Wednesday, July 20, 2011

5jun- lake tarawera, opunake and a new car

dari tarawera, kitorang straight ke Opunake. Sebelum tu singgah Auckland sebab nak tukar rental company. sebelum ni naik toyota estima syarikat AceRental. People Mover dia memang selesalah wa  cakap. Boleh tengok kamera siap time nak reverse. tapi tahan sehari je la. waktu cigarette lighter rosak tu, dengan radio, audio sume rosak. Kate je lah kereta mahal haha. 
so pagi tu dah semangat bangun awal, sekali kereta stuck kat parking lot pula. Muddy area tu. Makin kau tekan minyak, makin dalam tayar masuk lumpur. nak tak nak kena tolak. aku jadi driver, tukang tekan minyak. ada satu time tu memang aku tekan tak ingat dunia, amik kau, terpercik lumpur kena tingkap umah. kesiannya adik aku lah. habis baju semua kotor. yang semangat sangat tolak kereta, lepas tu pandai pula duk kat bahagian tayar sapa suruh kan haha.
habis baju sume kotor


then, bertolak la ke Auckland. alhamdulillah, bila guna kereta baru, meaning dapatlah guna GPS. kat auckland kalau kau baca map kertas tu harapanlah nak sampai on time. kemain banyak highway. singgah makan sembahyang buang air besar siap, dahla lama. memang time tu semua naik angin la dengan budak ni. Kabnabkab tu la. geram betul. berak keras ke apa haha. 


otw ke opunake tu, kitorang ikut jalan Waipoua Forest. ya Allah, i tell u, jalan dia horror la weh. tak sampai 30 saat belok, ada belok lagi. teruk dari jalan kuala pilah, jelebu semua. perjalanan dari patutnya 2 jam, sampai 3 jam setengah. punya lama nak habis selekoh. kitorang ingat memang takkan keluar dari jalan tu. kebetulan malam, nasib malam, kalau pagi, memang ada yang muntah berbaldi dalam kereta tu. ayah pula dah penat sebab drive dari pagi. bila dah penat mula lah semua nak emo. aku lah yang paling pening, aku la paling sakit, aku lah paling lapar. aku selotep juga mulut sorang- sorang nanti haha.


nak jadi cerita, aku salah booking tarikh accom. nasib makcik tu boleh cari rumah lain, so kitorang pun dapat 2 buah rumah, belakang pantai you. best giler la. janji sampai 6.30pm tapi ended up 8.30pm baru sampai. ikut GPS punya pasal. amik option shortest distance. amik kau, ntah pape jalan dia bawa. jalan kampung, dengan berbatu- batunya, tak ada lampunya. lepas tu ayah aku cakap, dah lepas ni pakai map kertas balik. ahaha. itulah cerita 5 jun. tak berjalan ke mana pun. memang hari yang memenatkan fuhhh! aku tulis pun penat haha

0 quarantined msg:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin