Thursday, July 29, 2010

kenapa aku tulis blog Part II

pernah tak terfikir apa tujuan kau buat blog? Nak famous? Nak cerita semua benda yang jadi dalam hidup kau? atau mungkin sebab kau free sangat, so kau rasa, oklah, blogging pun boleh jadi hobi? Ini rhetorical question. tak perlu jawab. oh, aku tak marah pun. aku tanya je =)

Tengok balik entri- entri lepas when I suddenly came across this one, Kenapa aku tulis blog? Itu post 1 tahun lepas.  Pernah tak bila kau baca balik post lama- lama dulu, suddenly kau rasa, "did I really write this kind of stuff?" Betullah, macam Chris, lecturer EPSY 244 cakap, our perspectives towards life will gradually change from time to time. Itulah untungnya orang yang tulis blog. Dia boleh refer balik zaman lepas dia, dan ambil pengajaran dari benda tu. 

Alhamdulillah, aku rasa, akulah rasa kan, haha, makin lama style penulisan pun makin matang. dah nampak purpose untuk buat blogwalking (cari blog unsur- unsur keagamaan dan kemanusiaan). Seriously, I am amazed when I meet this kind of blogger who can write so well about his life's stories, and at the same time, making us ponder what life is all about. 

Aku pernah try nak berhenti menulis kat blog. payah sangat rasanya. Bukan sebab aku suka- suka nak cerita life aku kat orang, tapi sebab, ini memori aku. bukan tak pernah nak delete blog ni, pergi buat blog baru, siap private, siap jadi anonymous lagi. semua pernah. tapi, yang ni je stay sampai sekarang. macam first love. 

Nak tulis blog, kau kena ada semangat, kena ada cerita, kena ada audience (ini bonuslah). well, kalau nak tulis benda merapu, memang senang, contohnya, " hari ni I masak ikan keli. tengah- tengah masak, boyfriend I telefon. I gayut sekejap je, tengok- tengok ikan dah hangus. Benci la I macam ni" Hah, contoh je lah. *rekaan aku semata- mata* Sebab tu aku admire orang yang dah tulis blog bertahun- tahun ni. Ada je idea nak ditulis. kalau benda tu bagus, bermanfaat, lagilah aku suka. Untuk orang yang SINIKAL sangat tu, yang rasa, apalah sangat tulis blog ni, tak susah mana pun, cuba kau try duduk depan laptop, fikir apa kau nak tulis, and at the same time, menaip. We'll see how long it takes to publish one post. Lepas tu, kita isi feedback form, tengok bermanfaat ke tak post tu. Kalau setakat cerita pasal rumah saya, adik aku darjah 6 pun boleh. 

Aku dah start risau pasal bil followers yang makin ramai ni. apasal ye? serius aku tengah curious ni. Aku tahu, new bloggers ni mula- mula akan kumpul followers dulu, tapi macam aku cakaplah, aku tak follow orang suka- suka hati. So, dalam beberapa hari, aku akan buang gadget followers. Mungkin lagi 2-3 bulan aku letak balik haha. 

balik kampung. balik malaysia. nak ke tak nak.

post ni dah lama nak tulis, tapi tak tertulis pun. Dah Zack baru mention dalam blog, so aku decide nak share this one, for zack and also for people who are in doubt whether to go back or not this summer. 

Waktu aku cakap kat sorang close friend ni, aku tak balik summer, dia bantai gelak. Aku tahu sangat kenapa. Tak perlu gelak, sekadar senyum pun aku dah tahu. Ye, seperti yang setengah orang tahu, aku memang jenis homesick teruk. Lagi- lagi kalau environment tu tak matching dengan environment where I used to grew up in. Living in a city. Yes, aku tak suka traffic jam, tak suka big city, tapi ironinya kalau orang suruh duduk kampung, tak ada internet, maka tak tidur lenalah aku. Contoh terdekat maktab lah.  

Aku sebenarnya walaupun suka dapat duit banyak, tapi taklah sampai tahap jakun tak nak balik Malaysia semata- mata nak pergi fruit picking-dapat-nzd6000-sebulan-itupun-kalau-kau-rajin-lah. Bukan juga sebab ada 2 tahun je kat sini, so aku patut gunakan 4 bulan cuti tu sebaik mungkin, pergi Aussie ke, Tasmania ke, Samoa, Tonga, beli souvenir banyak- banyak- lepas-tu- garu-kepala-sebab-duit-dah habis..Well, kalau orang tanya, aku bagi je alasan aku nak travel, tapi sebenarnya itu bukan main reason aku tak balik summer. 

Laugh at me, tapi aku betul nak didik hati jadi sabar. Aku dah spend 20 tahun duduk dengan family je. Sekolah asrama dulu pun, alahai 20 minit drive je dari rumah. Bukan duduk jauh bermaksud aku nak freedom (zaman nak bersuka ria dah habis dah pun), cumanya aku perlu buat yang ni, aku kena belajar tahan homesick, kena didik hati "ah, apalah sangat 2 tahun tak makan kuey teow kungfu". Fav food aku, tapi mana nak cari kat nz ntah haha. Aku tak nak depent my whole life kat parents aku, sikit-sikit-nangis-nak-balik-rindu-kucing-rindu-rumah-rindu- family. Well, I used to be that person, first few months kat maktab memang suffer habis bila tengok parents' coursemates datang lawat- lawat anak diorang. Ok, jeles habis. Tu menangis tak ingat dunia suruh umi datang juga tu haha.

Aku tak boleh jamin pun aku betul takkan balik summer ni. Maybe, at the end, twist of fate, suddenly tukar plan ke. who knows. Kita merancang, Allah yang tentukan. Tapi, aku pun taknak regret the fact that aku pernah ada peluang untuk rasa hidup jauh, rasa hidup 4 bulan hadap facebook jeles tengok kawan kau syok je update status kata "ikan keli sambal sedap weh", "mak masak kari ayam hari ni.meletop", ataupun "malaysia panas!!", tapi aku degil nak balik semata- mata sebab nak makan. Senior kata, "baliklah, nanti awak boring duduk 3 bulan kat nz sorang-sorang". Senior lain pula kata " stay la nz, balik Msia 3 bulan boring kot tak tahu nak buat apa". See what I mean. Hati manusia, semuanya berbeza. 
 
 Truth is, kalau aku duduk sini 4 tahun, aku akan consider jadi orang pertama beli tiket balik  Msia waktu 1st year. Tapi, dah alang- alang 2 tahun je, jadi marilah bersabar. 2 tahun,  pejam celik, pejam celik, dah nak fly balik msia pun. Ini pun dah bersyukur betul parents nak datang visit, so tak perlulah kot aku balik. Nak spend nzd1000 beli tiket je dah memang tak tercapai dek akal mu ku. 


Sebenarnya, bila kau ada priority contohnya kakak kau nak bersalin anak buah pertama dalam family ke, itu lain cerita. tapi, so far abang aku tak plan nak kahwin pun, kucing aku just fine, atuk nenek sihat lagi, so why not? Just stay <---kata Att pada dirinya sendiri. Tambahnya lagi, "Ini hati aku. Hati kau, lain cerita. Paling penting, choose wisely. And stick to whatever decision you've made. Orang boleh cakap nzd1000 boleh guna untuk makan luar sebulan, ataupun boleh buat tour satu NZ, but at the end, itu duit kau, bukan duit diorang." So, kau nak dengar cakap hati kau ke, cakap orang? Sebab bila kau asyik dengar cakap orang, that's why kau in doubt, kau rasa hesitate nak balik ke taknak. 

Tuesday, July 27, 2010

hormatlah sangat

Mungkin sebab dalam siblings aku memang tak ada guna gelaran "akak abang" jadi, secara automatiknya aku pun tak kisah kalau junior, atau orang lagi muda dari aku panggil nama je. Att. Just nice. Bukan nak jadi muda, bukan nak rasa cool. Cuma bila panggil AKAK, rasa macam terbatas je pergaulan tu, nak gurau pun maybe jadi susah.

Kalau orang tu umur dia 2-3 tahun lagi tua dari aku, yes, aku akan consider panggil dia akak. Kalau dia minta aku panggil akak pun, ok, i'm fine with that. cumanya, benda yang aku paling tak boleh buat, panggil orang yang sama umur dengan aku guna AKAK. I'm not being rude. tak kisahlah orang cop aku apa. That's my way. Seperti cakap adik aku, everyone has different opinions. You don't have to agree with me. 

Aku memang style relax agaknya. Juniors kat maktab pun, jarang yang aku bagi panggil akak. Nama sudah. 1 tahun je beza. yang 2 tahun, macam Munira pun, dah berapa kali ntah aku suruh panggil Att je, tapi dah dia selesa panggil akak, so kita biarkan je lah haha. Won't make any difference, at least, to me.

Aku tahu sebenarnya makcik saudara belah ayah aku ni banyak je duk tegur sebab dalam adik beradik, duk panggil- panggil nama je. Aku dengan abang aku je, ada gelaran along dan kak ngah. Yang lain, ber "WOI, WEI" siap haha. Nak kata diorang tak hormat yang atas? jauh panggang dari pemanggang lah.  Hormat tu dalam hati, tahu? Kalau nak cerita pasal HORMAT, takkan pernah habis. Memanglah affection tak ada siapa pun yang nak tunjuk. Macam aku nak pergi nz hari tu. Ingat aku tak tahulah tu diorang sedih haha. Tapi, semua bajet muka cool je. dah sah- sah aku sensitif, makanya kalau diorang menangis, aku automatik akan meraung. Ok, kidding, kidding haha. Tersentap sikit baca blog adik ke-4 aku. Siap berlabel widget "ALWAYS BE MY SWEETHEART" . See, aku cakap. kalau dia tahu aku baca blog dia, maybe dia akan buang widget tu haha. Cool punya pasal.

Aku paling tak suka bila someone's trying to hurt my family, physically or mentally. Adik lelaki aku kena belasah hari tu dengan seniors kat sekolah. Untung je cikgu nampak. Aku pelik budak sekolah yang nak sangat jadi samseng ni, ataupun macam dalam blog zack, baru- baru ni, ambil gambar, tunjuk middle finger. Nak je aku sergah, macam ni, "Woi, ko ingat aku takut sangat lah tu?"  

ok, sambung cerita. Kalau nak ikut hati aku, memang aku rotan kasi lunyai budak tu. Either way, aku pun akan jadi macam dia. Tapi, bila dah marah, memang syaitan suka. Itu kelemahan aku. Untung je umi sabarkan. Yang abang aku pula, memang panas baran sikit. Lagi sikit je nak pecahkan kepala budak tu <--- dialah kata. Kalau lagi sekali jadi, aku memang suruh report polis. Aku cari budak tu dalam FB, aku tulis nama kasi besar- besar dalam blog ni. So, don't mess with my family. 

Monday, July 26, 2010

jadi kurus ( an advice to a friend)

 p/s: berkurun kot post ni dalam draft. aku nak clearkan draft dulu, baru tulis post baru haha

I never thought that one of the things I despise the most when I was young turned out as one of the things I would constantly be doing nowadays. Yes, aku pernah despise exercise sangat- sangat sampaikan time PJ, aku tak bawa langsung baju sukan, sebab aku tak suka nanti berpeluh- peluh. Melekit badan. Tak pernah pula kena hukum lari satu padang pakai baju kurung, sebab lame excuse aku, "saya lelah cikgu".. fine, takkan cikgu nak juga punish. Naya dia nanti kalau aku mati out of breath pula kan haha...

Aku tak pernah pun lari merentas desa, sampailah kat kem BTN.. itu time aku paling fit. Taklah sampai boleh lari 2.5km dalam 10 minit. Time aku, 13 minit rasanya. Yes, aku memang bukan jenis lari cepat, tapi boleh lari non- stop. Rahsianya, bayangkan kau tengah kejar kekasih hati kau yang nak tinggalkan kau for good haha...ok, kidding, kidding (^_~) Alhamdulillah Allah bagi aku strong determination to finish whatever things I've started. Sebab tu boleh cari kekuatan untuk lose 10kg, untuk let go that _____ years of relationship haha...Sebab tu boleh buat braces though duit macam cukup- cukup makan. Cukup ada niat, insyaAllah dipermudahkan jalan.

Wan Z, aku tahu susah nak lose weight. kau pun tahu tu, kan? it took me 6 months. And, unlike orang lain yang boleh ikut suka makan bila dia nak, I can't. Diet harus strict. Makan malam paling max 2 kali seminggu (sekarang ni aku melantak je malam- malam haha) Gym, everyday. Tak turun satu hari, double exercise untuk esok. Sebab tu agaknya aku boleh lari treadmill 60 minit :) Stamina pun makin elok, naik bukit hari- hari pergi U, alhamdulillah so far, lepas. Tak adalah nak tercungap- cungap macam 2-3 tahun dulu.. I know you can do this Wan. Kalau agak- agak aku boleh inspire kau, jangan malu- malu tanya rahsia kurus haha. tapi sekarang ni, aku naik balik berat. Tu aku lagi gila turun gym tu hehe.. takpe, takpe, dah 48 kg kau orang pertama aku bagitau :)

Orang kata, tak baik cakap "KALAU". Tapi, agaknya, kalau dari sekolah aku start exercise, take care of my own health, maybe aku takkan jadi obese pun. but then, ini kan takdir..mesti ada hikmahnya, mesti :)

Friday, July 23, 2010

kalaulah jawab exam macam ni punya senang

Sebab tak ada assignment, jadi aku jawablah tag. Walaupun aku jenis malas giler haha.Oh, award dia Cute Blogger. Ambiguous sangat ni. Blogger yang cute ke blog ntah haha. yang pastinya, kalau context aku, aku percaya sangatlah blog aku yang cute. tuannya tak pun ;)

#1. what's the name of the blog and why u named it so?
nama sekarang Woe is Me. Sejenis proverb. Maksudnya, "The act of feeling sorry for yourself for no particular reason, save for the fact you have nothing to keep your mind off your past". Nama ni dijumpai di dalam dictionary, dan rasa macam sedap. Jadi oklah. Sebelum ni guna nama "My own personal Insane Asylum". 

 #2. when did you started blogging?
March 14, 2008. Umi yang ajar cara buat blog. Umi yang ajar segala jenis teknologi kat siblings aku sebenarnya. Orang pertama ada FB dalam family pun dia. ouh, ouh, mak aku memang cool haha.

#3. your first follower
Entahlah. tapi antara first readers, adik aku, Kema, Zack, Tina, and anak murid umi, Farahana Ismail.

#4. something for en.azmi
tak tahulah betul ke tak ini nama orangnya. Aku memang ignorant, lagi- lagi kenal kat blog. Kalau tak ada purpose, tak adalah aku nak kenal in depth. tapi ada je dapat several close friends through blog. tapi itu I cerita lain kali. Untuk En Azmi, saya cakap THANK YOU je lah ye. haha.  

#5 next 6 cute blogs:
Aku rasa aku nak tag orang yang aku betul- betul rasa macam kawan eventhough kenal kat blog je, dan untuk betul- betul kawan yang aku kenal ikut blog. tak faham pun layan jelah ye haha..
- Nurul Hajar 
- Nuha Muneera
- Munirah junior TESL
- Zack
- Tina

Tak jawab pun takpe you guys. Serius :P 

Thursday, July 22, 2010

how they learnt

 p/s: sebab malas nak tulis post baru, kita kasi keluar lah apa ada dalam draft hehe

Aku impress giler la dengan NZ education system ni. Taklah semua. contohnya macam pembahagian kelas dia. Tak adanya kelas no 1, kelas paling pandai, ke apa ke. Semua sumbat satu kelas sama. Cerdik ke lembap ke ADHD ke autism ke. Even kalau ada streaming pun, untuk 1-2 lessons je. Kalau macam kelas aku ni, Level 7-8, maksudnya dari umur 11-13 tahun. Kau bayanglah cikgu dia boleh cater different levels of learning abilities. Tu aku respect tu. 

Sebab lantai most of the classes bukan simen, karpet lagi you, so budak2 ni kalau penat, boleh je gi baring- baring. Kalau slow learners, cikgu akan aak duduk bawah dengan dia, while the others do their own work. Independent betul, ada jugak yang duk main lebih haha. Good strategy la sebab budak kan sebenarnya tak boleh duduk lama- lama atas kerusi, nanti tak fokus, cepat je mulut nak pot pet pot pet :)

Diorang tak buat exercise book yang sama. Ikut level lah. And ohh, cikgu dia tak ada nya nak raise voice, rotan ke, apa ke. Just reprimand, atau bagi choice sama ada nak stay silent ataupun duduk kat belakang sorang- sorang.  

Kelakar juga bila campur kelas ni. Kau bayanglah budak kecil, pendek umur 11 tahun, kena buli dengan budak lelaki tinggi umur 13. Menjerit- jerit budak tu, "you are so mean!" haha. Comel giler. Yang tak bestnye, tak ada kantin. So kena bawa lunch box. Makan tengahari, epal, biskut. Kalau aku sumpah tak kenyanglah ahha..

p/s: ok, this is my last entry about my teaching experience. i know, so lame zzz orang pun bosan baca nanti haha 

Tuesday, July 20, 2010

jadi sabar

I admit, aku memang jenis yang kurang sabar. Contohnya bila stuck in traffic jam, atau bila tiba- tiba orang potong queue. Nak berubah ke arah kebaikan, insyaallah. Memang tengah praying hard nak berubah dan stay istiqamah.Tapi, yang satu ni, aku pun tak tahu apa ubat dia. Lepas tu, kalau aku tengah marah, aku memang tak prefer orang nak ajak sembang- sembang ke, nak melawak ke. So, bila aku tiba- tiba je nak isolate dari public, duduk sorang- sorang ke, harap semua faham. 


Aku pun tak boleh tulis dalam keadaan marah, sebab nanti memang nampak sangat aku ni jenis kurang sabar. Berlapang dada apatah lagi. Contohnya, pagi ni, adalah bank ni charge stupid bank fee dia = nzd7.50, memanglah aku meradang. lepas tu aku malas nak layan lagi consultant tu, aku terus letak gagang (nasib baik sempat cakap Thank You, taklah rasa bersalah sangat) Hish. Marah betul aku time tu. Yelah, NZD7.50, unless aku beli barang yang berfaedah, taklah terkilan pun. Ini ntah apa- apa ntah yang dia charge tu. Aku pergi makan kat CINTA pun lepas tau. 

Untung lagi Malaysia ada sistem perbankan Islam. Reject terus national bank tahun depan. . 

p/s: ok, aku dah tak berapa marah sekarang. so aku dah edit sikit post ni. aku rasa macam garang giler waktu first time tulis post ni haha 

Monday, July 19, 2010

ironi hidup yang takkan pernah habis

Situation A
Ironi giler hidup aku. Punyalah hidup aku ber"twist of fate" segala, ada certain orang yang aku rasa aku tak dapat get along with, turned up to be my best friends at the end. Semalam, waktu 3rd year anniversary cohort 1, hampir separuh coursemates angkat tangan, kata AKU lah orang yang diorang rasa paling tak dapat get along with at first, and at the end, alhamdulillah, I became their best friend. AKU rupanya haha. 
-----------------------------------------------------
Situation B
Aku ni sensitif sangat. Birthday orang lain yang disambut, aku lah yang rasa sebak. Itu tak masuk lagi bab bila birthday boy/ girl kena bagi ucapan. Rasa nak meleleh- leleh je air mata. Haha
---------------------------------------------------------------------------- 
Situation C
I suck in making decision. Sebab tu kau kena bagi aku certain time gap untuk aku decide something. Semalam, aku kena pilih antara dua. Dua- dua pun aku sayang. Lepas discuss dengan lagi 2 kawan tu, aku rasa, biarlah masa yang menentukan. Let Allah decides what's best for us. Katalah aku tamak. Aku memang tamak ilmu. lagi- lagi sekarang.
-----------------------------------------------------
Situation D
Dari kecil sampai umur dah nak 21 ni, aku jarang miss tidur lepas subuh. sebab tu aku berat hati nak tidur rumah orang. takut esok pagi kena bangun awal. Sekarang? Kalau kelas pukul 7am pun, boleh dah cakap , BRING IT ON BABY! haha. 
-----------------------------------------------------
Situation E
aku dah main pingpong 6 tahun. Tak pernah aku rasa down main pingpong macam semalam. Siap kena tegur dengan sifu, Joe lagi. Oh, stress tunggu parcel, dalam tu, umi poskan bat pingpong Tibhar. Joe cakap dah 3 bulan aku cakap pasal parcel, tapi tak sampai- sampai lagi. So, aku syak kapal tu terkandas tengah laut haha. 
---------------------------------------------------
 Situation F
Ada benda aku tak boleh cakap in public, tapi dalam blog bukan main. Rugilah mereka yang tak baca blog aku haha. Contohnya, siapa crush aku sekarang. Takkan pernah aku mengaku depan- depan orang ramai walaupun ada. Kalaupun aku cakap, lepas tu mesti aku rasa aku sebenarnya tak suka sangat pun dengan orang ni. It happened like thousand times, so trust me :)
-----------------------------------------------------------------------
Situation G
Aku jarang ada crush sebab selama 5 tahun ni, aku yakinkan diri sendiri dia jodoh aku. Memang aku tak bagitahu orang, dan yang tahu pun my sis and best friend. Benda tak confirm, aku nak jaja sana sini, buat apa. Kalaulah aku tahu apa itu cinta awal- awal lagi. Tak adalah aku bazirkan 5 tahun ni tunggu dia. Let it be the 5 best years of my life.Padanlah tak pantas Allah jodohkan aku dengan dia. Lelaki, macam ni, baik macamanapun dia dengan aku, takkan pernah  aku boleh terima statement berani- mati dia pasal perempuan A. Kau tengah malukan perempuan tu, tahu? Kecil hati dia kalau baca apa yang kau post kat FB. Hah, padanlah banyak je cues suruh aku stay away from him, aku je yang buat- buat tak nampak. CINTA lah sangat. 
--------------------------------------------------------------------------------
Situation H
 Kalaulah manusia tu tahu, dia tak di-couple-kan dengan sesiapa waktu usia remaja sebab Tuhan nak jaga hati dia dari asyik ingat lelaki/ perempuan yang bukan muhrim, mesti berebut- rebut orang taknak couple.
----------------------------------------------------------------------------
 Situation I
Yes, yes, yes, dad is getting better. thanks for the prayers.  Dah masuk syaaban rupanya. lagi 1 bulan nak ramadan. Ya Allah, can't wait. 
--------------------------------------------------------------------------------
 Situation J
pernah tengok cerita 3 idiots Aamir Khan berlakon? Aku tengah rekrut lagi 2 idiots. care to join? Haha. 

Friday, July 16, 2010

And my dear, a special dedication for your 21st birthday.

Walaupun dah hampir sebulan birthday dia, tapi takpelah. macam perlu je tulis dedication ni ni. Haha..

Entah apa istimewanya aku sampai kawan yang sorang tu panggil aku best friend. From foundation up till now. Kalaulah boleh diceritakan rentetan persahabatan tu. Bukannya senang nak dapat best friend macam ni. We went through lots of conflict, rite? Dahlah aku jenis tak tunjuk affectian kat orang, that at one time, she even thought I've forgotten about her. 

The first time we met I was so positive that I won't get along well with her. Sebab aku rasa, " ah, dia ni lawa sangat. Putih pula. Tinggi lagi. Nampak macam happy-go-lucky person". Aku takkan boleh fit in. Tapi, tu lah, macam aku pernah cakap ni semua twist of fate, ada certain orang yang aku rasa aku tak dapat get along with, turned up to be one of my best friends at the end. Ada certain benda yang aku rasa "ah, impossible", jadi juga akhirnya.  

Haih, bila aku tengok balik 3 tahun lepas tu. Ok, ini aku copy paste entri tahun lepas:

kamu ada waktu saya paling perlukan kawan. perlukan sokongan. saya paling terharu bila saya decide nak berubah. hati saya goyah. bayak sangat persoalan. Takut orang tak dapat terima. Satu hari kamu datang. Saya ingat waktu kamu datang, kamu hulurkan satu beg plastik hitam. kamu bagi tudung rupanya. Cantik. Belum ada warna tu pun. Lepas tu hati saya tak goyah dah. Saya jadi yakin. mungkin Tuhan beri hidayah pada saya melalui kamu. I will never forget that moment. Never..

Mula- mula kita berkawan, saya tak pernah sangka kita boleh jadi rapat macam ni. betul dalam hati saya kamu tu kawan yang rapat. Saya memang tak pandai berkawan. Saya banyak cakap je. CAKAP je...tak mahu berhenti. Tapi kamu boleh tahan dengan mulut saya, okay la tu..hehe..boleh tahan masak tak sedap..dan boleh terima saya walaupun waktu tu gigi masih tak cantik. pakaian masih selebet. badan masih chubby. Masih pun..haha..

Kamu dah ajar saya banyak perkara tentang dunia. Tentang saya. Tentang Tuhan. Ya Allah, kau kekalkanlah hubungan kami ini. berilah keredhaan agar kami kekal sebagai kawan di waktu susah dan senang. Berilah aku kekuatan supaya aku dapat kekal menyokong dia. Amin..

"Aku kasihi sahabatku dengan segenap jiwaku. Sahabat yang baik adalah seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas mati. Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang. Semakin ramai sahabat, semakin aku percaya diri. Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur baiknya dalam suka dan duka. Jika dapat, aku ingin setia padanya.." ~(Imam Shafie) dari sahabat untuk sahabat.

Msg kamu yang paling saya suka. Yang saya masih simpan. Selagi kamu itu sahabat, selagi itulah saya akan pegang msg ini. 


Nak jadi rapat, tak semestinya kena duduk satu rumah, belajar satu kelas. Cukup kat hati kan. berbekas selamanya :) And dear friend, I could not be any happier having you in my life. Can't wait for our mini Australian Adventure (^_~) 

 pic zaman muda lagi haha

Wednesday, July 14, 2010

dan aku perlu minta lagi kali ni

Tuhan betul uji hati aku kan. Bila tiba- tiba terdengar berita ayah accident lagi. Mana aku tak risau. time ni lah rasa kan elok kalau aku study dekat je. jauh mana Kedah pun, sedaya boleh aku akan balik. Ni dah kat nz ni, semua kena redha. Tawakal, praying that ayah will recover soon. 

lepas aku tulis entri Impian Sama Ayah tu, aku janji dengan diri sendiri, never will I hurt him anymore. Kau tahu tak feeling bila kau nampak ayah kau terbaring atas katil, bertampal sana sini, dan kau rasa kau nak sangat jaga dia waktu tu, but you just know you couldn't because you are thousand miles away. Kau tahu susahnya nak tahan air mata tu, susahnya nak yakinkan diri sendiri yang ayah ok. Itu ayah sendiri. yang dulu waktu kau sakit, dia yang jaga kau. dan sekarang dia sakit, aku tak ada. aku terkilan. aku betul terkilan.

untuk ayah, you are gonna be just fine. Dan Tuhan, please kuatkan hati aku. 

can't believe it's been 3 years

16 Julai- Macam tak percaya dah 3 tahun sama- sama belajar. Dulu, waktu mula- mula orang informed course ni ambil masa sampai 5 1/2 tahun, serius aku mengeluh. Sebab aku rasa, "ah bosan giler, macam sekolah menengah kot, kena kawan dengan orang yang sama sepanjang 5 tahun ni". Itu 3 tahun lepas. Sekarang, aku boleh senyum dan kata, ini 3 tahun terbaik aku. Aku ada banyak je tahun terbaik sebenarnya haha. But yes, I do learn the actual meaning of friendship from you guys. After all, when I fell down, you stood besides me, you wiped out my tears, you brought joys into my life.

Aku belajar rasa dihargai, aku belajar rasa dikhianati, aku belajar rasa dibenci orang LOL, aku belajar untuk memaafkan orang, aku belajar jadi humble, aku belajar jadi kawan yang lebih baik, paling penting aku belajar hargai sebuah persahabatan. Aku belajar semua tu dengan Cohort 1. Aku ada 2 tahun kat sek agama dan aku tak dapat bina satu ukhwah pun, not even once. Aku ada 3 tahun kat SMK Putrajaya, yes, aku jumpa best friend aku kat situ,  tapi bukan macam ni. Bukan niat aku nak compare, sorry ye kawan- kawan sek men yang baca blog ni. 

Tapi, friendship ni, seriously, I can be proud of it, and several years later I can tell people how blessed I am to have you guys in my life. Yes, kita pernah ada "ups and downs", kita pernah bergaduh macam nak rak, tapi itu benda yang mematangkan kita, yang jadikan friendship kita lagi kuat, kan? Kita nampak si A, si B ubah style rambut each semester, kita nampak Si C, si D jadi makin tembam hehe, kita nampak si E dan si F jadi kawan baik. 

hanya cohort 1 faham cohort 1. Dan, kita 59. bukan 58. Selamanya 59, and don't you ever think we're gonna dump you, or leave you, Mister (^_~)

 

Monday, July 12, 2010

And so, my new chapter of life

oklah. secara seriusnya, sebab dah masuk new trimester, aku pun ada azam baru. Ceh, azam? So not me. Apa- apalah. First of all, aku nak pergi cari banyak lagi blog untuk dibaca. Ye, mentang- mentanglah kelas haven cuti hari jumaat. By the way, Raya kali ni jatuh hari Jumaat. Maknanya, bolehlah pergi sembahyang raya dan melantak segala jenis makanan kat open house. Hati- hati ye, Att ni pantang sikit ada makanan free lagi halal haha..

Oh, blog. Ye, John kata banyakkan membaca. So, disebabkan aku ni memang malas nak blogwalking, kenalah tunggu orang follow blog aku, baru aku jenguk balik blog dia. Kalau best, masuklah dalam blog list. HEBAT lah anda haha. And, this time, yes, John, I'm not gonna be too harsh on you like the last trimester. Kau sound aku main hp kat kelas dulu pun aku dah maafkan. sebab aku dah took my revenge, aku tulis kat evaluation paper, your classes were boring, and your performance was poor. Ok, minta halal ye. 0-0 

Lupa pula. Ye, azam. This time nak jadi super duper rajin. Tak nak skip class dah, tapi seperti biasalah, aku rasa cool kalau aku dapat ponteng class even sekali haha. ish ish ish. Taknak tidur, ye, itulah niat utama. Paling penting, taknak termenung panjang ingatkan bf kucing. Eh, kucing pula :P Tak nak trick lecturer konon- konon aku fokus dalam kelas padahal aku tengah fikir bila la nak habis kelas dia ni. Mind you, I'm pretty good in doing that. 

 Ouh, beli buku baru lagi nampaknya. Sampai siap order buku dari UK ok. Ah, nasib baik ada visa credit card. Ini baru credit card real. Pantang nampak clearance sale betul, mula gatal nak swap card sana sini. Salah sales aku la ni :P  Well, well, well, EPSY 244 tak ada textbook, so YEAY me. Ahh, love this feeling. Guna e-library je tau. So canggih. Oh, untuk orang yang sangat suka rojak BM+ BI, at least janganlah obvious sangat macam statement ni, " so tall la this pokok". ini caption picture aku, tapi ade je orang tulis macam ni punya annoying. Aku pun suka letak "-lah" kat belakang juga, suka code switch juga, tapi silalah beragak ye :) 

ahh, rasa macam baru semalam jejak kaki kat NZ. dah 4 bulan rupanya. Lagi 1 tahun 5 bulan je lagi att. sabar ye, sabar. Emm, assignments ni harap- harap la mencabar senang. Ingat nak tukar WRIT 251 sekali. Senang mencabar sangat. Haih ;p

Aku dah jual specs Roxy kat TradeMe. bergaya bukan main, pakai punyalah buruk. tak sesuai dengan muka I hehe. Siapa nak beli angkat tangan. aku kasi description nanti. Alah, aku tahu takde orang nak beli pun haha.  

p/s: haih, kenapa students lain start trimester next week? Darn! Tak marah pun actually haha. 

Sunday, July 11, 2010

Winter Break- ski trip


I didn't realize I love holidays too much until last night. That's when I started to look at my so- called journal, and yeah, I've never been at home more than 3 days during the breaks. Starting with Rotorua, Auckland, then Mt Ruapehu, next Aussie and last but not least Christchurch. Well, I was certainly glad that I joined these trips, and hopefully Allah bless them. 

Ok then. back to my ski trip. My very first experience playing with the snow. It was A.W.E.S.O.M.E. Best betul dapat slide atas ice, buat snowman, baling- baling snow kat orang lain. Punyalah jakun. Rupanya snow ni macam ais dalam fridge rumah kita je. tak ada beza pun :P

First time travel tak tidur straigt sepanjang perjalanan. Dah kena jadi co- driver kan, apa nak buat hehe. Paling best sebab dapat jumpa kawan baru :) Ahh, I love this feeling. Takdir yang menemukan aku dengan members dari IPTI, dengan senior kat sekolah dulu. 

Ski trip 2010 in memories. Insyaallah, I'll be back, with umi and ayah. Can't wait for December. Oh kenalah start menabung dah hehe...

  

Friday, July 9, 2010

Trip to Auckland ni aku namakan sebagai Girls just wanna have fun. Kenapa nama tu? sebab sebenarnya, akulah tukang bawa beg tu ke hulu ke hilir. Dalam album FB pun, banyak je gambar beg tu haha. Plus, we certainly did have fun in Auckland. But mind you, kitorang bukan sekadar pergi nak cari hiburan je. See, kitorang banyak pergi taman- taman kat auckland coz nak menghayati kecantikan alam ni eceh, supaya kita semua akan rasa lebih dekat dengan Tuhan Maha Pencipta. Tak percaya? Hah, meh tengok gambar..

 semuanya berlatar belakangkan alam ehehe..see, I told you. Aku lega jugaklah Auckland ada tempat- tempat macam ni, sebab kalau kat town dia dah macam KL. ish, tak boleh. tak suka. haha.. Apa je yang best pasal Auckland? Uih, makanan dia la. terbaik. banyak tempat makan halal. so apa lagi? aku makan pizza, kebab, aiskrim semua dua kali. punyalah syok hehe..

 semua pun licin

 oklah, sebenarnya banyak je benda aku nak cerita. tapi Zack dah cerita, so tak payah aku ulang- ulang benda sama, so korang pergi la jenguk blog dia. ok, ok, ok??

p/s: ini auto publish. aku kat Mt Ruapehu sekarang, ski trip. sakan kan aku jalan. giler duit pun banyak habis hehe.. takpe, bila lagi =) 

Wednesday, July 7, 2010

cakap pasal BERSATU 2010


Tak rugi pun datang Auckland. Worth that 12 long hours on the bus. Terkilan sikit sebab sempat tengok 2 games je, futsal and takraw. Tapi, wa cakap sama lu lah, terbaik la team WMSO. aku tak kisah pun suara sampai hilang semata- mata nak cheer for them. Wa cakap sikit je la, lu kalau nak jadi referee, biar ada knowledge sikit boleh tak? pastu linesman tu, takyalah letak awek- awek. Lagi- lagi game takraw. pedihla mata wa bila dia duduk silang- silang kaki macam model pula. Lu nak amik linesman biarlah yang tough beb. yang mata tengok garisan, bukan tengok players tu. Players dah hensem, mana dia tak tergugat haha. 

Ok, macho tak guna wa lu? Haha. sumpah la aku bengang beb. aduaii. jadah apa ref nak kasi point pun kena tanya kawan sebelah. Tukar la wei next year. pastu events sume patut ada back up plan la kalau hujan. Ni last minutes barulah nak pindah venue segala. Yang players oklah, ada bus. Yang supporters nya, tunggang langgang nak cari venue baru tu area mana, tambang berapa. Tapi takpelah kan, dimaafkan. At least, event ok, lancar, so congratulations untuk organizers and Aucklanders.. takpe, aku tak ban BERSATU 2011 pun. Ada rezeki, kita datang lagi. Heee...

Special thanks to Adibah sebab tumpangkan kami dengan Zack, kot-kotlah ampa baca blog kami kan.. hehe. sorry susahkan ampa 6 hari tu. halalkan ye mana yang terlebih terkurang. Ukhwah fillah.
To team WMSO, congratulations OKAY! lagi lagi to my dearest cohort 1 yang join games, you guys are the best and you certainly did make us proud! 

Sunday, July 4, 2010

cakap pasal auckland

I am so grateful that I've made the right decision to go to Auckland this winter break. Lagi bersyukur sebab aku pergi dengan zack. geng satu kepala hoyeh sana sini. Haha. dan seperti biasa, kalau kat NZ ni, aku banyak cari taman- taman je, sebab ada oak trees, pine tress, yang buat kau rasa So Oversea :p 

Tenang- tenang Auckland pun, tenang lagi Welly. Sini kereta banyak. Town crowded, banyak Chinese je. Caucasian tu boleh bilang dengan jari berapa banyak kali terserempak. Haih. Weather pun tak serupa winter. Panas terik. Aku sampai sunburn la duk sini. Tapi yang best nya, makanan halal sangat senang. depan HUIA pun ada kebab halal. Tak masuk lagi kat Queens St tu, pizza, dia, ya Allah. sedap. puas hati dapat makan pizza ayam.

Duduk kat HUIA, bilik dibah. Kawan Z. room no ____ hehe. Sangat friendly. Feels like home pula. Ok, not really in the mood of blogging right now. tak sabar nak balik welly hihihi
 
                                                        entrance Cornwall Park :)

Friday, July 2, 2010

style kita belajar kan berbeza

 p/s: auto publish, at least time cuti ni korang ade la something nak dibaca kan? haha

Aku terkilan sebenarnya bila orang pandang sebelah mata je niat aku nak belajar Spanish/ German next year. As if, tak ada benda lain nak ambil. Aku mengaku, aku bukan kaki baca buku- buku tebal ni, nak jadi bibliophile jauh sekali. Tapi, dah ini minat aku, learning languages. Kau dengan minat kau, aku dengan minat aku. Janganlah nak tegah, cegah aku ambil spanish smply because subjet tu, according to your opinion, tak ada relation pun dengan nak jadi teacher. Ada sebenarnya. See, kalau aku belajar spanish, it would become my third language. Dengan basic spanish yang sikit tu, aku kena belajar this language in depth. This way, aku boleh faham kesusahan anak murid aku nanti yang belajar English esok- esok. Supaya aku boleh belajar macamana nak cater their needs, what acticities suit them the most, etc, etc. 

Kau tengok dalam konteks pemikiran kau je beb. Serius. Pak Atan pun sama, duk buat muka je bila aku nak ambil course ni. tak habis- habis dengan EPSY dia tu. Aku tak suka epsy, aku tak pergi condemn pun orang yang ambil paper ni. aku siap respect lagi orang yang ambil paper ni diorang sebab boleh tahan belajar pasal philosopy and teories segala. Aku bab- bab ni, aku agresif sikit. Kalau aku tak setuju, aku nak suarakan pandangan aku. Bila aku nak voice out, lepas tu orang tak nak dengar, aku serius jadi meradang *semuanya sebab tahap kesabaran aku tak tinggi sangat, tapi itu pun cerita lain kali*.

Ok, dah lupa dah apa nak cerita tadi. Let see. Aku dah lepas zaman belajar semata- mata untuk dapat grade A, stars blink blink kat paper tu. Yes, kalau boleh memanglah nak A, tipu kalau aku cakap aku tak nak. most importantly, aku datang belajar kat sini, bukan sekadar nak pass exam, bawa balik degree,  but to learn on how to become a better human. Tak kisahlah tujuan kau apa, tapi matlamat aku nak jadi cikgu yang baik, bukan sekadar balajar teori, tapi balik Msia tak apply satu apa pun, or whatever. 

Benda ni aku minat. Aku rasa aku boleh excel in it. Aku rasa puas belajar, aku rasa enjoy, aku rasa GIMME MORE! Aku taknak esok aku regret hidup aku, jadi pelajar yang paling bertungkus lumus buat assignments, tak tidur malam study, dapat grade bagus, tapi kat dalam, sengsara habis. Depressed. Itu bukan aku. Kau bukan aku, jadi jangan samakan style kita belajar. 

Oh, definition of enjoy. Bukan hu ha hu ha pergi clubbing, smoking, buat benda yang teenagers rasa, oh I'm cool. Bukan. Enjoy bagi aku, rasa gembira, jadi bahagia. Aku belajar English, aku enjoy. Aku suka mengemas, aku enjoy jadi cleaner. Oh, kau tak rasa aku cool?? as if I care..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin