Tuesday, September 28, 2010

becoming 21

A day to remember. Alhamdulillah. Dah 21 tahun rupanya. masih muda, ye. Terasa muda lagi, mind you. haha. Secara sahnya, dah boleh mengundi. dah boleh memandu kat NZ. bak kata Chris, you become an adult at the age of 21. Tapi, nikmat hidup bukan pada dapat mengundi, dapat driving sana sini. bukan.

pertama- tamanya. Alhamdulillah untuk nikmat nyawa yang Allah bagi. Moga dapat terus perbaiki diri untuk tahun- tahun akan datang. Keduanya, terima kasih untuk parents yang dah lahirkan dan besarkan sampai sekarang. Untuk semua jenis didikan, dan segala bentuk rotan, alhamdulillah, jadi juga orang.Ketiganya, untuk family di NZ ni, Cohort 3.1, makin hari makin sayang. Keempatnya, untuk semua jenis kawan, dari sek rendah sampai maktab, thanks for the wish. Kelimanya, thanks pada kawan- kawan dari australia, brunei, walaupun kejap je jumpa, tapi berbekas kat hati. sayang kerana Allah. terima kasih untuk hari ni. ♥♥

For the past 21 years, Allah has granted me everything that I wished for. It took time, but at the end, I have a beautiful family, a beautiful friendship, beautiful friends. And a beautiful life. Yg ada waktu jatuh bangunnya aku tu, masih Allah. What more could I ask for? *I was lifeless and He brought me into life, and to Him I will be returned* 

 a cake, from my sis. how aweful. yet, I'm loving it =)

Monday, September 27, 2010

she's coming =)

I received a major news today. Good one. Miss Sim and Madam Ng are coming to town. Do you know who Miss Sim is? She's one of my beloved lecturers from Ipsah. Love.love.love =)

Terus call Miss Sim lepas dapat berita tu. Terkejut, excited. Tak sangka. Hari tu memang doa- doa pun Miss Sim yang akan datang jenguk kitorang kat Welly ni. Niat kat hati ni memang banyaklah. Nak bawa dia jalan- jalan, masakkan rendang ayam, buat kek batik. Nak jamu habislah. Minta-mintalah dia duduk Stafford. Hari- hari akan ku ketuk pintu bilik dia haha..

Ouh, bukan setakat excited sebab lecturers nak datang je. Sebab.... dah beli DSLR. Yahoo. like, finally, kan. Dah dekat 4 bulan kot duk bising nak DSLR. ini walk the talk namanya. Bukanlah beli sebab nak nampak cool pun. seriously, teringin nak dapat high quality pictures je. Tak lebih, tak kurang. So, there you go. Peduli apa duit gaji habis beli dslr. haha, yang penting, PUAS!! *tunggu kena makan maggi barulah menyesal kot ahaha*

Ahh, assignment dah submit semua. how wonderful the feeling is. Walaupun rasa macam sampah je assignment kali ni, takpelah. salah sendiri. orang lain buat research bertahun- tahun, berbulan, aku? 2 hari je. Haha.  Dah pujuk diri sendiri awal- awal, jangan merungut kalau grade tak bagus this time..

Contest raya sakan? ah, 2 hari lagi. tak tau nak tulis apa sebenarnya. tapi semangat nak dapat chocolate. minta yg milky bar punya boleh tak zack? haha. dan dan je, macamlah menang =) ouh, lupa nak cakap. Alhamdulillah. ada dapat lagi 2 kerja. haha. tamak, yes I am. lagi-lagi bila tengah miskin ni (^_~)

 My very first DSLR, named Drew. This is how Drew should look like *please jangan tanya asal nama dia Drew* :)

Thursday, September 23, 2010

how I celebrated my eid


Macam biasalah, kalau ada assignment je, mesti rasa miserable giler hidup sekarang. Tapi, takpelah, at least, I've got something to keep my feet on the ground. The open house was a success. Ouh, it should be open houses. One was organised by Staffordians Cohort 1, and another was cohort 3.1 alltogether. Well, let's talk about staffordian open house. It was my first time organising such event. Banyaklah yang aku risau. Takut makanan tak cukup, takut tak dapat accomodate 80 orang at a time, takut open house tu fail lah. Alhamdulillah, dipermudahkan. Kawan- kawan, housemates, flatmates pun semua supportive betul. Sanggup keluarkan budget masing- masing even though elaun dah tak berapa nak ada kan sekarang :)

I feel much closer to umi when we're far apart. As if she's here to guide me, to console me, like she always did back in Msia. Especially when it comes to cooking. Resipi umi memang tak pernah mengecewakan. Let them be rendang ayam, nasi impit, kuah kacang, nasi pilau, semuanya aku tak pernah- pernah buat kat msia. so, bila raya hari tu memang menggelabah habislah sebab coursemates lain semua makan mewah- mewah waktu raya. Aku ni ha? Raya pertama tu lah yang pergi kerja. Ouh, lupa pulak. tak jadi, kan? sebab dah kena pecat dulu haha.

Rendang ayam semua tu, memang my first trial. Tak sangka dapat compliment. dari Bob pula haha. Berbaloilah penat 2 malam masak benda- benda untuk open house tu :) Tapi, part yang paling terharu tu sebab almost semua datang. rasa macam, ahhh. Aku sebenar pernah jadi orang paling berkira nak keluarkan duit sendiri, if it wasn't for my benefit. Alhamdulillah, Allah kurniakan coursemates yang macam ni baik, sampai aku rasa nak sangat berjiran kat syurga nanti. Apalah sangat duit berbanding friendship yang ni?   Apalah sangat? 

 
Ni nasi impit manual. tak ada nye instant kat sini. Penat menumbuk kasi hancur nasi tu tau :) ok, taklah sampai hancur pun. exaggerate je

Ouh, ada juga buat 2 jenis kuih raya. yang cikai je la. Almond london memang tak kuasalah haha. So, there you go. Cornflakes madu dan kuih, I called it sarang semut, tapi sebenar bukan pun,tak taulah nak bagi nama apa haha.


 Minta maaf pada yang tak dijemput. maklumlah, stafford tu kecik. nak ajak satu welly, memanglah tak muat. lagi- lagi kalau kau dapat work room tu ah. like caron said, the room can accomodate 20 people at a time only. Fire rules must not be broken. Ok, aku langgar je rules tu. takkanlah nak halau coursemates sendiri balik kot? kan? haha.

 picture of the day. thanks semua. jzkk

Friday, September 17, 2010

jadi patriotik


upon being patriotic. Aku tak malu mengaku Wellington ni rumah aku. Second home. Kalau orang tanya dari mana, aku jawab, dari Welly, tapi origin Malaysia. Bukan poyo. Bukan bangga diri. Home is where your heart at. Tempat yang kau ada sense of belonging. Aku boleh cakap, Welly tak ada apa best pun. Auckland la banyak tempat menarik, kedai halal. Tapi, cuba govt letak aku kat auckland, kat melbourne ke. mungkin susah untuk aku fit in. Dah Allah tahu yang terbaik untuk aku. I belong to this place. I really am. Dan aku grateful sangat sebab Allah ajar aku banyak perkara sepanjang aku duduk kat sini *itu cerita kat post lain*

Ouh, dan aku tak rasa satu kesalahan untuk tahu lagu kebangsaan NZ. untuk kata yang NZ ni, ada certain things lagi better dari Msia. ada orang choose untuk tunjuk sense of patriotism in public, ada simpan dalam hati je. Bukannya aku tak cintakan Malaysia pun. berderau juga darah bila ada orang condemn Malaysia. Kat mana bumi dipijak, kat situ langit dijunjung. But then, janganlah asyik sibuk cakap pasal I love Malaysia, Msia is this, Msia is that, tapi bila tanya pasal isu semasa, terkebil- kebil tak tahu. Now, go and read the newspaper please *sambil buat muka comel* 

Tuesday, September 14, 2010

Mini Australian Adventure Part II- I ♥ ♥ ♥ Melbourne


jujurlah, waktu mula- mula tahu yang our cohort confirm dapat sambung study kat nz, aku ada satu niat je. Kalau ada rezeki, nak pergi melbourne jumpa hajar. Well, my favourite blogger for the past 2 years. Sampai tak ada satu pun post dia yang aku tak baca. punyalah suka kan haha.

ok, so trip ke melbourne 4 hari. berbaloi sangatlah kan. berbekalkan duit yang tak seberapa, nasib baik ada visa wahaha. ah, never mind. So, aku pergi jumpa hajar hari kedua. Takut juga tak cam sebenarnya. Alhamdulillah, dipermudahkan. semua orang macam segan la mula- mula. tapi, lepas tu ok lah. hajar bawa jalan- jalan, ambilkan gambar. hari ketiga, jumpa hajar kat rumah je. dapat aiskrim magnum lagi hehe. Alhamdulillah, niat nak bagi Al- Quran tu pun tercapai jugak. 

ouh ye, aku suka melbourne sangat- sangat sampaikan terfikir nak tulis surat pada Jonathan minta transfer ke Uni of Melbourne hehe. Seronok sangat sebab melbourne ni tenang je. tak padat. public transportation murah. Lawa lagi tram dia. Seronok juga sebab jumpa Hajar, dan akhwat2 melbourne (Kak Radin, kak Intan, Kak Sakinah, Kak Niza dan Kak Iman). Bangunan kat melbourne memang lawa. Nak borong souvenirs, pergilah victoria market. Duit konfem habis kat situ je haha. Ouh kedai halal bersepah kat melbourne. untung je puasa. selamat duit haha. lastly, philips island yg memang sgt2 best. subhanallah. Ini baru dunia tau. Syurga lagi indah ♥♥

 mata tu kalau tak tertutup tak sah :(

Brief description of Melbourne. Sorylah, kena jadi loser lagi sekali, copy paste dari album facebook haha.  well then, sebab sebenarnya tak ada mood nak update blog dah haha, tu malas sikit. apa- apapun, gembira sangat dapat jumpa hajar, finally. and looking forward to coming back to this place again. very soon, hopefully :)

Saturday, September 11, 2010

pembersihan harta dan jiwa besar- besaran

Aku ok lagi tak dapat raya dengan family tahun ni. takpe. Sebab bagi aku, ingatan tu yang penting. Ingat betul diorang. Siap waktu skype boleh tunjuk kuah kacang dengan nasi impit lagi haha. Well, umi memang expert buat kuah kacang. sedap giler weh. nanti dah balik Msia korang datang open house ye. Rasa sendiri :)

Just terkilanlah sebab tak dapat sembahyang raya dan takbir ramai- ramai tahun ni. I knew hari tu aku ada rasa terkilan sikit sebab kena pergi kerja hari raya, dan cepat je Allah makbulkan permintaan aku, terus aku kena buang dari kerja tu. So, I paid nzd6 for nothing.

Rasa sedih tu mestilah ada lagi. Lagi- lagi kalau kau kena buang sebelum sempat pergi kerja. em, lagi suitable kalau kata, the employer decided to cancel my job. I was supposed to clean her house with my other friend, but since it's raya, well, you know. People find it hard to work during raya, right? So I told the boss that I'll be coming alone since I can't find any replacement last minute, and she immediately texted me saying that I didn't have to come at all. 

 well then. since I'd bought the day tripper, I spent my whole day wandering around Wellington. I did think of spending my evening at Island Bay's beaches, but ah. Macam teruk pula tahap nak membawa diri tu haha. So, off I went to some of the stores nearby. Briscoes, Warehouse, Moore Wilson, Pak n Save and Woolworths. I knew I shouldn't go shopping when I was not in my best mood, coz I tend to just grab anything, head to the counter, and end up putting the items back on shelf. Haha.

I've paid the fine. How much was that again? Ahh, nzd400. I told my siblings that had I not been paying the fine, they'll get rm100 duit raya this year haha. nzd400 converted to ringgit malaysia. You do the math. But, it's their loss, never mind haha. And seriously wasn't planning on giving duit raya to them as well :D So there you have it, pembersihan harta dan jiwa secara besar- besaran XD

Untuk hari- hari yang mendatang, aku mohon Allah ajarkan hati aku redha.  And ouh, happy eid mubarak people. Maaf zahir batin tau, tau, tau :)

Thursday, September 9, 2010

Alhamdulillah. alhamdulillah.

"Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah, agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput darimu, dan tidak pula terlalu gembira terhadapa apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri. Al-Hadid: 22-23

and so, I've maneged to hand in my assignment yesterday. The worst assignment I would say. but ah, never mind. I was the one to be blamed. And if procrastination is a subject, I would get an A+++

Well, I wanted to write about my trip to Melbourne. but hmm. I guess I could skip that part for this time being. It's been a lovely week, you see. Even though I need to pay nzd400 for that darn-you-orange haha, or staying up late because of epsy 244. 

Alhamdulillah. alhamdulillah. I received my very first English translation of holy Quran several days before. Together with 3 additional books about Islam. moga Allah mudahkan urusan untuk mendalami lagi agama ni. Yesterday, I collected my 3 assignments which have been marked from the office. I was surprised, for real. I didn't expect that kind of grade. well, since I slept during the test, and left one question blank. 

I browsed my sis's blog. Alhamdulillah, once again. Harap- harap dia kuat untuk berubah. A friend of mine said, "to leave behind things that have been a part of your soul, all your life isn't easy. And that's mujahadah. That's the beauty of your sacrifice during your search for His love. moga Allah redha, dik.

Dalam susah- susah kumpul duit nak bayar fine, tu, once again. Allah mudahkan. Dapat lagi 2 kerja. Bukan niat nak tamak balun sume kerja yang ada kat SJS tu, just that, untuk this time. berat rasanya nak susahkan ayah tolong hantar duit pula. tak. tak.  

And ouh, kad raya from bestie, Hur. ah, sayang sangat kawan yang satu ni. susah-susah je hantar kad raya dari Msia. 

Sunday, September 5, 2010

healing. a simple act of kindness brings such meaning

 Aku dah dapat mend some of the friendship yang terjejas tahun- tahun sebelum ni. Konflik tu, walaupun tak lupa, tapi alhamdulillah, dah masuk tahap "kemaafan". Betul, dalam setiap benda yang jadi, mesti ada hikmah. mungkin tak nampak on the spot, it might take years, decades. Ok exaggerate pula. 

peliknya, dulu bila orang minta maaf, ye, mulut cakap, "Minta maaf jugak". Hati tak buat benda sama pun.  sekadar nak sedapkan hati orang tu. balik, terkenang- kenang juga. mengungkit juga. kerasnya hati dulu ;(

Sabda Rasulullah SAW: “Brgsiapa (yg berhutang) di dalam hatinya tidak ada niat untuk mbayar hutangnya, maka pahala kebaikannya akan dialihkan kepada yg memberi piutang. Jika masih belum terpenuhi, maka dosa-dosa yg memberi hutang akan dialihkan kepada orang yang berhutang.” (HR. Baihaqi, Thabrani, Hakim)

kIta buat salah dengan orang, kena minta maaf. selagi dia tak maafkan, kita tengah berhutang dengan dia. Mampu ke esok, nak berdepan dengan dia kat akhirat? Kalaulah tak diberi kesempatan nak minta maaf untuk segala jenis kejahatan dulu. Mampu ke? Ajal tak pernah mengenal usia. Untuk tu, aku takut. Betul, aku masih manusia yang banyak silap. Aku takut kalau- kalau matinya aku, ada yang tak redha. bersisa lagi marahnya. Untuk segala silap salah aku dengan manusia, aku mohon, kalau boleh dimaafkan.  Dan, perlunya aku pun beri kemaafan pada orang, kan? untuk setiap umpatan orang, aku mohon jadi redha. untuk setiap kali sakitnya hati aku bilamana dituduh, aku mohon jadi redha. Aku betul nak belajar maafkan orang.  

Untuk  segala jenis kesakitan, kesusahan kat Msia, Tuhan balas dengan seribu jenis kegembiraan kat NZ. apa lagi aku boleh minta? Banyak khilafnya aku. banyaknya masa aku rasa susah nak istiqamah. banyaknya aku mengeluh. siapa lagi mampu sayang aku macamni? The Most Compassionate. terdiam. jadi diam. sebak. *kalaulah boleh diceritakan zaman jahiliah tu dulu, takkan pernah habis* 

thanks Nuha Muneerah for the video- Here I Am. kenapa ye, kawan yang tak pernah ketemu tu, terasa semacam dekat dalam hati? kalaupun tak dapat berjumpa, moga Allah redha dengan friendship ni. Aku mohon, biar friendship kali ni sampai ke syurga. friendship dengan cohort 3.1, dengan kawan-kawan kat VUW, dengan Hajar, dengan Nuha, dengan juniors. Yang namanya tu kawan, tolong bimbing aku ke jalan-Nya sekali. Minta sangat. 

Friday, September 3, 2010

ouh, dah nak raya dah eh? ouh. ok

 candid raya tahun lepas

Apa hipotesis anda kalau saya cakap saya tak homesick LANGSUNG dan tak kisah beraya di New Zealand-  Asfan Arc, 2010

Katalah aku self denial ke. aku lupa daratan ke. aku tak patriotik. this is what I feel. tak perlu menduga- duga hati aku. Perlu ke untuk semua orang rasa sedih kalau tak dapat beraya dengan family? I don't think so. Macam adik aku cakap, everyone has his own opinion. You don't have to always agree with people. Aku pernah jadi orang paling homesick kat maktab. Aku pernah skip class semata- mata nak balik. Aku pernah berderai- derai air mata call umi suruh datang jenguk. So, part mana about homesick yang aku tak faham??

Kenapa aku tak homesick?
- Syawal bulan meraikan kemenangan untuk mereka yang berhasil menunaikan ibadah puasa sepanjang Ramadhan. Nah. Lalu, dengan cara apa kau define kemenangan tu? Lain- lain orang, lain lain caranya kan. Dari kecil kiranya aku dah diajar, yang raya tu maksudnya pakai baju raya baru, dapat duit raya, makan kuih raya, pergi rumah orang beraya. Dah 20 tahun. Now, tell me, kat mana salahnya kalau tahun ni aku decide untuk tak buat rutin yang sama? 

Truth is, waktu kawan- kawan start keluar status pasal raya, tag kad raya sana sini, aku start fikir, kenapa aku masih tak boleh nak rasa sedih. Jauh aku reflect. Homesick datang bila kau teringat- ingat suasana rumah kan? Samalah. Sebab yang aku rindu tu sebenarnya suasana raya semata- mata. Adat dan tradisi. rindu nak makan lemang, rindu nak tengok rancangan raya best- best, rindu nak dengar lagu raya duk ulang 10 kali sehari kat radio, rindu nak cat rumah, rindu nak tukar sarung kusyen malam sebelum raya, rindu nak main bunga api. kau tak rasa pun itu hari kemenangan kau. kau fikir raya tu= SERONOK. *kau tu refer pada aku, tak perlu terasa* And suddenly, raya jadi tak seronok bila kau compare situation raya kat Msia dengan Nz. kan? 

Ayah aku selalu pesan, ini semua untuk 2 tahun je. Tak lama pun. Sekarang dah bulan 9. 28sept birthday aku *haha, selingan pula*. kau rasa, macam lama je lagi. cuba kau buka post lama- lama kat blog tu, tengok tarikh dia. mesti kau rasa, eh macam semalam je baru tulis benda ni. Sebenarnya bagus juga ayah aku tak manjakan aku. cuba cakap dengan umi, nanti mesti nak leleh- leleh air mata. so perempuan hahaha (^_~)

aku rindu juga rumah. taklah hati keras sangat. tapi, baik lagi kan kalau kita selitkan kebahagian family kita dalam doa, insyaAllah Dia akan jaga diorang. untuk kawan- kawan semua, cakap kat hati, sabarlah, All is Well. Lepas tu, jangan layan sangat lagu raya sedih-sedih macam Dendang Perantau tu. Selamat Hari raya yang Ahmad Jais, Fazidah Joned nyanyi tu oklah juga.. Haha

p/s: ade je homesick sikit. taklah jiwa kental sangat nak cakap tak homesick langsung 

Thursday, September 2, 2010

mini Australian Adventure part I- Sydney


Ok. cerita pasal sydney. 3 hari je. Naik flight Air New Zealand. Selesa habislah. Siap dapat tengok Shrek lagi. Tak payahlah compare dengan Jetstar, kasi leleh air mata je haha. Ibaratnya, Air NZ ni MAS, jetstar tu airasia. dah faham? =) so, aku recommend siapa yang nak pergi Oz tu, naiklah air nz. paling penting, tak cekik darah macam MAS.  

So, hari pertama sampai, dengan luggage segala tu boleh pula pergi Manly Beach. Naik feri. Hari kedua, pergi Featherdale Wildlife Park. Pengalaman pertama tengok koala dan bagi makan kat kangaroo. Ouh, kangaroo comel macam kucing okey ♥ Tapi terkilan sikitlah sebab trench coat kesayangan I tu hilang pula :( 

  
Hari ketiga Aliah teman pergi beli souvenirs kat Paddy's Market, lepas tu jalan- jalan kat The Rocks, dan ambil gambar Sydney Opera House. surprisingly, aku tak amazed langsung dgn opera house tu haha. Aliah sanggup skip class okeh. haha. tacing sekejap =) Hah, sydney ni everything cekik darah. Public transportation la terutamanya. Duduk 3 hari kena bayar sampai 48aud. Kalau duduk seminggu, berbaloi la kot. 

  
Kadang- kadang pelik macamana orang yang tak pernah  kita jumpa pun, terasa semacam dekat dalam hati? accomodation yang fully sponsored by Zara Airyss tu, contohnya. Padahal, yang aku kenal Aliah dan Amirah je. Tapi, terasa macam dialu- alukan sangat, sampai hilang rasa segan. as if dah pernah jumpa Zawa, Zeda, Asreen and Yasmin sebelum ni. Rasa bersyukurlah sebab pergi sydney tak sia- sia. at least ada ukhwah baru :) 

Ouh, untuk girls cohort 1 macquarie uni, thanks utk ifthar hari tu. Rasa macam popular giler skrg ramai betul kenal haha. Ouh, I'll be remembering Zawa's doughnut always. ♥♥ Sedap giler wehh. 

bersama gadis- gadis hot Zara Airyss

Wednesday, September 1, 2010

Sabarlah hati

Sungguh, Allah tengah didik hati jadi sabar sepanjang trip ke aussie ni. Susah nak describe feeling bilamana kau expect trip kau fun macam ni, and it turned out the other way. For every single tear dropped, ada pengajarannya. Tentang diri aku. Tentang ukhwah. Sebetulnya, belum pernah aku reflect diri sebegini jauh. *sebak*

Dari awal trip, ada je benda tak kena. Lama terpacak kat counter sebab no visa tak match dengan passport, kena buat nuclear test pula. Anjing kat airport tu takpayah ceritalah kan. Terbeli baju  i♥ sydney and melbourne saiz kecil. Beli tiket sampai 48aud untuk 3 hari kat sydney, mahal sangat sampai kat melbourne tak ada duit dah haha. Nasib baik ada visa. tapi bila datang bank statement, nak pengsanlah kan :) tapi, bab ORANGE tu... trauma sungguh nak makan oren sekarang. Kena fine nzd400 sebab bawa masuk satu biji oren. well, the most expensive orange I have ever bought. 

Sungguh, kalaulah itu aku yang dulu, mesti dah lama pekerja- pekerja airport tu kena maki. 7 hari pertama trip tu, aku lupa jaga hubungan dengan Tuhan. Mentang- mentanglah uzur kan. Sebab tu tersentak betul bilamana Tuhan takdirkan aku diuji dengan benda- benda yang kurang menyenangkan sepanjang trip tu. "Boleh jadi kamu tidak menyenang sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak" - Al Baqarah: 216. Nah, direct je kena sound. Ada lagi. " Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah- buahan"- 2:155. Ok, part diuji dengan kekurangan buah- buahan tu memang kasi aku senyum :)

"Bila engkau memandang segalanya dari Tuhan,yang menciptakan ujian, yang menjadikan sebab sakit hatimu,yang membuat keinginanmu terhalang,serta yang menyusahkanmu. Pasti akan damailah hatimu. Kerana,masakan Allah sengaja mentakdirkan segala untuk sesuatu yg sia-sia. Bukan Allah tidak tahu derita hidupmu, retaknya hatimu.Tetapi mungkin itu yg Dia mahukan. Kerana, Dia tahu hati sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan lebih mudah untuk dekat dan akrab denganNya."

Siapa lagi mampu sayang aku macam ni selain Dia? *sebak* ajar aku jadi redha, Tuhan. Mohon sangat. 

p/s: benda- benda gembira sepanjang trip, dalam next post ok. tipulah kalau tak ada happy memories kan :)  





LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin