Sunday, January 31, 2010

penat betul

adik aku cakap, "kakngah, lain kali kalau kau kahwin, kau kurangkanlah jemputan tu ye". Aku pun rasa macam tu. Ramai betul datang semalam?? Tak terlarat aku nak melayan! Nasib baik makanan cukup. Nasib baik, orang datang juga walaupun hujan lebat.  

Aku busy sangat, sebab tu aku tak dapat reply msg kawan2 yang cancel nak datang last- last minute. Aku busy sangat, sebab tu aku tak sedar pun berapa orang kawan aku yang datang. Sumpah aku penat, sampai aku tidur 12 jam hari ni. 

Thursday, January 28, 2010

demi kamu, untuk kamu, kerana kamu :XD

Tajuk dia signifikan sebab one of my fav blogger tak jadi tutup blog dia..n saya happy sangat2..well, walaupun orang cakap, "it's just a blog, what?" but personally, it's more than that. Post dia semuanya dekat- dekat kat hati saya haha..Saya ni dah sampai teruja giler dengan blog dia, even waktu kerja pun saya curi- curi guna komputer bos, drop comment sampai luka jari tersepit keyboard. Haha, Tuhan dah kasi peringatan supaya time kerja, kerjalah elok- elok..Cukup sukalah baca blog dia sampai saya buka blog dia dulu seblum blog saya.Nak kena letak ni blog dia dalam fab webpage saya.. Huhu..You know who you are, kan? Sila senyum sikit huhu :) Ok back to the main story..


Note that 3 pil tu semua berlabel "otot". Bisa otot, bengak otot, sakit otot. Abaikan losyen Mustajab ye haha.. biasalah beb, bila nak fly macam-macamlah jadi. After saya jogging pagi tadi, kaki regang semcam, kaki kiri. Mula- mula taknak pergi klinik, tapi dah klinik pun selang 2 je dari tempat saya kerja, gagahkanlah juga. Kena bayar rm35 lagi. Kena claim dari ayah ni huhu :P

So, doc cakap tendon ni dah cedera. Koyak. Tak taulah koyak tu rupa macamana. Saya dah macam agak, it's not just a bruise. Sebab sakit dia sampai tak boleh pijakkan kaki. Jenuh jugalah nak berlari- lari melayan orang nak fotostat, topup, ambil gambar. manalah saya ada masa nak rest :)

Benda saya paling risau so far, doc cakap jangan buat exercise yang involve kaki. Contohnya jogging. Dia suggest saya berenang, tapi saya manalah tahu berenang haha. Gila ke tak pergi jogging 3 minggu? Tak mau, tak mau. Dahlah saya jenis susah nak maintain berat badan. Dah lagi 2kg je nak dapat 48kg. Btw, doc cakap 3 minggu nak fully recovered. Rasa sakit tu within few days je. Habis je rasa sakit, aku tak kira. Nak sambung jogging balik. Saya rasa bukan salah jogging pun. 6 bulan ni, saya jogging, tak ada apa pun. Ni mesti sebab pakai high heels ni..

Thanksla pada semua yang risau2 ni. Chill beb. Baru tendon koyak. Dulu kan kaki dah kena simen, saya strong juga kan? :P Siap main lompat-lompat dengan tongkat tu lagi huhu. Kalau ada nak tahu tendon koyak tu rasa macamana, hah, sakit je la. Semua penyakit pun sakit. Redha sudah :P

P/s: kenalah belajar swimming after this. Tapi, saya mabuk air. apa lagi ye exercise yang tak libatkan kaki?? 

Monday, January 25, 2010

mana perginya post tu??

sob..sob..terpaksa delete previous post atas sebab tertentu..huhu..

Saturday, January 23, 2010

ready to leave Malaysia??

Kalau 3 tahun lepas kau cakap aku fly NZ 8hb Feb ni, confirm aku terkinja- kinja melompat kat situ juga. Entah- entah siap buat kenduri kesyukuran sekali haha. Shoutout besar- besar kat facebook. Tapi, kalau 2 minggu lepas kau cakap aku fly NZ 8hb ni, confirm aku nangis.

Resign 29hb. Meaning, ada several days je dengan family+ shopping+ packing lagi.That's why saya prefer fly 10hb. Seronok nak pergi memang ada, tapi entahlah. Hati berat sangat rasanya. Banyak lagi benda belum buat, belum settle. Hutang je dah langsaikan, tak banyak pun. Haha, saya kan jarang hutang- hutang ni..oh, puasa ganti, puasa ganti..Haih..

Bila tengok coursemates lain sibuk dah packing, shopping, jealous jugak. Saya 12 jam kerja.Mana ada masa. But then bila fikir balik, oklah, saya dapat extra money. Mungkin ada yang pelik, kenapa saya nak kerja? Takkan parents tak bagi duit buat belanja nak ke NZ..Kalau nak kira berkemampuan tu, memanglah mampu. Cuma, bila dah biasa dididik yang duit tu tak datang dengan cara mudah, saya selesalah beli barang keperluan guna duit sendiri. Biar duit parents saya tu simpan buat benda lain. Contohnya kenduri nanti. 

Ayah saya hari tu nak hulur duit dah. Banyak jugalah. Saya kata, nantilah. Bila gaji dah habis. Saya minta ayah beli sejadah je. Haha. Barang- barang keagamaan. Sejuk hati dia. Taklah susah hati duit tu saya buat beli barang tak berfaedah, contohnya Losyen Mustajab dan perfume Chris Adams. haha..

Mungkin ada juga yang fikir, kenapa tak saya spend cuti ni dengan family? Macam nilah, parents saya both kerja. Adik- adik sekolah. Bila saya bangun pagi, diorang mana ada kat rumah. So, saya buka tv, surf internet, makan, tidur. Boring, kan? Tak ada maknanyalah nak spend masa dengan family. Spend masa sorang- sorang adalah. Lagipun, bukan kuantiti yang penting, but kualiti. even cuti Ahad pun best apa jalan- jalan dengan diorang pergi kenduri lah, air terjunlah..

So, that's why saya pergi kerja. Sebab, saya dapat bangun pagi, around 8am, pergi jogging, breakfast, jalan kaki pergi tempat kerja, start kerja 12 jam, balik, buka internet, tidur. Makan? 2 kali sehari je. Kerja walaupun customers kadang- kadang macam haram je, tapi best tuh. nanti lain kali saya cerita ye :)

Sunday, January 17, 2010

customers are always right, kononnya

aku betul rasa dunia ni perlukan keseimbangan. Perlukan penjahat supaya polis ada kerja, perlukan cleaner untuk bersihkan sampah sarap kita, perlukan pesakit, barulah wujudnya doktor. Sebab tu aku bengang bila orang rendah- rendahkan aku kerja kat kedai gambar. Serius beb, aku rasa nak lempang.  pe jadah customers are always right? Crap betul. Aku nak buang prinsip ni dalam hidup aku. 

Pekerja pun ada perasaan. aku kerja untuk bos aku, bukan untuk aku jadi kuli customers. So, respect us. Cakap elok- elok. Ni, BODOH segala kau sebut. kalau bodoh, aku tak pergi oversea ok?? Nama je tua, tapi manner, nauzubillah. Lepas tu, tak payahlah kau pula yang ajar aku cara buat kerja. Setakat cuci gambar, fotostat, laminate, binding, topup tu, kau buat 2, 3 jam pun mungkin tak lepas. Sebab kau tak belajar pun nak buat those things. Aku belajar, so tak payah berlagak, konon kau tahu semua, just sebab kau ni pangkat tinggi. Menteri yang duk ambil gambar kat kedai tu pun, tak kerek macam kau. 

Setakat nak kena marah tu, aku ok lagi. Ni kau kemain lagi, ingat semua yang kerja kat kedai gambar ni tak educated ke? kalau ye pun, apa hak kau nak pandang rendah pada orang lain? Boleh pula seorang pak cik ni cakap depan muka aku, "apalah awak ni, kerja macam ni bukan ada future"..ouh, kalau masuk AF, MyStarz LG ke, ada future pula. Eh tolonglah, aku cari pengalaman. Cari duit. tak ada future kau kata? rezeki orang, kau tahu apa. 

Actually, aku memang dah lama sangat nak tulis pasal benda ni. This thing dah reda dah, bila tiba- tiba je sorang pakcik kerek ni buat aku panas balik. Aih..Kalau korang rasa korang dah jumpa banyak ragam orang waktu study, korang try la kerja pula. lagi 1001 ragam manusia kau jumpa. Untung je boleh sabar lagi. 29hb nak resign. Lepas tu, nak tampal banner besar- besar, tulis "saya akan further study di New Zealand. Harap maklum." Minta- mintalah pakcik kerek tu datang balik. mahu tak segan muka dia nanti kalau aku cakap aku student VUW.. meh la pakcik, biar buku bertemu ruas. 

p/s: aku tak pernah berlagak aku boleh further study kt NZ.sebab aku pergi pun pakai biasiswa. Tapi,bila kau dah lebih- lebih hina aku, i just cant take it anymore. Tapi aku still diam lagi, kan? Biarlah kau pandang aku tak educated pun, kita sama- sama tahu Tuhan tak pandang tu pun. 

Friday, January 15, 2010

Nak fly dah rupanya :(

Hari Selasa, Zack, Ching Ting, Izatul and Najwa sampai kat rumah saya. Nasiblah diorang semua pandai bawa diri, semua tak kekok duk bersembang dengan both of my parents. Esok tu ada briefing kat Putrajaya. Dapatlah pinjam kereta Unser tu kejap. Tak susah pun nak yakinkan my dad I dah pandai bawa kereta tu hehe. Muka kena confident beb..

Diorang semua, campur Ammar Hakim, menggelabah juga tengok cara saya drive. Terutama bila traffic light. Kitorang je lah yang asyik stuck kat tengah- tengah jalan tu. Luckily tak kena hon. Ammar muka cuak giler dah haha..Asyik suruh saya bawa perlahan sikit, warning2 sikit bila nak masuk line lain..Semualah dia..Saya, macam biasa. Bila dah jam, mulalah nak menyumpah. Tapi ada Ammar kan, haha. Jadi, seganlah sikit. 

Saya tidur je waktu ceramah. Time bagi duit dan taklimat MAS yang mata celik satu macam. $$ la katakan. Ouh, pasal lounge suit. Mine, longgar. Pe jadah I kena pin seluar tu. Yelah, saya dah turunkan berat badan kan. Bangga sikit haha. So far, dah turun 10 kg or 22lbs. 

Hari ni pula, sakan saya bawa diorang berjalan keliling Putrajaya. cycling kat Taman Botani, makan kat Taman Warisan, shopping kat Alamanda, pergi Souk, lalu jambatan tempat penggambaran "Sembilu Kasih" haha.. 

I nak cakap, thanks pada semua yang sudi tumpang kat rumah saya. Terharu sangat- sangat. Ala, emo pula dah :) thanks pada Mes yang sudi masak memasak untuk kitorang. Minta maaflah ada salah silap ye. Kurang apa- apa sepanjang duduk kat rumah saya. Aih, macam diorang baca pula blog I, padahal Zack je blogger nya. haha... 

p/s: smiley muka masam, tak bersedia nak tinggalkan msia huahua!!

Sunday, January 10, 2010

confession of mine part I

p/s: I was about to close this blog when suddenly I was urged to clarify something about myself. So first thing first. 
Did you remeber the first time we met? You thought I was snobbish, my face was fierce, I acted like I was so cool, better yet I was cold that you rather keep your distance away from me. Or so I knew.

The first year in college wasn't exactly my joyous moment. There were times when I felt so alone, isolated from others. And I thought, perhaps it was because of my look. I didn't blame my attitude, not at all. Maybe because I was so used to having friends who can accept me of who I am, I didn't mind my so- called bad attitudes. I was grumpy, emotional, moody, impatient, insecure. I still am. I never fail to show my true emotion, and you knew that. I can cry as much as I want to in public, I can laugh out loud, I can yell.

On the contrary, I always considered myself as a funny girl. love to joke around. Make fun of things. Half insane. Blur. Sengal..Huhu..This other side of me, is what I want people to see. Not the grumpy part. So, I made the first move by opening myself to criticism. It wasn't easy hearing people talking about your bad side, but I did. As a matter of fact, I took my gut and asked others around. Azu, Ah Ting. I started by not sleeping in the class. Be polite. Be more feminine. Smile (believe me, smiling when you're actually in a bad mood sucks). Tapi tulah, I buat juga kadang- kadang. Sebab kan, muka I kan macam nak makan orang je bila serius. Haha..

You might not understand how hard it was for me to change, or you might, but you just don't care. And yes, sometimes I feel like I didn't even recognise myself any more. But I glad I did, because I resent being the "old" me. You see, I didn't have many friends when I was in secondary school. That's why, when it comes to mixing around with the whole batch, I feel awkward. I'm not good in socializing. So, please help me with this. If you have any problem, say it straight to my face. This is not an emotional post. I just want to please my friends. I just want to be a better person, inside and out. 
At the end, I didn't think i'm changing for others. It is because I want to start loving myself before others can do so towards me. So, forgive my bad attitudes. Special thanks to kema, zack, tina and Ada for your comment in the previous entry. And, thanks sebab dah tak takut dgn Att huhu..It means a lot :)

Thursday, January 7, 2010

untuk orang yang sayangkan saya Part III

Aduhai, post nak juga bersiri- siri. Tapi, post ni lain sikit dari sebelumnya. Tak ada emo- emo pun. Relax ar bai, baru nak start mukadimah ni haha..

p/s: this one goes to one of my best buddy..ok, semua harap dia termiss baca post ni ye, nanti dia touching pula haha..

waktu orientasi, 59 of us kena perkenalkan diri, and at the same time, sebut benda kesukaan. Mine was, "Att Bike". Dia punya, "Baby". I gelak- gelak jahat dah. Banyak benda, dia sebut baby, confirm manja- manja kucing dia ni haha. Peliknya, saya tak cam muka dia pun. Saya tahu, "Akma Baby" je. Kalau orang suruh tunjuk siapa dia, terkebil- kebil gak. Haha, tapi biasalah baru- baru. dah 2 tahun setengah kau tak kenal lagi, memang beta murka ni :)

Dulu, saya takut giler dengan dia. muka serius betul. Kalau boleh, saya memang nak elak bertembung, kekok pula nak bertegur sapa. Saya ingat lagi, ada satu time tu, saya nak ambil gambar, sekali akma pun nak join sekali, saya dah, "ah..ah...habislah..aku takut ni..aku takut ni". Betul Kema, aku tak tipu nih..Haha..

Saya kenal personaliti dia through blog rasanya. Barulah tahu dia ni gila- gila. Saya, apa lagi. Ngam terus. Tambah- tambah satu kelas. Aih, bila dah kenal, bukan serius dia ni. Buat lawak je. Saya pula memang jarang jumpa orang satu kepala dengan saya, memang syok habislah..Sampai sekaranglah, saya anggap dia one of my best buddy at the college. haha..Punyalah dulu takut nak bertembung, last- last sekarang ni siap shopping sekali tau

Kema, aku tau kita baru je kenal. Tapi, dalam hati aku, kau tu dah betul aku anggap kawan. Kau tau kan, rahsia BESAR aku haha..ni weh, selamat hari tua. Kau dah 21, aku muda lagi..aku tak adalah kad- kad macam niece ko bagi, aku ada hadiah je haha..

Wish dulu..wish dulu...semoga kau happy selalu, murah rezeki, panjang umur, jodoh berkekalan. Moga kita kekal kawan selamanya, banyakkan tersenyum, banyakkan lagi buat lawak, teruskan perangai gila- gila tu (aku suka wee), paling penting. DATANGLAH MELAWAT AKU KAT WELLINGTON, NEW ZEALAND. 

p/s: pe jadah nak melawat aku..haha, saje kasi higlight orang tu kan dah nak fly..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin