Wednesday, May 25, 2011

counting the days

Lagi 4 hari je family nak datang. excited tak excited. plannya sampai- sampai je nak buat surprise birthday party untuk ayah. haha, jangan dia baca blog aku sudah. menu: rendang, kek batik, nasi pilau, keoy teow kungfu. 2 tahun dah bai terlepas birthday dia, sweet revenge ar kira ni kan. harap- harap semua pun dipermudahkan. adik- adik perempuan wa pun datang gak. havoc la bergosip nanti. kitorang ni best friends forever, jangan tak tau :D


assignments memang kena pulun habis la. kena siap 3 hari sebelum due date. rajinla sangat aku stay up sampai pukul 2 pagi sekarang ni semata- mata nak siapkan test EPSY ni. inilah masalahnya bila kau ada facebook, twitter, time ni jugaklah terhegeh hegeh nak update blog, nak buat 30days challenge yang ntah apa-apa tu haha. 


plan north island roadtrip pun dah settle. yang kesiannya, time family aku kat wellington ni, tak sempat nak bawa pergi jalan sebab aku pulak pergi kerja tak hingat. ye lah, dah kau nak cuti sampai 5 minggu. memang disaster-lah. tambah disaster bila kau kena mintak cuti bukan dari 1, bukan 2, tapi 8 orang. berbelit- belit lidah susun ayat. nasib tak kena pecat weh. muka semua seposen pulak tu, yelah aku cuti sape nak kemas rumah diorang kan. hehe.


ok, doakan semua berjalan lancar eh. wa nak sambung eseimen ni. adios!

Monday, May 23, 2011

challenge No 6- My celebrity crush =)

In day 6, I am supposed to put up a picture that makes me laugh. thing is, I can't find a good one. the pic folder is too big, thus I'm not wasting my precious time looking at it one by one. So I've decided to slightly change the challenge into " A picture of your celebrity crush". Here goes:

Nick Jonas. ahh, I am soo in love haha

aku suka dia bukan sebab dia tu Jonas brothers, ataupun dia handsome ke. I actually like him because of his husky voice. yang lawaknya, dulu mati- mati ingat suara dia ni, suara Joe Jonas, abang dia. so minat kat abang dia first. waktu tu nampak dia ni dengan rambut kerinting besar, memang macam tak pandanglah kan haha. lepas keluar single Who I am tu rasanya baru tahu dia yang suara serak- serak basah, so I terus LIKE nick jonas. memang mengaku habislah in relationship dengan dia haha. 

I just wish I have the guts to say hi to him in twitter. I retweet his tweet sometimes, tapi bila nak reply tu, rasa segan ya Allah. aku memang, dengan semua crush aku yang lain pun macam ni :D lagi satu, aku suka dia sebab dia virgin. apakah haha. dia ada purity ring ok, so it's like he will remain chaste until marriage. mana nak cari lelaki mat saleh macam ni lagi? ok tolonglah convert islam, tolonglah haha. till then, adios. te amo, nick jonas =)

Saturday, May 21, 2011

challenge No 5- Something that I love, other than love :D

Day 5 - A picture of something you love

I've got heaps of things that I love. Family, is one of them. But considering the fact that I wrote about them before, I'll just write about something else this time around. hmm. here goes:

several of my book collection

I love books, though there are just two books in the pic haha. Strangely enough, I find my sense of belonging through them. even strange, I read the most when eating. tak tau kenapa, tapi dulu kat Malaysia setiap kali baca newspaper je, mesti time tu la tengah makan tengahari, makan malam. memang habit dari kecik. buku cerita enid blyton, fairy tales semua tu memang banyak kesan kicap, tapak tangan, kau sebut je lah, semua ada haha.

Aku pulak jenis yang suka baca non- fiction. kalau tak pun, misteri and thriller. tangkap cintan tambah yang tebal- tebal macam Twilight tu gua pandang sekali lalu je. memang wa tak minat. Taste orang lain- lain, so no big deal haha. Fav aku so far, Superfreakonomics. Brilliant. nak kata masterpiece, tak la sangat, just seronok baca.

Ni sejak datang NZ memang lagi sakan duk beli buku. ada buku belum baca pun. kat sini buku murah uolls. haha short form bukan main. tapi serius. rasa macam haven je masuk bookstore dia. semalam (jumaat) jumpa satu bookstore ni buat massive clearance, isi penuh satu bag $15 je. aih memang laju la kaki wa angkut kan. terasa macam nak start book club pula. siapa nak join? hehe 
   

Friday, May 20, 2011

I'd love to do this once again :D

Day 4 - A picture of something you'd like to do again




Yes, I would be really delighted to find love again. To love someone. To be loved by someone. Cukup 5 tahun ajar aku rasa bahagia, rasa kecewa. you are a good man. certainly not the best man in my life, my dad is :D just that, we never were compatible, you have lots of different views from mine, and your lifestyle.. It doesn't suit me. cukup 5 tahun kita jadi kawan baik ( kononnya kita- kita je tau), penat jadinya bila kena rahsiakan semua benda.


Biar aku jatuh cinta pada orang yang layak, yang namanya suami. Biar cinta tu aku mampu hebohkan pada dunia. bukan mahu diangkat jadi cinta agung, cuma mahu cinta tu bernama. biar lambat perlu ditunggu, biar jadi halal cintaku.


dear, dear, dear. I never resented your existence in my life. after all, you taught me how to love myself just the way I am. ok, habis sesi bermadah jiwang. back to business people. actually, this is what I really want to do once again hehe.




raftinggg... ini grade 2. nanti pergi rotorua, grade 5. yang macam ni punya extreme.




takut tak takut. dah tak pandai berenang. kita redah je la ye yeob hehe.  

Thursday, May 19, 2011

Challenge No 3 (hobi mahal weh)

Day 3 - A picture of the cast from your favorite show

Phil Keoghan (The host of The Amazing race)

I have the passion for travelling. Kalau boleh, aku nak travel satu dunia. aku tahu bunyi macam exaggerate dan macam anak orang kaya, tapi insyaallah, kalau ada rezeki, tak ke mana. yang penting, kena ada determination untuk kumpul duit. itu gagah kerja sakan kat nz ni haha. nak pergi europe la, fiji la, USA lah, Mexico la (sebab victoria tinggal situ hehe), India la. boleh kata semua. tinggal duit je.

Phil inspired me in the sense that he gave me this brilliant idea of how I can travel all over the world for free. By joining The Amazing Race, of course! So aku dah kena start recruit orang ni. kena fit, pandai berenang, penyabar, dan tahu buat solat jamak& Qasar. eh   penting tu beb, kala kaya duit tak berkat (sebab tinggal sembahyang) pun buat apa kan? =D *hari tu tanya zack and dia dah tunjukkan minat, tunggu nak pergi belajar berenang sama- sama je ahaha*

oh. ye, hobi ni mahal. buktinya, gaji 8 bulan kerja aku serupa macam orang baru kerja 3 bulan. takat tu juga tak berubah- ubah. kita redha je lah. bila lagi nak merasa berjalan negara orang, tak? 

Sunday, May 15, 2011

challenge no 2

Day 2 - A picture of you and the person you have been closest with the longest

adik and along, sadly were not in the picture 

Ramai pula person nya kan haha. Aku tahu, family lagi. haih haha. But then, yes they are the ones who have been with me the longest. What can I say? We are biologically programmed to love each other :D

ada setengah jenis affection, kau takkan mampu gambarkan pun. yang kau sayang, sampai kau boleh sacrifise anything .Ini ayah yang ajar aku berjimat, ajar aku jadi manusia. Ini umi yang ajar aku jadi independent, ajar aku jadi pandai. ini adik yang ajar aku jadi kakak, ajar aku rasa tanggungjawab. Ini abang yang ajar aku rasa hormat, ajar aku jadi berani. Ini keluarga yang ajar aku rasa bersyukur, ajar aku tahu menghargai. Perlu apa lagi dalam hidup?

Kalau ada duit satu juta sekalipun, takkan dapat balas budi baik parents kau. kalau ada seribu kawan baik dalam dunia pun, tak terbanding kasih sayang dari adik beradik. kau pandang keliling kau, kau tengok, ada orang sayang kau sebab kau lawa. ada orang sayang kau sebab kau baik. We judge each other first. sekarang kau tengok family kau. baik buruk, lawa hodoh kau, takkan pernah ditolak. kau sayang aku, aku sayang kau. tak dapat benefit apa- apa pun. Adik beradik aku tak ada pun sampai boleh tolong aku dapat assignment A++. tapi cuba fikir dalam- dalam, kau sebenarnya dah dapat benda yang paling berharga.

tenang sakitnya hati, damai kusutnya fikiran, aku ada family. Indeed, grateful I am :)

Tuesday, May 10, 2011

a healthy lifestyle

I am currently on a cleansing diet for 3 days long. It's a pretty simple diet actually, all you need is apples and water. How is that so? basically, you just eat apples when you're hungry and drink plenty of water. Sounds brilliant, ay? I know :D so by the time I go for a re-assessment at they gym, I should be able to lose several more pounds. If not, then I'll think about becoming anorexic. Haha. 


aku rasa aku tak mampu jadi anorexic sebab aku suka makan. especially binging late at night. nak jadi bulimia pula macam sakit sangat sebab asyik kena muntahkan balik apa yang makan tadi. so aku nak jadi kurus through healthy lifestyle. masalahnya tak healthy sangat, aku tahu sebab aku addicted dengan exercise. aku macam boleh meroyan sebab miss pergi gym satu hari. minta- minta esok lusa sembuhla penyakit ni hehe.


jangan salahkan aku bila aku obses nak jadi kurus macamni. kau dulu panggil aku GEMUK. sebab kau lah aku jadi takut nak pandang cermin. tapi takpe aku dah maafkan kau, sebab aku rasa sekarang kau mesti lagi gemuk dari aku. 

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin