Sunday, March 28, 2010

sukanya bila assignment banyak :(

Aku betul- betul rasa aku makin malas nak study+ buat assignment kat sini. tambah- tambah dalam weather macam ni, rasa sodap je tidur. Well, pagi tadi je terbangun pukul 12.15pm. Kenapa jam hp tak ada tulis NOON? mati- mati aku ingat aku tidur 24 jam ok..Dahlah tak sedar apa, nasib baik subuh lepas juga, walaupun dah pukul 8 pagi.. Haha, my bad :(

Assignments yang datang bertubi- tubi ni memang kasi tension oranglah. Hari tu balik, happy je sebab result test ENGL117 agak cemerlang (huhu), tiba- tiba ada notice tulis my house is not so clean, so there would be another inspection within 24 hours. Si Lauren pula, bukan 24 jam, 48 jam lepas tu baru nak datang. Jenuh mengemas tau..Dush dush!! Janji orang Melayu betul..

Satu hal yang sangat- sangat menggembirakan is, tiket ke Aussie dah beli. So bulan 8 ni, start cuti je, boleh terus pack bag and fly to Sydney, Melbourne, and Christchurch. Ouh, memang aku suka cuti kat sini, sebab boleh pergi jalan- jalan. Easter break ni pergi Rotorua and Lake Taupo, so can't wait.. Assignment harus siap dulu ye, sebab due data is this 31st March. Damn it, kacau mood orang betullah :(

Oh ye, esok ada test LING. ALIN tak siap lagi. Tapi, apa jadah ada picnic Bed Tesol hari Sabtu lepas? Haha..saja je burn 1 hari buat eseimen kan. Pape pun, i had so much fun, sebab at least, dapat tebus balik time datang NZ lambat hari tu. Yelah, korang dah sakan jalan gi Mt Vic, Kapiti Coast..erh, takpe, next year, nak join junior ahaha...tak malu!

To Hajar, i'm sooo glad u called. Sory sebab garang sangat waktu jawab telefon. Jangan takut pula lepas ni nak call saya lagi. Selamat pulang ke Msia, dan selamat makan pisang goreng. Have fun. See you this August :) cheh, macam tulis surat je..by the way, dah dapat poskad saya ke? Macam dah lama sangat je pos ni...risau pula tak sampai- sampai

Friday, March 26, 2010

twist of fate part II

I missed those last two years. Aku fikir, banyak benda yang mungkin aku takkan ingat, sebab aku rasa 2 tahun ni, banyak buruk dari baiknya. Mana tahu, blog ni juga yang nak ingatkan aku pasal all those things. 

Aku cuba cari kekuatan untuk tak menangis bila fikirkan balik betapa tak matangnya aku dulu. Sampai boleh tulis post yang quite harsh pada kawan sendiri. Menyesal? Dah tulis dah pun. Nak delete? Sayang..itu memori aku. Aku boleh delete semuanya, even blog ni, tapi pada dasarnya aku takkan boleh lupa benda yang dah jadi. Lagi- lagi, aku orang yang tak berkenan dengan  konsep forgive and forget. Betul, sampai satu masa, kita kena maafkan orang. Tapi bukan lupakan. sebab penting untuk kita reflect diri sendiri. Kenapa orang buat kita macam tu.. 

Kau tahu, waktu mula- mula aku masuk maktab, aku ingat, habislah. New environment. Nak cari kawan lagi. So, bila aku dah jumpa Azu, aku betul stick kat dia. Farah, Wani, Izatul, Najwa, and several other people. Dan, aku betul ingat sampai habis 5 tahun , itulah kawan aku, tak ada nak tambah- tambah lagi. 

Aku rasa, aku ni orang yang complicated, sebab tu susah nak dapat kawan. Despite satu- satu benda buruk jadi, aku jumpa new ones. Aku jumpa Akma, Zack, Farizan, Dya, Balqis, Wan Z, Elin, Tina. Kalau aku tak duduk luar, aku rasa belum boleh pun "hi hi" dengan coursemate lelaki macam Wawan, Tajul, Wan. Sampailah sekarang, aku stay dengan Nurulain and Izati. Tak sangka betul. Tak sangka sebab, waktu apply for Stafford, diorang pilih duduk berdua je, and sebab aku rasa aku ni independent dan tak kisah duduk dengan sesiapa pun, aku some sort of Ok, apa- apa jelah. But then, at the end, bila dah tinggal sekali, rasa lega sangat, sebab diorang kuatkan hati aku, iman aku (aku pun tengah perbaiki diri sendiri). Lega rasanya bila ada housemates yang concern pasal halal haram makanan, yang baca Quran, saling ingatkan pasal sembahyang, puasa. Sebab aku rasa ni semua twist of fate, ada certain orang yang aku rasa aku tak dapat get along with, turned up to be one of my best friends at the end. Ada certain benda yang aku rasa "ah, impossible", jadi juga akhirnya. 

Aku kira, even banyak mana pun event yang buat aku kecewa, aku tak dapat nak kecill hati lama- lama, sebab  KAWAN tu benda ketiga penting dalam hidup aku. Ada 4 je benda penting dalam hidup aku, tapi cerita lain kali sebab dah pukul 12.30 am pun.. 

Aku rasa aku dah banyak kali post entry pasal friend dan mention nama- nama yang dah macam familiar, balik- balik orang tu juga haha. Aku ada kawan je kat sini, kan? 

Aku jumpa someone through blog. boleh tak aku nak cakap, alhamdulillah? Haha 

Thursday, March 11, 2010

monolog pada diri sendiri

I'm starting to become excessively and uncomfortably conscious of my own appearance. Bak kata kawan saya, "elok-elok Att, nanti aneroxia pula".

Aku dah mula buat perangai, asal jumpa budak satu cohort je, esp yang rapat, mesti nak tanya ,"Pipi aku tembam sikit ke? Badan aku makin naik ke?" Bukan menggedik sangat nak hot body pun, tapi bila pernah almost jadi obese, jumpa pula dengan orang yang modal dia kalau nak mengejek, mesti nak highlight aku ni gemuk, faham- faham sendirilah. Trauma doh. Kau tahu ejek orang je. Ok fine. Hidup kau.

"Bila dah makan banyak, kau salahkan weather pula", kata Att kepada dirinya sendiri. Bukan tak boleh makan roti je. Susu pun ada. Oat Crunch dari Msia pun tak habis- habis lagi. Yang kau sebat, nasi campur lauk ayam, wedges, fish fillet. Makan semua nak mewah, kan? Lepas tu mula nak menyesal. Malas pulak tu nak pergi gim. Padahal kau masuk lif, tekan butang "B", sampailah. Still malas, kan? Kau cakap, kau ada assignment lah, kena prepare utk tutorial lah. Padahal waktu tutorial, kau diam, terkebil tak faham apa pun. Kau memang banyak alasan!

Kalau ada je event yang sediakan makanan, tak fikir dua kali, kau main pergi je. Niat kerana Allah pun entah ke mana. Kau cakap lagi, "inilah time nak makan puas- puas, sedap- sedap. Selalu makan ayam sambal, tak rupa sambal pun, kentang goreng pun boleh hangus, telur dadar tu, berminyak- minyak jadinya. Tapi, takpe, perut aku, bukan perut kau.

Nasib baik ada lotion mustajab. Nasib baik kena jalan kaki naik bukit kalau nak pergi Uni. Nasib baik ada korset. Wahaha. Gelak je kau ni. Ok, so bila aku tanya, aku makin gemuk tak, kau jawab sejujur- jujurnya. Lepas tu, tolong advise aku pergi gim banyak- banyak. Kalau aku tak gemuk pun, kau suruh juga pergi gim. Kat sini, kita ada kawan- kawan je kan? So, jangan main ejek- ejek kat belakang. Orang sekarang ni makin sensitif tau!

p/s: "kenapalah aku ada monolog macam ni"? kata Att pada dirinya sendiri. 

oklah, kita jawab tag

Nak cakap awal- awal. Ada 2 benda je buat aku buka blog ni. Satu, pasal aku nak jawab tag dari girlfriend I hehe. Lagi satu, nak cakap pasal..em..nanti aku bagitahu.

1 : Adakah anda rasa HOT ?
Tak de gunanya cakap diri sendiri hot padalah cermin kata TAK

2 : Upload wallpaper pc/laptop yang anda guna sekarang!
Sory...Tak tahu macamana nak ambil gambar desktop hehe

 3 : Cerita pasal gambar.

 Pic air terjun actually. rasa damai je bila tengok. 

4 : Bila kali terakhir anda makan pizza?
 sebelum fly hari tu. em, around Feb, i think. Itupun Pizza Kak Pah. Kenal pizza kak pah? tak? kesian hehe

5 : Lagu terakhir anda dengar.
 Keep Holdin on by Avril Lavigne. Dari blog Adrina i think. 

6 : Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ni?
 Tengah tunggu masuk Isya'. Maghrib pun belum sembahyang haha :p ok nak pergilah ni!


7 : Selain nama sendiri, anda dipanggil nama apa?
 Just Att. Lecturers sini pun panggil Att. Macam proud haha

8 : Tag lagi 8 orang...
 nak berhenti kat sini. Cheers

 *Ada lagi rupanya.


16 : Berikan 5 perkara yang anda tahu tentang orang yang men-tag anda.
 a : rasa macam dah kenal lama dengan dia..
 b : jiran saya oh yeah..tak sabar nak visit (clear throat)
 c : Macam banyak persamaan je dengan saya
 d : I think she's cool hehe
 e : I think she'll be a great friend


i - Senaraikan 5 perkara yang anda tahu tentang Cik ASMA.
 [] Asma tu nama adik saya
 [] Dia sekolah SBP. Sekolah orang pandai.
 [] Dia anak ke-4 dari 6 beradik
 [] MP3 dia tak canggih langsung
 [] Dia tak ada chemistry dengan Kimia

17 : Persamaan kambing dan lembu.
 Dua- dua pun makhluk Tuhan yang ada 4 kaki.


18 : Perasaan anda melakukan tag ini?
 masih berfikir patutkah saya private kan lagi blog ni. Ouh, patut!

19 : Adakah anda tahu si Razman tu sengal?
Entahlah, anda kenal Razman?


20 : GAY or LESBIAN?
 both pun tak nak :P


P/s: takpe kan hajar, saya panggil girlfriend hehe. 

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin