Monday, January 30, 2012

Day 9- Dublin, Ireland


Aku skip hari ke 7&8 dulu sebab ini semua selingan kat London. Nanti gabung dengan entri hari-hari terakhir kat London je ye. 


So, malam19hb, bertolak lah kitorang dari Stansted Airport ke Dublin, Ireland. Perjalanan nak ke airport memang horror la. terbaik ahh Stansted, dah jauh nak mam..haha.. 1 jam setengah dari London. sakit tulang belakang segala. naik Ryanair, lagi horror. Nama pun flight murah kan. Aku rasa macam naik bas je, scary, scary. Sampai pula malam, around 11pm. Bus nak ke city dah takde. alhamdulillah, kawan Aishah jemput naik taxi. untuk makluman, aishah memang banyak network kat overseas sebab student MRSM hehe. Sampai rumah je, ada ayam masak kicap bagai. Ni haven duduk rumah kawan hehe.


Hari pertama kat Dublin, kawan aishah, nama dia pun aishah juga, bawa kitorang gi jalan-jalan. start dengan trinity college dulu, masuk Old Library. Style macam cerita Harry Potter la weh. Kagum kejap. so sad, taking pictures is not allowed T_T

 Lepas tu, kitorang pergi Grafton St, one of the most expensive streets in Europe. Sempat jugak tu amik satu pasang boot, dengar kata germany snow, kalau pakai kasut biasa, nanti basah. Tahan jugka la bayar 20euro, dahlah tak dapat bawa balik Malaysia pun T_T 
Grafton st yaww. 
 Next, pergi Royal College of Surgeons in Ireland. Famous college ni, banyak govt hantar students belajar medic, dentistry sini. Ouh, ini Aisyah punya kolej jugak.
with Aishah

Dr wan azizah's name is up on the board. proud to be malaysian!
Lepas tu, pergi Temple Bar. pergi je, tak masuk pun hehe. Jalan kaki 10 minit dari kolej Aishah tu. Dublin ni terkenal dengan pavement dia. Lawa- lawa. contoh macam gambar bawah ni. 
famous pavement in dublin


Temple Bar
 Singgah town, amikla gambar mana sempat. tension jugak pergi time winter, pukul 4ptg je dah gelap pfttt. 

Malam tu, kitorang pergi Christmas Market. makluman: christmas markets are being held all over europe, sempena christmas la. pergi germany pun ada, austria pun ada. boring, tapi pergi je haha. Petang hujan. Redah jugak tu. Tabah giler. Pergi jauh-jauh, beli churros je. Dublin's market paling bosan arr. 
kat christmas market
Balik tu, memang mengantuklah. tapi, makan dulu. housemates Aishah masak sedap-sedap. rezeki jangan ditolak hehe. Esok pagi tu, Aishah nak pergi Manchester, pukul 3 pagi dia dah gerak. tak sempat nak cakap bye bye. Dia siap tinggal keychain clover leaves kat kitorang kot. Thank you Aishah, jasamu dikenang. 

Sunday, January 29, 2012

sindrom final year

I hate final year.not that kind of hatred with anguish. just that I hate having to study, having to do never ending assignments and whatsnot. giler. dulu kat welly, banyak jugak assignment, weighting dia lagi berat, tapi taklah beban macamni. kat msia ni style assignments semua nak menyusahkan orang. assignment style buat portfolio, journal. kena ada reflection. adoaii. pastu style belajar sini, expectation tinggi tapi tenaga pengajar,hmmm. ada yang elok, memang betul elok. tapi ada jugak yang suam-suam kuku, masuk kelas lambat, spend the first 10 minutes set up LCD, memang waste of time. kat VUW even 50 minit, presentation dari lecturers padat, point concrete. sorry to say, tapi ada juga lecturers kat sini duk seronok cerita pengalaman sendiri je. layankan je lah..


tak masuk lagi rules maktab yang ridiculous. pakai kasut bertutup, baju berkolar, tulis nama nak keluar makan. oiii kedai makan tu tak sampai 100m pun dari pintu pagar kot. pastu nak justify dengan alasan "kita nak membentuk peribadi guru". ni dah tua-tua (hehe) macamni pun kena pergi assembly, nasiblah seminggu sekali. kalau hari-hari macam time foundation tu, memang ada jugak yang rebel karang. 


time ni barulah nak menyesal tak belajar elok-elok kat vuw. rindu kot nak datang lecturers, datang tutorial T_T kalau nak compare welly dgn msia, memang jauh beza. dua-dua ada baik dan buruknya, tapi personally aku suka welly. i've learnt so many things here. paling aku suka, lecturers sana respect dengan idea/opinion dari students. even salah pun, dia akan cakap, "yes, i see your points, but it should be....." and dia akan explain in details lagi supaya kita faham. Sini? terus direct, " salah, saya pun tak tau la apa awak belajar kat nz tu". semuanya nak buat orang down. 


aku memang sokong habis kerajaan hantar students oversea. pengalaman tu.. tengok cara hidup orang lain, buat kita fikir, oh, yang ni baik, yang ni buruk. belajar jadi matang. belajar jadi open-minded. kau boleh belajar jadi lagi terbuka pada pandangan orang lain, kau akan ada courage utk stand up for your own opinions. at least, itu apa yang aku belajar dari nz.


soal culture shock duduk oversea? kat msia pun boleh kena, jangan salahkan environment. ada kawan-kawan aku, dari free hair terus ke tudung labuh, itu orang tak nampak pula. mak ayah, kalau taknak anak-anak tu hanyut duduk oversea, dari msia lagi banyak-banyaklah didik anak tu dengan agama. aku esok, kalau nak buat master atau Phd pun, nak belajar kat oversea jugak, europe ke this time. itupun kalau ada rezeki, amin. best jugak ye melancong sambil belajar hehe

Saturday, January 28, 2012

A day (6) in Liverpool

elok je sampai kat St Pancras, kitorang 3 orang bertolak ke Victoria Station pula. Lily still kat Paris. Aishah nak pergi Portsmouth, aku and Tina pergi Liverpool. Pukul 4ptg naik bas, 6 jam dalam bus weh. haha. Sanggup tu, dah pagi tu baru blk dr Paris kan. Nak naik flight mahal pula. Bus dalam 7 pound je. Kitorang sampai dalam pukul 10mlm, tapau ayam goreng halal dulu sebelum member jemput, bawa kitorang ke rumah dia.

Esok tu, awal-awal pagi kitorang gerak ke Anfield Stadium. bawa backpack siap. Berat, berat. kat stadium ni dahlah tak ada locker, memang tabahla mengangkut sana sini haha. Sampai je, wahh. Bangga kot. jejak jugak kaki kat sini at last. kata peminat fanatik hehe. 
entrance to the stadium


press room

dalam bilik persalinan. 

dapat jugak sentuh bende ni. tengok kat tv je sebelum ni hehe


to the museum

liddlellpool- as how liverpudlian pronounced Liverpool

trofi menang UEFA2005, Ac Milan vs Liverpool. Great game, epic winning!

with rafael benitez hehe
facts about Anfield Stadium:
1) Stadium ni kecik je, muat dalam 45 000+ penonton
2) Bilik persalinan dgn press room pun kecik, dlama tv nampak besar sebab biasa jurugambar tu akan guna teknik kamera kasi effect nampak macam luas
3) padang anfield ni, orang tabur abu mayat. so kire stadium ni sacred ground la bagi orang liverpool. banyaklah halangan nak besarkan stadium ni
4) museum dia pun kecik, tp achievements liverpool memang banyak la. bangga bangga hehe
5) tiket masuk, stadium tour+museum dalam 9 pound je (student price), adult dalam 15pound, kalau pergi weekdays lagi murah. berbaloi la kan
6) takkan jumpanya gerrard dalam tempat ni haha. jenuh aku carik 

 habis tour tu, singgah beli merchandise liverpool. original weh, sanggup beli walaupun mahal. sebenarnya tak mahal sangat pun sbb ade christmas sale. angkut la satu jersey, satu scarf, fridge magnet, pastu ada beli headset tapi tertinggal dalam flight wuarghhh. 
dan disebabkan kitorang ni ada free time sebelum bus datang pukul 4, kitorang pun jalan-jalan la kat town. tengok UNESCO heritage, pergi Liverpool one, dapat makan beriyani lagi :D tapi tak sempat tengok The Beatles. 

so, itulah cerita kat liverpool. sehari je pun. sampai ke london balik dalam pukul 11mlm. rush ke rumah member aishah tu sebab tube pukul 12 stop operation die. 

Friday, January 27, 2012

Day 4&5- Paris oh Paris

Day 4-5: Dari Arsenal Underground Station, kitorang naik tube ke St Pancras International Station. Bangun awal pagi kot sebab train nak ke Paris pukul 7am. The journey took us almost 2 hours, and personally bagi aku, best je naik train ni sebab tak kena motion sickness pun. oh ye, paris sejam lagi awal dari London. Excited ahh nak tengok Eiffel Tower bagai. Tapi paris memang indah khabar dari rupa. oh kau, kalau dalam drama je mesti tunjuk paris ni lawa la, romantik la. cuba pergi sendiri. Metro (underground station) dia berbau hancing, jalan kotor, orang tak friendly. Dah tak cakap english. Memang menangis la weh kalau duduk paris lama-lama. unless kalau kau ada kawan kat sana. ini pun untung ada kawan Lily kat sana. Haa, confident sikit nak berjalan. 


Sampai kat Paris Nord, kitorang pergi Notre Dame dulu. Cathedral kalau tak silap. ambil gambar kat dataran dia. ada burung merpati, jinak betul. kitorang apa lagi, keluarkan semua biskut yang ada. pastu complain sebab lapar haha. 

Lepas tengok-tengok souvenirs around Notre Dame, kitorang gerak ke Eiffel Tower. Kalau pagi macam rangka besi buruk je haha. malam lawa lah. pastu gerak ke rumah kawan Lily, letak beg dulu. siap makan Maggi international lagi haha. then, petang tu, nak visit several tourist attractions kat Paris. cadangnya nak buat record, melawat 76 attractions dalam satu malam. tapi hujan lak kan haha. 


 Lepas tu, kitorang pergi Pont de l'Alma, tunnel yang Princess Diana acciddent tu. 
penuh tulisan kat tunnel ni
time ni dah memang hujan lebat. aah bayangla dengan takde hoodie, payung pun rosak. hati kuat lagi, boleh jalan pergi Christmas market. kira macam bazar sebelum raya aildiftri kat malaysia la. diorang sini pun ada hehe. tak best sgt pun. so, kitorang then pergi Concorde, then ternampak la Paris Obelisk. dulu ada baca kaitan obelisk ni dengan illuminati, wallahualam la kan. 

terlepas satu gambar serabai haha. basah kuyup time ni
last stop sebelum balik, Musee Du Louvre. Lawa sangat. Ada replika piramid. dengar kata dalam museum lagi best, tapi sebab takde masa, jadi ambil gambar kat luar je. 


lepas tu, kitorang balik rumah. sampai kena telan Panadol la sebab pening da time tu. Kaki pun tak elok lagi masa ni. out of 76, kitorang melawat adalah dalam 3-4. haha. EPIC! esok tu bertolak balik ke London. Train pukul 11 pagi. so, aku, aishah and Tina pergi Notre Dame balik, beli souvenirs, and off to Paris Nord. Fuhh, survive jugak Paris rupanya.


Tips nak pergi Paris: #1 belajarlah basic French. Diorang ni, even kalau tau english pun, diorang takkan nak layan kalau kau tanya dalam english. #2 paris bukan kota romantik pun, so be realistic #3 paris kotor, tak payah nak culture shock sangat nanti haha #4 banyak pickpocket. so, pegang kuat-kuat handbag semua tu. jangan minta tolong orang ambilkan gambar kau. kang dibawa lari kamera tu. even Lily punya tiket train pun nyaris-nyaris kena curi. #4 Sortie is the most crucial word you have to know in Paris. It means EXIT. kau sesat, cari perkataan ni haha. 
muka keriangan sebaik tiba di London. We survived Paris hahaha



Thursday, January 26, 2012

kahwin muda

aku rasa terpanggil nak tulis entri ni bila tengok makin ramai kawan-kawan yang kahwin, yang bertunang. tambah lagi bila tengok Farah Lee dgn Ally punya video kahwin, tak lupa juga drama-drama Melayu seperti Vanilla Coklat haha. Isu kahwin muda.Orang macam aku, cakap pasal cinta? Aku rasa kelakar. Aku ni, dah terbiasa sangat hidup dengan low self esteem, sampaikan aku rasa takkan ada orang yang suka aku, nak kahwin dengan aku pun. yes, aku cukup anggota badan. but, unlike most of you, I wasn't born as a beauty. I spend the last few years in the gym because I was overweight, and I spend nearly rm5000 to fix my crooked teeth. Still, nothing can fix the kind of pain I feel inside me every time I recalled people calling me fat, ugly. 


Ahh, lupakan. Takkan pernah habis bercerita. Rasa bahagia bila kawan baik sendiri nak kahwin. She has someone to support her apart from me, how could I not be happy for her? Aku? Aku ni.. Kalau aku tahu dulu aku suka pada orang yang salah, takkan sanggup aku tunggu bertahun lamanya. Sebab tu, aku janji dengan diri sendiri, aku takkan suka dah kat orang lain. And it was easy. Untunglah aku tak cantik. tak ada secret admirer. tak perlu patahkan hati sesiapa. Aku hati kuat jugak rupanya. Rapat dengan kawan lelaki macamana pun, I will keep the distance. Kawan, bagi aku kawan. 


Tapi, tiba-tiba aku jumpa someone. Aku, dari dulu sampai sekarang, bila aku suka someone, aku betul nak jadikan husband terus. Katalah aku kolot. Buat apa nak bercinta macam rak tapi habisnya tak ke mana? Hari-hari aku try taip msg dalam FB, nak terus terang dengan dia.  Tulis, padam, tulis, padam. I just dont have the gut.Aku kalau kena reject sebab dia tak berkenan perangai aku ke, aku boleh terima. tapi, aku takut, aku takut sangat dia tolak aku sebab aku tak lawa. At the end, bagus jugak aku tak tulis. Recently, I received a not-so-good- news about him, not about him actually, but something else related to him. Kalau dulu kan, aku mesti nak nangis-nangis haha. sekarang, aku senyum kot. Bukan aku cintakan dia pun. Suka je. Kalau ada jodoh, ok. Kalau takde, takpe. Allah has a better plan for me.


Aku tak kisah kahwin muda. I think I'm ready. Aku tak tahu macamana nak define "ready" tu, sebab ada setengah orang define "ready" in terms of ada kerja, ada kereta, ada rumah. betul, tapi, bagi aku, yang first, biar dia jaga solat 5 waktu dulu, sebab nanti kau boleh tau, samada dia mampu bimbing kau atau tak. Dia yang sebenarnya akan buat kau jadi ready untuk jadi seorang isteri.  I'm ready once you are ready. Sebab kalau aku nak tunggu lelaki pakai Mercedez, rumah banglo kat Bukit Antarabangsa satu, kemungkinan besar aku takkan dapat pun. Kalau ada jenis orang yang nak kahwin tanpa rasa cinta kat pasangan dia dulu, aku lagi respect bai. Zaman sekarang bukan senang, tapi aku pegang prinsip, kalau ada masalah, kita balik pada Islam, insyaallah Allah akan mudahkan rumahtangga kita. 


"... Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa" - Al Furqan: 74
I'm still waiting for my ring, patiently. haha









Tuesday, January 24, 2012

London Day 3

Day 3- Hari ni memang sadis. plan nak ke madame Tussauds tapi muscle kaki strain. sakit gler. berjalan pun kena orang papah. sebelum tu singgah rumah member aishah, drop barang sebelum pergi paris. for the rest of our days in london, kitorang duk rumah dia je. kebetulan pula rumah dia ni dekat dengan shopping complex, so memang senang shopping hehe. tengahari tu, kaki jadi sakit sangat so rest rumah member ni je. petang tu nak pergi arsenal, bukan nak tengok bola hehe, tapi bermalam kat arsenal tavern house. backpacking untuk 1 malam la kiranya. Esok pagi train ke paris awal pagi so tempat ni dekatlah dgn london st pancras international. 


oh ye. malam yang sakit kaki tu, aku rest je kat bilik. yang lain pergi makan kat Bayswater tempat Malaysian Hall tu, lepas tu diorang pergi  Emirates Stadium tu. jealous much =_= tak bestnya, hostel la. horror. bukan double decker. triple decker siap. lepas tu satu bilik 12 orang. nak buka, tutup lampu pun susah. banyak sgt kepala. alhamdulillah satu hari je. kalau berhari-hari memang nangis gak la. mahal pula tu. haa, korang yang nak berjalan kat europe ni memang aku suggest carilah network, tumpang duduk dengan kawan, baru jimat sikit. so that's about Day 3, hari paling tak productive hehe


tina, aishah and lily


kt st pancras international




Monday, January 23, 2012

London Day 2 (Windsor Castle-Stonehenge-Oxford)

DAY 2- tour start pukul 9pagi. sampai ngam-ngam je. Traffic jam la weh London. semua pakat pergi kerja. by the way, transportation sini reliable. Tube paling best, itupun kalau korang tak kisah bersesak macam sardin hehe. Cost utk tour ni 39 pound. Tour guide dia cakap english dgn spanish wohoo. aku faham, aku faham :) so, first stop Windsor Castle. dalam 45 minit journey. ini kediaman rasmi queen elizabeth. singgah sini dalam 1 jam setengah je, tak masuk castle pun sebab mahal, so beli souvenir and amik gambar banyak2. 

next, we're heading to stonehenge. one of the seven wonders of the world.lebih kurang sejam setengah dari windsor. aku time ni dalam bus memang dah pening, nak muntah bagai. siap keluarkan minyak panas lagi. drama haha. sampai sini, wahh. mesmerizing la weh. dari cerita tour guide ni, archaeologist sampai skrg masih tertanya-tanya macamana orang zaman dulu boleh bawa batu seberat ni. but as we all know, dalam Quran dah disebut, orang dulu, kekuatan dia lagi kuat dari kita, so for me that explained everything. oh, waktu kt stonehenge ni siap borak dgn makcik2 dari spain tu lagi. I likeee hehe. angin sini sejuk glerrr. macam welly punya angin da. kitorang stay sini dalam 40 minit je sebab sejuk. lagipun batu je pun nak ditengok lama-lama buat ape :D


and our last stop was Oxford city. ini lah yang paling ditunggu. bukan senang nak pergi city budak2 pandai haha.yang tak boleh blah nya, nampak je student oxford, excited je muka. bangga sikit haha. sampai pun dalam pukul 3 petang. lagi sejam, dah nak gelap. tambah lagi dengan hujannya. oxford uni ni sebenarnya bersepah jugak. resident college dia bukan tumpu kat satu tempat je. kitorang singgah oxford store, beli baju oxford and lepak minum kopi jap. aku tak minum kopi, so hot choc je la. 





hari kedua memang best.worth the money, tapi kalau boleh extend lagi trip ni lagi best. winter kan, gelap cepat benor hehe. 

London Day 1

persiapapan nak pergi Europe ni sebenarnya dibuat 6 bulan sebelum pergi. waktu kt Welly lagi dah beli tiket train ke paris, tiket flight ke dublin and munich and settle accomodation semua. Balik je dari trip ni, ramai tanya, berapa bajet. aku sugggest, kalau nak pergi shopping sekali, dalam 4000-5000nzd. ini duit hasil kerja penat-penat kat Welly dulu. ada orang siap kata kau gune duit kerajaan (biasiwa) lagi beli kereta, sedap cakap je. 


3 hari first kat london, then 2 hari kat paris, 1 hari kat liverpool, back to london, then off to dublin, back to london (tidur airport), off to germany, and back to london. fuhh haha. Banyak sangat london sbb flight murah semua based kat london. so ulang-alik je la. Aku pergi dengan Aishah, Tina and Lily. Kitorang sampai malam, so pagi esok tu baru keluar. first stop kat Big Ben and London eye. Amazed dalam 20 minit je, lepas tu terus rasa macam biasa. rasanya sebab dah biasa nampak mat salleh, nz lagi lawa. london semua orang jalan cepat, tourists ramai, sampah berterabur kat jalan. time nak ambil gambar jangan haraplah diorang nak stop, main jalan je. 



kat sini, better pakai Oyster card, lepas tu topup terus travellers card, validity 1 week. dalam 27pound. murahlah berbanding pay as you go. naik bus pun free. so next kitorang jalan kaki ke Buckhingham Palace. singgah st james park and trafalgar square dulu. sekarang dah tak boleh bagi makan pigeon kat square. 10 tahun lepas waktu my mum pergi, boleh lagi.  


waktu kitorang pergi ni, winter. tapi tak sejuk pun. snow apatah lagi. solat selang 2 jam. zohor dalam pukul 12, asar 2ptg, maghrib 4, isya' 5pm. haa jenuh jugak mencari tempat solat. sini bukan macam nz, boleh solat kat taman. memang boleh, tapi awkward jugakla sebab ramai sangat mata memandang. alhamdulillah jumpa satu restoran muslim ni, singgah makan and sembahyang sekali. Next, kitorang pergi Tower Bridge, London Bridge dengan st paul cathedral. Cathedral tu tak masuk pun, just jumpa kawan Lily kat area tu. 




so, that's about Day 1. sebelum balik, beli tiket untuk tour Windsor castle, stonehenge & Oxford. oh, for the first 3 days kat London, kitorang duduk kat middlesex. 45 minit ke london. jauh tapi best sebab balik je ada makanan. thanks tuan rumah, jasamu dikenang hehe. 

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin