Thursday, February 24, 2011

So, it's another year in nz

malu tengok feedjit sendiri. apparently, aku ada sorang je reader setia. MYSELF. ahaha. loser la sangat. ni yang dari Mountain View, California, who are you? berderet feedjit kau ni.. baik mengaku haha..

ohh new trimester dah nak start. tak sabar la pulak. *senyum hiba*. dah lama benar duk rumah ni tak buat apa. rasa otak ni macam dah clogging je haha. this time, ambil Spanish, ALIN 301, EPSY 343. epsy tu 3 jam, nasib baik Chris jugak yang ajar. tapi kalau tertidur tu mmg mintak maaf lah. 2 jam pun aku dah panas punggung haha..

spanish. I'll be fluent in no time, amin.. hopefully la. suka sangat language ni. tapi harga buku teks ya Allah, almost 200. gasak ko la nak membayar. ni kena saman lagi. apa kes la att? bawa kete tak boleh elok-elok sikit ke? haha... pastu mulalah emo semacam kat fb, bak kata tina :D

untungnya, this timester, kelas haven ok. hari isnin ada 3 jam je, selasa 1 jam, rabu penuh sikitlah, khamis and jumaat cuti. jumaat patut cuti, tapi terpaksa ambil tutorial ALIN 301.alah satu jam pun. so kalau nak ikut, hari selasa, khamis and jumaat aku cuti wahaha. syok ar kerja pas ni. ini suruh bos carikan lagi satu kerja. dasar orang tamak.. haha. *bukanlah weh, family nak datang NZ ni, kena lah cari duit banyak sikit*

28feb ni, genaplah satu tahun kat nz. bangga betul kat diri sendiri. alhamdulillah. hikmah tahun lepas fly sorang- sorang?? elaun bulan 2 tetap dapat walaupun fly akhir bulan. pastu orang lain tengah syok amik pics lawa- lawa tepi tangga, tepi uni, kita dapat makan sedap- sedap kat rumah. kita sayang mak kita :P 

Sunday, February 20, 2011

a tribute to Nikki..

Feb 20, 2011

- I knew this day would eventually come. But not in a way that I've expected. Never will I see her again. I miss her. I miss her sitting at the back of my laptop. I miss calling her for her lunch time. I miss Nikki. It hurts, still. It's been 24 hours since she died. 

-  Ye, aku bengang bila kau cakar muka aku, bila kau cakar perabot rumah, bila time aku nak tidur tu la kau nak baring- baring sekali atas katil, bila pagi- pagi kau mengiau kacau aku tidur. tapi yang paling aku marah, kau pergi waktu aku tak sempat nak jumpa kau for the last time. kau tahu sakit tu? aku bela kau dari kecik tau. aku yang namakan kau Nikki. aku yang bagi kau  makan, yang bagi kau ubat.

- kau tau aku tak boleh handle this kind of emotion kan? kau tahu kan setiap kali kau sakit aku la orang paling kecoh dalam rumah, suruh umi bawa pergi jumpa veterinar? kau tahu kan setiap kali skype aku mesti tanya pasal kau? 

- you ain't just a cat. you're a family. I love you till your last breath. rest in peace Nikki. Moga tenang..




Saturday, February 19, 2011

running out of money

dalam seminggu lagi kelas dah nak start. dah tak sabar rasanya nak belajar Spanish. buku teks harga nzd180. terpaksa la berkorban sikit. orang kata je, "ala att, ko kerja banyak. mesti kaya", hah, tapi tak tengok lagi berapa kali aku kena saman, kena keluar duit untuk maintanence kereta. haha. Ni lagi tambah join gym, nzd20 per week. AbCircle hari tu tak habis bayar lagi. azam baru nak dapat 48 kg konon. 

ni tulang terasa sakit. bengkak kot lama sangat tak workout. esok haraplah dah ok. tadi celebrate birthday intan kat Cinta. makan kek aiskrim. sedaplah. happy bila nampak intan gembira. dia sorang je budak MARA tinggal. biaselah homesick bagai bila family takde, kawan pun takde.

first few months cuti hari tu memang rasa ok je. dah masuk bulan 2 start la duk resah sana sini. taklah homesick, tapi bosan giler hidup. kerja, kerja, kerja. kononnya nak isi masa lapang. ni kawan- kawan dari Msia nak balik welly ni, happy lah sikit. boring juga hidup sorang- sorang kan haha.

ni tengah duk plan holiday untuk parents. hari tu ingat umi ayah je datang. ni siap angkut 3 orang adik lagi. kena sewa MPV la people. tak kuasa la aku nak himpit- himpit dalam kereta tu haha. cari accomodation, aktiviti lagi. kalau budak- budak ni datang tak bawa duit at all, memang nak kena sekeh la. 

*allowance tolonglah cepat masuk. tengah bertahan giler teruk ni*



 

Friday, February 11, 2011

style aku travel

aku memang suka travel. berjalan pergi negara orang. selagi ada duit, selagi tu lah nak pergi. pencinta alam, itulah jadinya haha. kalau berjalan pula nak pergi tempat yang scenic je. yang ada bukit, waterfall. cities macam NY, Paris tu tak heran sangat pun :)

masalahnya, aku tak pandai baca map. ambillah banyak mana pun map free kat counter information tu, kalau nak suruh jalan ikut direction dia bagi, memang tak lepas. sekarang ni dah ada GPS, memang lega habislah. dulu pakai Google Earth je. jenuh kau nak melukis peta. aku bab nak visualise memang susah. so lukis kena detail. sebelah kiri ada kedai apa, sebelah kanan ada apa. traffic light pun kena lukis. haih...

lagi satu kalau time drive. aku memang problem bab "Kanan Kiri" ni. Najwa dah banyak kali tegur. nak masuk kanan, tapi mulut cakap kiri. kalau tunjuk ikut tangan je, driver pula tak nampak kita hala arah mana. 

aku memang fussy bab travel ni. itulah jadinya bila independent sangat. so far ni semua roadtrip memang aku yang handle. dari accomodation sampai Point of Interest, makanan, budget, timetable bus. bukan tak percaya kat orang lain, tapi berat rasanya nak lepas bila rasa kita boleh handle responsibility tu sendiri. kalau boleh, memang tak nak susahkan orang lain (dah aku yang ajak kan huhu)...sampaikan waktu kat auckland hari tu, aku yang lead students situ pergi One Tree Hill. haha. 

Lepas tu aku style kalau travel, biar bangun awal pagi. takdelah nak expect pukul 6 pagi tepat kan, tapi biarlah pukul 8am dah bangun. kalau pukul 10 berbungkus lagi dalam selimut, baik duduk rumah je. So far ni, Zack memang the best roadtrip partner ever- la! ah, ter-Manglish pula huhu. satu kepala, ngam, bangun awal, tak kisah makan nasi berlaukkan sardin je, suka posing depan kamera macam aku huhu. Paling penting, aku percaya bila zack lead jalan. rasa macam kalau jalan jauh mana pun, insyaallah akan sampai destination tu. 

So, roadtrip North and South Island nanti aku akan ajak Zack jugak, insyaallah. Hopefully ada budget la waktu tu haha. nak rekruit lagi 2-3 orang lagi ni. siapa interested, jangan malu- malu bagitau XD 

kat kaikoura. awan kat tengah gunung. lawa kan. 

Thursday, February 10, 2011

that great roadtrip

Alhamdulillah. sekarang dah boleh on9 kat rumah baru. aha, you'll come across my status more often than before. kenapalah status tak pernah synchronize ye? erghhh.... haha... this time, 60GB+ landline. dulu punyalah rasa boleh survive takde landline, sekali tengok payah juga. nak kena pinjam telefon rumah orang lain bagai haha. yang internet pula, alhamdulillah. hidup je walaupun 3 bulan tak ada internet. itulah jadinya bila tak pandai Math. rupanya internet tu kalau bayar per week murah je. sorang dalam 10 dolar. yang aku pula pandai ingat 40 dolar per week. mak aih. meroyan hidup sekejap haha. 

Ini pun baru balik dari south island. Bajet 600dolar, sekali amik kau 800++. Pinjam duit gaji kejap. damn betul. setiap kali nak simpan, setiap kali lah terguna juga. pagi tadi kena saman lagi. Clumsy betul. clumsy clumsy. tapi pengalaman. lepas tu sedapkan hati sendiri, kata itulah sebab tak infak haha. 

Album akan menyusul ye. apa yang kita buat? drive 2 jam ke akaroa, cruise tengok dolphin. ah, time tengok dolphin tu memang aku muntah teruk aha. bazir 60dolar je. kat queenstown, naik helikopter, gondola, rafting. Ya Allah, best sungguhlah. ada lagi naik cruise. this time tak mau mabuk, telanlah ubat. sekali orang duk view pemandangan lawa, aku pula boleh tidur. umi dengar gelak- gelak je.  yang naik feri InterIslander pun macam tu jugak. beli tiket wayang kononnya tak mahu pandang laut, tengok- tengok bazir duit sebab terlelap. dahla cruise tu rated as one of the best scenic cruise in the world.  haram aku tak dapat tengok tang mana scenic tu.. 

orait. nanti kita cerita lain..bye 

Tuesday, February 1, 2011

vacation

alhamdulillah. dah selamat pindah rumah baru. jangan tak tahu, tahun ni duduk hotel youuu.. Hotel Quest on Willis. ada receptionist lagi. best best. sewa? nzd135 per week termasuk internet. memang jimat habislah tahun ni. hari tu waktu pindah kena bawa van. gila arr. van automatik pula. dah memang tak berapa reti gear auto ni. tapi berjaya jugaklah. ayah gua kalau dengar, habis bangga kat anak die yang sorang ni hehe. 

Esok kita pergi south island. christchurch 3 hari, queenstown 4 hari. semua jenis transportation kitorang naik. flight, ferry, bus, car. cukup empat. kat queenstown orang cakap lawa buat skydiving, tpai mintak maaf lah hari tu buat bungy pun dah menggeletar satu lutut. so, kita naik helikopter je yeay huhu...

yang employers pula dah mentang- mentang seminggu pergi cuti, kemain suruh datang kerja. hari ni je kerja 3 rumah. esok fligh petang, pagi tu kena kerja 4 jam. giler la. apa- apapun, ini rezeki. so alhamdulillah...

apa lagi ye? ahh, doa. tolong doakan ye selamat pergi dan balik. untuk 2 orang kawan saya yang kat mesir tu, semoga baik- baik je kat sana. insyaallah. pray hard ok.  
  

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin