Sunday, August 22, 2010

Mini Australian Adventure

I'll be flying to Aussie less than 24 hours. Akhirnya lah kan. Beli tiket punyalah semangat, dari bulan 4 lagi. Moga Allah redha perjalanan kali ni. Jalan lagi Att ni hehe. Syukran pada Aliah dan semua housemates yang sudi tumpangkan kitorang. Hanya Allah yang dapat membalasnya.

I call this trip "Mini Australian Adventure". Start dari Sydney 3 hari, then Melbourne 4 hari, and Christchurch sehari, back to Welly on 31th august. Ah, sempat celebrate Independence Day la nampaknya :D Wah, mesti banyak duit habis. Mesti penat giler. Dan harap- haraplah bukan sekadar pergi untuk have fun je, tapi dapat ambil pengajaran dari trip ni. Like I said, moga Allah permudahkan urusan.

Pergi pula dengan kesayangan saya. Lagilah I like.like.like. Siapa lagi kalau bukan Farah Haris, Adawiah and Izatul. Thanks u guys sebab sudi teman. Dan minta maaf sebab asyik change plan je, anyhow gembira dapat travel sama- sama. 

Ouh,ouh Stafford House apt 0--- tak ada penghunilah 3-4 hari ni. Dua- dua housemates pun berjalan juga. Ain pergi Auckland, alhamdulillah sempat wish goodbye tadi. Izati pula pergi dengan kesayangan saya jugak, hehe, Tina, Aishah, Wanie. Khai and Lily pun ikut. Shud juga. Oh, gembiranya hati.

Barang tak habis kemas. Boleh pula aku pergi kerja lagi hari ni haha. orait. orait. so kena pergi dulu. well, pray for my safety. take care. and have funnn XD 
 
p/s: sya, nanti datanglah visit ye hehe. And Hajar, can't wait to see you.  

Thursday, August 19, 2010

refletion 2 minggu ni

kalau nak ingat satu- satu jenis rejection yang aku terima tu, memag dah tak tercapai dek akalmu ku. Berderet unsuccessful job application kat profile SJS tu. ouh, btw, SJS tu Student Job Search kat NZ ni. aku memang rely kat webpage tu je. TradeMe banyak untuk full time, tak dapat den nak menolong haha. 

Call me nerd. tapi aku betul rasa usaha tu tangga kejayaan. Allah takkan sia- siakan segala benda yang kita buat untuk kebaikan. Starting with one job, then comes another. Alhamdulillah. Minggu ni je ada 2 one off cleaning jobs. Duit tu, insyaallah semua untuk umi dan ayah nanti. Takpe tak dapat kat aku. Apa sangat duit aku berbanding duit diorang guna untuk besarkan aku selama ni. *ni nak bergenang air mata ni*

Test EPSY 244 dah habis. aku sebenarnya betul teringin nak suka course ni, tapi apakan daya. untuk orang yang malas belajar teori- teori tentang akal manusia ni, inilah jadinya..haha. Eh, dh cerita belum aku tertidur waktu jawab test. ended up bangun tengok paper berconteng bukan main haha. keluar awal sebab dah tak tau nak tulis apa, btw soalan no 2 first part tak jawab. sangat brilliant. Nanti result tak ok baru padan muka Att ;p

Preparation ke Aussie dah hampir selesai. Book shuttle, check. Visa, check. Convert duit, check. Accomodation, check. tinggal nak masuk baju dalam begpack je. siap beli begpack baru lagi tu haha. semangat giler. Ouh, ouh, aku call Myhall Melbourne 2 kali kot dalam seminggu suruh orang tu proses permohonan aku cepat- cepat. Peduli apa first come first serve haha. ish ish ish

Hah, famous dah aku sekarang. ceh, masuk paper je kot. Salam perantauan Berita Harian 17hb august. yang kat Msia tu silalah check ye haha. Ini nada autokratik ni. Lupa pula nak wish Hari Raya. tapi takpelah yang penting muka I ada. sorang- sorang lagi gitu (^_~) Thanks Hajar. gembira awak bagitahu. saya rasa kita ni memang berjodoh jadi kawanlah. like banyak banyak kali.



Wednesday, August 18, 2010

worth waiting for

the long awaited parcel. at last. akhirnya. 4 bulan tunggu parcel sampai weh. worth waiting for. lengkap. tak ada kurang pun. belacan takde. nasib baik bukan a big fan of shrimp paste haha. Baju Liverpool pun ayah pos. I like banyak- banyak kali. Esok berbuka dengan sirap selasih, sedapnya. Ada barli juga, tapi tak minum barli. so ingat nak sedekah kat orang, boleh kan ayah? hehe. Pastu ayah dan umi bagi cenderahati, tupperware dengan buku ♥♥
 ouh, serius rindu handwriting umi

 perencah dominate 3/4 dari isi kotak. So, lepas ni sedaplah sikit nasi goreng I tu haha. Ada tepung cucur, tepung pisang goreng sekali. Ini yang harus cari pisang ni. Cili kering dengan kacang diimport khas untuk raya, nak buat kuah kacang punya pasal. Nak cili Msia je Att ni haha. Ikan bilis untuk masak nasi lemak. ceh, macam tak ada kat Asian Market je. Bihun 2 bungkus, agak-agak tahan untuk 2 tahun tak eh? ouh, umi tak pos kuih- kuih raya, dodol, mahupun bahulu sebab aku tak makan sangat benda- benda tu. tak minat, kata lidah Att haha

 ada papaddom siap. ain cakap, pemikiran aku ni advanced sebab boleh minta benda yang orang tak terfikir pun haha. agak- agak kau akan suruh mak kau pos selasih tak? hah, itulah maksud aku ;p

last sekali. yang ditunggu- tunggu. Tibhar kesayangan. Ah. bolehlah match pingpong hari- hari lepas ni. Haha. Ada 6 bola siap. Tak perlu dah pakai cap ayam lepas ni. Lega. Ubat gamat pun ayah pos. itu lah berlagak punya pasal kata kt nz tak cool ar pakai minyak gamat kan. haha. 


Aku serius rasa loser giler sebab copy paste je dari facebook entry kali ni. haha. malas nak update punya pasal.  haha. takde nya aku kisah. followers tak ramai so traffic tak banyak pun aku relax je :P

Friday, August 13, 2010

jadi sederhana

sebetulnya, nikmat berbuka tu masih lagi dengan family..ouh, boleh survive ke saya di NZ? huhu.. ini entri satu tahun lepas. Puasa, tarawih, baru rayalah , Sedar tak sedar, itu lah yang aku tengah buat sekarang. Aku betul ingat susahnya puasa tanpa family. Alhamdulillah, Tuhan kuatkan hati aku. Tak ada nak berlinang air mata waktu sahur ataupun berbuka. Tak adalah rasa nak balik Msia semata- mata nak tarawih kat surau hijau kat BPJ tu. Tak ada nak bising- bising nak makan mewah macam dulu. Betul, Nz ni didik hati aku jadi sabar, jadi sederhana.

Kat Msia punyalah disogok ramadhan tu dengan bazaarlah, dengan mercun, raya paling penting. Kat sini, kau tak ada benda tu. Barulah nampak apa tu Ramadhan, apa tu puasa. BESEDERHANA. aku paling gembira sebab ini first time sambut ramadhan dengan checklist amalan bulan ni. Bersahur tak hari ni, infak tak, bergosip tak. in a way, mengingatkan kita untuk lagi beramal. Tarawih pula, ok. Alhamdulillah Tuhan bagi kelapangan nak turun sembahyang jemaah, walaupun assignment waktu tu tak start apa lagi.

ouh, assignments. Alhamdulillah, siap. 2 hari tak tidur lena (tipu habislah) haha. Stress? biasalah. last minute buat kerja. rasa nak menangis? adalah sikit. tak teruk macam buat Alin201 punya micro teaching. itu memang kasi berderai air mata haha. "so sorry sebab bila kakngah nak nangis, umi tak ada bersama. Insyallah try ur best. You can do it" <---- motivated betullah umi ni. mesti dia sedih kan tak dapat beraya dengan aku tahun ni. Aku macam cool je haha. tengoklah time raya dengar takbir nanti boleh cool lagi ke tak :)

Aku tak bangun sahur hari ni. Tak dapat, actually. Tidur lambat. alarm clock tak dengar langsung. punyalah semangat I masak pukul 2 pagi semalam. ayam goreng dengan sayur campur masak cincai lagi tau. overall, aku suka puasa kat sini. Aku expect puasa hari pertama mesti tacing giler. tapi, serius, tak sedih apa pun. siap boleh gelak- gelak pasal Ain tak sabar- sabar nak buka puasa, 5 minit sebelum tu, dah siap gaul nasi dengan lauk lagi haha. Mind you, bukan aku tak sedar diri, bukan aku tak ingat family, it's just that Allah has choosen us to celebrate Ramadhan in NZ for a valid reason that He knows we can handle and cope with it (Noreen, 2010). I can cope with it, I know that, because I feel the presence of Allah besides me. Aku nak selalu rasa macam ni. 

p/s: salam aidilfitri semua tu, aku hantar hari- hari terakhir sebelum raya, taklah jenuh parents nak beli paper hari- hari kan. Haha. 

Monday, August 9, 2010

ahlan wasahlan ya Ramadhan

I'm being unfair right now. Aku tahu ada lagi 2 critical assignments kena hantar, tapi boleh lagi post entry baru. Betul, aku mesti menyesal malam Rabu nanti haha. Patutnya, time ni la kena pulun segala. Tapi, bacanya pun tak lagi. Die die die.

Aku jadi unfair sebab aku lebihkan Facebook dari assignments. Lebihkan nak main Restaurant City tu. Lebihkan blogwalking. Lebihkan buat part time work, balik rumah penat tak ingat dunia :p
haih. 

Dah nak ramadhan rupanya. teringat sahur sama family, kan. Sama housemates. Tapi, alhamdulillah, dapat merasa puasa kat tempat orang. dari kecil lagi punyalah jakun nak puasa kat oversea (dulu ingat nak puasa waktu winter kat UK, ada snow wuyoo haha). Moga dapatlah aku didik nafsu, hati, jadi baik sikit bulan Ramadhan ni, dan untuk bulan- bulan seterusnya. Moga niat puasa kali ni, bukan sebab tradisi, tapi semata- mata kerana Allah. Yelah, kat Malaysia dulu puasa sebab nak raya, nak beli makanan kat bazaar. memang elok sangatlah kau duduk sini Att.haha. 

Harap kali ni dapat khatam Al- Quran. dulu khatam juga, tapi tak pernah berbekas kat hati. Yelah, dah main baca je. Kali ni baca dengan tafsir, mudah- mudahan lagi berkat. Lagi faham. Moga dapat bangun qiamullail, dapat kejar malam Lailatul Qadr :) Nak kurus juga. Uish, kena tegur tadi dengan najwa sebab dah tembam. aku perasan sebenarnya, tapi duk self- denial, itu yang makan je kerjanya haha. niat memang kerana Allah, tapi tak bermaksud kita tak boleh sihatkan badan kita waktu ni kan.  So, nak aim 5 kg!!

Ada satu benda aku betul- betul nak buat sempena Ramadhan ni. Harap- harap dapatlah berhenti bergosip, marah- marah, kurang sabar, dan sebagainya. Kadang- kadang rasa penat sebab kekhilafan diri sendiri. Penat sebab perangai buruk aku menyusahkan orang, buat orang kecil hati, etc. So, sempena Ramadhan ni, minta ampun ye. Manalah tahu tak sempat nak raikan Syawal. Moga Allah redha. 


Dan untuk semua umat Islam, selamat menyambut bulan Ramadhan. Yang kat Msia tu, silalah jangan tag nama aku kat pics makanan korang beli kat bazaar tu, I tangkap leleh nanti haha. Ahlan wasahlan ya Ramdhan. Selamat beramal!!

Saturday, August 7, 2010

tak perlu ditanya

tak perlu ditanya apa yang jadi dalam entry penuh emosi yang lepas. Not worth talking about. Seperti aku pernah cakap, aku tak pandai control perasaan marah aku. That's why terhambur dalam blog. 

Minggu depan bakal jadi minggu paling busy. 2 assignments. Ingat nak settlekan semua minggu ni, tapi tak sempat juga. Banyak hal nak kena urus. Dengan kerjanya, nak urus Vicmuslim sport event, meeting with Dr Irina regarding her research, Rugby Night lagi, hmm. Tak baik mengeluh. Ini baru sikit. Ini baru student Tesol. Tengok course lain mesti lagi hectic kan. Ah, tapi yang course lain tu tak payah lah pandang course kitorang ni sebelah mata. Memanglah banyak masa free, tapi level assignment tu tak kurang susahnya dengan yang lain.

Ouh, aku rasa emosi jadi tak stabil sebab Freakanomics. Pernah baca? Aku suggest siapa yang nak improve vocabulary lagi, bacalah buku ni. Tiba- tiba terasa pandai haha. Tapi, serius, buku ni best gler. 56 pages, apalah sangat *padahal aku baca sampai tertidur kot* Well, ini semua sebab research Dr Irina, aku jadi participant dia. Punyalah nak dapat voucher free $50. Hari tu join research pasal TradeMe, dapatlah voucher $20. So, save lah sikit perbelanjaan I untuk bulan ni :)

Hmm. nak tulis benda lain sebenarnya. tapi takpelah lain kali. Lagi 2 minggu nak pergi Aussie dah. Can't wait. Siap beli bagpack lagi. Minta- mintaklah Myhall Melbourne tu approve application nak duduk situ, walaupun agak lewat hantar. Nak backpackers, sah- sahlah macam tak mampu haha.

Orait, siapa nak pesan souvenirs dari Oz? Boleh start bagi nama, DUIT sekali haha. Kidding, kidding :) 
 

Thursday, August 5, 2010

itulah masalah blogger ni. semua benda pun nak cerita

 masalahnya dalam blogger, semua benda pun nak cerita. tak salah pun kau datang depan- depan dan bagitau orang tu sendiri. tak salah. lepas tu, kalau benda tu bukan isu kontroversi, tak perlu hebahkan as if benda tu besar sangat. faham, Att? faham dah kan. kot- kotlah kalau kau nak aim entri tu kat orang lain, kawan sendiri terasa. so, jaga- jagalah sikit cara penulisan kau tu ye Att.

at the end, aku je lah yang salah..aku. memanglah, aku kan bukan perempuan sopan. compare aku dengan perempuan lemah lembut, suara bila bercakap dengar tak dengar, orang point terus kat aku la, aku yang jahat, aku yang mulut laser segala. at the end, akulah. fine.  
  

Monday, August 2, 2010

bila cakap pasal friendship

It's hard to define what friendship really is. Ada orang kata, kawan susah senang, ada yang kata, yang berani kutuk kau depan- depan instead of cakap belakang, ada yang kata kawan tu orang yang boleh terima baik buruk perangai kau. Sampai satu tahap, aku rasa, kalau nak measure friendship based on the criterion, makanya aku memang sah- sah tak ramai kawan. Aku yang tak baik, aku yang tak layak. Ini aku cakap betul. Bukan supaya orang kata, " eh tak, kau baiklah", or whatever. 

Bila kawan sendiri luahkan perasaan sedih kena pulau, rasa macam tak ada orang kisah pasal dia, serius aku pula yang tacing (touching hehe). Sebabnya aku pun pernah rasa benda yang sama,. Aku rasa setiap orang pun, banyak mana kawan dia ada, dia akan sampai satu tahap yang mana dia akan rasa lonely sangat. 

Orang nampak aku macam happy-go-lucky je. Yang mood swing tu memang tak boleh tolong lah kan. Orang nampak macam banyak je kawan. sleepover rumah orang ni hari ni, esok rumah orang tu. Tapi, nak dapat this kind of friends, orang tak nampak apa yang aku went through. bukan, bukan aku nak cakap pathetic nya hidup aku ni. tapi, itu realiti dia. Kau pernah rasa tak, kau kena try hard to become someone's friend? to at least belong to a group? 3 tahun, 5 tahun kau try, still, takkan pernah kau jadi kawan dia?

kalaupun ini 3 tahun terbaik aku, takkan boleh aku cakap itu semua happy moments. ada sakit. ada menangis. ada rasa macam nak pergi jauh- jauh dari hidup orang tu. ADA. apa yang buat kau stay then? Sebab teruk macamana pun hidup kau waktu tu, kau kena ingat, mesti ada orang yang sayang kau. mesti ada. dan, biar, biarlah satu dunia tinggalkan kau pun, kau ada Tuhan. Kau ada family. 

Aku jumpa bestfriend aku waktu umur 16 tahun. dan selama 15 tahun sebelum tu, betul aku rasa macam aku tak punya kawan (sebab tu aku rapat dengan adik- adik aku, tapi itu aku cerita lain kali hehe). Dan nak jumpa kawan yang baik macam sekarang ni, aku kena tunggu 20 tahun. Dan, bila kau dah jumpa the right ones, kau rasa berbaloi, kau tunggu punya lama. kau rasa, BERBALOI. 
 untuk 5 tahun jatuh bangun aku, thanks for being there. Kita kawan bukan sampai mati je tau, kita kawan biar sampai syurga 

p/s: bila dah sampai 3,5 tahun kau try jadi kawan dia, tapi dia buat dek je, aku suggest kau move on la. bukan dia tak baik, bukan kau tak baik. cuma kau memang ditakdirkan bukan jadi kawan dia. 

Sunday, August 1, 2010

jadi cleaner

"...Dan sesungguhya Allah adalah pemberi rezeki yang terbaik"  - Al Hajj:58

Right on time jumpa ayat ni. Betullah Al Quran tu warkah cinta dari Allah. Allah paling tahu apa ada dalam hati aku sekarang. Umi dengan ayah, kalau tak ada aral melintang, nak datang NZ akhir tahun ni. which means, I need to earn some money for our road trip (aucland to welly). Kalau nak ikut, boleh je ayah aku yang spend duit dia. Tergamam kejap bila adik aku sebut amaun duit dalam bank ayah. Inilah hasil orang berjimat cermat agaknya. Nanti aku post entri baru pasal benda ni. 


 nampak gambar tu? berapa banyak kena reject. tebal sungguh muka nak call SJS, minta kerja lagi. tapi, usaha kan tangga kejayaan. Alhamdulillah, dapat pula satu kerja ni. Truth is, aku kerja one- off cleaner kat rumah orang for 6 hours long. Kau bayanglah betapa kejangnya otot kaki tangan lepas tu. Gosok jangan tak gosok memang sesuai sangatlah nak menggambarkan kerja aku dan izatul waktu tu. Untung izatul ada, taklah bosan sangat buat kerja. Alhamdulillah, bos dia baik, siap bagi kitorang solat kat rumah dia lagi. Waktu kitorang nak balik, of course la dia kena bayar gaji kan. That's my turning point. Rasa nak nangis je. bukan sebab kena marah. tapi, sebab aku realize something. 

Dia bagi nzd105 je. Tapi, duit tu. Ahh. Bila kau kena kerja keras untuk dapat benda yang kau nak, baru lah kau akan lebih appreciate benda tu kan? baru kau realize susah payah parents kau cari duit siang malam nak besarkan kau. Baru sedar betapa selama ni sebab governement yang bagi elaun, aku joli sakan tak ingat dunia. Bukan aku nak suruh orang cintakan duit, bukan. cumanya, ini kesedaran aku. takkan boleh aku nak spend duit gaji tu untuk benda tak berfaedah. insyallah selagi boleh simpan, aku akan simpan. 

Aku sebenarnya rasa dah sampai dah masa aku yang kena support parents aku. walaupun tak kerja lagi. So, ini je lah yang aku dapat buat. kerja keras- keras (hehe), simpan duit tu, biar diorang tak payah risau nak tidur kat mana, duit flight macamana, apa ke. takpe, biar kali ni aku suffer. janji parents aku bahagia :) 

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin