Wednesday, June 30, 2010

and so I've passed

Ok, speaking about my studies. Alhamdullillah, trimester 1 dah habis. Exam satu paper je so YEAY me. Final grade dah keluar. result ENGL117 boleh tahan ar, considering aku memang agak tak suka literature. Aku tak suka literature sebab aku memang tak pandai berpuitis, apatah lagi nak tunjuk affection towards my loved ones guna ayat- ayat jiwang.  ohh, so not me. Linguistics yang punyalah aku minat tu, tak berapa elok result. Aku bet sebab last test, hari tu aku mimpi dapat 4/20 haha. Memang aku admit, aku agak main- main this trimester, so serves me right! Tapi aku tak setuju this one statement, lupa pula baca kat mana, "I rather fail at things I like than succeed in things I dislike" Something like that. or whatever

Coz I hate failing at things I'm good at, kalau benda tu AddMath ke Fizik ke, aku tak kisah ar aku dapat C ke D ke, memang aku tak suka pun. Dan, bila aku succed in things I dislike, maybe some years later, I can be proud of it :) Bukan boastful. I mean, macam aku tak suka Addmath, sekali aku dapat A, tak ke bengong kalau aku cakap "ohh tak boleh, tak boleh, grade English patutnya lagi better dari addmath".  Dah dapat, bersyukur je lah beb. Ok, sebenarnya nak cakap, aku tak pernah rasa malas macam ni waktu kat Msia dulu. Memang take things for granted betullah aku ni. And for the last subject, ALIN 201, walaupun aku tak suka si John tu, tapi dapat jugalah A. Finally. Alhamdulillah.  

Walaupun aku stress sikit sebab asyik buat assignments je, ada timetable siap, buku nota hari ni nak buat apa, esok nak buat apa, at least, berjaya juga lepas trimester 1.  Phew... Ahh, untuk trimester 2, ambil WRIT 251 (skrg baru rasa menyesal macam nak tukar course je), EPSY 244 and ALIN 202. Alin si John tu ajar lagi, aih how would I survive?? Aku siap gaduh lagi dgn Jonathan pasal courses ni. Takpelah yang tu cerita lain kali. 

and so, I can't change my elective to RELI 329. Have to take EPSY 300- level next year, which means I need to take EPSY 200- level as the prerequisite for that course. I am so keen on learning German or Spanish next year, so bye bye anthropology and religious studies. I need another extra year in VUW, oh please :( 

p/s: siapa yang rasa trimester 1 senang? haha. 

Monday, June 28, 2010

apa kita buat time cuti :)

Aku ni memang jenis suka travel. Dah- dah kat NZ ni, lagi sakan aku berjalan. Alhamdulillah, ada kak usrah yang sentiasa ingatkan kalau travel pun biarlah niat kerana Allah :) 

Macam- macam dugaan betul nak ke Auckland ni. Hari tu gatal sangat nak tunggu flight murah, last last bukan je tak dapat flight murah, tiket bas pun mahal haha. Siap salah beli tiket lagi. Ni accomodation pun tak settle lagi. Kalau dah susah sangat aku tumpang je masjid karang haha. Tapi, masjid celah mana pun tak tahu kat Auckland tu. Dah nama pun baru pergi Auckland sekali. itupun sebab transit ke Wellington.

Untuk NZ Cohort 1, jangan risau, aku dan Zack akan jadi pom pom girls korang haha. Insyallah, mana games sempat tengok kitorang pergi. Tapi, tujuan asal nak visit Lumut, lepas tu nak jalan- jalan je. So kalau tak datang tu faham- faham je lah kesibukan kitorang pergi cuci mata dan shopping sana sini. Trimester baru belum start kan, hehe.

Sebab aku ni memang jenis cepat bosan duduk kat city, so plan seterusnya pergi Mt Ruapehu, ski trip. Oh, cepatlah, cepatlah, tak sabar nak main snow. Ceh, padahal sejuk pagi welly pun dah shivering satu macam.  So, plan sepanjang winter break ni, 1hb-6hb july pergi Auckland, haram jadah aku nak buat Bungy Jumping lagi, 8-10hb pergi Ski trip. See, how packed my schedule is. Yelah, nanti dah start trimestrer 2, stress, tension, assignments je memanjang. Nak sangat jadi pelajar uni, kau tanggunglah Att haha...

Saturday, June 26, 2010

rasa gembira, jadi bahagia :P

Oklah sebelum tu aku nak clarify. Photo album pasal Teaching Experience aku kat Randwick School tu aku ada permission untuk publish. Kedua, FB aku private, even budak maktab yang aku tak kenal pun aku tak add, so bukan senang orang nak tengok pics aku. Ketiga, diorang bukan budak 5 tahun, diorang dah nak masuk college (high school) pun, so apalah sangat aku post pics diorang. Dan keempat, aku tak letak pic individual, instead as a group atau kalau pics tu ade gambar aku sekali. I know what I'm doing, and I would never ever put my kids in a dangerous situation where people can use their pics for personal interest. ok, aku tak marah pun. aku just nak inform so orang tak salah anggap niat aku post pics tu.

Aku risau banyak benda sebenarnya sebelum pergi sekolah tu. Risau budak- budak ni sombong, pandang aku pelik sebab tudung, risau nak sembahyang kat mana. Semua lah. Hari pertama semua kekok je. Hari ke-2 dah start mesra dengan diorang. Tolong buat Maths, I assured you, Math diorang giler senang compared to our malaysian students. Kau bayanglah umur 13 tahun belajar addition lagi. Phew. Gila senang hidup ahhaa. Itupun, aku tak dapat jawab satu soalan math, lepas tu bagi alasan, "you know what, I didn't like Math. Go and ask your teacher, ok".  

Budak- budak ni suka betul dengan tudung, sampai waktu aku bawa selendang untuk pakai dengan baju kurung, berebut- rebut nak try. Suka pula tu dapat try brooch sekali. Ohh, lupa nak cakap. Aku memang ada favourite students, tapi semua aku suka dan layan. Fav aku budak kacak umur 13 tahun. Pingpong player, ada talent, sayang tak terror coz takde coach. Jangan nak assume apa- apa. Kacak macamana pun, itu student, dan umur dah macam adik aku. Tak ada desperate nye aku nak mengurat budak bawah umur! Kriss lagi sorang fav student. 11 years old. Always trying to impress me. Hari ni pakai baju Menara KL, esok pakai baju tulis Kuala Lumpur, siap bagi resipi fried bread lagi. Mata biru pula :)

Nak balik sedih gila kot. dapat 3 stars. dapat 100 hugs. Lelaki perempuan semua datang peluk, ambil gambar. Si brendon ni duk cekik aku pulak. Mampus aku tau :P

 ok, aku memang almost nak nangis. Aku tahan, sebab nanti kena gelak haha

Aku sampai dapat bilik khas, punyalah besar, untuk solat lagi. Budak- budak pun tak kacau sebab bilik tu berkunci. Alhamdulillah, principal dia faham. Haih, bersyukur betul aku. Tanya coursemates lain, walaupun diorang cakap best, tapi ada juga cakap budak dia arrogant sikit, cikgu tak mesra sangat, sembahyang atas kerusi, etc, etc. Aku pula, perfect kot. AGAKNYA. Cikgu friendly, siap tahu bahasa Arab lagi you (sikit je lah, sebab dia pernah mengajar kat Kuwait for 4 years). Memang right timing pula time datang ada Matariki celebration. Merasa aku jadi Maori kejap haha..

p/s: sambung lagi, sambung lagi :) 

Randwick School's the best (Part I)

And so, one week of Teaching Experience has ended. I started to miss the kids already. I can't describe how happy, how blessed I am to be placed in Randwick School. School ni 40 minutes journey from home, so at first, aku macam mengeluh sikitlah. Dahlah jauh, tambang lagi. Tak pasal-pasal makan Maggi je at the end of the month haha. But things turned out quite well for me, VERY WELL actually :)

I was placed in Level 7/8 (11-13 years old). Well, what can I say? They were awesome, the best students I've ever had (so far hehe). When I reached the school. they would hug me, asked me to play with them, and I thank God for their welcoming behaviour. I thought it must be difficult to teach these native speakers of English, haha. This school has about 300 pupils, so most of the students knew each other. That explained why 4 of us were so popular during the week :)
  
Randwick is a rural school. I wasn't bothered by that, well, after 4 months staying in Wellington City, I really need different atmosphere. It's so peaceful in here, though it might not be the same when you're in class- the kids were kinda naughty haha.  

5 days in a row, and they kept asking me, "why do you have to wear the hijab?", "why does your religion require you to wear one?", "what colour is your hair?", and etc. And how they were amazed by looking at my brooches. I thought mine were just ordinary. "oh, this one is lovely", "oh, I like this butterfly". KERONGSANG je pun! LOL. Then, there were questions like, "where did you buy this one from?", "What it is used for?", "what happens if you take them off from your hijab?" They even asked what's the relationship between Ammar and me (ammar is my partner for this TE). "Do you guys live in the same house?", "Is he your boyfriend?", "Has he seen you without the hijab?" All sort of questions. The best question would be from Arianna. She saw a ring in my middle finger, so she went around asking me the whole day if I am married to someone.  

On Thursday, I brought them kek batik, and surprisingly they asked me to bring it again the next day. So, that night, we burned the midnight oil, not really, making the cake and the bookmarks for each of the student in the class. Luckily Ammar has nice handwriting ( I still can't believe his handwriting is much more prettier than mine) so I let him do most of the bookmarks while I dozed off zzzzz.... 

The class was so keen on learning how to make the cake, so i jotted down the recipe. Well, I was pretty sure the kek batik tasted yummy, coz some of them licked their plates haha. 


p/s: nanti aku tulis lagi!

Wednesday, June 23, 2010

hey mister!

aku dah macam malas- malas nak update blog ni. banyak je nak tulis, tapi sebab aku ni sibuk sangat sekarang, eceh, hehe, so, kena tunggu TE habis dulu la rasanya.

Friday, June 18, 2010

kalau kau benci sekalipun.....

kalau ye pun tak suka kucing, perlu ke kau seksa atau bunuh dia perlahan- lahan? PERLU ke? aku tak faham manusia jenis ni. Yang seksa binatang. Jangan haraplah aku nak bagi muka kalau aku nampak orang macam ni. Haram jadah. Sumpah aku geram..

sebenarnya aku nak cerita pasal  plan ke Auckland. Distracted kejap bila tengok video anak kucing kena pijak sampai mati. ANAK kucing tu. Memang manusia hati binatang betul. Lagi buruk dari binatang!!

Aku ingat first time aku bela kucing. Tahun 2006. Kitorang satu family pakat tangkap mak kucing yang tengah bunting ni, semata- mata nak anak dia tu. Ayah aku tak suka sebenarnya, tapi kitorang memang rebel habis, sampai ayah tak boleh cakap apa. Konon waktu tu, nak berlagak, "ada kucing". Tak sangka pula several years later, my affection towards cats are greater than human.  

Kucing kat rumah aku pernah ada sampai 14 ekor. Semuanya, mostly aku yang namakan. Raphael, Gemok, Leo, Sapphire, Jes Junior, banyak sangat sampai tak dapat ingat nama dah haha. But right now, yang tinggal ada 2 je. 2 yang aku paling sayang.  

Aku pernah nangis sebab kucing aku mati. Si Gemok tu. Mati pula several days lepas aku masuk maktab. Beria-ia aku nangis bercerita waktu orientasi. Tapi, aku tak pernah rasa malu pun. Itu nature. Pada yang tak faham kenapa aku nangis, tak payahlah kau nak sindir segala. itu bukan kucing kau. kau tak bela dari dia kecil. Bukan kau yang bagi dia makan. Aku ni yang tengok dia besar. Aku yang bagi dia makan ubat bila dia sakit. Aku yang mandikan dia. 

Sebab tu kalau ada reason nak balik Msia selain jumpa parents, it's because of my two cats, Jezmine and Nikki. Aku serius rindu giler, kadang- kadang rasa nak nangis pun ada. bukan apa, nyawa kucing ni bukan macam manusia. Takut, kalau balik nanti dah nampak diorang. Tak kisahlah bulu dia melekat kat kusyen ke, dia suka cakar muka aku, cakar perabot ke, bila dah sayang. Dan aku sayang binatang yang Rasulullah SAW pun suka. 

 ini jesmine. 
 and this is Nikki. say Hi!


Nikki ada sort of epilesy. Tu aku jadi lagi takut, moga Allah panjangkan umur dia supaya balik nanti, aku boleh dengar lagi "meow, meow" dia tu. Dia memang kucing rumah. Tak berjalan keluar langsung. Jez pula aktif je. Nak makan baru tahu balik haha. Kucing aku memang tak lawa macam Parsi ke, apa ke. Sebab ini bukan kucing beli. 

So, sekarang dah faham kenapa aku benci orang seksa kucing? Imagine if it's your own. Oh, i forgot, even if you have one, you don't have brain. 

p/s: aku pernah nampak kucing aku menangis bila nak bagi dia makan ubat. Sumpah sedih giler time tu 

Thursday, June 17, 2010

minta izin sikit

teringat pula bila zack cakap dalam blog, adik perempuan dia pakai baju- baju yang dia tinggal kat Msia. Bersamaanlah dengan aku yang ada 3 adik perempuan, so memang patutlah baju- baju, tudung, kasut aku semuanya akan ditibai oleh diorang bertiga. Tak menyempat- nyempat pula tu masing- masing nak menyambar barang aku. Even seminggu sebelum pergi NZ, adik bongsu aku dah cop high heel aku tu hah. Mana aku tak panas, dahlah baru darjah 6. 

lepas tu, bila buka FB adik lagi sorang, dia tengah pakai baju kurung aku. ceh, memang tau budak ni. Nasib baik aku memang dah taknak baju tu haha. So, aku halalkan dia simpan terus. 

Well, truth is, ada certain benda memang aku tak kisah diorang nak pakai. Cuma, kena minta kebenaran dulu. Yes, aku memang pantang orang guna barang aku tanpa kebenaran. Sangat. So, family aku contoh terbaik dalam bab ni. Even kalau nak tengok tv. Rule kitorang, siapa yang buka tv first, dia yang akan control channel for the whole day. So, kalau budak darjah 6 ni buka tv dulu (biasa memang dia yang bangun awal), hadaplah kau cerita bodoh-bodoh macam Afi dan Abah, Hikayat Putera Shazlan, Geng bas sekolah tu. Nak tukar channel, kau kena minta permission dia dulu. tak boleh suka hati, kalau dia tak bagi, kau pergilah main internet. tapi, biasa kitorang ok, boleh tolerate je :) 

Makanan kalau beli guna duit sendiri, memang sah- sahlah kau tak boleh suka hati main ambil. Siblings or not, that's the rule. You ask for their permission. As simple as that. tapi ada je kes curi- curi makan. most probably, dapat tangkap pun siapa yang buat kerja tu. Brainwash sikit, pastu insaflah. hahaha..

Alhamdulillah, parents aku didik, kalau nak certain benda, MINTA IZIN. sebab tu, mungkin ada yang rimas kalau aku minta izin nak guna certain benda, yang is not big deal pun, tak cakap pun takpe, guna je. Tapi, aku tak boleh, sebab ini cara aku. Kalau ada benda aku terguna, tapi lupa nak minta izin, sila bagitahu, I don't mind. Takut tak halal pula apa yang aku guna tu :)

and that is why, aku tak suka orang belek- belek album private aku dalam laptop, without my permission, aku tak berkenan orang main ambil hp kat tangan aku, atau atas meja, lepas tu ikut suka je nak tengok msg apa orang hantar kat aku hari ni, dan aku tak suka orang masuk bilik aku melulu. At least, ketuk.  Lagi pula, orang yang suka baca diari orang.

Tuesday, June 15, 2010

simptom musim sejuk

aku rasa aku tomboi sampailah aku datang maktab. Sebab waktu muda (eceh hehe), aku memang anti pakai make-up, that includes compact powder, aku pantang keluar rumah pakai handbag, aku tak suka pakai skirt, aku suka stay up malam- malam tengok bola, aku mandi tak sampai 5 minit (unlike any other girls), and aku tak pakai lotion segala. In short, aku tak suka benda- benda yang girlish. 

Then, aku masuk maktab. Aku agak ni mesti pengaruh kawan- kawan perempuan ni haha. So, aku try jadi feminine skit in terms of pakai compact powder, gune handbag. Typical girls la katakan :p Aku still rasa awkward nak jadi feminine up till now.. Datang Nz la baru nak pakai lotion segala. Semua sebab tak nak skin dehydrated. Susah weh, kalau menggelupas sana sini. Paling tak boleh blah, part muka menggelupas. Jenuh nak menjawab kalau orang tanya. 

well, winter.what can I say? pengalaman pertama mulut keluar asap, was superb. Memang aku jakun semacam haha. Duk hembus sana-sini. Haha. Winter juga means, u must be prepared for illness. sore throat, demam. Aku pening kepala skrg ni. sakit tekak, kita telan strepsils. harap harap tak demam, sebab aku kalau demam memang sampai boleh masuk hospital hehe.. dan winter juga buatkan aku jadi lagi cepat marah dan tak sabar. 

aku dah start buat muka balik kalau ada benda tu aku tak berkenan. Dan baru-baru ni, sesi curahan hati berlaku kat Twitter. well, i didn't regret that though. Siapa suruh kau annoying sangat? Kat semua orang pulak tu. serius, cepat naik angin sekarang. bila bercakap pun, tak pandang muka orang. Kira macam rude pula. bukan taknak pandang, tapi aku kalau dah moody, baik tunduk je. but then, pandang atau tak pandang pun, macam sama je. Still dicop rude?? hehe...

p/s: ok, kena belajar jadi sabar pula :P 

Monday, June 14, 2010

ahh, jadi perfectionist lagi!

Ada dua good news, alhamdulillah..guess what? exam is over. Maybe because it's been a long time since I had an exam (it was somewhere near october last year i think), all the depression, stress, anxiety suddenly came up out of nowhere. Ok, bluff no 1. I wasn't depressed. I was exaggerating.

Ah, the exam. Here's one useful tip. If you choose to study last minute, go for the past years' questions. Memang recycle habislah. Dia duk ulang soalan dari tahun 2005 lagi. Soalan Dictogloss tu dah keluar 2 kali kot sebelum ni. Ye, aku jadi tension sebab soalan ni, sebab aku tak suka dictogloss dan aku bajet, sebab dah 2 kali, jadi tak payahlah aku baca lagi, dan ended up soalan yang sama balik keluar!! argh argh... Bluff no 2, I wasn't that frustrated. I was exaggerating.

Kadang- kadang, terfikir juga, kalaulah result exam nanti elok, does that really reflect my learning ability? I mean, basically, you dah pernah tengok soalan tu, and you dah try jawab. Thing is, you can answer because you have seen the questions. Macamana pula agaknya result aku kalau soalan exam tu semuanya yang belum pernah ditanya sebelum ni? Can I perform that well? Just tengok linguistics sudah. Soalan True or False pun aku terkial- kial nak jawab. Macamana pula dengan orang yang tak berapa study, tapi result bagus sebab bergantung pada recycled or spot questions? Ah *panting*. Mungkin aku terlampau perfectionist dalam bab ni. Mungkin je, aku cari kepuasan dalam jawab exam. No pain, no gain. Aku study susah- susah, bila keluar soalan, aku dapat jawab, aku rasa satisfied. Sebab aku nampak level aku. 

Yes, pada aku, past questions are memorization of chunck of answers. *panting* Mungkin aku salah kat situ. Mungkin ini rezeki, kemudahan, pertolongan yang aku minta pada Allah. mungkin datangnya kemudahan dalam cara yang aku tak berapa berkenan, tapi Tuhan lebih mengetahui. Mungkin Dia tahu kalau tanpa past years, aku akan termenung sepanjang 2 jam tu, dan kalau aku jawab pun, aku kasi goreng sampai hangus.  Entahlah..patut tak disorak kesenangan jawab exam tadi? Exam dah habis, yes I am glad. I am cheering for that, but not for each of the pages I used in the answeer sheet. As if I was programmed to answer the exam's questions based on what I memorized before. Dan, please, bila kau dapat tulis banyak sampai 11 pages (dan tentu- tentunya banyak sebab soalan tu dah bocor pun), tak perlulah berbangga sana- sini. Itu rezeki kau, so fine. But, don't pride yourself too much, will you?? *aku tahu benda ni ada, tapi so far, tak pernah terjadi kat depan mata aku*

Susah kan, nak faham aku? Exam pun boleh jadi issue. Harap- harap boleh perbaiki diri lagi. Ouh, aku tak pergi party lepas exam tu sebab aku tak nak chit chat pasal exam dah, sebab aku cepat stress bila jawapan aku tak sama dengan orang lain, bila aku stress, aku susah tidur, bila susah tidur, aku susah bangun, bila bangun dah pukul 12pm, aku jadi stress sebab aku dah skip breakfast. Harap maklum haha...

Ada lagi satu good news tapi belum confirm lagi, so tak boleh nak share kat sini lagi. macam berita nak kahwin pula haha... Bukan, bukan. Ini lagi best dari kahwin. Final bluff, aku rasa kahwin lagi best dari news ni :) 

p/s: lepas tu, apa yang aku tulis ni memang aku reflect diri aku je, so janganlah duk terasa lebih- lebih pula ye. Unless kau lah orang yang duk bangga- bangga dapat tulis sampai 11 pages tu haha..  

Thursday, June 10, 2010

so the countdown begins!

Checking the calendar would be the last thing I wanted to do right now. 14th of June is approaching. You know that feeling when your heart goes like warm butter sliding down hot toast? ah, that's not how I should describe my feeling right now. But no intense emotion, seriously. 

Maybe I took things for granted too much. Like when you can always turn to your mum when you need help doing your assignments, or when you feel no pressure upon completing certain tasks last minute, or when you simply are not bothered by anything because you haven't failed. Or you have, but that happened like once, twice in your life? 

I thought of becoming a chef recently. Because I think I'm pretty good in cooking. The first-time-home-made-kek-batik turned out pretty yummy.. The first time I made nasi pilau, it turned out well too. The first time I made lemak cili api, and well, you know the story. So, I thought, why not? Leave the teaching profession, and study the recipes books instead. Until last night. I wanted to make doughnuts, and I failed. It didn't look like doughnut, it's a cake. And what the fuss? Cake is better. But you know what, I failed on my first time making doughnut. There would always be the first time, I know. And so, I decided not to be a chef. See how easily I get distracted from what I'm supposed to be focusing on? See how easily I get frustated when things didn't work out the way I planned? Ah, silly me...My bad.

Oh, 4 more days before the examination. Ah, did I just check my calendar? So the countdown begins. Wishing all of my coursemates the best of luck, we are so gonna need that luck haha. But don't ever forget, Allah tu pemberi rezeki terbaik. Whatever result you may get, Allah is the one who gives that to you. It's not the book who decides whether you'll get an A, or B, but God. He knows best. So Att, do you mind, studying now?? 

p/s: don't study your recipes book for God's sake. Ask the experts instead :) 

Friday, June 4, 2010

Haven't met the Hollaback girl yet!

Dua benda yang hampir buat aku menangis tadi. Well, literally. Pertamanya, aku dah dengar azan secara live. Serius, jadi sayu. Dahlah tok bilal azan memang mendayu- dayu huhu. Cepat, kan? Aku baru cakap rindu nak dengar azan, hari ni dah Allah kabulkan permintaan aku. What more can I say? Alhamdulillah..

Keduanya, boleh pula hp berbunyi time sembahyang jemaah. Nasib baik waktu takhiyyat akhir. Kau bayanglah kalau waktu rakaat ke-2, ke-3, naia pula semua orang tak khusyuk. Lagu Hollaback girl pula..ish, ish, ish. Part lirik, "Ooh, this my shit, this my shit" tu yang aku nak nangis betul haha. Siapalah suruh kau tak turn off alarm, Att? Siapa? Erghh...Dah nama pun alarm, mula- mula taklah kuat sangat. Part "my shit" tu sumpah kuat. Gila betul :(  Bagi salam je, terus aku keluar saf cari hp. Yang lawaknya, bukan aku sorang yang keluar haha. Ada juga yang terasa itu bunyi hp dia..haha...bukan aku sorang berbunyi hp, ada lagi. Waktu sembahyang Isya', pun dekat nak takhiyat akhir. This time, lagu Haven't Met You Yet :)

Ouh, boleh pula aku tertidur waktu baca Yaasin. Yang ni for real. Sumpah, aku ingat aku sekadar lelap- lelap je. Tengok- tengok dah habis. Bangun dengan muka bersalahnya. Apa buruk benar perangai tidur kat majlis agama? Betullah. Nak salahkan syaitan? Bukan, aku yang tak lawan nafsu nak tidur. So, my fault. Mudah- mudahan lain kali tak jadi dah. Kalau hadap laptop, segar bugar, tidur pukul 2pagi pun sanggup. Ni yang nak kena sepak diri sendiri ni haha... 

Aku dah jumpa ikan. Bukan ikan yang dah siap siang. Ikan macam kat Msia, cuma bahagian kepala dah hilang. Esok, aku nak masak ikan goreng. Kan best kalau ada belacan atau air asam. Meleleh air liur! Nama ikan, leather jacket. Sumpah tak tipu! 

Wednesday, June 2, 2010

and the results are....

"Ergh, result tak berapa eloklah". First thing aku cakap waktu Najwa bagi balik Linguistic assignment yang dah ditanda. Tak ada alhamdulillah pun. Aku lupa, dulu aku juga yang cakap, "takpelah, ikut effort, kalau dapat C pun dah kira ok". Ironinya, tak dapat C pun. Not even close. Betul, aku nyaris jadi hamba yang pelupa. Lupa untuk bersyukur.

Dulu aku dapat A, aku rasa bangga, aku rasa my hard work had been paid off.Aku lupa, result yang cemerlang, itu aku dapat dengan izin Allah. Naqibah saya cakap, Allah tak tengok result kita tu, sebab Dia Maha Mengetahui. Yang Dia lihat, effort kita, segigih mana kita sanggup buat something tu. Kalau macam tu semua orang yang study sampai 24/7, boleh senyumlah, ada jaminan dia akan jadi pelajar paling cemerlang. But, you know life doesn't necessarily work that way. Ada yang study betul-betul pun, result tak sebagus orang yang study ala kadar. Ada yang buat assignment tak tidur 2 malam, tapi kawan yang baru start buat 12 jam sebelum due date, grade lagi tinggi. Kenapa? this is what we called, UJIAN. Ingat tak konsep tawakal? Dah usaha, ikhtiar, then berserah. Allah nak uji kesabaran kita, nak tengok betul ke kita berserah pada dia, redha baik buruk Dia yang tentukan? 

Oh ye, janganlah gunakan konsep tawakal untuk kita goyang kaki dan expect grade A+++ jatuh dari langit. Tak ada benda yang kita dapat free sekarang ni. Dan, bila mana korang dapat result bagus, jangan lupa bersyukur. Cuba reflect balik, sekali berapa hari je kita sebut Alhamdulillah? Doa sebelum makan, baca, dah kenyang, tak pula nak baca doa selepas makan, ucap terima kasih pada Tuhan. (peringatan pada saya sendiri yang selalu lupa nak baca hehe). Beria- ia berdoa nak benda baik jadi kat kita, bila dah dapat, lupa pada yang memberi. Kita gaduh pasal elaun tak masuk, ye, aku pun, siap condemn orang yang salah bagi maklumat bank tu lagi "huh,sapa lah tu", tapi entah macamana, waktu tu aku yakin sangat Allah pemberi rezeki yang terbaik (tak ingat ayat dari Surah apa, insyaAllah akan usaha cari balik), I think 2-3 days after that, dalam bank, ada elaun sebanyak $XXXX . 

Mungkinlah korang akan cakap, yelah, aku tak perlu risau sebab aku datang lambat, elaun banyak lagi, tapi biasanya lah kan, bab DUIT ni aku memang, ish, laju je nak, tak menyabar- nyabar hehe. Saat aku tanamkan keyakinan yang duit pun part of rezeki yang Allah bagi, hati aku tenang. Sebab tu, kalau nak bersedekah, jangan rasa takut kita akan jadi miskin. Sebabnya, dalam Surah Al-Baqarah ayat 245, Allah dah berfirman, "Barangsiapa meminjami (menginfakkan hartanya di jalan Allah) Allah dengan pinjaman yang baik, maka Allah melipatgandakan gantinya dengan banyak. Allah menahan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nyalah kamu dikembalikan".

 Dan, aku mohon, moga aku tak tergolong dalam golongan orang yang hanya sekadar tahu bercakap je. "(Itu)sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan" (As-Saaf, ayat 3). Moga baik buruknya hidup aku ni, aku dapat redha. Moga apa benda aku kerjakan, aku dapat tawakal. Moga aku dapat istikamah. 

Aku budak baru belajar. Ada salah, sila tegur. Aku mohon, moga apa yang aku tulis kat sini, semuanya berlandaskan niat pada Allah. Teringin sebenarnya menjadi orang yang boleh mengajak orang lain ke arah kebaikan, dan mencegah kemungkaran. Mungkin jauh lagi nak sampai tahap tu, tapi sikit- sikit. Slow and steady. Moga Allah permudahkan urusan kita. 

p/s: post sempoi- sempoi lain- lain kalilah aku tulis hehe

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin