bila ada orang condemn Malaysia. Kat mana bumi dipijak, kat situ langit dijunjung. But then, janganlah asyik sibuk cakap pasal I love Malaysia, Msia is this, Msia is that, tapi bila tanya pasal isu semasa, terkebil- kebil tak tahu. Now, go and read the newspaper please *sambil buat muka comel* 

Tuesday, September 14, 2010

Mini Australian Adventure Part II- I ♥ ♥ ♥ Melbourne


jujurlah, waktu mula- mula tahu yang our cohort confirm dapat sambung study kat nz, aku ada satu niat je. Kalau ada rezeki, nak pergi melbourne jumpa hajar. Well, my favourite blogger for the past 2 years. Sampai tak ada satu pun post dia yang aku tak baca. punyalah suka kan haha.

ok, so trip ke melbourne 4 hari. berbaloi sangatlah kan. berbekalkan duit yang tak seberapa, nasib baik ada visa wahaha. ah, never mind. So, aku pergi jumpa hajar hari kedua. Takut juga tak cam sebenarnya. Alhamdulillah, dipermudahkan. semua orang macam segan la mula- mula. tapi, lepas tu ok lah. hajar bawa jalan- jalan, ambilkan gambar. hari ketiga, jumpa hajar kat rumah je. dapat aiskrim magnum lagi hehe. Alhamdulillah, niat nak bagi Al- Quran tu pun tercapai jugak. 

ouh ye, aku suka melbourne sangat- sangat sampaikan terfikir nak tulis surat pada Jonathan minta transfer ke Uni of Melbourne hehe. Seronok sangat sebab melbourne ni tenang je. tak padat. public transportation murah. Lawa lagi tram dia. Seronok juga sebab jumpa Hajar, dan akhwat2 melbourne (Kak Radin, kak Intan, Kak Sakinah, Kak Niza dan Kak Iman). Bangunan kat melbourne memang lawa. Nak borong souvenirs, pergilah victoria market. Duit konfem habis kat situ je haha. Ouh kedai halal bersepah kat melbourne. untung je puasa. selamat duit haha. lastly, philips island yg memang sgt2 best. subhanallah. Ini baru dunia tau. Syurga lagi indah ♥♥

 mata tu kalau tak tertutup tak sah :(

Brief description of Melbourne. Sorylah, kena jadi loser lagi sekali, copy paste dari album facebook haha.  well then, sebab sebenarnya tak ada mood nak update blog dah haha, tu malas sikit. apa- apapun, gembira sangat dapat jumpa hajar, finally. and looking forward to coming back to this place again. very soon, hopefully :)

Saturday, September 11, 2010

pembersihan harta dan jiwa besar- besaran

Aku ok lagi tak dapat raya dengan family tahun ni. takpe. Sebab bagi aku, ingatan tu yang penting. Ingat betul diorang. Siap waktu skype boleh tunjuk kuah kacang dengan nasi impit lagi haha. Well, umi memang expert buat kuah kacang. sedap giler weh. nanti dah balik Msia korang datang open house ye. Rasa sendiri :)

Just terkilanlah sebab tak dapat sembahyang raya dan takbir ramai- ramai tahun ni. I knew hari tu aku ada rasa terkilan sikit sebab kena pergi kerja hari raya, dan cepat je Allah makbulkan permintaan aku, terus aku kena buang dari kerja tu. So, I paid nzd6 for nothing.

Rasa sedih tu mestilah ada lagi. Lagi- lagi kalau kau kena buang sebelum sempat pergi kerja. em, lagi suitable kalau kata, the employer decided to cancel my job. I was supposed to clean her house with my other friend, but since it's raya, well, you know. People find it hard to work during raya, right? So I told the boss that I'll be coming alone since I can't find any replacement last minute, and she immediately texted me saying that I didn't have to come at all. 

 well then. since I'd bought the day tripper, I spent my whole day wandering around Wellington. I did think of spending my evening at Island Bay's beaches, but ah. Macam teruk pula tahap nak membawa diri tu haha. So, off I went to some of the stores nearby. Briscoes, Warehouse, Moore Wilson, Pak n Save and Woolworths. I knew I shouldn't go shopping when I was not in my best mood, coz I tend to just grab anything, head to the counter, and end up putting the items back on shelf. Haha.

I've paid the fine. How much was that again? Ahh, nzd400. I told my siblings that had I not been paying the fine, they'll get rm100 duit raya this year haha. nzd400 converted to ringgit malaysia. You do the math. But, it's their loss, never mind haha. And seriously wasn't planning on giving duit raya to them as well :D So there you have it, pembersihan harta dan jiwa secara besar- besaran XD

Untuk hari- hari yang mendatang, aku mohon Allah ajarkan hati aku redha.  And ouh, happy eid mubarak people. Maaf zahir batin tau, tau, tau :)

Thursday, September 9, 2010

Alhamdulillah. alhamdulillah.

"Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah, agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput darimu, dan tidak pula terlalu gembira terhadapa apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri. Al-Hadid: 22-23

and so, I've maneged to hand in my assignment yesterday. The worst assignment I would say. but ah, never mind. I was the one to be blamed. And if procrastination is a subject, I would get an A+++

Well, I wanted to write about my trip to Melbourne. but hmm. I guess I could skip that part for this time being. It's been a lovely week, you see. Even though I need to pay nzd400 for that darn-you-orange haha, or staying up late because of epsy 244. 

Alhamdulillah. alhamdulillah. I received my very first English translation of holy Quran several days before. Together with 3 additional books about Islam. moga Allah mudahkan urusan untuk mendalami lagi agama ni. Yesterday, I collected my 3 assignments which have been marked from the office. I was surprised, for real. I didn't expect that kind of grade. well, since I slept during the test, and left one question blank. 

I browsed my sis's blog. Alhamdulillah, once again. Harap- harap dia kuat untuk berubah. A friend of mine said, "to leave behind things that have been a part of your soul, all your life isn't easy. And that's mujahadah. That's the beauty of your sacrifice during your search for His love. moga Allah redha, dik.

Dalam susah- susah kumpul duit nak bayar fine, tu, once again. Allah mudahkan. Dapat lagi 2 kerja. Bukan niat nak tamak balun sume kerja yang ada kat SJS tu, just that, untuk this time. berat rasanya nak susahkan ayah tolong hantar duit pula. tak. tak.  

And ouh, kad raya from bestie, Hur. ah, sayang sangat kawan yang satu ni. susah-susah je hantar kad raya dari Msia. 

Sunday, September 5, 2010

healing. a simple act of kindness brings such meaning

 Aku dah dapat mend some of the friendship yang terjejas tahun- tahun sebelum ni. Konflik tu, walaupun tak lupa, tapi alhamdulillah, dah masuk tahap "kemaafan". Betul, dalam setiap benda yang jadi, mesti ada hikmah. mungkin tak nampak on the spot, it might take years, decades. Ok exaggerate pula. 

peliknya, dulu bila orang minta maaf, ye, mulut cakap, "Minta maaf jugak". Hati tak buat benda sama pun.  sekadar nak sedapkan hati orang tu. balik, terkenang- kenang juga. mengungkit juga. kerasnya hati dulu ;(

Sabda Rasulullah SAW: “Brgsiapa (yg berhutang) di dalam hatinya tidak ada niat untuk mbayar hutangnya, maka pahala kebaikannya akan dialihkan kepada yg memberi piutang. Jika masih belum terpenuhi, maka dosa-dosa yg memberi hutang akan dialihkan kepada orang yang berhutang.” (HR. Baihaqi, Thabrani, Hakim)

kIta buat salah dengan orang, kena minta maaf. selagi dia tak maafkan, kita tengah berhutang dengan dia. Mampu ke esok, nak berdepan dengan dia kat akhirat? Kalaulah tak diberi kesempatan nak minta maaf untuk segala jenis kejahatan dulu. Mampu ke? Ajal tak pernah mengenal usia. Untuk tu, aku takut. Betul, aku masih manusia yang banyak silap. Aku takut kalau- kalau matinya aku, ada yang tak redha. bersisa lagi marahnya. Untuk segala silap salah aku dengan manusia, aku mohon, kalau boleh dimaafkan.  Dan, perlunya aku pun beri kemaafan pada orang, kan? untuk setiap umpatan orang, aku mohon jadi redha. untuk setiap kali sakitnya hati aku bilamana dituduh, aku mohon jadi redha. Aku betul nak belajar maafkan orang.  

Untuk  segala jenis kesakitan, kesusahan kat Msia, Tuhan balas dengan seribu jenis kegembiraan kat NZ. apa lagi aku boleh minta? Banyak khilafnya aku. banyaknya masa aku rasa susah nak istiqamah. banyaknya aku mengeluh. siapa lagi mampu sayang aku macamni? The Most Compassionate. terdiam. jadi diam. sebak. *kalaulah boleh diceritakan zaman jahiliah tu dulu, takkan pernah habis* 

thanks Nuha Muneerah for the video- Here I Am. kenapa ye, kawan yang tak pernah ketemu tu, terasa semacam dekat dalam hati? kalaupun tak dapat berjumpa, moga Allah redha dengan friendship ni. Aku mohon, biar friendship kali ni sampai ke syurga. friendship dengan cohort 3.1, dengan kawan-kawan kat VUW, dengan Hajar, dengan Nuha, dengan juniors. Yang namanya tu kawan, tolong bimbing aku ke jalan-Nya sekali. Minta sangat. 

Friday, September 3, 2010

ouh, dah nak raya dah eh? ouh. ok

 candid raya tahun lepas

Apa hipotesis anda kalau saya cakap saya tak homesick LANGSUNG dan tak kisah beraya di New Zealand-  Asfan Arc, 2010

Katalah aku self denial ke. aku lupa daratan ke. aku tak patriotik. this is what I feel. tak perlu menduga- duga hati aku. Perlu ke untuk semua orang rasa sedih kalau tak dapat beraya dengan family? I don't think so. Macam adik aku cakap, everyone has his own opinion. You don't have to always agree with people. Aku pernah jadi orang paling homesick kat maktab. Aku pernah skip class semata- mata nak balik. Aku pernah berderai- derai air mata call umi suruh datang jenguk. So, part mana about homesick yang aku tak faham??

Kenapa aku tak homesick?
- Syawal bulan meraikan kemenangan untuk mereka yang berhasil menunaikan ibadah puasa sepanjang Ramadhan. Nah. Lalu, dengan cara apa kau define kemenangan tu? Lain- lain orang, lain lain caranya kan. Dari kecil kiranya aku dah diajar, yang raya tu maksudnya pakai baju raya baru, dapat duit raya, makan kuih raya, pergi rumah orang beraya. Dah 20 tahun. Now, tell me, kat mana salahnya kalau tahun ni aku decide untuk tak buat rutin yang sama? 

Truth is, waktu kawan- kawan start keluar status pasal raya, tag kad raya sana sini, aku start fikir, kenapa aku masih tak boleh nak rasa sedih. Jauh aku reflect. Homesick datang bila kau teringat- ingat suasana rumah kan? Samalah. Sebab yang aku rindu tu sebenarnya suasana raya semata- mata. Adat dan tradisi. rindu nak makan lemang, rindu nak tengok rancangan raya best- best, rindu nak dengar lagu raya duk ulang 10 kali sehari kat radio, rindu nak cat rumah, rindu nak tukar sarung kusyen malam sebelum raya, rindu nak main bunga api. kau tak rasa pun itu hari kemenangan kau. kau fikir raya tu= SERONOK. *kau tu refer pada aku, tak perlu terasa* And suddenly, raya jadi tak seronok bila kau compare situation raya kat Msia dengan Nz. kan? 

Ayah aku selalu pesan, ini semua untuk 2 tahun je. Tak lama pun. Sekarang dah bulan 9. 28sept birthday aku *haha, selingan pula*. kau rasa, macam lama je lagi. cuba kau buka post lama- lama kat blog tu, tengok tarikh dia. mesti kau rasa, eh macam semalam je baru tulis benda ni. Sebenarnya bagus juga ayah aku tak manjakan aku. cuba cakap dengan umi, nanti mesti nak leleh- leleh air mata. so perempuan hahaha (^_~)

aku rindu juga rumah. taklah hati keras sangat. tapi, baik lagi kan kalau kita selitkan kebahagian family kita dalam doa, insyaAllah Dia akan jaga diorang. untuk kawan- kawan semua, cakap kat hati, sabarlah, All is Well. Lepas tu, jangan layan sangat lagu raya sedih-sedih macam Dendang Perantau tu. Selamat Hari raya yang Ahmad Jais, Fazidah Joned nyanyi tu oklah juga.. Haha

p/s: ade je homesick sikit. taklah jiwa kental sangat nak cakap tak homesick langsung 

Thursday, September 2, 2010

mini Australian Adventure part I- Sydney


Ok. cerita pasal sydney. 3 hari je. Naik flight Air New Zealand. Selesa habislah. Siap dapat tengok Shrek lagi. Tak payahlah compare dengan Jetstar, kasi leleh air mata je haha. Ibaratnya, Air NZ ni MAS, jetstar tu airasia. dah faham? =) so, aku recommend siapa yang nak pergi Oz tu, naiklah air nz. paling penting, tak cekik darah macam MAS.  

So, hari pertama sampai, dengan luggage segala tu boleh pula pergi Manly Beach. Naik feri. Hari kedua, pergi Featherdale Wildlife Park. Pengalaman pertama tengok koala dan bagi makan kat kangaroo. Ouh, kangaroo comel macam kucing okey ♥ Tapi terkilan sikitlah sebab trench coat kesayangan I tu hilang pula :( 

  
Hari ketiga Aliah teman pergi beli souvenirs kat Paddy's Market, lepas tu jalan- jalan kat The Rocks, dan ambil gambar Sydney Opera House. surprisingly, aku tak amazed langsung dgn opera house tu haha. Aliah sanggup skip class okeh. haha. tacing sekejap =) Hah, sydney ni everything cekik darah. Public transportation la terutamanya. Duduk 3 hari kena bayar sampai 48aud. Kalau duduk seminggu, berbaloi la kot. 

  
Kadang- kadang pelik macamana orang yang tak pernah  kita jumpa pun, terasa semacam dekat dalam hati? accomodation yang fully sponsored by Zara Airyss tu, contohnya. Padahal, yang aku kenal Aliah dan Amirah je. Tapi, terasa macam dialu- alukan sangat, sampai hilang rasa segan. as if dah pernah jumpa Zawa, Zeda, Asreen and Yasmin sebelum ni. Rasa bersyukurlah sebab pergi sydney tak sia- sia. at least ada ukhwah baru :) 

Ouh, untuk girls cohort 1 macquarie uni, thanks utk ifthar hari tu. Rasa macam popular giler skrg ramai betul kenal haha. Ouh, I'll be remembering Zawa's doughnut always. ♥♥ Sedap giler wehh. 

bersama gadis- gadis hot Zara Airyss

Wednesday, September 1, 2010

Sabarlah hati

Sungguh, Allah tengah didik hati jadi sabar sepanjang trip ke aussie ni. Susah nak describe feeling bilamana kau expect trip kau fun macam ni, and it turned out the other way. For every single tear dropped, ada pengajarannya. Tentang diri aku. Tentang ukhwah. Sebetulnya, belum pernah aku reflect diri sebegini jauh. *sebak*

Dari awal trip, ada je benda tak kena. Lama terpacak kat counter sebab no visa tak match dengan passport, kena buat nuclear test pula. Anjing kat airport tu takpayah ceritalah kan. Terbeli baju  i♥ sydney and melbourne saiz kecil. Beli tiket sampai 48aud untuk 3 hari kat sydney, mahal sangat sampai kat melbourne tak ada duit dah haha. Nasib baik ada visa. tapi bila datang bank statement, nak pengsanlah kan :) tapi, bab ORANGE tu... trauma sungguh nak makan oren sekarang. Kena fine nzd400 sebab bawa masuk satu biji oren. well, the most expensive orange I have ever bought. 

Sungguh, kalaulah itu aku yang dulu, mesti dah lama pekerja- pekerja airport tu kena maki. 7 hari pertama trip tu, aku lupa jaga hubungan dengan Tuhan. Mentang- mentanglah uzur kan. Sebab tu tersentak betul bilamana Tuhan takdirkan aku diuji dengan benda- benda yang kurang menyenangkan sepanjang trip tu. "Boleh jadi kamu tidak menyenang sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak" - Al Baqarah: 216. Nah, direct je kena sound. Ada lagi. " Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah- buahan"- 2:155. Ok, part diuji dengan kekurangan buah- buahan tu memang kasi aku senyum :)

"Bila engkau memandang segalanya dari Tuhan,yang menciptakan ujian, yang menjadikan sebab sakit hatimu,yang membuat keinginanmu terhalang,serta yang menyusahkanmu. Pasti akan damailah hatimu. Kerana,masakan Allah sengaja mentakdirkan segala untuk sesuatu yg sia-sia. Bukan Allah tidak tahu derita hidupmu, retaknya hatimu.Tetapi mungkin itu yg Dia mahukan. Kerana, Dia tahu hati sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan lebih mudah untuk dekat dan akrab denganNya."

Siapa lagi mampu sayang aku macam ni selain Dia? *sebak* ajar aku jadi redha, Tuhan. Mohon sangat. 

p/s: benda- benda gembira sepanjang trip, dalam next post ok. tipulah kalau tak ada happy memories kan :)  





Sunday, August 22, 2010

Mini Australian Adventure

I'll be flying to Aussie less than 24 hours. Akhirnya lah kan. Beli tiket punyalah semangat, dari bulan 4 lagi. Moga Allah redha perjalanan kali ni. Jalan lagi Att ni hehe. Syukran pada Aliah dan semua housemates yang sudi tumpangkan kitorang. Hanya Allah yang dapat membalasnya.

I call this trip "Mini Australian Adventure". Start dari Sydney 3 hari, then Melbourne 4 hari, and Christchurch sehari, back to Welly on 31th august. Ah, sempat celebrate Independence Day la nampaknya :D Wah, mesti banyak duit habis. Mesti penat giler. Dan harap- haraplah bukan sekadar pergi untuk have fun je, tapi dapat ambil pengajaran dari trip ni. Like I said, moga Allah permudahkan urusan.

Pergi pula dengan kesayangan saya. Lagilah I like.like.like. Siapa lagi kalau bukan Farah Haris, Adawiah and Izatul. Thanks u guys sebab sudi teman. Dan minta maaf sebab asyik change plan je, anyhow gembira dapat travel sama- sama. 

Ouh,ouh Stafford House apt 0--- tak ada penghunilah 3-4 hari ni. Dua- dua housemates pun berjalan juga. Ain pergi Auckland, alhamdulillah sempat wish goodbye tadi. Izati pula pergi dengan kesayangan saya jugak, hehe, Tina, Aishah, Wanie. Khai and Lily pun ikut. Shud juga. Oh, gembiranya hati.

Barang tak habis kemas. Boleh pula aku pergi kerja lagi hari ni haha. orait. orait. so kena pergi dulu. well, pray for my safety. take care. and have funnn XD 
 
p/s: sya, nanti datanglah visit ye hehe. And Hajar, can't wait to see you.  

Thursday, August 19, 2010

refletion 2 minggu ni

kalau nak ingat satu- satu jenis rejection yang aku terima tu, memag dah tak tercapai dek akalmu ku. Berderet unsuccessful job application kat profile SJS tu. ouh, btw, SJS tu Student Job Search kat NZ ni. aku memang rely kat webpage tu je. TradeMe banyak untuk full time, tak dapat den nak menolong haha. 

Call me nerd. tapi aku betul rasa usaha tu tangga kejayaan. Allah takkan sia- siakan segala benda yang kita buat untuk kebaikan. Starting with one job, then comes another. Alhamdulillah. Minggu ni je ada 2 one off cleaning jobs. Duit tu, insyaallah semua untuk umi dan ayah nanti. Takpe tak dapat kat aku. Apa sangat duit aku berbanding duit diorang guna untuk besarkan aku selama ni. *ni nak bergenang air mata ni*

Test EPSY 244 dah habis. aku sebenarnya betul teringin nak suka course ni, tapi apakan daya. untuk orang yang malas belajar teori- teori tentang akal manusia ni, inilah jadinya..haha. Eh, dh cerita belum aku tertidur waktu jawab test. ended up bangun tengok paper berconteng bukan main haha. keluar awal sebab dah tak tau nak tulis apa, btw soalan no 2 first part tak jawab. sangat brilliant. Nanti result tak ok baru padan muka Att ;p

Preparation ke Aussie dah hampir selesai. Book shuttle, check. Visa, check. Convert duit, check. Accomodation, check. tinggal nak masuk baju dalam begpack je. siap beli begpack baru lagi tu haha. semangat giler. Ouh, ouh, aku call Myhall Melbourne 2 kali kot dalam seminggu suruh orang tu proses permohonan aku cepat- cepat. Peduli apa first come first serve haha. ish ish ish

Hah, famous dah aku sekarang. ceh, masuk paper je kot. Salam perantauan Berita Harian 17hb august. yang kat Msia tu silalah check ye haha. Ini nada autokratik ni. Lupa pula nak wish Hari Raya. tapi takpelah yang penting muka I ada. sorang- sorang lagi gitu (^_~) Thanks Hajar. gembira awak bagitahu. saya rasa kita ni memang berjodoh jadi kawanlah. like banyak banyak kali.



Wednesday, August 18, 2010

worth waiting for

the long awaited parcel. at last. akhirnya. 4 bulan tunggu parcel sampai weh. worth waiting for. lengkap. tak ada kurang pun. belacan takde. nasib baik bukan a big fan of shrimp paste haha. Baju Liverpool pun ayah pos. I like banyak- banyak kali. Esok berbuka dengan sirap selasih, sedapnya. Ada barli juga, tapi tak minum barli. so ingat nak sedekah kat orang, boleh kan ayah? hehe. Pastu ayah dan umi bagi cenderahati, tupperware dengan buku ♥♥
 ouh, serius rindu handwriting umi

 perencah dominate 3/4 dari isi kotak. So, lepas ni sedaplah sikit nasi goreng I tu haha. Ada tepung cucur, tepung pisang goreng sekali. Ini yang harus cari pisang ni. Cili kering dengan kacang diimport khas untuk raya, nak buat kuah kacang punya pasal. Nak cili Msia je Att ni haha. Ikan bilis untuk masak nasi lemak. ceh, macam tak ada kat Asian Market je. Bihun 2 bungkus, agak-agak tahan untuk 2 tahun tak eh? ouh, umi tak pos kuih- kuih raya, dodol, mahupun bahulu sebab aku tak makan sangat benda- benda tu. tak minat, kata lidah Att haha

 ada papaddom siap. ain cakap, pemikiran aku ni advanced sebab boleh minta benda yang orang tak terfikir pun haha. agak- agak kau akan suruh mak kau pos selasih tak? hah, itulah maksud aku ;p

last sekali. yang ditunggu- tunggu. Tibhar kesayangan. Ah. bolehlah match pingpong hari- hari lepas ni. Haha. Ada 6 bola siap. Tak perlu dah pakai cap ayam lepas ni. Lega. Ubat gamat pun ayah pos. itu lah berlagak punya pasal kata kt nz tak cool ar pakai minyak gamat kan. haha. 


Aku serius rasa loser giler sebab copy paste je dari facebook entry kali ni. haha. malas nak update punya pasal.  haha. takde nya aku kisah. followers tak ramai so traffic tak banyak pun aku relax je :P

Friday, August 13, 2010

jadi sederhana

sebetulnya, nikmat berbuka tu masih lagi dengan family..ouh, boleh survive ke saya di NZ? huhu.. ini entri satu tahun lepas. Puasa, tarawih, baru rayalah , Sedar tak sedar, itu lah yang aku tengah buat sekarang. Aku betul ingat susahnya puasa tanpa family. Alhamdulillah, Tuhan kuatkan hati aku. Tak ada nak berlinang air mata waktu sahur ataupun berbuka. Tak adalah rasa nak balik Msia semata- mata nak tarawih kat surau hijau kat BPJ tu. Tak ada nak bising- bising nak makan mewah macam dulu. Betul, Nz ni didik hati aku jadi sabar, jadi sederhana.

Kat Msia punyalah disogok ramadhan tu dengan bazaarlah, dengan mercun, raya paling penting. Kat sini, kau tak ada benda tu. Barulah nampak apa tu Ramadhan, apa tu puasa. BESEDERHANA. aku paling gembira sebab ini first time sambut ramadhan dengan checklist amalan bulan ni. Bersahur tak hari ni, infak tak, bergosip tak. in a way, mengingatkan kita untuk lagi beramal. Tarawih pula, ok. Alhamdulillah Tuhan bagi kelapangan nak turun sembahyang jemaah, walaupun assignment waktu tu tak start apa lagi.

ouh, assignments. Alhamdulillah, siap. 2 hari tak tidur lena (tipu habislah) haha. Stress? biasalah. last minute buat kerja. rasa nak menangis? adalah sikit. tak teruk macam buat Alin201 punya micro teaching. itu memang kasi berderai air mata haha. "so sorry sebab bila kakngah nak nangis, umi tak ada bersama. Insyallah try ur best. You can do it" <---- motivated betullah umi ni. mesti dia sedih kan tak dapat beraya dengan aku tahun ni. Aku macam cool je haha. tengoklah time raya dengar takbir nanti boleh cool lagi ke tak :)

Aku tak bangun sahur hari ni. Tak dapat, actually. Tidur lambat. alarm clock tak dengar langsung. punyalah semangat I masak pukul 2 pagi semalam. ayam goreng dengan sayur campur masak cincai lagi tau. overall, aku suka puasa kat sini. Aku expect puasa hari pertama mesti tacing giler. tapi, serius, tak sedih apa pun. siap boleh gelak- gelak pasal Ain tak sabar- sabar nak buka puasa, 5 minit sebelum tu, dah siap gaul nasi dengan lauk lagi haha. Mind you, bukan aku tak sedar diri, bukan aku tak ingat family, it's just that Allah has choosen us to celebrate Ramadhan in NZ for a valid reason that He knows we can handle and cope with it (Noreen, 2010). I can cope with it, I know that, because I feel the presence of Allah besides me. Aku nak selalu rasa macam ni. 

p/s: salam aidilfitri semua tu, aku hantar hari- hari terakhir sebelum raya, taklah jenuh parents nak beli paper hari- hari kan. Haha. 

Monday, August 9, 2010

ahlan wasahlan ya Ramadhan

I'm being unfair right now. Aku tahu ada lagi 2 critical assignments kena hantar, tapi boleh lagi post entry baru. Betul, aku mesti menyesal malam Rabu nanti haha. Patutnya, time ni la kena pulun segala. Tapi, bacanya pun tak lagi. Die die die.

Aku jadi unfair sebab aku lebihkan Facebook dari assignments. Lebihkan nak main Restaurant City tu. Lebihkan blogwalking. Lebihkan buat part time work, balik rumah penat tak ingat dunia :p
haih. 

Dah nak ramadhan rupanya. teringat sahur sama family, kan. Sama housemates. Tapi, alhamdulillah, dapat merasa puasa kat tempat orang. dari kecil lagi punyalah jakun nak puasa kat oversea (dulu ingat nak puasa waktu winter kat UK, ada snow wuyoo haha). Moga dapatlah aku didik nafsu, hati, jadi baik sikit bulan Ramadhan ni, dan untuk bulan- bulan seterusnya. Moga niat puasa kali ni, bukan sebab tradisi, tapi semata- mata kerana Allah. Yelah, kat Malaysia dulu puasa sebab nak raya, nak beli makanan kat bazaar. memang elok sangatlah kau duduk sini Att.haha. 

Harap kali ni dapat khatam Al- Quran. dulu khatam juga, tapi tak pernah berbekas kat hati. Yelah, dah main baca je. Kali ni baca dengan tafsir, mudah- mudahan lagi berkat. Lagi faham. Moga dapat bangun qiamullail, dapat kejar malam Lailatul Qadr :) Nak kurus juga. Uish, kena tegur tadi dengan najwa sebab dah tembam. aku perasan sebenarnya, tapi duk self- denial, itu yang makan je kerjanya haha. niat memang kerana Allah, tapi tak bermaksud kita tak boleh sihatkan badan kita waktu ni kan.  So, nak aim 5 kg!!

Ada satu benda aku betul- betul nak buat sempena Ramadhan ni. Harap- harap dapatlah berhenti bergosip, marah- marah, kurang sabar, dan sebagainya. Kadang- kadang rasa penat sebab kekhilafan diri sendiri. Penat sebab perangai buruk aku menyusahkan orang, buat orang kecil hati, etc. So, sempena Ramadhan ni, minta ampun ye. Manalah tahu tak sempat nak raikan Syawal. Moga Allah redha. 


Dan untuk semua umat Islam, selamat menyambut bulan Ramadhan. Yang kat Msia tu, silalah jangan tag nama aku kat pics makanan korang beli kat bazaar tu, I tangkap leleh nanti haha. Ahlan wasahlan ya Ramdhan. Selamat beramal!!

Saturday, August 7, 2010

tak perlu ditanya

tak perlu ditanya apa yang jadi dalam entry penuh emosi yang lepas. Not worth talking about. Seperti aku pernah cakap, aku tak pandai control perasaan marah aku. That's why terhambur dalam blog. 

Minggu depan bakal jadi minggu paling busy. 2 assignments. Ingat nak settlekan semua minggu ni, tapi tak sempat juga. Banyak hal nak kena urus. Dengan kerjanya, nak urus Vicmuslim sport event, meeting with Dr Irina regarding her research, Rugby Night lagi, hmm. Tak baik mengeluh. Ini baru sikit. Ini baru student Tesol. Tengok course lain mesti lagi hectic kan. Ah, tapi yang course lain tu tak payah lah pandang course kitorang ni sebelah mata. Memanglah banyak masa free, tapi level assignment tu tak kurang susahnya dengan yang lain.

Ouh, aku rasa emosi jadi tak stabil sebab Freakanomics. Pernah baca? Aku suggest siapa yang nak improve vocabulary lagi, bacalah buku ni. Tiba- tiba terasa pandai haha. Tapi, serius, buku ni best gler. 56 pages, apalah sangat *padahal aku baca sampai tertidur kot* Well, ini semua sebab research Dr Irina, aku jadi participant dia. Punyalah nak dapat voucher free $50. Hari tu join research pasal TradeMe, dapatlah voucher $20. So, save lah sikit perbelanjaan I untuk bulan ni :)

Hmm. nak tulis benda lain sebenarnya. tapi takpelah lain kali. Lagi 2 minggu nak pergi Aussie dah. Can't wait. Siap beli bagpack lagi. Minta- mintaklah Myhall Melbourne tu approve application nak duduk situ, walaupun agak lewat hantar. Nak backpackers, sah- sahlah macam tak mampu haha.

Orait, siapa nak pesan souvenirs dari Oz? Boleh start bagi nama, DUIT sekali haha. Kidding, kidding :) 
 

Thursday, August 5, 2010

itulah masalah blogger ni. semua benda pun nak cerita

 masalahnya dalam blogger, semua benda pun nak cerita. tak salah pun kau datang depan- depan dan bagitau orang tu sendiri. tak salah. lepas tu, kalau benda tu bukan isu kontroversi, tak perlu hebahkan as if benda tu besar sangat. faham, Att? faham dah kan. kot- kotlah kalau kau nak aim entri tu kat orang lain, kawan sendiri terasa. so, jaga- jagalah sikit cara penulisan kau tu ye Att.

at the end, aku je lah yang salah..aku. memanglah, aku kan bukan perempuan sopan. compare aku dengan perempuan lemah lembut, suara bila bercakap dengar tak dengar, orang point terus kat aku la, aku yang jahat, aku yang mulut laser segala. at the end, akulah. fine.  
  

Monday, August 2, 2010

bila cakap pasal friendship

It's hard to define what friendship really is. Ada orang kata, kawan susah senang, ada yang kata, yang berani kutuk kau depan- depan instead of cakap belakang, ada yang kata kawan tu orang yang boleh terima baik buruk perangai kau. Sampai satu tahap, aku rasa, kalau nak measure friendship based on the criterion, makanya aku memang sah- sah tak ramai kawan. Aku yang tak baik, aku yang tak layak. Ini aku cakap betul. Bukan supaya orang kata, " eh tak, kau baiklah", or whatever. 

Bila kawan sendiri luahkan perasaan sedih kena pulau, rasa macam tak ada orang kisah pasal dia, serius aku pula yang tacing (touching hehe). Sebabnya aku pun pernah rasa benda yang sama,. Aku rasa setiap orang pun, banyak mana kawan dia ada, dia akan sampai satu tahap yang mana dia akan rasa lonely sangat. 

Orang nampak aku macam happy-go-lucky je. Yang mood swing tu memang tak boleh tolong lah kan. Orang nampak macam banyak je kawan. sleepover rumah orang ni hari ni, esok rumah orang tu. Tapi, nak dapat this kind of friends, orang tak nampak apa yang aku went through. bukan, bukan aku nak cakap pathetic nya hidup aku ni. tapi, itu realiti dia. Kau pernah rasa tak, kau kena try hard to become someone's friend? to at least belong to a group? 3 tahun, 5 tahun kau try, still, takkan pernah kau jadi kawan dia?

kalaupun ini 3 tahun terbaik aku, takkan boleh aku cakap itu semua happy moments. ada sakit. ada menangis. ada rasa macam nak pergi jauh- jauh dari hidup orang tu. ADA. apa yang buat kau stay then? Sebab teruk macamana pun hidup kau waktu tu, kau kena ingat, mesti ada orang yang sayang kau. mesti ada. dan, biar, biarlah satu dunia tinggalkan kau pun, kau ada Tuhan. Kau ada family. 

Aku jumpa bestfriend aku waktu umur 16 tahun. dan selama 15 tahun sebelum tu, betul aku rasa macam aku tak punya kawan (sebab tu aku rapat dengan adik- adik aku, tapi itu aku cerita lain kali hehe). Dan nak jumpa kawan yang baik macam sekarang ni, aku kena tunggu 20 tahun. Dan, bila kau dah jumpa the right ones, kau rasa berbaloi, kau tunggu punya lama. kau rasa, BERBALOI. 
 untuk 5 tahun jatuh bangun aku, thanks for being there. Kita kawan bukan sampai mati je tau, kita kawan biar sampai syurga 

p/s: bila dah sampai 3,5 tahun kau try jadi kawan dia, tapi dia buat dek je, aku suggest kau move on la. bukan dia tak baik, bukan kau tak baik. cuma kau memang ditakdirkan bukan jadi kawan dia. 

Sunday, August 1, 2010

jadi cleaner

"...Dan sesungguhya Allah adalah pemberi rezeki yang terbaik"  - Al Hajj:58

Right on time jumpa ayat ni. Betullah Al Quran tu warkah cinta dari Allah. Allah paling tahu apa ada dalam hati aku sekarang. Umi dengan ayah, kalau tak ada aral melintang, nak datang NZ akhir tahun ni. which means, I need to earn some money for our road trip (aucland to welly). Kalau nak ikut, boleh je ayah aku yang spend duit dia. Tergamam kejap bila adik aku sebut amaun duit dalam bank ayah. Inilah hasil orang berjimat cermat agaknya. Nanti aku post entri baru pasal benda ni. 


 nampak gambar tu? berapa banyak kena reject. tebal sungguh muka nak call SJS, minta kerja lagi. tapi, usaha kan tangga kejayaan. Alhamdulillah, dapat pula satu kerja ni. Truth is, aku kerja one- off cleaner kat rumah orang for 6 hours long. Kau bayanglah betapa kejangnya otot kaki tangan lepas tu. Gosok jangan tak gosok memang sesuai sangatlah nak menggambarkan kerja aku dan izatul waktu tu. Untung izatul ada, taklah bosan sangat buat kerja. Alhamdulillah, bos dia baik, siap bagi kitorang solat kat rumah dia lagi. Waktu kitorang nak balik, of course la dia kena bayar gaji kan. That's my turning point. Rasa nak nangis je. bukan sebab kena marah. tapi, sebab aku realize something. 

Dia bagi nzd105 je. Tapi, duit tu. Ahh. Bila kau kena kerja keras untuk dapat benda yang kau nak, baru lah kau akan lebih appreciate benda tu kan? baru kau realize susah payah parents kau cari duit siang malam nak besarkan kau. Baru sedar betapa selama ni sebab governement yang bagi elaun, aku joli sakan tak ingat dunia. Bukan aku nak suruh orang cintakan duit, bukan. cumanya, ini kesedaran aku. takkan boleh aku nak spend duit gaji tu untuk benda tak berfaedah. insyallah selagi boleh simpan, aku akan simpan. 

Aku sebenarnya rasa dah sampai dah masa aku yang kena support parents aku. walaupun tak kerja lagi. So, ini je lah yang aku dapat buat. kerja keras- keras (hehe), simpan duit tu, biar diorang tak payah risau nak tidur kat mana, duit flight macamana, apa ke. takpe, biar kali ni aku suffer. janji parents aku bahagia :) 

Thursday, July 29, 2010

kenapa aku tulis blog Part II

pernah tak terfikir apa tujuan kau buat blog? Nak famous? Nak cerita semua benda yang jadi dalam hidup kau? atau mungkin sebab kau free sangat, so kau rasa, oklah, blogging pun boleh jadi hobi? Ini rhetorical question. tak perlu jawab. oh, aku tak marah pun. aku tanya je =)

Tengok balik entri- entri lepas when I suddenly came across this one, Kenapa aku tulis blog? Itu post 1 tahun lepas.  Pernah tak bila kau baca balik post lama- lama dulu, suddenly kau rasa, "did I really write this kind of stuff?" Betullah, macam Chris, lecturer EPSY 244 cakap, our perspectives towards life will gradually change from time to time. Itulah untungnya orang yang tulis blog. Dia boleh refer balik zaman lepas dia, dan ambil pengajaran dari benda tu. 

Alhamdulillah, aku rasa, akulah rasa kan, haha, makin lama style penulisan pun makin matang. dah nampak purpose untuk buat blogwalking (cari blog unsur- unsur keagamaan dan kemanusiaan). Seriously, I am amazed when I meet this kind of blogger who can write so well about his life's stories, and at the same time, making us ponder what life is all about. 

Aku pernah try nak berhenti menulis kat blog. payah sangat rasanya. Bukan sebab aku suka- suka nak cerita life aku kat orang, tapi sebab, ini memori aku. bukan tak pernah nak delete blog ni, pergi buat blog baru, siap private, siap jadi anonymous lagi. semua pernah. tapi, yang ni je stay sampai sekarang. macam first love. 

Nak tulis blog, kau kena ada semangat, kena ada cerita, kena ada audience (ini bonuslah). well, kalau nak tulis benda merapu, memang senang, contohnya, " hari ni I masak ikan keli. tengah- tengah masak, boyfriend I telefon. I gayut sekejap je, tengok- tengok ikan dah hangus. Benci la I macam ni" Hah, contoh je lah. *rekaan aku semata- mata* Sebab tu aku admire orang yang dah tulis blog bertahun- tahun ni. Ada je idea nak ditulis. kalau benda tu bagus, bermanfaat, lagilah aku suka. Untuk orang yang SINIKAL sangat tu, yang rasa, apalah sangat tulis blog ni, tak susah mana pun, cuba kau try duduk depan laptop, fikir apa kau nak tulis, and at the same time, menaip. We'll see how long it takes to publish one post. Lepas tu, kita isi feedback form, tengok bermanfaat ke tak post tu. Kalau setakat cerita pasal rumah saya, adik aku darjah 6 pun boleh. 

Aku dah start risau pasal bil followers yang makin ramai ni. apasal ye? serius aku tengah curious ni. Aku tahu, new bloggers ni mula- mula akan kumpul followers dulu, tapi macam aku cakaplah, aku tak follow orang suka- suka hati. So, dalam beberapa hari, aku akan buang gadget followers. Mungkin lagi 2-3 bulan aku letak balik haha. 

balik kampung. balik malaysia. nak ke tak nak.

post ni dah lama nak tulis, tapi tak tertulis pun. Dah Zack baru mention dalam blog, so aku decide nak share this one, for zack and also for people who are in doubt whether to go back or not this summer. 

Waktu aku cakap kat sorang close friend ni, aku tak balik summer, dia bantai gelak. Aku tahu sangat kenapa. Tak perlu gelak, sekadar senyum pun aku dah tahu. Ye, seperti yang setengah orang tahu, aku memang jenis homesick teruk. Lagi- lagi kalau environment tu tak matching dengan environment where I used to grew up in. Living in a city. Yes, aku tak suka traffic jam, tak suka big city, tapi ironinya kalau orang suruh duduk kampung, tak ada internet, maka tak tidur lenalah aku. Contoh terdekat maktab lah.  

Aku sebenarnya walaupun suka dapat duit banyak, tapi taklah sampai tahap jakun tak nak balik Malaysia semata- mata nak pergi fruit picking-dapat-nzd6000-sebulan-itupun-kalau-kau-rajin-lah. Bukan juga sebab ada 2 tahun je kat sini, so aku patut gunakan 4 bulan cuti tu sebaik mungkin, pergi Aussie ke, Tasmania ke, Samoa, Tonga, beli souvenir banyak- banyak- lepas-tu- garu-kepala-sebab-duit-dah habis..Well, kalau orang tanya, aku bagi je alasan aku nak travel, tapi sebenarnya itu bukan main reason aku tak balik summer. 

Laugh at me, tapi aku betul nak didik hati jadi sabar. Aku dah spend 20 tahun duduk dengan family je. Sekolah asrama dulu pun, alahai 20 minit drive je dari rumah. Bukan duduk jauh bermaksud aku nak freedom (zaman nak bersuka ria dah habis dah pun), cumanya aku perlu buat yang ni, aku kena belajar tahan homesick, kena didik hati "ah, apalah sangat 2 tahun tak makan kuey teow kungfu". Fav food aku, tapi mana nak cari kat nz ntah haha. Aku tak nak depent my whole life kat parents aku, sikit-sikit-nangis-nak-balik-rindu-kucing-rindu-rumah-rindu- family. Well, I used to be that person, first few months kat maktab memang suffer habis bila tengok parents' coursemates datang lawat- lawat anak diorang. Ok, jeles habis. Tu menangis tak ingat dunia suruh umi datang juga tu haha.

Aku tak boleh jamin pun aku betul takkan balik summer ni. Maybe, at the end, twist of fate, suddenly tukar plan ke. who knows. Kita merancang, Allah yang tentukan. Tapi, aku pun taknak regret the fact that aku pernah ada peluang untuk rasa hidup jauh, rasa hidup 4 bulan hadap facebook jeles tengok kawan kau syok je update status kata "ikan keli sambal sedap weh", "mak masak kari ayam hari ni.meletop", ataupun "malaysia panas!!", tapi aku degil nak balik semata- mata sebab nak makan. Senior kata, "baliklah, nanti awak boring duduk 3 bulan kat nz sorang-sorang". Senior lain pula kata " stay la nz, balik Msia 3 bulan boring kot tak tahu nak buat apa". See what I mean. Hati manusia, semuanya berbeza. 
 
 Truth is, kalau aku duduk sini 4 tahun, aku akan consider jadi orang pertama beli tiket balik  Msia waktu 1st year. Tapi, dah alang- alang 2 tahun je, jadi marilah bersabar. 2 tahun,  pejam celik, pejam celik, dah nak fly balik msia pun. Ini pun dah bersyukur betul parents nak datang visit, so tak perlulah kot aku balik. Nak spend nzd1000 beli tiket je dah memang tak tercapai dek akal mu ku. 


Sebenarnya, bila kau ada priority contohnya kakak kau nak bersalin anak buah pertama dalam family ke, itu lain cerita. tapi, so far abang aku tak plan nak kahwin pun, kucing aku just fine, atuk nenek sihat lagi, so why not? Just stay <---kata Att pada dirinya sendiri. Tambahnya lagi, "Ini hati aku. Hati kau, lain cerita. Paling penting, choose wisely. And stick to whatever decision you've made. Orang boleh cakap nzd1000 boleh guna untuk makan luar sebulan, ataupun boleh buat tour satu NZ, but at the end, itu duit kau, bukan duit diorang." So, kau nak dengar cakap hati kau ke, cakap orang? Sebab bila kau asyik dengar cakap orang, that's why kau in doubt, kau rasa hesitate nak balik ke taknak. 

Tuesday, July 27, 2010

hormatlah sangat

Mungkin sebab dalam siblings aku memang tak ada guna gelaran "akak abang" jadi, secara automatiknya aku pun tak kisah kalau junior, atau orang lagi muda dari aku panggil nama je. Att. Just nice. Bukan nak jadi muda, bukan nak rasa cool. Cuma bila panggil AKAK, rasa macam terbatas je pergaulan tu, nak gurau pun maybe jadi susah.

Kalau orang tu umur dia 2-3 tahun lagi tua dari aku, yes, aku akan consider panggil dia akak. Kalau dia minta aku panggil akak pun, ok, i'm fine with that. cumanya, benda yang aku paling tak boleh buat, panggil orang yang sama umur dengan aku guna AKAK. I'm not being rude. tak kisahlah orang cop aku apa. That's my way. Seperti cakap adik aku, everyone has different opinions. You don't have to agree with me. 

Aku memang style relax agaknya. Juniors kat maktab pun, jarang yang aku bagi panggil akak. Nama sudah. 1 tahun je beza. yang 2 tahun, macam Munira pun, dah berapa kali ntah aku suruh panggil Att je, tapi dah dia selesa panggil akak, so kita biarkan je lah haha. Won't make any difference, at least, to me.

Aku tahu sebenarnya makcik saudara belah ayah aku ni banyak je duk tegur sebab dalam adik beradik, duk panggil- panggil nama je. Aku dengan abang aku je, ada gelaran along dan kak ngah. Yang lain, ber "WOI, WEI" siap haha. Nak kata diorang tak hormat yang atas? jauh panggang dari pemanggang lah.  Hormat tu dalam hati, tahu? Kalau nak cerita pasal HORMAT, takkan pernah habis. Memanglah affection tak ada siapa pun yang nak tunjuk. Macam aku nak pergi nz hari tu. Ingat aku tak tahulah tu diorang sedih haha. Tapi, semua bajet muka cool je. dah sah- sah aku sensitif, makanya kalau diorang menangis, aku automatik akan meraung. Ok, kidding, kidding haha. Tersentap sikit baca blog adik ke-4 aku. Siap berlabel widget "ALWAYS BE MY SWEETHEART" . See, aku cakap. kalau dia tahu aku baca blog dia, maybe dia akan buang widget tu haha. Cool punya pasal.

Aku paling tak suka bila someone's trying to hurt my family, physically or mentally. Adik lelaki aku kena belasah hari tu dengan seniors kat sekolah. Untung je cikgu nampak. Aku pelik budak sekolah yang nak sangat jadi samseng ni, ataupun macam dalam blog zack, baru- baru ni, ambil gambar, tunjuk middle finger. Nak je aku sergah, macam ni, "Woi, ko ingat aku takut sangat lah tu?"  

ok, sambung cerita. Kalau nak ikut hati aku, memang aku rotan kasi lunyai budak tu. Either way, aku pun akan jadi macam dia. Tapi, bila dah marah, memang syaitan suka. Itu kelemahan aku. Untung je umi sabarkan. Yang abang aku pula, memang panas baran sikit. Lagi sikit je nak pecahkan kepala budak tu <--- dialah kata. Kalau lagi sekali jadi, aku memang suruh report polis. Aku cari budak tu dalam FB, aku tulis nama kasi besar- besar dalam blog ni. So, don't mess with my family. 

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin