3 hari first kat london, then 2 hari kat paris, 1 hari kat liverpool, back to london, then off to dublin, back to london (tidur airport), off to germany, and back to london. fuhh haha. Banyak sangat london sbb flight murah semua based kat london. so ulang-alik je la. Aku pergi dengan Aishah, Tina and Lily. Kitorang sampai malam, so pagi esok tu baru keluar. first stop kat Big Ben and London eye. Amazed dalam 20 minit je, lepas tu terus rasa macam biasa. rasanya sebab dah biasa nampak mat salleh, nz lagi lawa. london semua orang jalan cepat, tourists ramai, sampah berterabur kat jalan. time nak ambil gambar jangan haraplah diorang nak stop, main jalan je.
kat sini, better pakai Oyster card, lepas tu topup terus travellers card, validity 1 week. dalam 27pound. murahlah berbanding pay as you go. naik bus pun free. so next kitorang jalan kaki ke Buckhingham Palace. singgah st james park and trafalgar square dulu. sekarang dah tak boleh bagi makan pigeon kat square. 10 tahun lepas waktu my mum pergi, boleh lagi.
waktu kitorang pergi ni, winter. tapi tak sejuk pun. snow apatah lagi. solat selang 2 jam. zohor dalam pukul 12, asar 2ptg, maghrib 4, isya' 5pm. haa jenuh jugak mencari tempat solat. sini bukan macam nz, boleh solat kat taman. memang boleh, tapi awkward jugakla sebab ramai sangat mata memandang. alhamdulillah jumpa satu restoran muslim ni, singgah makan and sembahyang sekali. Next, kitorang pergi Tower Bridge, London Bridge dengan st paul cathedral. Cathedral tu tak masuk pun, just jumpa kawan Lily kat area tu.
so, that's about Day 1. sebelum balik, beli tiket untuk tour Windsor castle, stonehenge & Oxford. oh, for the first 3 days kat London, kitorang duduk kat middlesex. 45 minit ke london. jauh tapi best sebab balik je ada makanan. thanks tuan rumah, jasamu dikenang hehe.

0 quarantined msg:
Post a Comment