Friday, January 21, 2011

depression

most of my depression definitely come from this feeling of loneliness. Homesick? A little bit. Nasiblah bukan macam kat Kedah punya homesick. Menangis tak ingat dunia haha. Hari ni rasa lega sikit. Jumpa izzati dalam bas tadi. at least ada orang nak berborak. bila kerja pun cleaner, memang cakap dengan cermin je lah. balik je rumah sunyi. sorang housemate tu suka duduk dalam bilik je. lagi sorang tengok anime. Mulut kalau ramah sangat pun susah jugak. nak ajak borak tapi orang tak layan, last- last kau tengok tv je lah.

Depressed sebab kereta pun ye jugak. tapi macam dah nak settle dah. alhamdulillah call ayah dulu. gua cakaplah, gua sayang giler ayah gua. haha. kalau tak ada kereta, memang susahlah nak pergi kerja. itu siap- siap minta berhenti. hari ni tetiba murah rezeki boss kat wadestown pula offer kerja baru. alahai. terus senyumlah gua. terus tak jadi berhenti. bukan apa, boss tu sayang benar. kemain lagi suruh aku kerja juga. dulu waktu mula-mula kerja, payah benar nak dapat. sekarang, siap orang yang tanya, berapa aku charge per hour. Hari apa nak pun boleh. ahahaha. 

Cakap pasal depressed. Hari tu cohort 1 adalah dalam 40 orang balik. yang tinggal kat welly ni pula rumah jauh- jauh. gua kalau dah kerja, memang susahlah nak jenguk- menjenguk ni. tambah bila internet takda, gua rasa memang macam orang GUA lah :) 

oh oh. baru ingat apa yang depressed sangat ni. kawan call hari tu. nak minta bagi pendapat. bila kita kasi, dia tak setuju pula. tu yang panas tu. memanglah aku bukan the best person nak kasi advice kat orang, tapi I was once in your shoes. Ni asyik kata kau tak paham, kau tak paham. Crap. Even if I don't understand, make me. memang gua rasa nak baling je hp tu, tapi sbb hp baru....

hari ni bila fikir balik, dah malas nak depressed sume ni. not worth it. fikir pasal nak buat apa kat queenstown lagi best :D 

Thursday, January 6, 2011

respect orang lain sikit beb

aku dah cakap. aku memang jenis kurang sabar. tambah pula bukan jenis perempuan sopan kan. nak ajak aku wrestling? aku on je beb. setakat kasi penampar tu sume adik aku pernah rasa. so kalau cakap tu tak reti nak elok- elok, kalau kena maki balik, salahkan diri sendiri.

kalau orang explain bukan nak dengar. orang tua ke muda ke, respect sikit orang lain. aku boleh je forward nama kau kat manager tu. aku peduli apa kau kena pecat ke apa.

hishh. betul tau makcik, esok lusa aku nampak kau tercegat depan pintu aku tengking- tengking lagi, aku tahulah. dengan housemates aku lain, bolehlah kau pijak kepala. buat diorang nangis. ah, meh jumpa aku. biar buku bertemu ruas!

Monday, January 3, 2011

priority

bila kau takde internet, blog bukan lagi jadi prioriti kau. enough said :)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin