Saturday, May 29, 2010

So Far

"Baru aku faham kenapa ramai pelajar kita yg bila ke luar negara, mereka lebih rajin belajar ttg agama memandangkan agama makin dirasakan jauh dari hati mereka" (Basuh baju, 2010)- Salah satu komen dalam blog Reverie. 

 Aku pernah dengar dulu, orang cakap, pergi oversea ni, jadi 2 benda je. Jadi makin baik, atau makin jadi buruk. Mungkin ada golongan ketiga, yang sama je, statik, tak berubah apa. Aku teringin sebenar nak jadi golongan pertama tu, walaupun banyak lagi benda aku kena perbaiki about myself. At least, aku nak try. Banyak sebenar cue aku dah dapat untuk berubah, dah dapat, tapi patah balik, dah dapat, tapi tutup sebelah mata. 

Aku dah nampak mana hikmahnya Allah beri aku peluang belajar kat NZ ni.  Kat sini barulah rasa nak mendalami Islam betul- betul. Truth is, aku baru start baca tafsir Al- Quran. Terkilan. Dulu sekadar baca, sebutan, tajwid, alhamdulillah. Fahamnya? Tak pun. Now, baru tahu, ayat "perempuan- perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik" dan sebaliknya tu bukan orang yang cakap, tapi Allah sendiri dah berfirman dalam Surah An-Nur ayat 26. Menguatkan lagi keyakinan aku untuk jadi perempuan yang baik, bukan sekadar supaya dianugerahkan lelaki yang baik, tapi, at the same time, mudah- mudahan dimasukkan dalam golongan hamba- hambaNya yang beriman di akhirat kelak. Ameen.

Serius, aku jadi rindu pada masjid- masjid kat Msia. Mana- mana pun, senang solat. Tapi, takpelah, at least ada surau kat Kirk Building tu. Rindu betul nak dengar azan secara live. Aku ingat, dulu aku berubah, mungkin sebab nak senangkan hati orang. Sebab tu bila benda yang dirancang tak jadi, I doubted myself, for whom do I want to change? But now, I know whatever I do, it must be for God. for our only Creator. Aku rasa senang bila tahu Tuhan tu tak pernah tinggalkan aku, even at my hardest time, aku rasa senang bila ada kawan yang boleh bimbing aku ke jalan- Nya, aku rasa senang bila Tuhan mudahkan jalan untuk aku mendalami Islam, terbuka hati untuk join usrah, dihadiahkan pula tafsir Al- Quran. Itu hadiah paling berharga aku pernah dapat. 

Tuhan lindungi aku in a way I could never imagine. Dulu aku sendiri lari dari sekolah agama, kata tak cool pakai tudung labuh. Sekarang. *sigh*. Qish kata, "Takpelah, lambat manapun, Allah dah bukakan jalan". Walaupun sekarang tak baik mana, yes, nak sindir aku pun takpe, nak kata post ni bajet bagus pun takpe, aku nak sikit- sikit belajar untuk jadi lebih baik. 

Nak manfaatkan blogger ni, nak cari blog- blog berunsur agama. Or, at least talked about it. 

"Dan sungguh, Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya" (surah Qaaf, ayat 16) 

Wednesday, May 26, 2010

perginya seorang kawan

Tidak ada satu umat pun yang dapat mendahului ajalnya, dan tidak (pula) dapat meminta penundaan-(nya)
(Al Hajr:5)

Betul, ajal tu tak mengenal usia. Memang tak rapat, tapi berita pemergian arwah cukup terkesan dalam hati. Senyuman arwah paling aku ingat. Cukup manis. Dia dijemput pada usia 21. Kita selalu rasa, "ah, muda- muda ni lah nak enjoy". Cuba bayangkan kalau esok Tuhan tarik nyawa kau, tanpa sempat bertaubat. Nauzubillah. 

Untuk sahabat yang terlebih dahulu dijemput Allah, moga kamu tenang di alam sana. Al fatihah untuk Nazihah. 

Tuhan, kuatkan hati aku. Janganlah air mataku menjadi satu keseksaan buat arwah.

Monday, May 24, 2010

a simple hi

ok ok sebenarnya, last entri tu bukan aku marah pun. Geram saja. Siapa yang tak terasa tapi rasa aku macam harsh sangat bersuara, minta maaf ye. Orang berkenaan telah pun didelete dari filter, so, I guess, what needs to be done is done.

And yes, aku dah buang chatbox. Satu, sebab banyak sangat iklan direct selling. Dua, sebab banyak sangat orang tak kenal drop "hi, saya dah visit page awak. Awak visitlah page saya balik ye". Kepada orang yang hope aku visit blog kamu balik, sory to say, I'm not a big fan of blogwalking. Boleh je kau tulis macam tu, tapi jangan berharap sangatlah. Unless aku kenal kau in real life. Bukan aku sombong pun, masalahnya aku tak boleh hadap tulisan dalam komputer lama- lama. A simple hi would be enough. Don't expect too much from someone who hardly know you in real life. Or rather, don't expect too much from me. 

Ketiga, orang yang drop by for the sake of following me, so that I'll be following you. Caption dah cukup besar aku tulis, IKUTLAH SEIKHLAS HATI.  Aku tulis blog, not motivated by people, not driven by money. So there you go. Kalau esok aku buat blogwalking dan aku follow kau, it means, your blog, for me, is good. Noops, GREAT, actually. Yes, aku menulis untuk orang baca, but at the same time, to gain pleasure in writing. Sistem BARTER, uhh doesn't really work for me :)

Just a short update, bak kata Zack. Assignment dah habis, tapi tak tahu pun nak tulis apa haha

Friday, May 21, 2010

asyik kau je yang update status kan. Tak habis- habis dengan emosi tak stabil kau tu

Memanglah ikut suka hati nak tulis apa kat status kau.Tapi, balik- balik, cerita pasal emosi tak stabil kau tu. tolonglah. Betul kau ingat kau sorang je ada masalah? Yes, aku memang ada masalah kalau kau asyik duk post status macam tu. Sebab kasi semak filter aku. Tengah nak tunggu time DELETE kau je ni dari friend list.

Serius bai, sudah- sudahlah. Kau nak raih simpati orang sangat ke? Apa kata kau pergi buat curahan hati kat best friend kau ke, apa ke. In case kau tak clear lagi  apa pasal aku tension dengan status kau, imagine this. Setiap hari, mesti ada status kau pop up kat facebook aku. Lepas tu, semuanya berbaur kesedihan, macam  nak menggambarkan hidup kau ni pathetic sangat. Pandai pula nak masukkan unsur keagamaan dalam status kau, tapi bunyi macam tak redha dengan ketetapan Allah.  

Malas aku nak cakap dah. Makin aku sound, yes aku sound direct kat status kau kan, makin galak kau bercerita pasal prob kau. Memang suka nak aku cerita kisah kau kat blog ke? 

p/s:orang yang dimaksudkan dalam post ni tak ada kaitan pun dengan mana- mana budak cohort 1 NZ. sekian, terima kasih.  FYI, dah lama tak keluarkan entri emo haha

Wednesday, May 19, 2010

tag dari Ribena KM..wuhuu!!

Mental block untuk tulis blog sebab assignment banyak sangat. Haha..so, kita jawab tag je lah ye :P dari Ribena KM

Terms and Conditions:

1. selongkar beg anda, tak kisah la beg duit ke, beg tangan ke, beg bimbit ke, i dont care!
2. ambil gambar barang-barang dan tag kan gambar tersebut.
3. ceritakan serba sedikit kenapa anda memerlukan barang itu berada dalam beg setiap hari setiap masa.
4. akhir sekali, tag 5 orang.




1. Jangan tertipu dengan jenama. Beg Roxy tu aku beli $5 je, kat TradeMe pulak. Tak suka Roxy pun, tapi beg ni macam comel dan cute. Kalau warna purple lagi double cute =)

2. Handphone Sony Ericson C510. Tak cool lah tak bawa hp..haha.. Katakanlah hp tertinggal kat rumah, yes, saya jadi gelabah ayam. Tak ada orang call atau msg pun, tapi penting utk saya call dan msg orang.. Ouh, dan untuk surf internet

3.  Ipod Nano 2nd gen. Second hand, tapi in good working condition. Perlu, sebab saya ni jenis suka jalan sorang, so kalau dengar lagu tu, taklah rasa bosan sangat. Ribena, saya tunggu item ni sampailah baru saya buat tag ni. For this time being, cukuplah Ipod Nano. Balik Msia nanti baru saya beli ipod touch...

4. Bekas retainer.  Yang warna hijau tu. Kalau tak bawa benda ni, memang seksalah nak bungkus retainer dalam tisu pulak. Trauma duh, orang buang tisu yang ada retainer saya dalam tong sampah. Semalaman kena soak dalam denture cleaner :(

5. BodyShop perfume. Most of the time, tak bawa pun. Sebab perfume ni bau dia tahan 12 jam. Ikut moodlah. Kalau rasa nak semakkan handbag, bawalah.

6. Purse/ wallet. Ini paling penting. IC, kad bank, duit, gambar crush, gambar sendiri haha. semua simpan sini. Pergi shopping, tak bawa wallet, memang cari nahas :( Ouh, dulu saya simpanlah gambar crush saya. Lepas dia kahwin, saya terus gunting, buang dalam tong sampah. Puas hati aku :) Siapa tak tahu crush saya, sila tanya, dan jangan buat gosip.

7.  Compact powder. Tak penting sangat. Sebab aku kalau rasa nak keluar rumah selebet, selekeh, memang aku buat je. Pergi baca entri ni, Jadi Sopan. Apa kaitan ntah haha 

8. Cermin mata. Kalau tak pakai contact lens, benda ni wajib bawa. Walaupun power spek baru 200, BARULAH, memang tak nampak oranglah kalau tak pakai. Truth is, nak tengok cermin pun, kena pakai spek haha. So, siapa yang dari jauh lambai- lambai, pastu aku buat dek tu, bear in mind, aku memang tak nampak. bukan sombong ke, moody ke, apa ke ;)

9. Buku nota. Bawa time nak pergi kelas je. Apa jadah gi jalan bawa lectures notes? Haha, so not me. Aku bukan rajin pun nak membaca. Tapi, kalau dapat novel Nicholas Sparks, James Patterson, Mark Haddon and John Grisham, count on me. Antara fav authors aku for life.. Novel Melayu? Alahai, zaman sekolah bolehlah. Mengarutlah cerita cinta dia. Tak realistik langsung. Bazir air mata aku je. Grisham's novels, terbaik. Genre misteri. So ME. 

Itulah antara benda- benda dalam handbag saya. Dalam beg kuliah, tak payah cakaplah. Satu je benda aku malas nak bawa kalau datang lectures. PEN. Sebab, aku memang clumsy, setiap kali bawa pen, mesti HILANG. Yelah, pen murah, take for granted je. Datang NZ hari tu aku bawa around 8 batang pen. Yang tinggal sekarang,2 je. Itupun Pen Parker. Yang mahal kena simpan elok- elok hehe. So, sekarang aku duk pinjam pen orang je. haha. Kalau hilang pun, pen dia LOL... ish ish, takdelah. kalau pen orang, aku jaga elok- elok. 

Ouh, 5 orang ye. Munira, Izyani Azhari, Zack, Fariha and Aliah. Taknak buat pun tak apa. Nak kasi cukup syarat tag ni je haha

Monday, May 17, 2010

nak rasa dekat

*ok, fine aku dah buang intro tadi* 

 

Assignment LING dah siap. For the first time, skip 3 classes in a row. Gila betul. Semua sebab buat eseimen last minute. Salah sendiri. Niat untuk tak nak stay up malam sebelum nak hantar assignment tak berjaya. Ended up tidur pukul 4 pagi. Subuh, 7.30 am. Bangun balik pukul 10 pagi sambung buat introduction, itupun nasib baik fire alarm berbunyi. entah rumah siapa terbakar ntah haha.. Introduction pula memang nak kena tulis last sekali. aku pun tak faham apa pasal aku jadi macam ni :(

Aku betul rasa miserable these few days. Rasa macam nak pergi jauh- jauh je dari uni life. Rasa nak quit study, rasa nak menangis sorang- sorang dalam duvet sebab asyik stuck waktu tulis esei. Alhamdulillah, Allah tak pernah tinggalkan aku. Dia beri aku kekuatan untuk siapkan esei ni. Dia beri aku kemudahan, supaya apa pun yang jadi, aku boleh berlapang dada. Aku rasa thankful, sebab aku rasa makin dekat dengan Tuhan bila kat NZ ni. Aku nak sentiasa rasa dekat, macam ni.

Friday, May 14, 2010

cepatlah, cepatlah

Lagi nak dekat deadline, lagi rajin nak menaip. Bukan taip assignments pun, taip post barulah. Rajin sangat, rajin tak bertempat. Esok nak present micro teaching, hari ni baru terkial- kial cari material. Lepas tu, start lah nak rasa miserable. sumpah rasa loser gila. Hah, kau nak boo pun aku tak kisah. Aku ingat nak pergi kaunseling, tak pun, lagi banyak baca Al-Quran. Hafal surah baru ke. Al- Quran kan penenang hati. Memang berkesan pun, cuma tu lah, alasan cliche nya, TAK ADA MASA. tengok Supernatural boleh pula ye Att! oklah, salah aku. Nak berubahla ni ;)

Ni baru nama duduk oversea. Independent study, 12 jam duduk depan buku dengan laptop je. . Aku syak sebab tu lah mat saleh ni pergi clubbing malam- malam weekends, diorang tension agaknya. Tu yang duk smoking, minum arak, one night stand tu. Minta- minta dijauhkan, amin.

Cepatlah holiday. Boleh aku qada' tidur, pergi jalan- jalan habiskan duit, melawat satu- satu rumah coursemates, nak buat kek batik, semualah. Cepatlah Ipod sampai, ya Allah, dah dekat 2 minggu ni. Untung je aku call company ni tau, kalau tak, sampai sudah tak hantar. Dia dah hantar dah sebenarnya, aku je tak ada kat rumah. Ala, tinggal je la kat kaunter tu. Ish, dah kata pelajar cemerlang, muka mestilah kena selalu nampak kat Uni, kan, kan? :D Tapi, tak mainlah duduk library. Senyap macam tak ada orang je. Boring!! Sebab tu lah library IPSAH tu kecik ke besar ke, aku memang tak kisah haha..

Cepatlah bulan 7, nak visit Auckland. Tak habis penat, pergi Ski Trip pula. Cepatlah bulan 8, nak visit Hajar. Harap- harap Hajar sihat je. Semua amin cepat hehe. Cepatlah summer, cepatlah. Cepatlah elaun masuk. Cepatlah assignments habis <--- ini paling penting!!
  
p/s: Naik lagilah power spek mata aku ni hah 

Wednesday, May 12, 2010

aku agak ramai orang tak mandi waktu winter nanti

-From the 1st of May the electricity price charged to Stafford by the power company has changed to the 'winter rate'. This means an increase of approximately 9% to your next electricity account. Another reason to look foward to the coming of spring!- Stafford House

Junior, sila jangan pilih Staffor House kalau taknak risau pasal electricity. Ye, memanglah kena bersyukur dapat duduk sini. Dekat dengan town, jalan- kaki-naik-bukit-boleh-kurus-lagi, kalau lapar tengah malam, FIX kat sebelah building je. Oh bersyukur sangat. Part elektrik je aku bingung. Bulan lepas mahal sebab guna dryer. Fine, haram jadah tak guna dah lepas tu. Washing machine pun pakai cold water. Sob sob sob. Lampu ruang tamu siap tutup lagi. Tup tup, elektrik turun 5 dolar je, jadi $49. Ish..ni aku nak run amuk kat reception counter ni. Ok att, sabar, sabar. Dengan senyuman-lebar-sampai-ke-telinga, aku pun pergilah tanya. Tak senyum pun sebenarnya ;(

Dahlah memang famous muka aku duk hari- hari tanya, "ada parcel tak? ada parcel tak?" Aku ingat kalau sebab aku dah bayar habis sewa satu trimester, mau kena kick- out juga dari tempat tu haha...Jawapan yang agak mengecewakan bila Stewart bagitau elektrik bill kitorang within the range. Standard la kiranya. Orang lain guna dryer $30 je ok? Ok?? hish... lepas tu datanglah cadangan seperti nak masak sama-sama, masak 2 hari sekali, mandi 2 hari sekali, semua lah.

Tapi, bab mandi tu, sory to say, aku memang tak boleh compromise, tak boleh tolerate. Kita tengok adakah perangai-tak-boleh-tak-mandi-walaupun-tak-berpeluh akan stay waktu winter nanti. Ish, lekit badan duh. Lagi- lagi kalau dah turun gim. Lebih rela tak datang kelas. Akulah kan. Kau kalau tak mandi aku tak kisah pun ;p

Sebab gagah nak mandi juga, sila jangan salahkan angin yang sejuk bila satu badan menggeletar. En Heater, bila nak on? please ;(

Tuesday, May 11, 2010

the only sport I'm good at.

Yes, aku gila pingpong. Sangat- sangat, sampai aku sanggup skip tutorial dan lecture lagi. Dah match kebetulan hari kuliah kan, nak buat macamana T_T. Last tournament yang aku main, 3 tahun dulu. Oh, how I miss that time, how I could give up anything to go back to that time. Bukan sebab pingpong tu pun, tapi sebab aku jumpa something yang change hidup aku buat selama- lamanya. ok, exaggerate betul. Tapi, yes, it did change my life ever since. 

Waktu aku betul low self esteem dulu, ada 3 benda je aku duk ulang, yang bagi aku confident. Siapa tahu, sila jawab. Aku belanja MilkyBar nanti, serius, or apa- apa coklat kau nak, tapi janganlah mahal sangat. Tengah aku tak berkira ni, baik manfaatkan, kan? Aku dahlah jarang belanja orang, JARANG giler..Haha..Oklah, bagilah clue sikit. Pingpong, sah- sahlah kan. So, ada lagi 2 je beb. Pandai- pandailah kau merapu- rapik bagi jawapan ye ;p

Sebenarnya, pingpong tu je lah, sport aku paling pandai main. Main kejar- kejar pun aku tak terror. I love everything about this sport. Aku suka cara orang spin, bila orang nak mula serve, bila tangan dah berpeluh, pastu kesat kat meja, cara orang pegang bat, bila orang guna bat tu sebagai kipas, haha, semua aku suka. Aku tak suka time kena lari kejar bola je ;p

Match esok, pukul 1-4pm. Siapa free, datanglah tengok haha. Walaupun aku harap nak menang, tapi persaingan tu yang paling penting. Tak adalah guilty sangat skip class, kan? hehe...Siap cakap kat Tajul lagi, kalau aku tak ada duit sekalipun, kalau BERSATU games ada pingpong, aku akan pergi. InsyaAllah.  

Speaking about BERSATU, tiba- tiba rasa nak pergi. Nak pergi sokong LUMUT and budak cohort yang join. Mintaklah elaun masuk sebelum Jun. Cepat amin semua. Tak sampai hati pula nak usik duit  buat pergi Australia bulan 8 ni haha.. 

Monday, May 10, 2010

being at home

Aku ingat lagi time pihak pengurusan maktab suruh students 1st year duduk luar. As usual, tahap kerisauan aku bukan main lagi. Yelah, bila duduk kat hostel, ada wireless free walaupun lembab-cam-siput, bangun 10 minit sebelum kelas start pun sempat lagi. Semua perfect, kecuali bab kena tunggu time nak mandi. Lagi aku tension, kalau orang main cop-cop bilik air ni. Kalau dah 20 minit tunggu pun tak muncul- muncul, memang laju jelah mulut aku nak menyumpah, lepas tu kalau datang perangai aku-peduli-apa, memang aku masuk teruslah. Agak- agaklah beb kau nak aku tunggu depan pintu bilik air tu, kau ingat kau permaisuri ke apa. Kalau lambat lagi nak masuk, yang kau dengki orang nak masuk bilik air dulu, pasal apa?? Oklah, sebenarnya benda ni dah lama pun kan, haha. Saja nak mengenang kisah- kisah silam di maktab.

Dan aku still ingat, I stood by my decision to move out walaupun ada gosip- gosip pertikaikan kenapa kitorang gatal  sangat nak duduk luar. Itu rasanya first decision yang aku betul- betul buat guna judgment sendiri, yang aku betul- betul nekad, tekad, dan aku takkan ubah no matter what happened. Dahlah aku memang jenis yang bila kena buat decision, mesti nak libatkan parents, kawan- kawan, sedara mara, etc. Sampailah sekarang. Yes, aku ni jenis cepat ubah fikiran, pendirian tak tetap, you name it. My bad. Nak beli aiskrim pun tanya pendapat orang, ntah apa-apa la Att ni ;(

Kenapa aku susahkan diri sendiri cari rumah sewa, nak bayar elektrik lagi, duit minyak lagi, padahal kalau duduk hostel, semua ada. Makan senang, CS dekat. Sebab? Pertamanya, aku nak cari ketenangan. Semua pun tahu apa jadi, so takperlulah nak ungkit kisah lama. Kedua, aku nak perasaan duduk kat rumah. Feeling yang buat aku rasa kat rumah. Hostel tu bukan rumah, itu bilik...yang sempit...untuk orang yang claustraphobic macam aku, memang susahlah nak bernafas, cheh padahal dah duduk 2 setengah tahun dah. Haha...

Insyaallah, aku takkan duduk kat Stafford pun tahun depan. Aku nak family house. Bukan semi- hotel, bukan penthouse, bukan kondo-mewah-setakat-ada-kolam-renang-pun-nak-kecoh. sayang nak tinggal gim Stafford je nih. Sebenarnya, point yang aku nak cakap is, aku tiba-tiba teringat rumah kat Putrajaya. Apa khabar lah Nikki dan Jesmine...hmppphhh

Sunday, May 9, 2010

happy Mother's Day and Happy bday dear Edad!

 umi waktu kat hometown dia, London, 2000. Eceh XD

seriously, aku memang bukan jenis orang yang boleh wish jiwang- jiwang dengan family sendiri. Tapi aku tak anggap benda tu sebagai liabiliti pun, sebab bagi aku, cukup dalam hati,terkesan sampai bila- bila. Tak pula aku take them for granted, sebab family tu lah yang dah sokong aku selama 21 20 tahun ni..haha..

Aku pulak memang stok malas-nak-mampus bab- bab nak wish kat blog, unless aku tau that particular person tu akan baca blog aku. Umi tak baca pun blog aku, so, takpe kot aku tak buat wish kat sini hehe.. Shikin, kau jangan pandai- pandai pulak nak kasi tau... takde Ipod untuk kau nanti ;p  

Itupun, wish Mother's Day kat umi aku duk pinjam ayat dari orang lain..ish, ish...tak senonoh punya budak hehe..macamana pun, ayat tu memang apa yang aku nak cakap pun, so consider ikhlaslah kan..

Birthday adik lelaki aku pula esok. Dah 14 tahun rupanya. Hmm..cepat betul masa berlalu. Nak muntah pula bila orang kata Miqdad tu hensem haha. Sebab aku dah tengok dia 14 tahun kot, tu yang tak rasa ape XD
Asma-dulu-gemuk-sekarang-dah-kurus, Edad-bajet-alim-waktu-kecik, Shikin-pakai-bedak-sampai-kening 

Wish bday pula memang cliche giler. Semua pun duk wish pakai ayat sama, "weh, hepi bday".. tak adanya nak doakan aku murah rezeki ke, may Allah bless ke. Semua faham- faham sendirilah kan, family sendiri, tak cakap terang- terang pun, kat hati tahu :P Lagi- lagi "I Love You". mau tak tersedak kalau diorang cakap macam tu. Boleh tak aku dare nak kerat jari sendiri kalau adik aku cakap macam tu kat aku? haha...

Saturday, May 8, 2010

OMG, pasar malam kat NZ??

ini je pic yang sempat ambil. Yang lain, semua dah selamat masuk perut. Azam untuk tak-tamak-semua-benda-pun-nak-beli tak berapa berjaya. Oklah, sebab kenyang, compared kat Asian Culture Night, mahal tapi tak berbaloi pun. Padahal kat Msia, nak makan murtabak fav I harga RM2 tu pun fikir dua tiga kali. Kat sini, makin tak ada duit, makin laju je duit keluar. Beli Ipod lagi, konon- konon nak kasi semangat nak turun gim..ceh..

Siapa cakap kat NZ tak ada pasar malam? ada je beb. tapi setahun sekali je lah. kot- kot dia nak jadi 2 bulan sekali pun, marilah kita amin sama- sama. Tapi, pisang goreng tak adalah. keropok lekor pun. Sirap selasih pun :P Next year, kalau ada lagi pasar malam, bolehlah buka gerai hehe... $$$$$ rambang mata kejap

Apa je ntah aku beli sampai duk perabih nzd30. Kebab daging Khai, fuh sedap gile beb. aku memang jarang nak compliment masakan orang sedap, tapi yang ni memang, aih...jilat jari lagi haha..And, tiramisu yang aku tak dapat habiskan pun, sebab rupanya dibuat dengan cheese, ish ish, masam..Egg tart, yang at first aku tak mau beli pun, tapi sebab tak sampai hati bila orang persuade aku suruh beli, maka aku beli je lah ahaha...sebab tu kau jangan- janganlah buat direct selling dengan aku..aku ni cepat kesian, lepas dah BELI barang tu, baru nak menyesal, sebab takde aku nak guna pun..Hahahaha...

Sempat jugak aku bawa balik ampaian nzd5 satu. Biarlah orang nak gelak ke apa, paling penting dah ada tempat nak sidai hehe...Ouh ouh, dapat satu bihun sup orang belanja..pic atas tu lah..coursemate belanja. Selamat $4.50 aku..fuhhh!! 

baru aku perasan, rupanya ramai je students VUW aku tak kenal lagi..ceh, budak maktab duduk almost 3 tahun sekali pun tak kenal- kenal hehe... umm, my bad ;p 

2 words I despise the most

Sebab aku ni tak pernah fail bab- bab nak tunjukkan emosi ni, even bila chatting pun orang boleh tahu samada aku tengah gembira ke, sedih ke..Sebab tu juga, mungkin aku pun boleh tahu emosi someone bila dia chat dengan aku. Ada some of my friends deny yang dia tengah sedih waktu chatting dengan aku, but at the end pergi mengaku sendiri yang dia memang ada prob..LOL...

Aku kadang- kadang bila dah geram dengan someone tu, teringin je nak buat sweet revenge ke, apa ke. Tapi, semua duk dalam kepala je, tak pernah nak buat..Tak BERANI? takde maknanya. Mungkin, sebab, tak sampai hati. Seriuslah, mesti ramai juga yang tak sampai hati nak balas balik benda tak elok orang buat kat kita, kan? Kalau benda tu kecik- kecik, bolehlah balas. Tapi, macam contoh, kalau orang kebas duit aku, taklah pula aku nak kebas duit dia balik. Plan aku nak mendajal sorang budak ni, letak rokok dalam beg dia supaya cikgu disiplin rotan dia pun tak buat- buat lagi..padahal, dia kenakan aku lagi teruk..

lepas tu, time marah pula. aku tak perfect kan? so adalah kadang- kadang nak menyumpah kasi sebijik vulgar words kat orang. tapi, semua pun tak terkeluar. few days ago, aku tweet status yang aku cilok dari blogspot orang, dan ada word "bitchslap". Aku tahu, maksudnya taklah seteruk bila kita panggil orang "bi***" kan, tapi after that rasa bersalah gila, and then terus buang...macam komen aku yang dikomen balik sebagai "biadap", dush, terus terasa nak minta maaf. Padahal, bukan refer kat aku pun. 

Sorang kawan baik aku kat sini, asal aku buat lawak sengal je, dia akan cakap "bodoh" kat aku. Aku tahu tau dia gurau, tapi nak juga aku tanya lepas tu, "betul ke aku ni bodoh weh"? sometimes, aku rasa aku tak patut digest satu- satu word yang orang cakap kat aku, and to take them seriously. Tapi, tu lah.. *panting* 
sampai bila izatul cakap "bengong" kat aku, dia straight cakap sory, sebab dia takut aku terasa yang aku ni memang "bengong".. aku tahu aku tak patut fikir jauh sangatlah kan, tapi...... 
(mintak- mintaklah ada orang yang sama condition macam aku, so takdelah aku rasa bad about myself jugak haha, dan mintak- mintaklah ada yang faham, sebab aku serius tak tahu macamana nak explain)

Aku boleh je cakap "bengong", but don't make me say bi*** or f*** to someone else. Maybelah ada orang rasa those words tu bukannya teruk sangat pun, tapi bukan aku. So, agak- agak sikit kalau nak mencarut kat aku guna 2 words tu. Not the kind of joke I can accept.. 

Thursday, May 6, 2010

plan yang tak pernah jadi pun

salah seorang kawan baik aku kat maktab pernah cakap, dia tak tulis blog sebab dia taknak orang judge dia dari apa yang dia tulis kat blog. betul juga, sebab kadang- kadang, orang akan misinterpret benda yang kita cakap, and twist it into something else. macam aku yang tak famous ni, kalau orang serang blog aku pun, tak adanya orang nak backup haha.. tapi, biarlah. aku rasa senang je, kalau tulis blog kena sincere. Nobody can decipher our mind, read our heart, better than ourselves.

 ok, so i guess another sincere-lah-sangat post? Hahaha...

 I have my way of doing things. That's why when someone ruin my well- planned plans, I despise it. I just hate rescheduling things, okay :) For example, if kita plan nak pergi, let say picnic, dah rancang berminggu lamanya, sekali tak jadi, though I know it's fated, I would still be mad. Lagi aku marah, kalau reason tak jadi tu, sebab bf kau tak bagilah, ada masalah kewanganlah padahal selalu je shopping. CONTOHLAH, tak pernah jadi lagi pun. Tapi, kalau plan besar la. Kalau setakat tak jadi nak pergi sunday market pun nak marah, mengada la tu namanya, kan ^_~

lepas tu, aku pun tak suka (memang banyak benda aku tak suka haha) orang pandai- pandai take over plan yang aku dah rancang. contoh, picnic dah sesuai sangat buat kat otari wilton, tiba- tiba, ikut sedap dia je nak tukar ke Waterfront pula. Orang lain dah penat rancang, dia pula at the end yang bagi kata putus. Bukan nak fikir kesusahan orang yang 1st rancang tu. Ini bukan aku cakap untuk pihak aku je, ini general kan. siapa suka plan dia, orang lain pula sibuk- sibuk kacau, kalau jadi lagi better takpelah, ni buat kelam kabut semua orang je. Ataupun dah janji pergi shopping pukul 1pm, alih- alih kena tunggu dia sampai pukul 2. Senang cakap, aku tak suka orang buang masa aku. Aku ni, bolehlah nak kata punctual. Tapi, kadang- kadang, bila kena pula jalan dengan orang yang tak punctual ni, kita pula jadi lambat. semua kena marah lepas tu, semua pun kena cop tak punctual. Kalau pergi sorang nanti, kata selfish pula. Dah tahu mandi lama, siap lambat, managelah time tu betul- betul. Aku punctual, kalau benda tu janji pukul 12.30noon, selalu 12.30 lah aku ada. Aku pun tak ada lah rajin nak tunggu 10 minit sebelum, tapi at least make an effort to be there on time.

Aku pun terbabas babas juga time ni kadang- kadang. Contact lens susah nak pakailah, pashmina terbelit- belit sampai tercekiklah, sekali dua oklah. Aku pun rasa bad juga apa, kalau aku lambat untuk something tu. Ni ada je yang relax tau kalau dia lambat. Tak faham betul..

Wednesday, May 5, 2010

post pendek..

 aku jeles sangat dengan Zack sebab dia boleh buat entri pendek- pendek. Kalau aku ni hah, semua nak cerita dalam satu post haha..yang tak penting pun masuk..Lepas tu orang tegur post panjang, marah..dululah, sekarang ni aku malas nak kisah. Dah macam tu style aku. macam blog kau pun bagus sangat, kan :) 

time- time (ada ke ayat macam ni haha) aku dah sucikan hati, bersihkan minda dari terkenang benda lamalah, dia nak datang balik. Bukannya tak suka, overexcited lagi sampai terbawa- bawa dalam mimpi. Lepas tu, startlah nak nyanyi lagu ni...
 
Terpegun ku melihat kamu

Bergetar hatiku memandang mu

Dan terus datang mencuba

Adakah khayalku menjadi nyata

 Tapi, masalahnya benda yang kita suka tu, tak semestinya kita dapat..Itu fact yang dah lama aku terima. tak ada dah nak marah- marah kat takdir. yes, walaupun bertahun. Tiba- tiba pop out, nak add as friend. Aku ok je, tapi bila dah siap request for relationship, erghhh... time banyak assignmentla nak ajak chatting, padahal..dah bertahun bai.. lupakan jelah. betul aku dah nak get over kau ni..

Though everything is worth trying for (Farah Haris, 2010), you are in the list of things not worth chasing for. Sekian terima kasih, Ouh, thanks for the memory :) Really..

Monday, May 3, 2010

apa kita buat kalau homesick

Ini title dari album terbaru kat FB sebenarnya.. So, kita copy paste je lah ye..

Aku ni memang jenis homesick teruk..Lagi- lagi kat makanan hehe..Baru 2 bulan, asal ada je event libatkan makanan halal, mesti nak join. Biasanya bila homesick, aku rajinlah nak ajak orang pergi picnic, atau shopping.. Shopping kalau tak homesick pun, pergi juga haha..Sebab tu aku suka duduk Stafford. Suka je lah, tahun depan macam dah taknak duduk dah, sebab elaun asyik habis bayar duit elektrik je...ah, jangan cakap pasal elektrik, buat sakit hati je...

Stafford ni dekat dengan town, so macam havenlah. Bukan HEAVEN...syurga mestilah beribu-ribu ganda lawa. So, bila aku rasa bosan, senanglah pergi post office nak kirim poskad ke, makan kejap kat emm, lupa mana tempat halal ntah, nak cuci mata tengok sale hari ni ke, tapi biasa kalau setakat window shopping, kau ajaklah orang lain. Aku kalau bosan sangat baru pergi, kalau saja- saja je, aku malas. Baik layan movies..huhu..sebab tu aku tak suka homesick, sebab nanti duit pun habis. Asal keluar, mesti, wajib duit pun keluar, walaupun dah berjimat cermat, mungkin sebab aku jenis orang tak suka window shopping, makanya wajib beli something untuk dibawa balik?? maybe la, maybe...

pas tu, kalau ada event free pun, kena tak malu self- invite. Lagi-lagi kalau ada makanan. tapi kalau orang tak jemput, kita pun, xpelah, kita makan sorang- sorang kat bilik. Lepas tu , esok lusa kita pula buat makan- makan, kalau orang yang tak ajak kita tu, pertikai kenapa aku tak ajak dia, memang nak kenalah kan. Mengada, dia tak ajak orang takpe pula. Tapi, aku belum pernahlah buat kan...cakap je..kadang- kadang, kita faham sendiri bajet orang yang anjurkan makan- makan ni terhad, so kita pun oklah. Tapi bila bajet kita pula yang terhad, lepas tu orang tak fikir, lepas tu self invite datang parti orang, tu pun nak kena sekeh kepala jugak..

Lepas tu, event macam RUGBY, hah, hari sabtu lepas. Kalau tak pergi, tak lengkap rasanya duduk NZ ni.. Hurricanes lawan Chief, saya sokong Chiefla kan..ada orang gurau kata saya betrayed welly ? tak ada maknanya, saya duduk wellington je pun, tak ada citizenship NZ lagi..so, suka hati sayalah nak sokong mana- mana team kan :) aku memang jenis kalau semua orang suka satu benda tu, most probably aku tak suka pun. Sebab tu kalau soalan assignment no 4 banyak isi boleh tulis, tapi rasa macam tak tertarik nak buat pun, tak boleh juga. Semua kena based from the heart. So, go CHIEF :)

Walaupun i'm not a good athlete, aku suka sport sebab ada competitive spirit.tapi aku tak berkenan sangatlah kalau ada orang BOOO BOOO team lain ni. Even kalau MU lawan Liverpool, aku tak BOO mu, sebab rasa macam agak slack sikitlah kita nak moral downkan orang lain...Tapi mulut orang kan.. nanti nak tegur, aku pula yang ended up kena tegur, "eleh, kau pun bukan baik sangat"..  beb, siapa cakap aku baik?? haha...

Saturday, May 1, 2010

nak kenal, boleh?

Kawan Fb dah bertambah. Yang ni aku tak payah YEAY la, sebab polisi aku, add orang yang aku kenal dan akan kenal je. zaman nak berkenalan guna internet ni dah over.  Lepas tu, aku jenis kalau add orang, dia ignore, memang haram jadah aku takkan add dah. Pun, aku takkan add orang yang aku kenal, but in real life, aku sangat- sangat segan nak tegur. Macam crush la.. cam Owen ke, Nick Jonas ke..haha..jadi fan bolehlah.. Irsyad pun, aku tak add haha..

Cerita pasal berkenalan. Aku ni memang rajin join social networking, asal benda tu kawan aku tak banyak join. Macam TAGGED. Tapi, aku tak main pun benda alah tu. Sebab ramai pervert. Stalker. YM, tak berapa dah, tapi kalau tension aku memang layan chat room tu. sekali sampai 10+ orang IM at one time. Seronok, sebab bila orang tu tanya, "honey, do u have webcam"? aku boleh jawab, "I'm not your hun, plus I don't have webcam. My face is too ugly, I look like an ALIEN. You don't want to see me. I''ll bet you leave after this". Out of 10, 8 orang akan tanya benda ni 1st. pelik macmana desperatenye orang kat chat room ni. Haih...

Hah, zaman berkenalan. Ah, macam Zack pernah cakap, ada certain orang yang kita boleh kawan kat virtual world, tapi bila jumpa face to face, tak berani nak tegur. Samalah. Aku kalau kat blog, boleh hu ha hu ha, tapi cuba kalau bertembung, cepat je nak lari. Lagi- lagi kalau nak kenalkan diri. Aih minta maaflah. Exception untuk girls la, of course. Kalau nak kenal dengan lelaki, memang takes time sikit. Segan ke? bolehlah. Kalau lelaki tu handsome lagi aku segan haha. Tunduk je :) Unless for study purpose., so oklah

Sebab tu, kalau ada event yang libatkan guys yang aku tak kenal, aku akan stick satu macam dengan girlfriends aku. Sebab tu juga, kalau unknown blogger atau orang dalam ym ajak aku keluar, aku takkan pergi. unless kalau dah kawan lama sangatlah, tapi tak pernah jumpa. itupun, mau esok aku bawa rombongan cik kiah teman. maybe lah haha...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin