Monday, February 13, 2012

Day 13-Christmas Eve in Germany

Our last day in Munchen. sedih tak sedih woo. suka giler dengan germany. So, first thing first, breakfast rumah kak Mima. haa, inilah kakak yang kenalkan kitorang pada Pa'in. Nice sangat. Borak borak, siap tumpang tandas lagi, akibatnya tertinggal train haha. Hari ni ada tourist guide baru weee. Senior Aishah dgn kawan dia. Pa'in nak pergi aaa...aaa. tempat lain la sebab tu dia tak dapat teman. yang bestnya, kawan Pa'in ni dah siap-siap beli Bayern Ticket so kitorang tak payah bayar transportation utk hari tu hehe. Mula-mula pergi Marienplatz balik, cari souvenir. Jumpa Hard Rock Munchen tapi da tutup. Christmas Eve katakan. pukul 2 je semua lengang. 


With Pa'in.

then we went to BMW Weltz and Museum. tutup jugak T_T oh btw, sebutan W kat sini is V. so BMW jadi BMV hehe. pergi makan KFC kejap, insyaallah halal, then carik masjid la. sesak kot time ni sebab orang kahwin. Dalam pukul 4 ptg macamtu, pergi Alllianz Arena. Tarikan kat sini sebab dia akan pasang lampu stadium malam-malam. tapi time kitorang dtg, pun tak ada lampu. ok serius rasa jahat giler germany time ni haha. 



sebab dah tak ada apa nak ditengok, kitorang straight pergi airport. Kitorang belanja la matnor and izham dulu sebelum naik flight. ye lah orang berbudi, kita berjasa..ke berbahasa ntah..haha. tapi drama giler kat kedai coffee tu. berlagak lagi pandai cakap german, padahal nak mintak hot chocolate je kan, sekali orang tu reply dalam german jugak aaa menggelabah panggil izham suruh translate. haha. pengalaman, pengalaman. 


So, that's the end of our journey in germany. dapat gi munich pun bersyukur haha. tips kat germany, hmmm.. not much. senang berjalan sini. orang peramah. ohh, bawalah duit banyak sikit. souvenir sini pun cekik darah. nak shopping memang tak mampu den hehe. 

Thursday, February 9, 2012

Day 12- Salzburg, Austria

Plan hari ni ke salzburg. Austria. tau mana austria? yang ibu negara die Vienna tu. tapi vienna jauh sangat huhu. Ni dapat pergi salzburg pun sebab 1 jam je dari rosenheim, and boleh guna Bayern Ticket. Siap bawa passport, kononnya nak dapat cop austria tapi haha, haram la nak dapat. macam dari kedah masuk sempadan thailand je rupanya. 
otw ke salzburg. lawa, seriously lawa
HELLO salzburg!
salzburg ni kecik je. Sampai dalam 11.30am, pukul 3 ptg dah habis round.  Kat sini banyak alleys. Pusing celah mana pun dapat keluar balik. Pergilah mozart birthplace, Salzburg Universitat, Christmas Market (again!). Ada satu palace ke fortress ntah, lawa sgt sebab atas bukit, tapi sebab winter so tak dapat naik. Kena guna cable car nak ke puncak. Muka hampa je T_T
fortress tu
Mozart statue

brilliant piece of art
Bila berjalan, haruslah lapar kan. alhamdulillaha ada restoran india halal.Mintakla chicken black pepper. Tumpang sembahyang siap.

black pepper chicken
Pastu berjalan lagi sampai dah tak ada hala tuju haha. seperti biasa, ada garden je kitorang redah. 

Souvenir salzburg memang mahal. satu je dalam 5 euro. cekik darah betul. Mentang-mentang negara kaya T_T Dalam pukul 4 kitorang amik train balik ke munich. dalam 2 jam gitu. Sepanjang journey kitorang naik train ni, memang amik seat 1st class je weh. Bayar untuk 2nd class. Malam ni pula kantoi kena tangkap. Dah silap naik train laju. wahaha. Mau kena denda patutnya. tapi sebab kitorang bawa keluar map, tak cakap german, officer tu pun kasi chance la. Lepas akhirnye :)

Balik Munich konon-konon nak pergi Allianz arena tapi tersilap info terus pergi ke BMW Welt and Museum. Dah tutup la seperti biase, winter pfttt. Lampu je lawa. Itupun pergi sekejap sebab Pa'in ak belanja makan luar. Indian restaurant lagi haha. Kali ni dia bawa senior aishah dr MRSM batu pahat dengan kawan dia lagi sorang. 
pic POYO of the day haha
and that, is the story of Salzburg =)

Sunday, February 5, 2012

if that's the way you want it, then, fine


Thanks. dah 5 tahun, tapi orang macam kau tak pernah gagal buat aku rasa macam loser balik. 5 tahun dah. Aku dah hampir nak lupakan hidup yang dulu. Aku dah kutip semua hinaan, cacian, ejekan orang tu untuk aku jadi orang yang lebih baik. Tapi, ada kau kisah? Berita baik dia, aku percaya what goes around comes around. Sebab tu, hari ni aku nak ucapkan tahniah. Sebab bila satu hari nanti kau rasa apa yang aku rasa, then baru kau tau tinggi ke rendah langit tu. kau jadilah loser sorang- sorang.


Even kalau hidup aku ni pathetic sangat pun, kau tak perlu lah remind aku sampai macam tu. bergurau, kau kata? you are not even my best friend to say things like that. kau dah sakitkan hati aku. And a simple sorry wont change everything. A little heart to heart wont heal me in a second. So, lepas ni aku nak main jauh- jauh dari kau. Aku dah fed up jaga hati orang, padahal kau, kau, kau tak pernah pun buat the same thing to me. Kenapa? sebab aku tak cukup important pun untuk jadi someone important in your life. Fine..fine.

Saturday, February 4, 2012

Day 11- Munchen, Germany

Hari kesebelas, jugak hari pertama kat Munich. What a feeling. I've always been excited when it comes to visiting Germany. naik Easyjet, flight murah macam Ryanair jugak, tapi much better. SANGAT! sampai je, kitorang pergi beli tiket train dulu. 31 euro for bayern ticket, for up to 5 people. sebab aku dgn aishah je, kira kena bayar banyak jugaklah. cuba 31 bahagi 5, tak ke jimat. tiket ni cover satu bayern, sebab rumah member tu kat Rosenheim which is about 40 minutes from Munchen. kalau duduk town, murah la sikit, tapi kena bayar lak untuk hostel. ni dah ada member, baik tidur free kan haha. yang bestnya, punya skema beli tiket mahal bagai, satu hari sepanjang kitorang naik turun train, tak ade sorang pun conductor yang datang check tiket. sedikit T_T di situ haha.


mula-mula sekali, kitorang pergi Marienplatz. aku rasa ini macam bangunan kerajaan tapi rupa dia macam cathedral pun ada jugak. 
oh ye, waktu ni munich dah snow. syokla weh. putih sana sini. snowfall je takde.kat english garden ada sikit. excited macam tak pernah jumpa snow pulak. pastu, kitorang pun jalan la lagi ikut suka, sampai lah Ke Ludwig Maximilian Universitat (LMU).  

Next, English Garden pulak. Memang jenuhlah jalan kaki, besar gler garden dia. obviously takde orang kan, sebab ye lah winter kot. jalan lecak. tapi disebabkan sadis je london takde snow, gagah jugakla dengan boot phua chu kang tu berjalan haha. kaki memang numb, freezing habis.






Jalan punya jalan, semata-mata nak sampai ke Chinese Tower ni. motif? nak pergi tengok chrismas market. AGAIN. padahal, satu market pun tak beli barang. haha
 

Berjalan time winter ni, memang tak sah kalau tak singgah pekena kopi @ hot choc. sebelum gi umah member, gerak ke Bahnhof (train station), kita minum dulu. germany ni best, sebab orang dia helpful. one of the safest countries in the world. beza sgt dgn Paris. mostly diorang tau cakap English, even kalau tak pandai pun, dia akan mintak orang lain translate-kan. mana la tak jatuh cinta kan haha. 



dalam pukul 5 petang, kitorang pun gerak la rumah member ni. Pa'in dengan Nadiah nama diberi. sweet giler, siap masakkan nasi, lauk ayam. ni, kalau tidur pukul 8mlm pun dah rasa macam 12tgh malam. ala standard winter. pfttt. esok pergi austria. tambah lagi satu negara baru haha. 

Thursday, February 2, 2012

Day 10- Luck of The Irish

So, hari ni Aishah dah tak teman kitorang. so off we went to town by bus. tips kalau berjalan kat negara orang ni, jangan takut nak explore tempat2 dia. tapi, biarlah  jadicerdik sikit. bawa map, bawa duit, bawa hp. kalau sesat pun, at least boleh tanya local people kan. so, sampai town tu, kitorang plan beli boot nak ke germany tu je lah. ingat nak beli beg Clarks tapi duk tangguh-tangguh, konon germany lagi best kot, sekali perghh barang german mahal. huhu. 


cuba teka bangunan ape tu? Post office yaww

best macamni, hari2 nak pegi hantar surat.mengada :p
hari ni kitorang decide nak jalan-jalan je. dublin ni memang relax sangat, tak terkejar-kejar sebab tourists pun tak banyak. better than london. then, kitorang jumpa Leprechaun. excitedd.. nak amik gambar, tapi kena bayar 1 euro. hehe. bayo je le. bile lagi tak?
Luck Of The Irish
pastu cuba korang tengok orang yang pegang signboard iklan belakang aku tu. aku rasa, inilah uniknya dublin. sebab diorang ni kerja dari pagi sampai petang pegang iklan tu. lain dari yang lain 

then, jumpa hard Rock Cafe. apa lagi, masuklah. 


 tidak dilupakan, taman sekitar dublin haha.

nak jadi cerita, on the way nak balik ke rumah, silap naik bus. entah mana-mana perginya. dengan takde hala tuju, berhenti je kat bus stop satu ni, and amik teksi balik. kenalah caj 18euro. kelam kabut ni pack barang nak ke airport. keluar balik, tunggu bus ke airport. tadi waktu aku sesat, banyak pula aku nampak bus ke airport. time aku nak cepat ni lah, sebijik pun tak nampak. kitorang pun tawakal la amik bus ke town, then dr town amik bus direct ke airport. mahal skit la yang ni, dlm 6 euro. bus biasa tu, dalam 2 euro je. aah bantai, asal tak tinggal flight kan. dalam bus tu, tiba-tiba tak jumpa hp. DRAMA. menyampah aku haha. so, Huda housemate aishah pun datanglah naik teksi ke airport. kalau tak ada huda, memang... memang aku dah rembat Samsung Galazy S2 haha. (takde motif pun citer pasal benda ni kan, saja nak kasi panjang entri haha)

balik, naik ryanair ke Gatwick Airport. Esok 6pagi flight ke Munich, germany. sebab check in pukul 4 pagi, kitorang pun tidur airport je. selesa je, walaupun bising construction. tapi, memang berdebar sebab memang germany la yang paling ditunggu hehe! 

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin