Thursday, April 29, 2010

I've found the new you~

Yup, aku ingat lepas ni aku nak blogging macam dulu balik. Sebab, aku dah dapat new life yang aku nak tu. Ingatkan sampai sudah aku nak private blog ni. Twist of fate eyh...

Define new life? aku dah jumpa orang untuk main pingpong yahooo haha..pingpong je la sport aku pandai main. Aha, setakat lari 60 minit atas tread mill pun tak ada hal..haha..bukan bangga, nak kurus punya pasal. Pingpong, yang macamana teruk aku rasa pun, hilang semua tension bila dapat main. Siap suruh umi ship bat pingpong dengan bola dia lagi. Tibhar kesayangan I tu haha...peliklah sini tak berapa jumpa kedai sport. 

 new life, sebab surrounding baru. tak ada tempat sebaik Msia for sure. Tapi, dah diberi peluang belajar kat NZ, takkan asyik nak grumble je kan haha..belajarlah tahan sejuk tu att oi..belajar masak nasi lemak, walaupun cili kering tak sampai lagi (barang untuk shipping juga haha). 

oh, ada aku mention betapa senangnya dulu kat msia ada azan, masjid. Sini, azan pun kena pakai software. Bersyukur att, bersyukur..haha, takdelah, cuma nak cakap, sini cepat je iman tu nak goyah. AKULAH.. baru 2 bulan beb. aku pun tak tentu lagi stay macam sekarang. sebab tu, aku dah decide nak join usrah. tak kisahlah ada tazkirah ke, ceramah ke, yang penting ada orang nak tarik aku balik to the right track kalau- kalau aku tergelincir. Aku bukan nak jadi alim pun, aku MEMANG nak jadi alim. Alim ni bukan refer pada pakai tudung labuh je, ada tasbih, zikir setiap masa, alim ni, maksudnya TINGGI ILMUnya. so, kita belajar ni, maksudnya kita nak tambahkan ilmu kita lah. Alhamdulillah, makin duduk oversea, makin rasa perlu dekat dengan Allah. Sebab Allah tu yang akan sentiasa bersama kita. 

aku harap 2 tahun ni, Tuhan kuatkan hati aku. aku tahu, bukan senang bila duduk dalam situasi di mana orang Islam ni minoriti, tapi ini kan ujian. Kalau setakat tak dapat makan KFC pun dah menggelabah ayam, lepas tu main bedal je, sebab dah tak tahan nak makan ayam goreng sangat, patutkan kita rasa malu? Ini baru ujian kecil. Makanan tu berkait dengan akidah kita juga. So, salinglah kita ingat mengingati, jangan duk main makan je, benda yang tak tentu lagi halal haramnya. Jangan main ikut- ikut orang, asal nampak orang arab makan je kat sesuatu kedai tu, terus nak assume, "hah, yang ni halal". 

oh, kawan yang baik. Definition of life.  

Tuesday, April 27, 2010

remove tag

dah lama dah sebenarnya nak clarify this one thing. Cuma, bila assignment banyak, mulalah rasa malas. Tambah lagi bila family jauh, asyik nak homesick je. Lagi teruk, kalau tengah webcam, tiba- tiba ternampak murtabak. Rindu habis kat Malaysia..ok, bukan nak cerita pasal homesick.yang tu lain kali lah.

Bukannya aku tak sedar yang aku selalu remove tag nama aku kat FB. Bukannya tak sedar orang cakap aku ni nak pic yang lawa-lawa je dalam FB tu. Wrong. Aku remove, firstly, bila benda tu tak ada kena mengena dengan aku. So, bila orang comment, I just hate getting 63 notifications later. Buat semak.. Kalau sekadar nak tunjukkan satu pic tu yang kau rasa macam lawak ke, boleh, tapi lepas tu please remove the tag, or I will do it myself. 

So, kenapa aku still remove tag kalau itu pic aku? Sebab self esteem beb. Jangan kata kau faham, kau tak pernah pun jadi gemuk, jadi obese, dan kau pun tak pernah chubby, tak ada gigi rabbit. Semua tu aku pernah rasa. Aku tak benci pun tengok pics aku yang tak lawa pun, sebab aku pun memang tak lawa, so I'm ok with that. Cuma, aku benci bila orang asyik nak ejek my phsical appearance as if they are perfect, coz they have these good looking faces. Kalaupun orang tak ejek, please, be in my shoes. Cukupla dah berbelas tahun aku kena ejek, dahlah. Aku tahu orang tak faham, tapi ni self esteem aku. Sebab tu please, faham. Kau dengan aku lain. At least, tak lawa kau pun, lawa lagi dari aku. 

Yes, aku malu kalau pic tu tak elok sangat. Contoh, nampak side paha besar ke, perut buncit ke, apa ke. Sebab orang boleh gelak and make fun of that. Yes, aku ni kadang- kadang risau tak tentu pasal.  Dan, aku bukan jenis orang yang boleh gelak kalau orang cakap pasal physical appearance aku. Sensitif satu macam. Aku rasa, cukup sekalilah aku clarify this thing, dan taknak lagilah orang asyik pertikai asal aku remove tag ni, tag tu. You are not me, you see. Even if, u rasa pic tu ok je, I might not have the same thought like you. So, we understand each other, okay. 

p/s: mungkin je orang takkan tag aku dalam mana- mana pic lepas ni, tapi entahlah. I tried to be honest here. I didnt mean to offend anybody, seriously :) 

Thursday, April 22, 2010

Are you worth it??

there were ambiguities surrounding these few days in which I was profoundly puzzled of what's been happening around me. I know I've been putting on a happy mask that no one could ever guess the perturbation that ran through my mind, but it occurred to me that the more I try to hide it, the worsen it became. I've came to my sense that everyone have had their problems and I shouldn't burden them with my own, but these had been buzzing me so often that though I can sleep well, yes I do, I just know that something is wrong, and I can't figure out what it is.

I have 3 assignments in a row. I know I shouldn't make fuss about it, yes, as some other coursemates have 4. Plus the 6000 words of essays. I wasn't used to planning things, YES, I certainly need an attitude make- over, so, there I have it, the details of the never-ending- assignments to be done, the schedule of the upcoming tests, the crappy sorry-to-say timetable of how I should manage my time, and dammit, I found no pleasure in them. Kirstein assured me that they're for my best, but I swear I'm gonna puke if she assigns me with another must-to-do- list.

The best part is, it's not a bunch of assignments that I was particularly vexed about. I gained no pleasure in getting an A for my assignment, upon someone telling me that the first question is rather easy to score than the rest. Give it a shot, pal, and see how well you can score. I didn't brag dear, but, this is not some highschools where an A makes me the genius of all, and a C makes me a loser. I spent the same amount of time as yours collecting the data, I too, burned the midnight oil, so I deserved it. Good news is, I won't be getting an A for all of my assignments,*clap clap* though I hope I can, I'm being realistic here, so try to imagine what it feels like, getting an A, and somebody says, "it's LUCK". It's not luck, never gonna be one, it's called effort. Put that into your vocab of the day, and I will hear no more from you. Btw, you know who you are, and do I need to mention here, "siapa yang makan cili dia yang terasa pedasnya?" Ouh ouh, thanks pada orang yang congratulate aku hari tu, I really appreciate it.

Aha, I do know now the major source of my worry. Being in a relationship where I found myself insignificant to the other parties. And, perhaps, The Turn of The Screw by Henry James??

Sunday, April 18, 2010

style kita buat assignment kan berbeza Part II

Aku tahu ada je jenis orang yang buat assignment last minute. Yang stay up tengah malam.Yang sanggup ignore FB, FB, Friendster (ada lagi eh orang main Fs), yang stop tweeting, stop bidding, and it's all for the sake of starting what they are supposed to do long ago. 2 days before deadline, and I might just be the busiest person on Earth haha. Yes, I annoyed myself with that, and I'm soo not proud of it.

Aku ni dahlah malas, lembap pula tu. Aku tak sedar sangat sampailah lately ni, aku dengan housemates aku start assignment at the same time, diorang siap sehari sebelum aku. Ingat lagi entry style kita buat assignment kan berbeza? Oh, tahap perfectionist aku makin teruk bila study kat sini. Aih..aku pula, memang tak sanggup nak stay up lebih dari pukul 2, act pukul 2 tu dah lambat sangat, walaupun nak siap cepat, aku tak boleh korbankan waktu tidur aku..Haha..ni semua mainan psikologi tau. 

oh ye, aku suka distraction. Bukan distraction macam shopping, tapi more to tengok movies, dan makan.  That's why when I gained weight, I solely blame on these never- ending assignments. Tak ada assignment, I tak makan malam ok? sekadar roti sahaja haha. But then, kau tahu apa jenis distraction aku paling tak suka time tengah sibuk- sibuk ni? Time tu jugaklah, nak ajak aku chatting. Ya Allah, tolonglah, kalau coursemate nak tanya things related to assignment, it's ok. Ni sekadar nak tanya khabar, dah makan ke belum. Waktu aku free, tak adanya nak bertanya segala. Terus aku sound, "time ni jugak la ko nak berchit-chat, tak nampak ke status skype tu busy? aku cakap english pun tak paham ke?" <--- Perbualan dengan mat saleh dan mat arab yang terus terhenti bila aku cakap Melayu...haha, nice work.  

when it comes to assignment, you can see two types of people. Yang boleh mula awal, dan yang mula lambat. Kau nak jadi mana satu pun, ikut suka kau lah. Tapi, tak perlu nak condemn golongan kedua macam aku ni hah, yang siap sehari sebelum due date. I won't say that the pieces of writing produced last minute are not good, I just know that they could be better.

p/s: uh, code switching aku pun makin teruk.. 

Thursday, April 15, 2010

berguru dari Youtube balik

aku tengah tahan- tahan je dari duk bidding gitar kat TradeMe. lagi tak ada duit, lagi sangap nak shopping ahaha. Ok, so harga asal NZD30, baru lagi. Tapi sebab gila layan FB je, terlupa nak bid. Bila dah close bidding, baru nak menyesal. Tapi, jeng jeng jeng, seller tu offer fixed price nzd89. terus aku tak amik. Apa jadah mahal 2 kali ganda..em, 2 kali ganda kan? Ergh, banyak sangat belajar english lah ni, yang lupa math :(

Baru sekarang menyesal tak bawa rempah ratus dari Msia. Punyalah payah nak masak dengan tak ada kulit kayu manis, bunga lawas, bunga cengkih, etc. Maggi pun tak ada. Cekodok Adabi pun. Nasib baik pandai masak cekodok ahaha. Boleh kahwin dah yeay :) Sibuk pula sini nak kumpul rempah, padahal kat rumah dulu masak semua cincai cincai walaupun sedap. Ya Allah, banyak kali dah puji diri sendiri ni ahaha..tu lah, sebab update blog malam- malam kan...masak sambal pun terpaksa tangguh, sebab tak ada cili paste. Serbuk cili tak sedap. Aku ulang, TAK SEDAP.. so, right now, tengah senaraikan list barang nak dipos ke welly ni. Sebenarnya, rempah ni semua boleh dapat sini, saja mengada nak dapat parcel dari Msia. Ah dah jeles giler tengok housemate aku dapat 3 bungkus maggi, satu pack besar pad. eh apakah?

ok ok sambung. Assignment tak sentuh lagi, congratulations Att :(
Tapi dah habis baca Pride and Prejudice, ingat tak mampu dah nak habiskan. Penatlah asyik tengok dictionary je. Alah. nasib baik Mr Darcy sweet. Kalau ada bf, eh silap, suami macam Mr Darcy kan best... Lepas ni lagi 2 novel ye. Hah, ingat cuti kat nz ni sangat haven ke? dah sejuk. Ish ish tak baik mengeluh.

Sekarang ni mood nak jamming je. Ah, jangan tak tahu, most of Staffordians memang berbakat menghancurkan lagu ahaha. Tu sebab kena ada gitar. Apa pasallah aku tak bawa gitar datang welly hari tu? ah, lupa, sebab dah banyak sangat luggage. Sengal betul. Inilah perempuan. Make up yang tak penting tu boleh pula tak tinggal :) 

Walaupun taklah seterror Bob, bolehlah main 1-2 lagu. 2 je? Ah ko diam. Abang aku pun tak reti main gitar tau haha. Dulu kecik kecik takmahu belajar muzik, sekarang dah tua baru terkial- kial. Pastu kenalah berguru kat Youtube. Tapi amik kau. Sebab youtube lah aku dah tahu main lagu Wherever you'll go and Closer. Takpe, sikit-sikit dulu. Esok dah pandai bolehlah goreng gitar tu, main lagu Canon rock macam dalam Guitar Hero pula..haha.

Dah-dahlah mengarut tu. Better tidur. Lagipun dah sejuk sampai menggeletar kaki ni.. Aish

Monday, April 5, 2010

one that she will always remember, one of the most beatiful chapters of her life.

trip to Rotorua, is one of the best thing could ever happen to me. dan sebab aku rasa, I belong to this kind of place, aku rasa tenang sangat. Breathtaking scenery. yang buat nafas aku berhenti kejap. Yang buat aku rasa dekat dengan Tuhan. yang buat hati aku lapang. Yang buat aku rasa nak stay lagi lama. That 3 days, always be in my memory..

Oh, aku buat bungy jumping. Tau bungy? Cubaan bunuh diri ahaha.. bukanlah, terjun dari ketinggian 43 metres. gatal nak sijil je sebenarnya..



dan, sebab aku ni bukanlah orang yang gayat, aku rasa, Oh, cool giler la kalau dapat buat bungy ni. manalah tahu, bila dah sampai, aku merayu- rayu suruh orang Maori tu turunkan aku. Lantak pi lah $115 tu. tapi, dia tak bagi. Lagi teruk, dia yang tolak aku dari platform ok..habis terjunan entah apa nama ntah. baru bajet nak terjun macam superman ke, macam atlit renang ke..haha..Btw, maori ni suka peluk orang kot. sedap dia je peluk pinggang aku. Nak tolak, memang tak daptlah sebab badan diorang memang tough belaka. Nak sedapkan hati, kita kata dia profesionnallah. Haih... but, glad I've made it. sekali cukup. Nak suruh buat lagi sekali, kirim salam jelah. Darah tinggi ayah nanti. Haha...


 


Tak serik- serik lagi, sebab after that gedik pula naik Swoop. swoop ni macam bungy, tapi naik 3 orang, dan duduk dalam sleeping bag.  





Tak sempat berehat, naik sky swing pula. Yang ni lagi dasyat, 150 km/ hour. Memang kasi jantung jatuhlah. tapi, best sbb dapat tengok satu Rotorua. worth the risk XD.. Btw, tiga- tiga games ni aku tak dapat nak jerit pun. Maybe sebab terkejut sangat. Kawan2 pun pelik apa pasal aku diam je. Muka feelingless ok. Stone je.. 

Grateful sangat2 dapat pergi trip ni. at least, dah tebus time aku tak dapat pergi jalan ke Kapiti coast, scavenger hunt semua. dapat kawan baru lagi. I like~ jomlah datang NZ. mesti berbaloi haha

p/s: nak upload byk lg pics, tp malas. so, silalah tgk di FB ye..video terjunan pun kat Fb...kalau malas sangat, click SINI... terjunan berani mati oleh Zack ahaha...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin